“boss tak nak balik?”, tanya Husna ketika masuk ke pejabat Joey. Ketika itu Joey sedang tidur. Sebaik mendengar suara Husna, Joey segera membukakan mata dan mendongakkan sedikit kepala untuk memandang Husna.
“tak nak balik?”, ulang Husna. “pukul berapa dah ni?”,tanya Joey sambil mengesat matanya. “hampir pukul 9 malam. Saya rasa baik boss balik, esok ada client. Takkan nak jumpa dengan selekeh macam ni je kan ”,
“yelah… ehh jangan panggil boss la. Joey je..Joey”, lalu Joey bangun dan mengemas barang-barangnya. Setelah siap dia keluar dari pejabat untuk ke kereta. Sedang dalam perjalanan ke tempat letak kereta, dia melihat Husna sedang menunggu seseorang.
“tunggu sape tu?”, tanya Joey. “teksi…”, balas Husna ringkas. Joey terus melangkah ke kereta, dipanaskan enjin dan memandu ke arah Husna. Pintu dibuka untuk Husna dari dalam, “masuk lah..lambat je teksi awak tuh”, kata Joey. Husna kelihatan segan tetapi memandangkan hari sudah malam, dia terima pelawaan Joey.
“rumah kat mana ni? Ke nak balik rumah saya?”, tanya Joey. Dipandang Husna yang hanya membisu. Apabila soalan itu ditanya, Husna membuntangkan matanya, “ish ape hal lah awak ni Joey, rumah saya la. Hantar saya dekat jalan Bunut Payung”, jawab Husna dengan suara tegas.
“adeii … bergurau pun marah. Kalau saya serius, awak dan geng-geng kata saya ni macam tu la..macam ni la..”, Joey tergelak kecil. Husna menunduk sahaja.
Sepanjang perjalanan, Husna hanya membalas ringkas sahaja soalan-soalan Joey, malahan wajah Joey juga tidak dipandang. “kat pejabat bukan main riuh lagi dia ni”, cetus hati Joey. Setelah menghantar Husna di hadapan rumah, Joey terus pulang ke rumah, matanya seakan tidak dapat dibuka. Mengantuk!
------- *
Joey terbangun dari tidur tepat jam 3 pagi, dia cuba memaksa matanya untuk tidur kembali namum tidak berjaya. Lantas dia bangun dari pembaringan dan menunaikan solat. Seusai solat Joey memandang katilnya yang tidak terusik , “alahai katil,kenapa la kau tak menggoda langsung..”, keluh Joey.
Sebelum USB pergi melancong dia ada berpesan untuk menjaga adiknya. Siapa adiknya? Mata Joey memandang laptop di atas meja, lalu dia membuka dan memeriksa inbox Gmail miliknya. “3 unread email from your contact” , pantas Joey menekan ketiga-tiga email tersebut. Email pertama mengatakan bahawa dia sudah sampai ke Maldives dan ingin berehat seketika di sana , email kedua pula menerangkan tentang adiknya Alia. Alia merupakan adik angkat USB , perkenalan mereka berpunca dari Iera yang merupakan kawan kepada Alia. USB meminta Joey berjumpa dengan Razman iaitu rakan mereka untuk menjaga Alia kerana Joey tidak mengenali Alia. Kebetulan pula ayah Alia sedang sakit dan Alia tidak mempunyai saudara yang tinggal berdekatan untuk melihat keadaannya. Joey membalas email tersebut :
“ dear brother, aku segan la nak jumpa orang yang aku tak kenal ni.. setakat perhati jauh-jauh tu ok la. I’ll try lah macam mana pun J”,
Selepas membalas email tersebut Joey membaca email yang terakhir , email tersebut berkaitan dengan Syaz. Melalui email tersebut USB menceritakan serba sedikit tentang Syaz. Syaz adalah sepupu kepada Iera, sepanjang USB bercuti dia kerap menghubungi Syaz untuk bertanyakan keadaan Iera. Tetapi malangnya Syaz memberitahu bahawa Iera juga bercuti kerana mempunyai masalah keluarga.
“hidup ni tak boleh nak lari dari masalah…”, kata Joey perlahan. Lalu Joey menekan butang “new email”, dia belum menghantar report mingguannya kepada adik angkatnya Iman. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Iman, entah bagaimana rupa Iman sekarang. Jika bertembung di jalanan pun Joey yakin yang dia tidak dapat cam wajah Iman.
Bunyi telefon mematikan lamunan Joey , “siapa pulak la call ni..”, Joey melihat private number di skrin telefon.
“assalamualaikum?”, mula Joey
“waalaikummusalam… Joey, tolong saya. Akif ni muntah-muntah, badan dia panas sangat!”, kedengaran suara Izzah di talian. Seakan cemas.
“Haziq mana?”, tanya Joey. Selama Izzah berkahwin dengan Haziq , Joey belum lagi berjumpa dengan Izzah. Joey menganggarkan mereka tidak jadi kahwin kerana ada beberapa masalah yang hampir menyebabkan mereka putus tunang. Tahu-tahu saja mereka telah berkahwin.
“tak tahu..”, Izzah menangis. “tunggulah,bersiap.. nanti saya sampai”, pantas Joey menyarungkan baju tee dan jeans. Kunci kereta dicapai dan dia segera ke rumah Izzah. Perjalanan hanya memakan masa 15 minit, sampai sahaja di rumah Izzah, Joey terus masuk kerana pintu tidak berkunci. Dia menuju ke bilik Akif , kelihatan Izzah ada menemani.
“hey super baby..”, Joey mengusap lembut kepala Akif. Lalu badan Akif diangkat ke ribanya. Panas! Bibir Akif kemerahan lalu Joey mengangkatnya ke kereta. Izzah membontoti Joey dari belakang. Mereka terus ke KBMC untuk mendapatkan rawatan.
“encik.. doctor panggil”, panggil seorang jururawat. Izzah ke café untuk membeli minuman, lalu Joey masuk ke bilik doctor yang merawat Akif.
“Akif akan ditahan buat sementara, sehingga dia stabil”, ujar doctor
“apa masalah dia?”, tanya Joey.
“setelah kami periksa tadi, Akif kemungkinan gastric yang kritikal. Antibodi lemah dan kami rasa dia letih. Encik ni ayah Akif ke?”,
“ayah angkat.. sampai bila ye dia kena tahan ni?”,
“seperti yang saya kata tadi sehingga dia stabil, saya jangka dalam dua ataupun tiga hari lah. Tadi masa nurse check Akif, ada kesan lebam pada dada, belakang dan lengan dia. Kalau boleh pihak kami tak nak panjangkan cerita, takut melibatkan hal keluarga. Harapnya dapat selesai dengan baik. Encik faham kan maksud saya”, tanya doktor
“ya faham..terima kasih”,lalu Joey meminta diri untuk keluar. Kelihatan Izzah sedang duduk di ruang menunggu. Joey tidak tahu mengapa, dia amat marah.
“Izzah, u tak bagi Akif makan ke?”, tanya Joey. “hah? Kenapa?”, balas Izzah. Lalu Joey menceritakan kembali apa yang doctor memberitahunya sebentar tadi. Izzah diam seribu bahasa.
“hey tunggul ke?!”, marah Joey. Izzah memandang Joey dengan mata kemerahan menahan tangis.
“Izzah kursus.. seminggu. Izzah tinggal Akif dengan Haziq.. Izzah tak tahu apa dia dah buat. Pagi tadi baru Izzah balik, tapi Akif nampak ok. Memang petang tadi sebelum Haziq keluar, dia ada mengamuk sebab kawan dia tipu dia. Masa tu Akif nak tanya soalan English.. Then Haziq tertolak Akif, kena kat penjuru meja kopi”,
“tertolak atau sengaja tolak?!”, bentak Joey. Dia kesal dengan apa yang terjadi, “lain kali dah tahu nak kursus ke ape ke, tinggal la kat rumah ibu!”,
“tapi Haziq tak sengaja..”, kata Izzah. “tak sengaja yang depan u, belakang?”, Joey bangun dan ke bilik Akif.
“hey baby…”, tegur Joey kerana Akif tidak tidur
“baba..sakit..”, Akif menangis..
“shhh… sikit je. Kat mana? Meh baba sapu..”,
Lantas Akif membuka bajunya dan memalingkan badannya. Kesan lebam yang agak besar dan banyak. Mungkin inilah yang doctor katakana tadi.
“sapa buat ni?”, tanya Joey sambil tangannya menyapu belakang Akif
“papa..”, Akif menangis lagi. Kini Joey pula merasa sebak.
“takpe, nanti baba cubit papa. Dah tidur.. baba temankan. Kejap lagi baba nak balik, lepas kerja baba datang lagi ok. Dah tidur.. shhh...”,
-------- *
Tepat jam 6.30 pagi , Joey sampai di rumahnya. Dia terus ke bilik dan menunaikan solat Subuh serta mandi. Selesai semua perkara, Joey turun ke dapur kena dia tahu ibunya ada di dapur untuk menyediakan sarapan. Joey mahu sarapan awal kerana dia mahu awal ke pejabat. Hari ini dia harus berjumpa dengan client syarikat.
“ibu.. tak sempat lah nak sarapan dengan babah. Joey nak gerak dulu la, ada hal kat pejabat tu”,
“nak punch card awal-awal ni?”, tanya ibu. “awal mananya ibu.. sekarang dah 7.40 dah pun. Babah takpe .. dia bos besar”, wajah ibu dikucup. Lalu dia menuju ke kereta untuk ke pejabat.
Dalam perjalanan, “alamak…sesak lagi. Adeiii.. masak aku”, jam menunjukkan hampir pukul 8.00 pagi. Telefon dacapai lantas nombor telefon Husna didail, “morning... client dah sampai?”, tanya Joey. “dah.. Joey mana? Nanti boss marah macam mana?”, ujar Husna.
“jalan sesak la. Takpe , everything will be ok. Kejap lagi saya sampai”, talian diputuskan. Hampir setengah jam Joey terperangkap dalam kekesakan lalu lintas, perjalanan yang memakan masa hanya 20 minit itu menjadi hampir 45 minit. Setelah sampai Joey bergegas ke bilik mesyuarat tetapai alangkah terkejutnya tidak ada sesiapa pun didalam bilik tersebut. Dia menuju ke arah Husna , “mana semua?”, tanya Joey. “dalam bilik boss, sebab seorang je yang datang”, setelah mendengar kata-kata Husna, Joey terus menuju ke bilik majikannya itu
“morning , maaf lambat”, ujar Joey. “takpe..kami pun tengah tunggu u la ni”, lalu majikan Joey memperkenalkan Joey kepada bakal client bernama Misha. Selesai berbincang, Misha meminta masa dua hari untuk berbincang dengan pihaknya.
“coffee?” pelawa Joey. “elok jugak tu, Misha pergi minum dengan Joey. Saya dah minum tadi. Lalu Joey dan Misha turun ke cafe untuk minum.
“Misha..kita pernah jumpa tak sebelum ni?”, tanya Joey
“kita?tak mungkin. Saya tak kenal pun awak”,
“dulu ada buat A-Level?”, tanya Joey. “ada..”, Misha memandang Joey
“but if u really want me.. say yes!!”, nyanyian Joey membuatkan Misha memandangnya
“Joey Gay?!”, Misha meneka. “ceiit! Gay datang dari benua mana pulak ni. Kau ni kan!”, Joey tergelak kecil. Memang dahulu ramai yang mengatakan Joey gay kerana rapat dengan USB . Tetapi dia hanya membiarkan tohmahan yang tidak berasas tersebut.
“Joey.. lain la muka sekarang.. tak cam terus!”,
“tapi still hensem kan ?”,
“kau tu memang la…”, Misha mencebik. “ehh Joey, aku tak pergi majlis kau beberapa tahun lepas. Berapa orang dah anak kau sekarang?”,
“majlis tu kan tak jadi.. takde jodoh”, ujar Joey. Majlis perkahwinan Joey diganti dengan kenduri kesyukuran dan tahlil kerana Sara meninggal seminggu sebelum mereka diijab kabul .
“owh ye ke.. so sekarang single lagi la?”,tanya Misha
“macam tu lah kot.. kenapa ada nak kenalkan dengan kawan-kawan ke?”,
“buat apa nak kenalkan pada kawan.. kan kau dah kata yes kat aku hari tu”, usik Misha
“pandai la kau…”,
****
Selepas waktu kerja Joey ke KBMC untuk melawat Akif, setibanya dia di sana kelihatan Haziq sedang menuju kearah kereta.
“Haziq!”, panggil Joey. Joey manghampiri Haziq
“hah ada ape?”, tanya Haziq. “kau nak kemana? Tak jaga Akif ke?”, tanya Joey
“apesal lak aku jaga.. bukan anak aku”,
“masa nak mak dia, buka main la kata terima Akif la. Bila dah dapat, macam ni pula. Memang la kau ni”,
“memang ape? Nak marah? Kau tu cemburu aku dapat Izzah kan?”, tanya Haziq
“sikit pun aku tak heran.. Izzah tu dah macam adik aku. Aku nak dia happy. Kau ingat aku tak tahu apa kau buat kat Akif? Weyy, tolong la.. kau ada masalah jangan nak lepas kat orang lain. Aku tahu kau sakitkan anak aku lagi, pecah muka kau aku kerjakan”,
“anak kau? Laa.. bila masa pulak bini aku menyundal dengan kau nih..”, kata-kata Haziq melampau.
“menyundal eyh? Oooo menyundal... ni kau menyundal”, tumbukan padu dihadiahkan ke muka Haziq. “cakap tu pakai adat..”, Joey berlalu pergi meninggalkan Haziq yang terjelepuk jatuh di atas tar jalan bersebelahan keretanya.
“aku masih belum puas...”, detik hati Joey.
“hye baby,,, makan dah?”,
“baba…”, pelukan erat oleh Akif meruntun jiwa Joey.
“takkan ada yang boleh sakitkan Akif.. takkan..”, bisik Joey kepada Akif.
"moga cerah masa depanmu anakku...", |
No comments:
Post a Comment