Friday, May 20, 2011

T.I.G.A B.E.L.A.S

Sudah seminggu Joey memulakan kerjanya di syarikat yang baru menempa nama di ibu kota di negeri Kelantan. Joey suka dan senang dengan suasana ditempat kerja , walaupun gaji yang diterima tidaklah semahal gaji yang ditawarkan di syarikat gergasi di Kuala Lumpur  kerana bagi Joey suasana ditempat kerja lebih menjadi kepentingan berbanding gaji yang ditawarkan. Suasana pekerjaan yang agak “otai” ditambah pula dengan bos yang memahami dan rakan sekerja yang saling bekerjasama.

Deringan telefon mematikan tumpuan mata Joey di skrin komputer , “ assalamualaikum , apa khabar? ” ,

“waalaikummusalam , baik. Aku balik Malaysia minggu depan , cuti tiga bulan lebih. Boleh jemput aku kat airport?”

“kat Kuala Lumpur ke?” , tanya Joey

“Pengkalan Chepa la..rajin kau nak dating jauh-jauh nak ambik aku..”, gelak USB

“bagus jugak kau balik,aku pun ada hal nak bagitahu ni.” , Joey sudah tidak sabar untuk menceritakan soal wanita yang dijumpainya.

“ok la,jumpa nanti k” , talian dimatikan.

Joey meneruskan kerjanya, di dalam hati dia sudah tidak sabar untuk bertemu USB. Joey memang seorang yang optimis dengan kerja yang dibuat , selagi kerjanya tidak siap, dia tidak akan mungkin menghabiskan masa bersuka ria bersama teman-teman.

***

Pelukan erat diberikan kepada sahabatnya USB, mata Joey memang tidak pernah jemu untuk memandang wajah USB yang kacak dan menenangkan. Beg USB ditarik ke kereta, beg yang besar-besar dan berat, umpama tidak mahu pulang semula ke Amerika.

“ape pulak cerita kau kali ni Joey, nampak penting semacam je ni” ,

“sangat penting la ni,so kebetulan kau balik ni aku takde la takut sangat” ,

“cehh..ayat..yelah-yelah aku tolong la ape yang patut sepanjang cuti ni”,

Kereta memecut laju,USB akan bermalam dirumahnya kerana ibu bapa Joey sedang mengadakan umrah sekeluarga. USB malas untuk tinggal bersendirian dari rumahnya, kebetulan pula Joey hanya tinggal bersama ibunya kerana baba ke Jepun untuk melawat atuk. Lapangan terbang Pengkalan Chepa hanya 15 minit dari rumah Joey jika jalan raya tidak sesak. Walaupun Joey membesar di Singapura , dia amat suka tinggal di Malaysia dan sewaktu dia berumur 10 tahun keluarganya berpindah ke Sarawak. Keluarganya berhijrah ke Kelantan ketika Joey tingkatan satu dan babanya membuat keputusan untuk membeli sebuah rumah di Kelantan. Oleh sebab itulah Joey tidak keberatan untuk terus tinggal dan bekerja negeri Kelantan yang sudah sebati dalam dirinya.

“USB..mesti penat kan. Jom makan dulu lepas tu boleh la naik rehat kat atas. Ibu dah kemaskan bilik”,

“susah-susah je ibu ni, saya boleh duduk sebilik dengan Joey la. Wah!! Sedapnya lauk pauk ni.,kecur dah rasa”,

“entah la ibu,kami boleh duduk sebilik la”, kata Joey sambil menyendukkan nasi ke dalam pinggan ibu dan USB.

“everyone needs a place with privacy sayang. Lagipun rumah kita banyak bilik yang tak diguna..”,

Memang kebiasaannya Joey dan baba akan patuh dengan keputusan ibu pada akhirnya. Ketegasan ibu sukar ditembusi dan ibu suka memuktamadkan keputusan. Walaupun sikap ibu sebegitu, dia amat penyayang dan seorang ibu dan isteri yang amat memahami. Joey masih ingat lagi ketika Sambutan Hari Ibu beberapa tahun lepas, Joey tidak cukup duit untuk membelikan apa-apa hadiah pun kepada ibu. Duit yang Joey ada hanya cukup untuk menampung makan selama seminggu , pada malam Hari Ibu tersebut Joey telah mendapat aura “kreatif” dalam dirinya secara tiba-tiba. Lalu dia membuat sendiri kad Hari Ibu untuk diberikan kepada ibu.


“Ibu, Happy Mo…..”, suara Joey tersekat, dia fakir mesti ibu sedih kerana dia tiada hadiah untuk diberikan kepada ibu.

“kenapa ni sayang? Apa ni…”, lalu kad ditangan Joey diambil

“kkk…kad..hurm…”,Joey duduk di kerusi

“cantiknya,pink lagi..”, ibu memuji kad yang dihasilkan sambil membaca ucapan didalam kad tersebut

“maaf ibu,tahun ni takde hadiah..tahun depan ok?”,

“ish,ibu bukan nak hadiah pun la.cukup la setakat doa dari anak ibu..”,

“tapi ibu-ibu orang lain dapat hadiah, ibu takde hadiah”,

“dah lupa ye?ni la hadiah ibu…”,sambil tangan ibu mengusap pipi Joey. Pelukan diberikan kepada ibu, dia tidak tahu bagaimana hidupnya jika tida ibu disisi yang memberi semangat.

“tapi kalau sayang ibu nak bagi hadiah pun ok jugak. Ibu nak tiket melancong ke Afrika atau senang-senang Joey hantar ibu pergi Haji sekali lagi..Kereta sebuah pun ok jugak….”,

“amboi, demand!”, hidung mancung ibu dicuit lembut.

***

“mana perempuan tu?dah sejam kita tunggu kat sini.jom la balik..”, rayu USB,dia sudah tidak tahan untuk berada di restoran itu untuk beberapa ketika lagi.

“jap la,aku pasti dia akan dating jugak.setiap hari aku nampak dia kat sini”,

“kau ni..waras ke tak? Ilusi kau je kot tu”,

“tak! Aku pasti perempuan tu wujud la. Aku yakin!!”, tegas Joey

Serta merta hujan turun dengan lebat tanpa memberikan isyarat. Joey lega sekurang-kurangnya dia tidak perlu mendengar keluhan USB kerana mereka meletakkan kereta diseberang jalan. USB tidak mungkin akan meredah hujan semata-mata untuk ke kereta. Lantas mata Joey menangkap sesusuk tubuh yang sedang berpayung, kainnya kebasahan. Dia melangkah masuk kedalam restoran tersebut.

“mamak,teh tarik satu. U kasi sama itu perempuan”,

“ehh,sape tu?”, USB kehairanan

“tu la perempuan yang aku cerita semalam kat kau”,

“seram dowh..kenape dia datang time hujan macam ni..meremang!”,

“ye la kau tu..meremang ke ape..”,

“oii! Double-meaning ek!”, USB gelak diikuti dengan Joey.

Joey memandang mamak menghantarkan teh tarik ke meja perempuan tersebut. Perempuan itu memandang Joey dan memberikan senyuman, Joey memalingkan muka dan segera memandang USB yang sedang memerhati.

“sombong betul kau ni, perempuan tu senyum kan. Balas je la”, USB memandang perempuan tadi dan memberikan senyuman dan senyuman tersebut dibalas oleh perempuan tadi.

“ahh kau player,aku bukan”, kata Joey

“ni bukan player la,ni maksudnya memahami”,

“jom balik,hujan dah berhenti tu”, mereka beriringan ke kereta sambil diperhati oleh perempuan tadi.

“Joey..aku rasa pernah tengok la muka perempuan tu..”,

“betul ke?sape?kat mana?bila?”,

“pelanduk dua serupa kot..entah la,ingat-ingat lupa”,

Sememangnya Joey pun merasakan hal yang sama, tapi siapa perempuan tadi masih menimbulkan tanda tanya. Enjin kereta dihidupkan lalu Joey memecut laju ke masjid Kubang Kerian kerana waktu Maghrib akan tiba beberapa minit sahaja lagi. Sewaktu memandu, fikiran Joey melayang entah kemana. 


"aiyokk..kain basah...",

1 comment:

Unknown said...

pantas n efisyen la pak cik..xsbr nk tunggu y "sekarang"..nk tau sal Ad...Aw~~

Daisypath Anniversary tickers