Thursday, June 23, 2011

D.U.A P.U.L.U.H

“Joey dah sedia ke nak tahu siapa tunang Joey? Tak marah ibu?”,

“kalau ibu buat semata-mata kebaikan Joey, Joey terima. Tapi Joey kesal sebab ibu tak berbincang dengan Joey”,

“sebab kalau ibu bincang,ibu tahu Joey takkn setuju. Percayalah sayang, ni untuk kebaikan Joey”,

“macam mana Joey nak berhadapan dengan Mya nanti. Ya Allah… bersalahnya rasa”,

“ibu akan terangkan pada Mya”,

“takpe lah ibu, Joey solve sendiri la nanti.”, lalu wajah ibu dikucup. Joey terus ke bilik air untuk mandi.

Dia tidak percaya ibunya akan bertindak sedemikian. Terlampau berani rupanya ibu, tetapi betulkah demi kebaikan Joey atau untuk kepuasan hati ibunya. Tentang siapa tunang Joey, itu akan terjawab malam ini kerana pihak perempuan akan datang untuk “kenal rumah” pihak lelaki. Joey hanya mengikut dan jika ini ketentuan-Nya, Joey juga hanya menurut.

Seusai solat Maghrib Joey turun ke dapur untuk membantu ibu menyiapkan juadah makan malam.

“ibu..”, senyuman dilemparkan. Ibu hanya memandang sambil mengacau kuah kari di atas dapur.

“tolong ibu sediakan makan malam, then kita tunggu tetamu datang. Lepas makan baru solat Isya’ jemaah. Sebelum tetamu datang, Joey bersiap la dulu. Pakai baju proper sikit”,
panjang lebar ibu bersyarah

“iya tahu... Joey tahu la jaga air muka parents. Babah mana?”,

“babah baca Quran kat atas. Tak sabar nak jumpa bakal mennatu dia”,

“babah tak jumpa lagi ke?”,

“belum jumpa bakal menantu dengan keluarganya. Selalunya jumpa menantu sorang je”,

“cepatnya ibu declare.. macam la jadi terus. Joey tengok dulu, kalau berkenan ok la.”,

Ibu hanya menjeling. Selesai menolong ibu menyediakan juadah makan malam, Joey naik ke bilik untuk bersiap. Dia ingin menelefon USB untuk “report” apa yang terjadi.

“biar betul ibu ni. Gempak lah!”, reaksi USB ketika mendapat tahu tentang hal tersebut.

“aku pun baru tahu tadi lagi la, aku dah jadi tunang orang dah sebulan. Bersalahnya aku kat tunang aku, macam-macam dah aku dengan Mya buat”,

“korang buat apa?”, tanya USB curiga

“ehh USB, aku call lain kali lah. Aku rasa tetamu dah sampai tu. Assalamualaikum”, talian dimatikan sejurus Joey mendengar suara orang ramai.

Joey bangun dan ke hadapan cermin, meneliti raut wajahnya. Cuba untuk bertenang dan senyum , “macam ni ke rasa bila bertunang?”, gumam hatinya. Lalu Joey melangkah menuju ke tingkat bawah.

“Assalamualaikum…”,

“Waalaikummussalam…ni la pengantin lelakinya..”, kata salah seorang tetamu. Mungkin saudara pihak perempuan, Joey juga tidak pasti. Setelah bertegur sapa dan bersalaman , Joey menjemput mereka ke meja makan. Joey memerhati yang mana seorangkah tunangnya kerana lebih kurang 5 orang gadis dihadapannya sekarang.

“Joey nak kemana? Duduk la makan, biar ibu serve. Lagipun menantu ibu ada kat dapur”, ibu tersenyum. Joey hanya menurut kata ibu lalu duduk disebelah bakal ayah mertuanya.

“kita makan dulu, masuk Isya’ nanti kita jemaah sama-sama lepas tu baru bincang bila nak buat kenduri”, kata babah. Joey memandang babahnya tajam, dia tidak menyangka secepat ini. Baginya berilah masa setahun dua untuk dia serasi bersama.

“Sara, sendukkan nasi untuk Joey tu”, kata ibu kepada Sara. Lalu Sara datang ketepi Joey untuk menyendukkan nasi. Joey tidak menghalang kerana takut kelakuannya sumbang di hadapan pihak perempuan.

“kau buat ape la kat sini mangkuk... mana aku ada,situ la kau ada”, kata Joey dalam hati.

“kena belajar la Sara, lepas ni nak kawin pulak. Masak sedap-sedap biar Joey makan kat rumah je.”,kata seorang makcik. Joey pelik,kenapa nama Joey pula disebut. Joey memandang pintu dapur, mancari-cari wajah tunangnya tapi tak juga kelihatan.

“cari siapa nak?”, tanya babah ketika Joey melihat pintu dapur sambil menyuapkan nasi ke mulut.

“babah..mana tunang Joey tu?”, kata Joey separuh berbisik

“Masya-Allah budak ni, cari tunang dia. Padahal depan mata, tu Sara. Tunang Joey la tu”,

Joey tersedak, dia langsung tidak menyangka Sara adalah tunangnya, cepat-cepat dia mendapatkan air minuman di hadapannya. Dia memandang Sara, lalu secara spontan dia memandang jari Sara. Tersarung kemas sebentuk cincin berlian. Joey diam membatu sehingga selesai makan.

Selepas selesai solat Isya’ yang diimamkan oleh Joey, mereka semua terus berkumpul di ruang tamu bahagian atas bersebelahan dengan ruang solat jemaah tadi.

“so malam ni kita nak bincang la serba sedikit perihal budak-budak ni. Masa bertunang hari tu tak sempat nak bincang sebab tunang koboi je”, kata Pakcik Naz yang lebih mesra membahasakan dirinya Papa

“saya mintak maaf la bang, memang tak tahu pun pasal rancangan orang rumah saya ni. Masa tu pulak saya di UK ada kerja kat sana”, jelas babah

“takpa,kami sedia maklum lah dengan hal tu. Jadi sekarang ni macam mana Joey, tempoh bertunang ni nak berapa lama?”, tanya papa

“2 tahun”, jawab Joey pendek. Namun pihak perempuan nampaknya begitu terkejut


“lama sangat tu sayang. Macam ni la abg Naz, tentang tarikh tu kita buat secepat mungkin. Cari tarikh yang sesuai,masa cuti sekolah ke”, kata ibu

“ok la kalau macam tu, saya pun taknak budak-budak ni bertunang lama sangat”,

“boleh saya cakap sikit?”, tanya Joey

“sila..”,

“saya rasa tak proper je macam ni. Saya bertunang pun secara yg sedia maklum. Kawan-kawan saya pun tak tahu apa-apa. Ye saya tahu bertunang tak perlu dihebahkan seperti berkahwin tapi macam terkilan la pula tak buat jamuan sederhana. Jemput kawan-kawan, saudara. Buat solat hajat ke”, lalu Joey memandang Sara yang kelihatan senyum

“kau ingat aku nak buat macam ni sebab aku terima kau ke.. haktuii!”, marah Joey dalam hati kepada Sara.

“kiranya Joey setuju la nak buat makan-makan ni?”, tanya ibu yang kelihatan tidak percaya. Joey hanya senyum tanda mengiyakan.

“maaf,mintak diri kejap. Ada panggilan “, lalu Joey bangun dan keluar ke taman tingkat atas bersebelahan ruang tamu. Panggilan dari Mya.

“sayang… I dah sampai. Miss u, tunggu I balik tau. Nak apa-apa tak dari sini? I ingat nak beli something la untuk ibu u, ape ekk? U.....”,

“ye2..dengar. tak payah susah-susah la. Ibu bukan nak pun apa-apa”,

“ye ke… ala…ok lah macam tu”, suara Mya sangat manja

“u.. nanti balik kita jumpa. Ada hal sikit nak bincang”,

“hal perkahwinan kita ke sayang? Sayang u! parents u dah restu ekk?”,

“nanti balik la I cerita ok. Jaga diri, jangan tinggal solat. Assalamualaikum”, talian dimatikan. Joey berpaling untuk masuk ke dalam rumah. Terkejut Joey apabila mendapati Sara betul-betul berada dibelakangnya.

“kau tak reti bagi salam ke sebelum bua aku terkejut? Dengan rambut panjang macam tu!”,

“awak..maaf…”,

“kenapa nak mintak maaf lak?”,

“saya rasa Mya suka awak, saya dah hancurkan impian Mya”, kata Sara

“kau jangan menangis boleh tak? Nanti orang dengar lah! Tahu pun kau, aku memang kesal dengan apa yang jadi!”, Joey meninggalkan Sara dan masuk ke dalam rumah.


***


Malam semalam Joey tidak dapat tidur, hatinya berdebar kerana dia akan berjumpa Mya pada hari ini untuk menjelaskan perkara yang telah terjadi. Tepat jam 10 pagi Joey terus memecut keluar dari perkarangan rumah untuk ke Atira Bistro kerana Mya ada disana.

“morning…”, tegur Joey apabila sampai ke meja Mya.

“morning sayang.. rindunya!”,

“tak order lagi ke?”,

“dah tadi, I dah order sekali untuk u. sayang, nah…”, lalu kotak berwarna kuning diberikan kepada Joey, “I beli untuk u masa kat sana, hope u like it”, senyum Mya.

“susahkan u je, thanks”, lalu Joey membuka kota tersebut, seutas jam bertatahkan berlian. “mahal ni.. membazir je”, kata Joey

“sesuai la untuk u yang bekerjaya sayang.. ni untuk ibu tapi I tak tahu nak beli apa untuk babah la”,

“beg Prada, macam mana u tahu my mom ni obsess dengan barang Prada?”,

“hebat tak tekaan i? kan nak jadi menantu, mestilah kena tahu”,

Joey terdiam,dia hampir terlupa tadi tentang tujuan utamanya untuk berjumpa Mya.

“Mya, I ada nak bagitahu sesuatu. U dengar je dulu, jangan kata apa-apa lagi”,

“ok...”, Mya tersenyum lebar

“minggu lepas i dapat tahu satu berita dari ibu. Mengejutkan la ...”,

“sayang, ringkaskan”,

“sorry2.. i dah bertunang. Ibu yang masuk meminang bulan lepas tanpa pengetahuan i. Mya… sorry…”, Joey takut kerana air mata Mya mula menitik.

“takpe.. bukan salah u pun kan.”, kata Mya sambil mengelap air matanya.

“Mya… kita masih kawan kan? U marah i?”,

“kita kawan.. tak I tak marah u.”, senyuman diberikan.

Joey tahu Mya kecewa tapi Mya pandai untuk mengawal perasaannya. Tidak seperti wanita-wanita lain. Inilah kelebihan Mya. Tidak lama selepas itu muncul kelibat Sara, Joey memang menyuruh Sara ke sana untuk berjumpa dengan Mya.

“Mya.. kenalkan Sara. Tunang I”,

“ni perempuan yang jemput u kat airport kan?”, lalu tangan Sara disambut mesra. Mya menarik Sara duduk ditepinya.

“Sara... sorry tau i tak tahu u tunang Joey”, kata Mya yang ketika itu tampak sungguh neutral.

“takpe, Joey pun baru je tahu pasal ni.”,

“awak, makan la dulu. Banyak sangat, saya tak habis”, Joey memberikan makanan yang dipesan oleh Mya kepada Sara. Sara melihat dengan penuh hairan.


***

Hampir sebulan lebih sudah berita mengejutkan Joey itu berlalu, kini Joey dalam proses untuk berlembut dengan Sara. Pada petang itu Joey mengambil Sara untuk ke kedai pakaian pengantin untuk meninjau pakaian disana.

“abang.. kenapa kita tak beli je kain. Lepas tu buat baju”,

“siapa la rajin nak jahit pulak. Macam-macam la, dah ada jalan senang nak jugak fikir jalan susah”,

“takde la, kalau beli kain jimat la. Baju tu boleh simpan. Kalau sewa,pakai kejap je. Mahal pulak tu. Mana pelamin lagi, mak andam lagi, nak hias bilik pengantin lagi...” bebel Sara. Semakin hari semakin banyak pula bicaranya.

“baju songket pun nak jahit sendiri?”,

“tak la,maksud saya baju akad nikah, dan beberapa baju persalinan masa sanding”,

“owh, baju akad nikah tu putih la kan? Lepas tu sekarang yang kena sewa baju songket dan gaun jelah?”, tanya Joey. Joey juga tidak sedar waktu bila dia mula berlembut sedikit dengan Sara. Mungkin ketika dia yakin bahawa Sara adalah jodohnya dan berkat dari doa rakan-rakannya yang telah mengetahui hal tersebut ketika malam solat hajat dirumah Joey.. Mungkin..

“yup! So kita ada 5 persalinan”,

“waklu! Banyak gila”,spontan keluar dari mulut Joey

“baju akad tak termasuk dalam 5 tu. Yang 5 tu baju songket, jubah moden, kurung moden , gown dan baju tambahan untuk sesi malam bersama keluarga tu. Mana tahu ada tamu lagi malam. So yang 4 termasuk baju akad tu kita beli kain ok?”,

Salem Aziz? Ok? Ke Nagoya?”, tanya Joey

“up to u… banyak nak pilih,ikut tema pulak. So kedua-dua kedai pun ok”, kata Sara. Joey hanya mengikut.

“banyak betul baju, duk tukar-tukar.. malam pun ada tamu, dah bila masa nak masuk bilik tidur?”, usik Joey, Joey pun tidak sangka dia sudah mula mengusik, “erkkk!”, dia memandang Sara. Sara hanya menjelirkan lidah dan mencebik.

Joey sudah berjanji pada dirinya untuk berubah dan menebus balik apa yang telah dilakukan kepada Sara. Sudah banyak kali dia mengguris hati Sara semenjak dari zaman persekolahan lagi.




Joey hanya menyerahkan soal kain kepada Sara kerana Joey memang tidak pandai memilih,

Wednesday, June 22, 2011

S.E.M.B.I.L.A.N B.E.L.A.S


Joey telah sampai di lapangan terbang, kelibat ibunya tidak juga kelihatan lalu Joey duduk menunggu di bangku yang tersedia sambil membaca surat khabar. Letih sangat rasa badannya, mahu sahaja dia cepat pulang dan tidur. Majikannya telah meluluskan cuti 4 hari bermula hari esok kepadanya, jadi bolehlah dia rehat sepenuhnya dirumah. Lusa USB akan pulang ke Malaysia, tidak sabar rasanya ingin mendengar cerita yang bakal keluar dari mulut teman baiknya itu.

“assalamualaikum..lama tunggu?”, tegur Sara

“waalaikummussalam, ibu mana? Kau buat ape kat sini?”,

“ibu suruh jemput, dia tak dapat jemput sebab ada client”,

“tercegak ape lagi? Tarik beg aku masuk kereta”, lalu Joey melangkah pergi “wey, kau parking kat mana?”, tanya Joey sambil mengangkat kening.

“jauh sikit sebab full tadi”,

“tau full tak payah la park,datang je depan ni sebab memang aku tunggu kat kawasan ni. Tu pun tak boleh fikir ke. Letih la aku macam ni”, keluh Joey

“maaf…”,

“tu jelah kau tahu, maaf..maaf.. maaf kau tu buka boleh turunkan duit pun!”

“hey sayang,apa marah-marah ni?”, suara manja Mya kedengaran , “siapa ni?”, tanya Mya sambil jarinya menunjuk ke arah Sara

“ u buat apa kat sini? Habis kerja dah?”, Joey malas untuk menjawab soalan Mya

“habis dah,baru tukar uniform.. u… jom la kenal rumah I. ok?”

“sekarang? I letih la, lain kali ok.”, lalu Joey memandang Sara dan memberikan isyarat supaya Sara bergerak ke kereta. Tetapi Sara hanya diam disitu.

“bodohnye...!”, gumam Joey dalam hati

“ermm Mya, I pergi dulu la. Ibu i mesti dah tunggu kat rumah tu. Next time la kita jumpa. Assalamualaikum ”, senyuman diberikan

“yelah..”, Mya memandang Joey dengan wajah hampa lalu Mya terus ke keretanya yang diparking di sebelah kereta Joey. Mya memandang Joey dan menunjukkan sign “call me”. Joey senyum tanda faham. Sara hanya memerhati gelagat Joey dan Mya.

“bak sini anak kunci, kau bawak kereta slow. Aku dah naik rimas dah ni, nak balik mandi”, lalu anak kunci diberikan kepada Joey dan Joey merentapnya kasar.

Semasa di dalam kereta Joey tidak ada hal yang ingin dibualkan, dia hanya diam membatu. Di dalam kepalanya terbayang tilam yang empuk, dia mahu tidur!

“siapa dia tadi”, tiba-tiba Sara bertanya

“pramugari”,

“awak ada apa-apa dengan dia ke? Mesra semacam sampai ajak ke rumah”,

“yang kau sibuk tu kenapa? Ada aku ambil tahu pasal kau?”,

“maaf…”

“wehh boleh tak kalau dengan aku jangan mintak maaf ulang kali? Kau tu memang suka ucap kata maaf ek? Kau ingat maaf tu boleh turunkan duit? Boleh buat beras jadi nasi?”,

“sekurang-kurangnya saya minta maaf dan sedar saya salah”,

“sedar salah,lepas tu buat lagi. Dah lah, diam! Sebelum aku stop kereta kat sini, aku hambat kau keluar”,

Joey melihat Sara menyeka air matanya dari tumpah. Muka Sara kelihatan merah dan Sara hanya melemparkan pandangannya ke luar.

“menangis lah! Memang tu je kau tahu kan”,

Lalu esakan makin kuat, Joey kaget! “wehh, kau ni kenapa?”, tanya Joey. Dia pelik , tidak logik kerana kata-katanya tadi boleh membuatkan Sara menangis sebegitu.

“awak senyap lah! Tadi kata suruh menangis!” kata Sara dengan suara lantang

“woaa...! kau pehal nak marah aku macam tu”, marah Joey tetapi di dalam hati Joey dia memang terkejut sakan!

Kereta memecut semakin laju, tidak sampai 5 minit dia sampai di rumah. Kelihatan ibu sedang menyiram pokok bunga. Dia bergegas mendapatkan ibu, wajah ibu dikucup.

“ibu..lapar..tapi letih nak tidur”,

“ibu dah masak, pergi mandi then turun makan”,

“ok”, lalu Joey melangkah masuk

“kenapa mata merah tu Sara”, tanya ibu

“dia gila la ibu”, kata Joey

“masuk habuk ibu”, kata Sara

“alasan lapuk”, balas Joey

“diamlah!”, marah Sara

“PMS ke sayang?”, tanya ibu, tetapi Sara tidak menjawab hanya pelukan diberikan kepada ibu.

Kelibat Joey sudah hilang dan ibu mengajak Sara ke dapur untuk menghidangkan makanan.

***


“ehh bangun lah, aku tak sabar nak dengar cerita ni”, Joey mengejut USB

“emm..aku dah solat la.kasi la aku tidur lagi”,

“ahh takde maknanya, cepat la”,

“ye, dia ok, sihat dan makin chubby pipinya. Still lawa dan “gojes”. Done!” USB menarik selimut.

“tu je? Ehh bangun la. Tak romantic la kau ni. Sebab tu la aku pun takde idea nak layan perempuan macam mana. Rupanya kawan aku pun sama”,

“hello,ape pasal aku kena cerita kat kau? Privacy tu penting”,

“yelah,malas aku layan kau ni”,

Pagi itu seperti hari-hari biasa dia ke dapur untuk menolong ibu untuk menyediakan sarapan. Terasa lapar pula…

“morning ibu…”,

“morning sayang…. Macaroni goring dan juga nasi goreng bersama chicken drummet. Ok?”,

“tersangat ok ibu,laparnya. Siapa buat pudding ni?”, tanya Joey ketika dia membuka peti sejuk untuk mengambil susu segar

“sedap tak?”, tanya ibu ketika Joey sedang asyik memakan pudding tersebut

“mestilah sedap… ibu buat ape pun sedap. Rasa mangga tak hancur, urghh terangkat lah!”,

“Sara yang buat. Sedap kan. Hujung minggu ni dia buat pudding roti pulak, pandai sangat dia buat “, ibu terus terusan memuji Sara

“emm…sedap la jugak”,

Bunyi telefon bimbit awal pagi memang menghairankan Joey.

“ish,cuti kan..call ape pulak ni”,

“Waalaikummussalam…err…morning Mya”, mata Joey memandang ibunya.

“nak jumpa?pukul brapa?kat mana?......... ok”, talian diputuskan

“siapa tu,pagi-pagi call”,

“pramugari...kenal masa kursus hari tu”,

“Joey.. jangan buat hal. Ingat!”,

“ya.. Joey dah besar la ibu”,

Selepas siap sarapan bersama ibu, babah dan USB, Joey terus naik ke atas untuk menyiapkan report kerana pada petang ini Joey akan keluar bersama Mya. Mya meminta bantuan Joey untuk menghantarnya ke seminar yang akan diadakan di hotel Grand River View.

***

Kini sudah hampir sebulan Joey bersama Mya, hubungan mereka cukup rapat. Joey suka Mya yang berpewatakkan manarik, cerdik dan broad-minded. Tetapi Joey belum bersedia untuk membawa Mya berjumpa ibu dan babah. Mya telah mengubah sedikit persepsi Joey tentang pramugari. Tidak semua pramugari itu “murahan” , tetapi tidak dinafikan mereka pandai merebut peluang di depan mata.

“Joey.. bila nak bawa Mya jumpa parents?”,

“nanti la ekk, sabar je lah”,

“nampak sangat tak nak kat Mya”,

“kalau la kita kawin, Mya nak berhenti jadi pramugari?”,

“habis tu kalau berhenti,nak kerja ape?”,

“tolong uruskan buti ibu, or tak payah kerja lah. Kalau nak kerja jugak cari kerja yang sesuai”,

“kerja yang sesuai?seperti?”,

“buka perniagaan..besar untung”,

“tapi tak sebesar kerja I sekarang”, jawab Mya

“pramugari tu dapat bayaran banyak sangat ke? Lain la u ada kerja dengan orang persendirian jugak”, teka Joey

“ish kesitu pulak u ni, I takkan berhenti. Ni hidup I, I dah sebati dengan kerja ni”,

Joey hanya memandang wajah Mya, wajahnya, badannya sangat cantik, indah dipandang tetapi lagi indah jika disimpan untuk tatapan suami. Joey hanya mengeluh , jika ini la pendirian Mya, memang sukar untuk menembusi hati ibunya. Setelah menghantar Mya ke lapangan terbang kerana Mya akan ke Melbourne atas urusan kerja, Joey segera pulang ke rumah.

“assalamualaikum…”,

“waalaikummussalam…balik pun dia”, kata babah

“babah tak kerja ke minggu ni, asyik dirumah je”, tanya Joey

“babah ade pun salah, takde pun salah ye”,

“takdelah,tanya je…”, senyum Joey

“bila nak uruskan syarikat babah?”,

“belum sedia lagi lah, tunggu la Joey kawin ke dulu.”,

“so kawin la cepat, Sara pun dah tak sabar nak kawin ni”, kata babah semasa Sara sedang menggubah bunga plastik di ruang tamu bersebelahan. Joey memang tidak perasan kewujudan Sara disitu.

“Sara? Errk! Mengarut la babah ni. Ni haa, Mya...”, sambil menunjukkan gambar Mya kepada babahnya memalui telefon bimbit.

“mana Mya, ibu nak tengok”, telefon Joey diambil

“cantik kan ibu? Dah la cantik, bijak, berfikiran terbuka pulak tu.”,

“ibu tak nak dengar yang tu.. yang ibu nak tahu apa bezanya Mya dengan Sara”,

“ibu!”, Sara seolah-olah terkejut dengan soalan ibu

“bezanya.. Mya ni faham jiwa, pandai ambil hati. Bukan macam dia tu, asyik menyakitkan hati je. Bodoh pulak tu!”,

“bodoh…. Bodoh pun boleh jadi pengarah executive”, kata ibu

“bodoh lain ibu..”,

“cukup dah kata? Ibu tak faham la dengan Joey ni, apa la kurangnya yang ada di depan mata. Ibu tengok tak lebih mana pun Mya tu.”,

Joey sudah dapat meneka apa yang akan keluar dari mulut ibu, memang ibu tidak akan menerima Mya. Joey memandang Sara, air mata Sara menitik. Mungkin dia kesal dengan kata-kata Joey. Tapi apa Joey peduli, dia memang tidak dapat menerima Sara. Joey terus naik ke bilik, lalu telefon diambil.

“USB.. apa pendapat kau pasal Mya”, soalan terus ditanya ketika USB baru sahaja menjawab panggilannya. USB kini berada di Amerika untuk menyambung pelajaran.

“untuk dijadikan kawan, aku rasa tak salah. Tetapi untuk jadikan isteri kau,kurang sesuai”,

“kenapa?”,

“Joey,kau dah besar. Kau pun boleh fikir. Kenapa Mya? Kenapa bukan Sara?”,

“kau ni kan sama je macam ibu!”, talian diputuskan. Joey serabut. Fikirannya kacau. Entah bila, dia terlelap…

Kedengaran azan Maghrib berkumandang, Joey terjaga dari tidur. Moodnya tidak menentu, dia juga tidak tahu kenapa. Dia mengambil telefon, memeriksa jikalau ada pesanan ringkas dari Mya. Tetapi hampa, telefon dilemparkan ke tilam.

“sayang..boleh ibu masuk?”, tanya ibu ketika Joey sedang mencari tuala.

“masuklah...”,

“boleh ibu cakap sikit?”,

“kalau hal tadi,tak payah la ibu. Serabut. Sara mana? Dah blah?”,

“bukan pasal tadi.. tapi ni pasal Joey”,

“cakap la...”, lalu Joey duduk di katil

“ibu harap Joey tenang dan  lepas ibu cakap ni Joey kena fikir kebaikan yang akan datang”,

“iye….”, kata Joey malas

“Joey ni tunang orang sayang…”

“lawak la ibu ni,mana la Joey bertunang lagi. Joey tak pernah pun suruh ibu masuk meminang sesiapa””,

“Joey dah bertunang, ibu yang masuk meminang. Demi Allah, ni untuk kebaikan Joey”,

Muka Joey berkerut dan pucat…

“bila?!”,

“bulan lepas”,

“dengan siapa?!!!”, Joey hilang tumpuan. Hatinya berombak kencang. Siapa tunang Joey, itu persoalan sekarang. Joey bingung!







Monday, June 13, 2011

L.A.P.A.N B.E.L.A.S


“temankan ibu aku hujung minggu depan, aku kursus kat Sarawak”, kata Joey kepada Sara ketika Sara sedang menyiapkan minuman di dapur.

“hujung minggu tak boleh la,sy balik kampung”,

“erm,takpelah”, lalu dia mengambil segelas minuman dan berlalu ke ruang tamu.

Joey bosan dengan ketiadaan USB, baru dua hari lepas Joey menghantar USB ke Jordan untuk melawat tunangnya. Setelah dua minggu disana, barulah USB akan pulang ke Malaysia dan bersedia untuk berangkat ke Amerika.

“ibu, minggu depan babah takde kan? Joey ke Sarawak, so ibu macam mana? Nak ikut Joey tak?”,

“Sara tidur sini la temankan ibu”,

“minggu depan Sara balik kampung la ibu”, kata Sara sambil menatang dulang

“kampung Sara kat mana?”,

“Penang”,

“anak mami,tapi muka tak macam anak mami pun”,

“macam ni la ibu kalau dah kacuk macam-macam”,

Lalu ibu mengambil telefon dan menelefon rakannya, “assalamualaikum, bla3 …. Hujung minggu ni free? Anak I takde, so datang rumah I la”, entah dengan siapa ibu bercakap. Joey hanya mendengar sahaja. “kalau macam tu I nak join jugak lah, ok see you”, lalu ibu meletakkan telefon.

“siapa ibu?”, tanya Joey yang kelihatan kehairanan

“kawan ibu, kebetulan la dia ada trip ke Penang so ibu nak join la”,

“balik dengan Sara terus la ibu”, ujar Sara yang asyik menonton televisyen.

“takpelah, trip ibu ni jauh dengan tempat tinggal Sara kot”, kata ibu.

Joey merasa lega dengan penolakkan ibu, dia tidak mahu Sara dan ibu terlalu rapat.

***

Ibu menghantar Joey ke lapangan terbang diiringi Leo yang merupakan pembantu ibu di butik. Izzah sudah tidak bekerja disana selepas bertunang dengan Haziq, malahan Haziq menyuruh Izzah menumpukan sepenuh perhatian kepada Akif yang kini sedang membesar.

“ sampai nanti call ibu ye, kalau sempat lawat la atuk dengan nenek”,

“iya...ni dah kali ke berapa ibu pesan. Joey tak lupa la ibu”, senyuman dihadiahkan buat ibu tersayang. Segera Joey menarik bagasi kerana penerbangan akan berlepas kurang dari 15 minit. Ibu pergi setelah kelibat anak kesayangannya hilang.

Sepanjang penerbangan, Joey merasakan kurang selesa. Ada sahaja perbuatannya tidak kena, “not my day”, terucap dibibirnya yang kian kering kerana air-cond. Dicapainya beg silang untuk mengambil lip balm yang dibeli di farmasi bagi mengelakkan bibirnya pecah. Tidak sanggup rasanya menghadiri kursus dengan bibir yang kering dan sakit. Perbuatannya tadi dilihat oleh seorang pramugari , lalu Joey cepat-cepat menyimpan lip balm ke dalam beg. Senyuman dari pramugari tadi tidak dibalas, dia melemparkan pandangannya melihat kepulan awan yang gebu. Segebu… kucing parsi di rumah.

“encik.. nak minum atau makan apa-apa?”,

“bagi saya teh dan.. erm pie ayam”,

“sebentar..”, pramugari tadi mengambil menu yang diminta dan diletakkan di atas dulang. Lalu diberikan kepada Joey , bersama makanan tersebut terdapat sekuntum bunga mawar dan beg kecil. Joey membuka beg tersebut, kelihatan lip balm dan penutup mata. Joey meletakkan kembali beg tersebut, lantas matanya terpandang sekeping kertas berwarna merah hati, “guna la kemudahan yang disediakan, minta je apa-apa nanti saya sediakan”. Joey melihat pramugari tadi, tersipu-sipu malu. Joey mengangguk tanda terima kasih, teh dihirup untuk menenangkan minda.

Setelah beberapa ketika, Joey sampai ke Sarawak. Joey turun dari pesawat lambat kerana tidak mahu bersesak-sesak. Dia menarik bagasi dan membetulkan jaket , penampilan harus diutamakan apabila berkaitan soal kerja.

“bro..”, panggil seorang pilot kepada Joey

“saya? Ada ape?”,

“ada orang kasi”, lalu pilot tersebut memberikan kad nama bersertakan nombor telefon. Joey dapat mengagak  siapa.

“terima kasih”, kata Joey lalu berlalu pergi.

Setelah check in di sebuah hotel, Joey merehatkan diri dengan berendam di kolam mandi yang tersedia. Bauan aroma terapi memang melegakan sakit kepalanya. Setelah siap, dicapai tuala untuk mengelap badannya. Dia beralih ke cermin besar , dipandang wajah dan badannya, “bila la nak naik lagi two pack ni”, kata Joey sambil tersenyum.

Joey menyarungkan baju santai dan berseluar jeans untuk turun makan, dari tadi dia menahan lapar. Segera dia ke lif untuk turun , dihayati pandangan dari luar jendela kaca. Sungguh cantik!

“ketemu lagi.. makan?”, suara pramugari tadi

“duk sini jugak? Makan,lapar lah”,

“yup, ni kan hotel yang dikira ok la kan kat sini. Saya disini dalam 3 atau 4 hari lagi la”,

“so kita balik penerbangan sama lagi la ni”, kata Joey

Sampai di restoren, Joey menempah makanan. Pramugari tadi entah kemana, Joey tidak menghiraukannya.

“oleh duduk sini jugak?”, Joey tersentak dengan suara itu

“duduk la”,

“saya Mya”,

“hah? Mayat?”,kata Joey

“M.Y.A = Mia …awak?”,

“Joey”,

“buat apa kat sini? Kerja? Holiday?”,

“emm kerja,ada kursus kat sini”, serentak hidangan yang dipesan sampai. Lalu Joey bersedia untuk menikmati hidangannya sambil melayan pertanyaan Mya yang juga sedang makan.

“dapat kan nombor saya tadi, jangan lupa contact ye. Awak bilik nombor?”,

“bilik saya.. awak?”,

“3056”,

“dekat dah tu.. saya pun 30.. bla2”,

“bla2??”, Mya kelihatan pelik

“ehh best la makanan kat sini”, Joey mengubah topik. Sepanjang Joey makan, Mya asyik memerhatinya.

Seusai makan, Joey mengambil angina di tepi kolam ditemani oleh Mya. Selagi Mya tidak menyusahkan dan menyerabutkan Joey, Mya akan dilayan elok.

“Joey, bila sampai?”,

“hey Chard, petang tadi. Esok pagi entah la sedar ke tidak ni, letih lagi rasa”,

“takpe,petang. Pukul 3 kan start. Amboi siap bawa buah hati lagi”, lalu mulutnya dijuihkan kearah Mya

“ish kau ni,tu pramugari la. Penerbangan sama tadi”,

“ada peneman tidur la kau. Kau jugak yang best”,

“ehh Chard, aku chow dulu ada hal”, Joey malas melayan Chard yang seakan mahu “mengusik”. Joey segera ke bilik meninggalkan Mya bersama Chard. Setelah sampai ke bilik, Joey membuka sliding door dan melihat Mya berlalu meninggalkan Chard.

Bosan menguasai diri, lalu telefon dicapai dan Joey mencari kad Mya. Mya Alisya Azman, nama yang cantik secantik tuan punya badan. Jarinya ligat menaip mesej untuk Mya , “sorry tinggalkan awak kat sana tadi.nyte”, tiada sebarang respon. Setelah selesai solat Isya’ Joey membaringkan diri. Matanya mungkin terlelap bila-bila masa. Deringan telefon mengejutkan Joey , lalu Joey menjawab pangggilan tersebut. Mya menelefonnya kerana sunyi, dia hanya melayan. Suara manja Mya membuatkan mata Joey makin layu,  Joey tidak sedar pada waktu bila dia telah tidur dengan lena sekali.


gambar hiasan

Sunday, June 12, 2011

T.U.J.U.H B.E.L.A.S

Sejak semalam Joey tidak dapat melelapkan matanya, ada sahaja benda yang terlintas di fikirannya. Azan Subuh berkumandang, segera Joey bangun dari pembaringan dan menuju ke bilik air untuk mandi dan berwudhuk. “Joey, ada ubat gigi yang belum guna?”, suara USB mengejutkan Joey yang tengah membuka baju untuk mandi. “ada kat almari tu,ambik la”, lalu kedengaran bunyi almari dibuka dan pintu bilik di tutup kemas.

Seusai solat Subuh, Joey melihat keadaan diluar rumah melalui tingkap biliknya. Hujan rintik-rintik dari semalam masih belum reda. Terasa malas untuk keluar jogging, lalu Joey mengambil tuala kecil dan diletakkan di leher lalu berlalu ke mini gym di rumahnya. Selalunya Joey akan ke gym ini jika cuaca kurang elok. Disini ada sahaja senaman yang Joey boleh lakukan kerana peralatan lengkap. Oleh sebab itulah Joey selalu katakan “rumahku syurgaku”, kerana semua keperluannya sempurna.

“awal bangun”, tanya Joey kepada USB yang nampaknya sampai terlebih awal.

“alang-alang dah bangun, malas nak tidur balik. Sementara tunggu waktu sarapan ni, bersenam la kejap. Nak mantapkan yang ni”, sambil tangan USB menunjuk kearah six pack.

“tunjuk ajar la sikit, asyik kau je mantap. Aku pun nak, baru 4 pack ni”, kata Joey sambil warming up.

Selepas 30 minit waktu berlalu, Joey sudah kelihatan penat. Lenguh badannya akibat majlis semalam belum lagi pulih sepenuhnya.

“jom makan, ibu bangun dah tu kot”, ajak Joey

“jap lagi la aku pergi, kau makan dulu la”, selepas mendengar kata-kata USB, Joey terus pergi meninggalkannya.

Bau roti bakar planta dan makanan bergoreng membuatkan perut Joey bertambah rancak bergendang. Pasti sahaja ibu Joey tahu bahawa anaknya sedang lapar. Joey menpercepatkan langkah untuk menolong ibu di dapur.

“sedapnya bau.. bau aje dah boleh kenyang ni ibu”, lalu Joey membuka pintu peti sejuk untuk mengeluarkan susu segar dan buah oren untuk dibuat jus kerana USB tidak minum jus yang dikotakkan kerana ditambah gula. Takkala memandang ke arah meja basah , mata Joey tidak berkelip memandang rambut panjang mengurai dan lembut milik Sara. Cantik!

“Joey…. Awak tengok apa?”,

“aku ingat hantu mana tadi masak pagi-pagi ni. Ibu mana?”, lalu Joey memasukkan buah oren ke dalam besen kecil untuk dibasuh.

“ibu awak penat kot, semalam saya dah minta kebenaran untuk sediakan sarapan hari ni. Lagipun ibu awak dah bagi menu apa hari ni”,

“ suka hati kau lah, aku malas nak kata apa. Jangan kau letak racun sudah”,

“saya tolong, boleh?”, Sara ingin menolong Joey membuat jus oren

“tak payah, karang aku pulak yang takde selera nak minum”,

Sara terus meninggalkan Joey disitu dan dia segera mengambil pinggan untuk meletakkan sosej yang telah dibakar serta cendawan dan sayuran. Melihat menu hari ini, perut Joey seperti menjerit minta di penuhkan.

“kuatnya bunyi ....”, tegur Sara

“apa?”,

“awak punya...”, sambil meletakkan tangan di perutnya sendiri.

“sesuka rasa perut aku la”, jelingan tajam dihadiahkan buat si cantik.

“bestnya sarapan hari ni!!”, suara USB mencelah

“biasa jelah awak ni”, kata Sara

“ehh mana ada biasa, hari ni best sebab Sara yang masak. Mesti sedap ni”,

“kalau macam tu makan banyak sikit tau”, senyuman yang begitu ikhlas diberikan kepada USB, Joey melihat senyuman itu. Terdetik satu perasaan yang Joey tidak tahu apa maknanya.

“weh, kau punya jus ni. Siap dah”, Joey mencelah untuk mematikan kerancakkan perbualan mereka.

“masukkan la dalam jug , nanti aku angkat ke meja”, kata USB sambil menolong Sara mengangkat juadah ke meja makan besar.

“aku dia ignore macam tu je? Ciss!”,


***


“ibu memang suka orkid ye ?”, tanya Sara ketika ibu sedang asyik merapikan pokok orkidnya.

“ibu suka mawar , orkid ni Joey yang suka. Dia la beli semua ni, ibu tolong jaga je”, Joey yang mendengar namanya disebut memandang ibu dengan wajah bersahaja sambil membaca buku.

“setiap hidupan yang hidup atas muka bumi ni, kita boleh ambil contoh dan masukkan kedalam diri kita”, kata-kata USB membuatkan Sara pelik

“contohnya?”,

“bengap…”, kata Joey

“Joey, apa ni. Ibu tape mulut kan”, tegah ibu

“contohnya bunga ni. Bunga amat sinonim dengan wanita kerana keindahannya, wanginya. Dari segi penjagaan diri , bunga harus dirapikan supaya semak samun tak menutup keindahan bunga tu. Begitu juga wanita, harus menjaga diri mereka dari sebarang benda yang boleh merosakkan diri”,

“lagi..suka la dengar”,

“ jadilah seperti mawar yang didalam kaca, amat cantik dan tidak boleh dipegang. Hanya seorang jejaka je yang mampu pegang mawar tu, dan semestinya jejaka tu sangat berani dan kuat. Yelah, kan mawar tadi dalam kaca..”, kata USB

“owh , macam yang Sara pernah dengar la”

“apa? Cakap la, saya pun nak tahu”,

“pada satu pokok epal, ada banyak sangat buah epal. Sorang datang, ambil buah epal tu. Dan banyak juga yang dah gugur. Di puncak pokok tu, ada la sebiji epal yang belum diambil. Epal tu sedih sangat, epal tu fikir mungkin epal tu kurang manis berbanding epal-epal lain. Satu hari, ada seorang jejaka kacak datang dan ternampak epal tu. Lalu dia memanjat pokok epal tu untuk mendapatkan epal tadi. So moralnya, just tunggu je sebab akan tiba satu hari nanti…..”, belum sempat Sara menghabiskan ceritanya, Joey ketawa terbahak-bahak.

“kau bercerita kat budak-budak ke weh? Memang sesuai la kau jadi cikgu tadika. Dah la tak logik, pandai jugak epal kau tu bercakap, siap sedih lagi...”,

“ Joey.. perumpamaan. Memang semua hidupan ada perasaan lah”, tegas Sara

“takpe Sara, dia tak faham. So kat sini kita boleh ambil epal tu as Sara la. Cantik, baik dan hanya lelaki yang bertuah je akan dapat Sara”,

“dengar la cakap USB tu, padahal dia malu nak kata kau akan jadi andartu”,

“mana ada, takkan la jadi andartu.. USB bau nasi minyak dah ni”,


***


Jam menunjukkan pukul 4 petang , USB ke rumahnya di Kota Bharu untuk berjumpa dengan abangnya yang akan bertolak ke Auckland. Joey pula ada temu janji dengan kawan-kawannya di Hotel Renaissance.

“Joey, tolong hantar saya boleh?”,

“malas aku, balik la sendiri. Tak habis nak susahkan aku”,

“ sayang, tolong hantar Sara ye. Dia dah kerja esok.”, kata ibu yang keluar dari dapur membawa sedikit juadah yang telah dimasak untuk Sara

“ehh ibu,tak payah la. Sara dah tak makan malam”,

“ambik la, kalau tak makan nasi.ratah je lauk ni”, lalu diberikan kepada Joey untuk dibawa

Sara membontoti Joey ke kereta , barang-barang yang diberikan diletakkan di tempat duduk belakang. Mereka berlalu meninggalkan perkarangan rumah.

“kenapa berhenti kat sini?”,tanya Sara kerana Joey berhenti di tepi jalan

“kau datang dengan apa semalam?”,

“teksi”,

“so balik dengan teksi lah! Dah la, blah3… aku lewat dah ni”,

Lalu Sara turun mengeluarkan barang-barangnya. Kereta Joey meninggalkannya terkontang kanting disitu. Tanpa berpaling, Joey menekan pedal minyak untuk cepat sampai ke destinasi utamanya.

Selepas dari majlis tempoh hari, Sara kerap kali ke rumahnya untuk menemani ibunya. Joey tidak kisah selagi tidak menyusahkan dirinya. Tambahan pula dia laga jika dia pulang lewat malam kerana ada yang menemaninya.




Daisypath Anniversary tickers