Monday, May 30, 2011

E.N.A.M B.E.L.A.S


Letih benar Joey pada hari itu, majlis yang bermula pada pukul 2 petang itu berlanjutan hingga ke malam. Sekarang jam sudah hampir pukul 6 petang , melayan kawan-kawan babah dan ibu serta beberapa kawan sepejabat Joey menyebabkan Joey terlewat menunaikan solat Asar. Lalu dia meminta diri untuk naik ke bilik untuk solat.

“dah pukul 6.10 petang ni. Mana Sara?”, tanya USB kepada Joey seusai Joey solat

“nanti dia datang la tu , aku dah bagi alamat”, jawab Joey selamba

“try la call dia, mana tahu sesat ke”,

“ahh..malas la aku. Pandai-pandai dia la, dah besar”, lalu dia menyarungkan kembali seluar untuk turun ke bawah.

Joey lagi suka jika Sara tidak datang ke majlis itu , kerana dia merasakan Sara itu hanya ingin mengambil peluang untuk kenal dengan ibu Joey. Dan Joey memang tidak suka membawa “orang asing” untuk dikenalkan kepada ibunya.

“sayang, mana teman kamu tu? Tak sampai-sampai lagi ni”,

“ibu… kawan la.suka-suka je letak “teman”, tu status mahal la. Biar la dia…”,

“dah lewat ni,kalau dia tak datang takpe. Kalau dia datang lepas tu tak jumpa cari rumah kita ni, macam mana? Bahaya..”,

“dia dah besar la ibu... malas lah”,

“sayang....”, ibu merenung mata Joey

“ok-ok...kalah!”, lalu dia mendail nombor telefon Sara

“tutt...tut.....tut...tut......”,

“assalamualaikum...”,

“ermm..wasalam! ehh kau kat mane?”,

“saya sesat la Joey.. tak jumpa”, suara Sara sedikit teresak

“kau datang dengan kereta kan? Balik jelah, menyusahkan ibu aku je fikirkan kau”,

“tak..datang dengan teksi. Kereta kawan pinjam. Joey..takut..”,

“ehh kau ni kan, kalau cakap dengan aku ni jangan nak menangis boleh?!”,

“takut..ade orang”, lantas Joey terdengar suara beberapa orang lelaki tidak jauh dari situ

“kau kat mana ni? Apesal la bodoh sangat, dah tau tu sah-sah bukan kawasan rumah aku. Pusing la balik, cari tempat lain. Orang tu nak balik rumah dia , takde selera pun nak “rasa” kau”,

“Taman Uda .. takut..”, bunyi esakkan makin jelas

“ehh,kau balik ahh!”, jerkah Joey lalu memutuskan talian

“apa tu..tak sopan. Mana dia?”, tanya ibu

“Taman Uda , apesal entah sampai sana. Gila!”

“Joey!”, ibu merenung

“so jom la jemput dia”, lalu USB memberikan kunci kereta kepada Joey

“mal…”,Joey melihat ibu merenung tajam matanya

“ok….huh”, Joey mengeluh


***


Satu Taman Uda telah Joey dan USB cari tapi batang hidung Sara tak juga kelihatan. Joey sudah malas tetapi USB masih lagi tidak berpuas hati. Manik-manik hujan sudah mula menimpa kereta milik Joey.

“jom la balik, dia dah takde la tu”

“cari la lagi..kesian kalau ada. Hujan ni mesti dia dah basah”,

Lalu mereka teruskan mencari dan kini di bahagian luar Taman Uda pula. Lalu sinaran lampu kereta Joey terarah kepada sebatang pokok besar dan dibawah pokok itu ada sesusuk tubuh yang ramping kebasahan.

“ehh..Sara! Joey stop! Pergi ambil payung, jemput dia”, arah USB

“malas lah aku!”, Joey hanya menaikkan lampu untuk memberi isyarat tetapi Sara masih disitu

“bodohnye perempuan ni…”,

Lalu USB keluar dari kereta dengan berpayung ke tempat Sara.

“mengada!”, cetus Joey

Pintu kereta dibuka dan Sara dijemput masuk ke kereta. Hujan semakin lebat, selebat tangisan Sara.

“kau duk bawah pokok tu buat ape? Puja jin? Bagi makan kat kawan-kawan kau?”,

“Joey.. dah la tu”, USB memang berhati lembut

“lari dari lelaki-lelaki tadi. Dia kacau”,

Dahi Joey berkerut, lalu dia memecut kereta untu cepat sampai ke rumah kerana waktu Mahgrib sudah hampir tiba.


***

“Masya-Allah...basah dah. Kesian anak ibu”, lalu ibu membaluti tubuh Sara dengan tuala. Pada ketika itu tetamu sudah pulang

“bila masa pulak dia anak ibu. Mengada!”, jelingan Joey membuatkan Sara takut

“besar-besar pun nak cemburu. Sara pergi tukar baju dulu, lepas tu solat. Nanti turun makan ye”, ibu menunjukkan bilik Sara

“tapi..baju takde”,

“alah,sama saiz dengan ibu je ni. Pakai baju ibu”, Sara gadis tinggi lampai dan berkulit putih gebu. 37-24-38 Joey mengagak , lantas azan berkumandang mematikan imiginasi Joey.

“gatal jugak aku ni”, kata Joey dalam hati lalu dia naik ke bilik.


Setelah selesai solat, Joey dan USB turun ke bawah.

“mana Sara ibu?”, tanya USB

“dalam bilik lagi kot. Bagi dia masa nak sesuaikan diri”,

“jangan bagi muka sangat la ibu...”, pinta Joey

“Joey, kenal dulu sebelum syak macam tu”,

Tidak lama selepas itu Sara keluar dengan mengenakan baju kurung English Cotton berbunga pink kecil.

“cantiknya anak ibu….” puji ibu setelah melihat penampilan Sara

“ibu..tu baju yang Joey bagi kan?”,

“ye ibu tak pakai lagi, so bagi Sara pakai dulu”,

Mata Joey memandang Sara, kecantikkan Sara memang tidak dapat dinafikan. Berbeza dengan imejnya ketika di tingkatan 4. Tiada cacat cela, sempurna luar dan dalamnya. Tetapi Joey masih menafikan hal tersebut.

“cantiknya Sara..”, tangan ibu mengelus lembut pipi Sara

“kalau la dapat jadi menantu ibu, ibu mati pun pejam mata rapat-rapat”, kata ibu

“ibu, babah mana?”, tanya Joey untuk mengubah topik “hangat”

“babah keluar dengan kawan-kawan dia la. Ehh kesian Sara tak makan lagi , jom semua”,

“Joey dah kenyang la ibu, baru je lepas makan”,

“sama la, kenyang lagi. Ibu dan Sara makan la dulu”, sambung USB

Ibu dan Sara beriringan ke meja makan, makanan sudah tersedia. Bermula dari situ Joey memerhati kelakuan Sara sehingga mereka habis makan. Tiada yang sumbang, aneh! Apakah hati Joey sedang mengiyakan satu kebenaran?




Sunday, May 22, 2011

L.I.M.A B.E.L.A.S

Joey memegang jam tangan yang diberikan oleh seorang kawan yang Joey pernah usir dari hidupnya satu ketika dahulu. Joey memang akan menyimpan semua barang pemberian walaupun dari seorang yang tidak disukainya.

“Anggaplah seperti kita tidak pernah kenal”


Joey ingat bahawa dia pernah memaki hamun perempuan tersebut dan memutuskan hubungan demi menjaga hati seorang perempuan yang kian bertakhta di dalam hatinya.

“tengok jam ke teringat muka dia Zara ni? , tanya USB. Zara adalah nama panggilan perempuan tersebut, nama sebenarnya Sara. Bagi kawan-kawan Joey “SARA” itu menunjukkan maksud yang lemah lembut, matang, bijak dan keperempuanan. Berbeza sungguh dengan perwatakan perempuan terbabit. Oleh itu “S” ditukar kepada “Z” yang dikatakan membawa perwatakan yang lebih keras. Sejak dari itu, Sara dipanggil Zara. Tetapi Joey lebih suka memanggilnya Sara.

“ada ke muka dia kat sini? Tengok jam la ni”, jawab Joey dalam keadaan malas.

“tadi jumpa dia ke tak?”,

“jumpa,macam biasa tapi tengok dia aku chow”,

“teruk betul kau ni la. Ikut kau la,jangan melepas sudah..”,

“tolonglah kawan.. tak mungkin”, lalu Joey menarik selimut membaluti tubuhnya.


***

“ni hasil ujian makmal. Lepas tuan check , saya akan membuat proses selanjutnya”

“ada masalah ke? Muka nampak tak bermaya saja”,

“takde lah tuan. Saya ok je”,

“saya memang bos awak tapi saya juga kawan awak. Ada ape-ape jangan segan”,

“hal yang tak berkaitan dengan kerja pun”,

“cerita la, mungkin saya boleh bagi pendapat”,

Lalu Joey menceritakan hal tersebut bermula dari dia menyuruh Sara pergi dari hdupnya sehinggalah hal sekarang. Memang tidak diakui Joey malu tetapi dia perlukan pendapat selain dari ibu dan USB.

“tak salah dia munculkan diri sekarang. Mungkin sudah ketentuan dari Tuhan dan mungkin juga ni jodoh awak. Terima dia sebagai kawan dan jangan bermusuh”,

“jangan bermusuh? Saya tidak pernah bermusuh tuan.. Cuma saya terdesak”, kata Joey

“jelaskan kepadanya, mungkin dia akan faham. Wanita ni hatinya lembut Joey”,

“jelaskan buat apa, kami tak ada ape-ape hubungan pun. Dia je yang syok sendiri”,

“ Joey, salah ke dia syok sedangkan waktu tu memang kamu berdua rapat?”

Joey terdiam sejenak, kata-kata dari majikannya memang masuk dek akal. Joey mengaku dia agak “keras” tetapi itu lah dia jika dengan perempuan yang bukan pilihannya. Setelah berbual panjang, Joey meminta izin untuk keluar membuat tugasan lain kebetulan pula waktu lunch hampir tiba.

Tangannya ligat menaip nombor telefon rumahnya , “nak lunch sekali ke?”, Tanya Joey kepada USB

“takpelah, aku makan kat rumah je. Aku balik Kota Bharu ni, malam ni aku tidur sini”,

“ok la kalau macam tu, assalamualaikum”,

“waalaikummusalam”,talian dimatikan

Joey segera ke tempat parking kereta untuk keluar lunch, dia mahu keluar awal kerana banyak lagi kerja yang harus dibuat. Hari ini Joey mahu bertukar angin , dia mahu makan “seafood”. Destinasi pilihan Restoran Cinta di Pantai Cahaya Bulan , dia menempah Tom Yam Seafood , Ikan Siakap Tiga Rasa sahaja. Dia tidak boleh memakan hidangan yang lebih dari dua hidangan. Angin pantai menambah lagi selara Joey untuk makan pada ketika itu.

“dik, sini jap”, panggil Joey

“kira bang?”, tanya pelayan lelaki tersebut.

“tak.. ni tolong habiskan ikan ni. Abang guna garfu je ambil isi ikan tu sikit”,

“ish abang ni, makan la. Takkan saya pulak,nanti apa orang kata”,

“adik angkat masuk dapur makan, sayang la membazir. Perut abang dah tak boleh masuk ni, habiskan Tom Yam tadi”, pujuk Joey dengan wajah selamba

“iya.. ni la pertama kali jumpa customer macam ni”, pelayan tadi gelak.

Setelah siap membayar makanan tersebut, Joey berjalan-jalan ditepi pantai untuk mengambil angin. Pantai kini semakin kotor kerana tindakan manusia yang sambil lewa sahaja menjaga anugerah yang indah. Sejenak mata Joey terpandang seorang perempuan di pergigian air , memakai kain pareo dan baju yang Joey sendiri tidak tahu apa jenisnya. Rambutnya terurai panjang yang menampakkan betapa lembutnya rambut itu, mata Joey memerhati gerak geri perempuan tersebut.

“aww!! Sakit…”, jeritan itu dari perempuan tadi. Lalu Joey segera berlari kearah perempuan tersebut.

“bagi saya tengok”, perempuan tersebut menunduk sambil memegang kakinya yang putih melepak.

“sakit..”, perempuan itu mengaduh

“laa...kau. aku ingat sape la tadi”, lalu tangan yang ingin memegang kaki perempuan tersebut ditarik balik dan Joey berdiri. Ternyata perempuan tersebut adalah Sara , kemana sahaja Joey pergi mesti akan terjumpa dengannya.

“sakit..”, suaranya seolah-olah sedang menahan tangis.

“kau tu jalan mata kemana, berangan. Yang kau pergi pijak ketam mati tu kenapa. Dah la, bangun jelah”, suara Joey sedikit keras

“tak nampak tadi ketam tu.. sakit..”,

“bangun jelah, yang kau lembik sangat tu kenapa? Bangun la, pergi duduk kat batu tu”, lalu Joey berlalu pergi kearah batu dan duduk disitu. Kelihatan Sara sedang cuba bangun dan datang terhenjut-henjut kearahnya.

“tolong ambilkan ubat dalam bonet”, kunci diberikan kepada Joey

“ish,tak habis-habis nak susahkan aku”,

“ok takpelah”, Sara mengambil kembali kunci tersebut di atas batu ditepi Joey lalu berlalu pergi.

“tengok..pergi tapi selipar tinggal kat sini. Nyanyuk!”,

Lalu selepas beberapa ketika Joey bangun dan pergi kearah kereta Satria Neo milik Sara.

“saya dah ok, dah balut pun kaki ni. Nanti saya pergi klinik”,

“ada aku tanya?”, lalu selipar dilemparkan ke dalam kereta dan Joey berlalu pergi.


***


“sayang, ibu rasa kan dah lama la tak buat majlis kat rumah kita ni. Ibu rasa hujung minggu ni nak panggil kawan-kawan ibu , kawan- kawan babah. Nanti jangan lupa jemput apa namanya tu... Zara..haa Zara kan”,

“Sara la ibu..Zara tu panggilan je. Eii buat ape la nak panggil dia,menyibuk je”,

“opp...Sara ye..amboi dah ada citarasa nampaknya tu”, celah USB

“ala ape salahnya ajak dia datang ke rumah. Boleh ye?”,

“tengok la ibu...hurmm...”, lalau Joey membiarkan ibunya berborak dengan USB di ruang tamu.

Joey memang tidak pernah membawa kawan perempuan ke rumah. Terasa janggal dan kekok, leboh-lebih lagi perempuan yang dia tidak suka. Pernah Joey terfikir kenapa dia membenci Sara, padahal Sara tidak pernah berbuat salah kepadanya. Tetapi Joey menidakkan rasa hati kerana baginya itu hanyalah “mainan hati” yang tak pasti.

“esok ada client dari Selangor akan datang. Lupa nak bagitahu tadi – Lisa”, sedang Joey berjalan di tepi kolam, dia mendapat satu pesanan ringkas dari setiausahanya.

“ish..tak cakapa awal-awal..lupa..lupa..apa yang ingat entah..”, ngomel Joey panjang.

“apa yang kau bebelkan tu?”, tanya USB

“erm..esok ade client. Malas la aku”,

“kau ni kenapa? Sejak aku balik ni, kau nampak tak bermaya je”,

“entah la USb, aku pun pelik dengan diri aku”,

“kau in love?”,

“ehh kau ni kene sampuk ke ape? In love bagai..mane ade la..dah la aku nak masuk tidur”

Sesungguhnya Joey juga pelik dengan dirinya, apa yang Joey pasti dia bukan “in love” seperti yang dimaksudkan oleh USB tadi.




"sape pulak budak kecik ni..", Mr. Google

Saturday, May 21, 2011

E.M.P.A.T B.E.L.A.S

“bila orang dah mula “daydreaming” semua benda tak kena jadinya”, kata-kata USB membuatkan Joey hilang tentang apa yang difikirkan.

“bila lak aku berangan ni..”,

“ok I wanna ask you, kau in love ke sekarang?”,

“apa kau melalut ni kawan?aku just terfikir kenapa setiap tempat aku pergi mesti ada dia, dan muka dia macam aku pernah tengok”,

“bawalah dating rumah,ibu nak jumpa”, sampuk ibu sambil menatang dulang yang berisi jus anggur dan buah-buahan.

“tu la ibu,Joey ni hah entah kenapa tak nak bawa jumpa. Padahal setiap tempat pergi mesti ada perempuan tu. Tapi kan Joey, aku rasa ada sesuatu kot pasal perempuan tu yang ada kaitan dengan kau. Yelah,bukan sekali korang terserempak tapi sehari hampir 3 kali !” , kata USB.

Joey memang tidak suka dengan perkara yang membuatkan kepalanya berat. Melihat air di kolam renang yang tenang tidak setenang hatinya. Jika betul ada sesuatu,kenapa perempuan itu tidak mengatakan sesuatu tetapi hanya memberikan senyuman sahaja. Pelik betul..

“dia ada berpakat nak culik aku kot!”, kata Joey dengan wajah serius

“kecek kokse jah,toksoh koya la Joey. Sapo gak nok kidnap mung ni”, kata USB dalam loghat Kelantan.



***

Sudah hampir sebulan lebih USB berada dirumahnya, tetapi tidak sekalipun di hujung minggu Joey berpeluang untuk membawa USB kemana-mana. Tentunya USB sangat bosan berada dirumah dan jarang-jarang sekali balik ke rumahnya di Kota Bharu.

“eh,hujung minggu ni nak pergi mane? Kau cakap je aku bawa”,

“buat ape?malas la aku..”,sambil membaca novel Ombak Rindu dengan khusyuknya.

“kesian kat kau la,bosan kat rumah so jom la jalan-jalan”,

“aku pon orang Kelantan,semua tempat dah aku redah la..”,

“jom kita pergi Sekayu nak? Air terjun Jelawang Jingga ke”,tanya Joey

“taknak lah…”, selepas beberapa ketika .. “jom pergi Tok Bali nak”,

“ok je,hujung minggu ni ok. Ehh kau ni kan,aku ni tak cukup kacak ke yang kau bercakap tak tengok pon aku. Duk tengok novel tu je, ish malas la aku layan kau ni..”,

“kalau tak pandang novel,macam mana nak baca … la merajuk pulak. Mari kat abang sayang….”,

“yuck!! Jangan buat aku pindah bilik lain lah”, kata Joey diiringi oleh gelak USB

Joey kenal sangat dengan perangai sahabat baiknya, suka sangat menyakat. Selalunya USB tidak suka membaca novel, tetapi jika datang rasa rindu dan tiba musim jiwang , semua novel Joey akan dibaca. Kebetulan pula Joey suka mengumpul novel sejak di bangku sekolah lagi, jadi tidak hairanlah jika mini library Joey sudah tidak dapat menampung segala jenis bacaan Joey dan menyebabkan ibu membuat bilik bacaan khusus untuk Joey dibilik sebelah yang menghubungkan bilik Joey, bilik computer dan bilik bacaan.

“karok jom malam ni, jamming habis-habis nak?”,

“kat mana? Aku tak pernah pergi la pusat karok kat sini”,

“kat rumah jelah .. tingkat bawah sana. Kedap udara kan?”,

Joey hampir terlupa tentang bilik muzik ditingkat bawah kerana dia sangat jarang untuk masuk ke bilik itu. Bilik itu dicadangkan oleh babah Joey kerana Joey suka membawa kawan-kawan lelaki ke rumah. Oleh itu,selain di tepi kolam dan ruang santai, kawan-kawan Joey amat suka menghabiskan masa di bilik muzik untuk jamming. Rumah Joey penuh dengan peraturan yang dikawal oleh sistem, setiap kali masuk waktu solat ataupun azan berkumandang , bilik muzik akan “blackout”. Itu menandakan semua yang sedang bermain harus berhenti dan bersiap untuk ke bilik solat di tingkat dua untuk solat secara berjemaah , elektrik di bilik muzik akan seperti sediakala selepas 45 minit. Pada awalnya kawan-kawan Joey tidak biasa dengan peraturan tersebut, lama kelamaan mereka sudah terbiasa dan mereka akan menutup suis peralatan muzik sebelum “blackout”.

“ ok lepas Isya’ la kan. Lepas aku hantar email kita karok la”,

“email kat sape pulak ni…awek ea..”,

“banyak la awek aku. Aku tak laku la..adik angkat aku je. Yang aku ceritakan dahulu”,

“tabik spring lah ! dari zaman sekolah menengah lagi kan budak tu”,

“sorang tu jelah aku ade pun..”,



***

Perjalanan ke Tok Bali dari rumah memakan masa kurang dari 30 minit. Semasa pergi, USB yang memandu kerana Joey tidak tahu jalan untuk ke sana. Ibu pula tidak dapat datang kerana mengikut Makcik Maria ke butik kerana para pembekal dari Itali mahu datang. Sepanjang perjalanan Joey tidak henti-henti menaip novel , dia tidak mempunyai bakat tetapi kerana minat , dia ingin mencuba. Hanya untuk simpanan peribadi sahaja , selalunya selepas siap sebuah novel dia akan meminta rakannya dari DBP untuk memeriksa bahasa yang digunakan. Selepas itu dia akan membukukan sendiri novel tersebut dan meletakkan di library miliknya.

“sampai dah!”, sergah USB tiba-tiba

“oiii!!”, Joey memang terkejut, dia langsung tidak sedar mereka sudah sampai ke Tok Bali.

“bestnya tak ramai orang hari ni”, kata USB sambil menghirup udara segar.

USB memang sukakan laut manakala Joey pula takutkan “sunburn”. Teringat lagi jika dahulu USB mengajaknya ke pantai , dia tidak akan bersetuju. Tetapi sekarang dia akan mengikut sahaja dan tidak mengesahkan tentang “sunburn” kerana apabila dewasa Joey merasakan yang berkulit gelap itu macho. Mungkin kulit gelap tidak sesuai dengan Joey kerana “sunburn” akan hilang selepas 3 hari walaupun Joey tidak memakai apa-apa losyen. Losyen? Arghh…Joey bukan “lembut” dan “menjaga”.

“berangan lagi ke…bawak turun la makanan tu”,

“ish kacau lah! Ye...”, lalu Joey menghamparkan tikar dan meletakkan makanan diatas tikar dibawah pokok. Sangat redup…

“sedapnya macaroni goreng ni..pedas..yummy.makan la,sedap ni..diet ke makan sandwich je?”, USB memang sukakan macaroni goring

“jap lagi lah…”,selepas menghabiskan sandwich Joey berbaring di atas tikar.

“assalamualaikum…”, serentak Joey dan USB memandang dan menjawab salam.

“kau lagi..eh kau pakai ilmu apa ye,semua tempat aku pergi ada kau”,keluh Joey

“ish..kau ni. Eh awak,duduk la.”, jemput USB, dan membri ruang untuk perempuan tersebut duduk

Joey tidak puas hati , “jawab la aku tanya tadi. Kau kenal aku ke? Kita pernah jumpa kat mana?”, bertalu-talu soalan dari Joey

“awak..makan la.meh saya sendukkan”, kata USB. USB memang seorang yang mudah “panas” dengan perempuan. Semua perempuan dilayan elok, tak hairanlah jika tunangnya selalu cemburu.

“awak..ermm..kita kenal. Tapi dah lama la tak jumpa, awak tak cam saya? Kawan masa sekolah , tapi sekolah lain..”,

“takde masa aku nak main ingat,main-main teka. Cakap jelah , aku memang tak cam kau la”,

“Joey,chill la. Kasar la kau ni, gelojoh”, USB seolah-olah tidak senang dengan cara Joey

“kita kawan. Awak pernah suruh saya pergi dulu, saya tak tipu.”, kata perempuan itu

“bukti?”, Joey mengangkat kening

“jam tu..jam yang awak pakai tu. Saya yang bagi masa awak tingkatan 5”, lalu perempuan tersebut bangun dan pergi. Joey sempat melihat mata perempuan tersebut bergenang. Lalu Joey melihat jam ditangannya..

“USB…”, USB berpaling setelah mendengar Joey memanggil seolah berbisik

“ZARA…..!”, Joey kaku. 


Friday, May 20, 2011

T.I.G.A B.E.L.A.S

Sudah seminggu Joey memulakan kerjanya di syarikat yang baru menempa nama di ibu kota di negeri Kelantan. Joey suka dan senang dengan suasana ditempat kerja , walaupun gaji yang diterima tidaklah semahal gaji yang ditawarkan di syarikat gergasi di Kuala Lumpur  kerana bagi Joey suasana ditempat kerja lebih menjadi kepentingan berbanding gaji yang ditawarkan. Suasana pekerjaan yang agak “otai” ditambah pula dengan bos yang memahami dan rakan sekerja yang saling bekerjasama.

Deringan telefon mematikan tumpuan mata Joey di skrin komputer , “ assalamualaikum , apa khabar? ” ,

“waalaikummusalam , baik. Aku balik Malaysia minggu depan , cuti tiga bulan lebih. Boleh jemput aku kat airport?”

“kat Kuala Lumpur ke?” , tanya Joey

“Pengkalan Chepa la..rajin kau nak dating jauh-jauh nak ambik aku..”, gelak USB

“bagus jugak kau balik,aku pun ada hal nak bagitahu ni.” , Joey sudah tidak sabar untuk menceritakan soal wanita yang dijumpainya.

“ok la,jumpa nanti k” , talian dimatikan.

Joey meneruskan kerjanya, di dalam hati dia sudah tidak sabar untuk bertemu USB. Joey memang seorang yang optimis dengan kerja yang dibuat , selagi kerjanya tidak siap, dia tidak akan mungkin menghabiskan masa bersuka ria bersama teman-teman.

***

Pelukan erat diberikan kepada sahabatnya USB, mata Joey memang tidak pernah jemu untuk memandang wajah USB yang kacak dan menenangkan. Beg USB ditarik ke kereta, beg yang besar-besar dan berat, umpama tidak mahu pulang semula ke Amerika.

“ape pulak cerita kau kali ni Joey, nampak penting semacam je ni” ,

“sangat penting la ni,so kebetulan kau balik ni aku takde la takut sangat” ,

“cehh..ayat..yelah-yelah aku tolong la ape yang patut sepanjang cuti ni”,

Kereta memecut laju,USB akan bermalam dirumahnya kerana ibu bapa Joey sedang mengadakan umrah sekeluarga. USB malas untuk tinggal bersendirian dari rumahnya, kebetulan pula Joey hanya tinggal bersama ibunya kerana baba ke Jepun untuk melawat atuk. Lapangan terbang Pengkalan Chepa hanya 15 minit dari rumah Joey jika jalan raya tidak sesak. Walaupun Joey membesar di Singapura , dia amat suka tinggal di Malaysia dan sewaktu dia berumur 10 tahun keluarganya berpindah ke Sarawak. Keluarganya berhijrah ke Kelantan ketika Joey tingkatan satu dan babanya membuat keputusan untuk membeli sebuah rumah di Kelantan. Oleh sebab itulah Joey tidak keberatan untuk terus tinggal dan bekerja negeri Kelantan yang sudah sebati dalam dirinya.

“USB..mesti penat kan. Jom makan dulu lepas tu boleh la naik rehat kat atas. Ibu dah kemaskan bilik”,

“susah-susah je ibu ni, saya boleh duduk sebilik dengan Joey la. Wah!! Sedapnya lauk pauk ni.,kecur dah rasa”,

“entah la ibu,kami boleh duduk sebilik la”, kata Joey sambil menyendukkan nasi ke dalam pinggan ibu dan USB.

“everyone needs a place with privacy sayang. Lagipun rumah kita banyak bilik yang tak diguna..”,

Memang kebiasaannya Joey dan baba akan patuh dengan keputusan ibu pada akhirnya. Ketegasan ibu sukar ditembusi dan ibu suka memuktamadkan keputusan. Walaupun sikap ibu sebegitu, dia amat penyayang dan seorang ibu dan isteri yang amat memahami. Joey masih ingat lagi ketika Sambutan Hari Ibu beberapa tahun lepas, Joey tidak cukup duit untuk membelikan apa-apa hadiah pun kepada ibu. Duit yang Joey ada hanya cukup untuk menampung makan selama seminggu , pada malam Hari Ibu tersebut Joey telah mendapat aura “kreatif” dalam dirinya secara tiba-tiba. Lalu dia membuat sendiri kad Hari Ibu untuk diberikan kepada ibu.


“Ibu, Happy Mo…..”, suara Joey tersekat, dia fakir mesti ibu sedih kerana dia tiada hadiah untuk diberikan kepada ibu.

“kenapa ni sayang? Apa ni…”, lalu kad ditangan Joey diambil

“kkk…kad..hurm…”,Joey duduk di kerusi

“cantiknya,pink lagi..”, ibu memuji kad yang dihasilkan sambil membaca ucapan didalam kad tersebut

“maaf ibu,tahun ni takde hadiah..tahun depan ok?”,

“ish,ibu bukan nak hadiah pun la.cukup la setakat doa dari anak ibu..”,

“tapi ibu-ibu orang lain dapat hadiah, ibu takde hadiah”,

“dah lupa ye?ni la hadiah ibu…”,sambil tangan ibu mengusap pipi Joey. Pelukan diberikan kepada ibu, dia tidak tahu bagaimana hidupnya jika tida ibu disisi yang memberi semangat.

“tapi kalau sayang ibu nak bagi hadiah pun ok jugak. Ibu nak tiket melancong ke Afrika atau senang-senang Joey hantar ibu pergi Haji sekali lagi..Kereta sebuah pun ok jugak….”,

“amboi, demand!”, hidung mancung ibu dicuit lembut.

***

“mana perempuan tu?dah sejam kita tunggu kat sini.jom la balik..”, rayu USB,dia sudah tidak tahan untuk berada di restoran itu untuk beberapa ketika lagi.

“jap la,aku pasti dia akan dating jugak.setiap hari aku nampak dia kat sini”,

“kau ni..waras ke tak? Ilusi kau je kot tu”,

“tak! Aku pasti perempuan tu wujud la. Aku yakin!!”, tegas Joey

Serta merta hujan turun dengan lebat tanpa memberikan isyarat. Joey lega sekurang-kurangnya dia tidak perlu mendengar keluhan USB kerana mereka meletakkan kereta diseberang jalan. USB tidak mungkin akan meredah hujan semata-mata untuk ke kereta. Lantas mata Joey menangkap sesusuk tubuh yang sedang berpayung, kainnya kebasahan. Dia melangkah masuk kedalam restoran tersebut.

“mamak,teh tarik satu. U kasi sama itu perempuan”,

“ehh,sape tu?”, USB kehairanan

“tu la perempuan yang aku cerita semalam kat kau”,

“seram dowh..kenape dia datang time hujan macam ni..meremang!”,

“ye la kau tu..meremang ke ape..”,

“oii! Double-meaning ek!”, USB gelak diikuti dengan Joey.

Joey memandang mamak menghantarkan teh tarik ke meja perempuan tersebut. Perempuan itu memandang Joey dan memberikan senyuman, Joey memalingkan muka dan segera memandang USB yang sedang memerhati.

“sombong betul kau ni, perempuan tu senyum kan. Balas je la”, USB memandang perempuan tadi dan memberikan senyuman dan senyuman tersebut dibalas oleh perempuan tadi.

“ahh kau player,aku bukan”, kata Joey

“ni bukan player la,ni maksudnya memahami”,

“jom balik,hujan dah berhenti tu”, mereka beriringan ke kereta sambil diperhati oleh perempuan tadi.

“Joey..aku rasa pernah tengok la muka perempuan tu..”,

“betul ke?sape?kat mana?bila?”,

“pelanduk dua serupa kot..entah la,ingat-ingat lupa”,

Sememangnya Joey pun merasakan hal yang sama, tapi siapa perempuan tadi masih menimbulkan tanda tanya. Enjin kereta dihidupkan lalu Joey memecut laju ke masjid Kubang Kerian kerana waktu Maghrib akan tiba beberapa minit sahaja lagi. Sewaktu memandu, fikiran Joey melayang entah kemana. 


"aiyokk..kain basah...",

Thursday, May 19, 2011

D.U.A B.E.L.A.S

Semester akhir digunakan sebaiknya oleh Joey untuk merapatkan hubungan dengan teman-teman disana.entah bila pula dia berpeluang dating menjenguk teman-teman disini.pagi tadi Joey mendapat panggilan dari ibu tercinta membawa perkhabaran yang baik.

“Izzah akan bertunang esok petang dengan Haziq.Joey doakan la supaya majlis ni lancer ye nak” , jelas terdengar suara kegirangan dari ibu.bakal menerima anak baru…

Joey tersenyum.dia bersyukur kerana masih ada lagi lelaki yang sanggup memperisteri Izzah walaupun sudah mengetahui kisah silam Izzah. Akif pula sudah ada tempat untuk bermanja sekarang,Joey lega dan bersyukur.

“jodoh kau dah sampai Izzah…” , segera ayat dimatikan. Joey tidak mahu terus memikirkan hal tersebut kerana peperiksaan akhir akan tiba beberapa bulan lagi.

***

Seusai kertas terakahir Joey menelefon USB untuk bertanya khabar.sudah lama dia tidak mendengar apa-apa perkhabaran dari sahabat baiknya itu.

“hah! Kau dah habis belajar la ni?! Cepatnya,macam semalam baru kau kata tak best belajar kat sana sebab aku takde” , riang suara USB

“mestilah..dunia kahir zaman,cepat jelah.tengok la dalam dua bulan lagi aku balik Malaysia.sekarang masa untuk aku melancong dulu,nanti aku singgah la tempat kau tu.macam mana kau dengan Alisa sekarang?”

Sememangnya USB telah bertunang dengan anak sahabat papanya ketika di tahun empat di Amerika. USB seorang yang tidak memilih,cukuplah sedap dipandang oleh ibu bapanya , USB hanya mengiyakan.

“kami ok,dia kat Jordan lagi.belum pun habis belajar.nampaknya kau dulu la pegang duit.aku ni lambat lagi.so ape perancangan lepas ni?”

“erm…lepas graduate aku kerja terus la.nanti kerja baru fikir masa yang sesuai untuk sambung belajar balik”,

“elok jugak tu,master dan phD bila –bila masa boleh buat..aku rindu sangat dah kat kau.nanti jumpa ye.aku nak turun dulu,ade date” , gelak Joey

“dah pandai sekarang….”, sakat USB. Panggilan dimatikan.

***

“ada bawa resume?” ,

“ada.. ni resume..”, diberikan resume ke tangan bakal majikan.melihat mukanya,Joey merasa gerund tetapi berlagak biasa.

“saya dah semak resume dan sijil-sijil awak beberapa hari lepas.hari ini cuma untuk kepastian. Latar belakang pelajaran awak sungguh bagus dan saya pasti banyak lagi syarikat gergasi diluar berebut inginkan awak sebagai pekerja mereka. Adakah awak pasti untuk memohon pekerjaan ini? Awak mampu mendapat pangkat yang lebih tinggi “,

“Tuan, bagi saya sendiri walaupun saya mempunyai kelebihan dan keupayaan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi , saya tidak teragak-agak untuk memulakan kerjaya saya di peringkat bawah dahulu. Saya masih dalam proses pembelajaran, dimana sahaja kita bekerja, segah mana pun syarikat itu tidak menjamin kepada produktiviti yang dikehendaki jika pekerjanya tidak berusaha dari sifar “,

“apa aku melalut ni…adoii “, bicara hatinya...

“kalau begitu, tunggu surat tawaran dari syarikat kami “,

“terima kasih Tuan, saya tida sabar untuk berkhidmat dan menjadi salah satu daripada staff di syarikat ini “, tangan majikan digoncang lembut. Lalu Joey melangkah keluar dengan penuh yakin.

“fuhhh! Nak terkucir aku…”, sambil mengalap peluh yang menitik didahi.

***

“mamak! teh tarik satu..”,

“minum saja?makan?”, ujar mamak di restoren Restoran Mamak Spicy.

“makan…..makan….makan….tak nak lah “,

“sikit punya lama ka mau fikir..”, wajah Joey ditenung, senyuman diberikan menampakkan sebaris gigi yang putih bersih.

Sementara menunggu pesanan, Joey memerhatikan sekeliling. Terlihat seorang wanita 20an disebuah meja memerhatikan Joey. Wanita tersebut memberikan senyuman, Joey pelik dan memalingkan muka tanpa membalas senyuman tadi.

“airnya encik…” , Joey memberikan senyuman. Lantas dia melihat kearah meja wanita tadi. Wanita itu sudah tiada.. Lesap!

“mana dia pergi..siapa dia?” , soal hati Joey



Mr.Google tengah buat kerja

Tuesday, May 10, 2011

S.E.B.E.L.A.S

"bangun la sayang..matahari terpacak dah ni",

"5 minit.......",lantas selimut tebal ditarik hingga ke paras dada. sejuk dari penghawa dingin yang terpasang tepat ke arah katil.

"ye 5 minit,dari tadi lagi 5 minit ni.bangun...",lalu tangan Joey ditarik oleh ibu.pipi Joey ditarik-tarik bak seketul kuih pau yang tengah panas. Joey rimas lalu membuka mata.

"ibu ni,Joey nak bangun lambat sikit pun tak boleh.dah la bukan main susah nak biasakan dengan waktu kat sini",
lantas Joey segera ke bilik air untuk mandi.seusai mandi Joey membuka beg pakaian untuk mengambil barang-barang yang dikirimkan oleh USB untuk disampaikan kepada keluarganya.

***

temu janji bersama rakan-rakan di Bukit Bintang tidak dilupa,segera Joey bersiap untuk kesana.setibanya di tempat yang dituju Joey melihat rakan-rakannya melambai tangan.

"wah berbeza sekarang kau.tak macam masa form 5 hari tu",ujar Zain

"kau ni,dah berapa tahun dah berlalu tu..so pe cer korang sekarang?"

"kitorang?semua dah dapat kerja.Miza tu baru je kelmarin dapat tawaran kat TM Point.kau?",

"aku belum habis lagi,insya-Allah hujung tahun ni la.lepas tu aku mintak nak kerja kat Kelantan",

"fresh graduate nak kerja kat Kelantan? ape la kau ni,mintak la kat tempat ok sikit",

"hey kawan..buka minda la", sambil menepuk bahu rakannya yang sedang menggelengkan kepala. bagi Joey, Kelantan bukan sebuah negeri yang tidak maju. Kelantan mempunyai keunikkan yang tersendiri, walaupun dia anak kelahiran Singapura tetapi dia bukan seperti mereka yang anti- Kelantanese.

lamunan Joey terhenti apabila pelayan datang menghantar minuman, "USB buat ape sekarang?" , tanya Tasya yang dari dulu amat meminati USB.

"dia ambil perubatan,sah la lambat lagi nak habis.so aku la yang kerja dulu nanti. Cik Tasya,masih menunggu?", sakat Joey

"ish...",segera muka dipalingkan.


***

"babah!!!", betis Joey dipeluk erat. Joey memandang tubuh si kecil,bergenang air matanya.

"anak babah baru datang?pergi mana...", lalu pipi Akif dicium lembut.

"wanginya....", lantas Izzah keluar membawa juadah minum petang.

"Akif balik rumah Tok Ma,masa kat kebun banyak sangat durian..", Akif bercerita sambil membuat aksi yang mencuit hati.

"jemput makan Joey,puding blueberry yang Joey suka tu.", Joey senyum tanda terima kasih , lalu Joey menuang air ke dalam gelas yang tersedia.

"babah, baru ni kan pakcik Haziq datang nak ngorat ummi", Joey tersedak, Izzah merenung Akif dengan pandangan yang tajam.

segera Izzah bangun untuk mengelap air yang tumpah di paha Joey, Joey mengelak kerana kurang selesa. tisu ditangan Izzah diambil lembut, lalu Joey mengapu sendiri air yang tumpah.Ibu memerhati gelagat Joey sambil menyiram pokok bunga.

"bagus la,nanti Akif dapat papa.boleh teman ummi,boleh bawa jalan-jalan",

"alaa,tapi Akif nak babah je..", hidung Akif ditarik manja.

"erm..Joey,sebenarnya saya memang dah nak bagitahu..",

"takpe,jom teman babah main gitar kat bilik muzik Akif ", percakapan Izzah disekat, lalu Joey mengangkat Akif ke bilik muzik. Joey bingung dengan perasaannya.



"akan ada penghujung yang terbaik buatmu",
Daisypath Anniversary tickers