aku dilahirkan dalam keadaan yang cukup sempurna dan diberikan nama yang cukup indah dan sedap didengar.
jantina aku? rasanya aku ni lelaki ke perempuan?
aku tak banyak adik beradik,jadi ibu bapa aku memang ada masa untuk menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap aku.bila musim peperiksaan,tumpuan mereka dua kali lipat dari hari-hari biasa.bertuahkah aku?
di sekolah hingga ke universiti,aku tidak menghadapi banyak masalah kerana aku mempunyai kelebihan dalam soal pelajaran.dalam soal lain,begitu juga?
aku minat penulisan walaupun kerjaya aku bukan dalam bidang kesusasteraan. aku tiada bakat,tapi ingin mencuba."belakang parang,kalau diasah akan tajam juga".belakang kapak pun?
aku sukakan cabaran,tapi aku tidak suka dicabar.aku ni pengecut?
bila ada masalah,aku suka bersendirian.aku punya ramai teman,tetapi kekasih tak pernah lekat lama.kenape?
aku insan penuh dosa,harapkan pengampunan Allah s.w.t |