Monday, February 28, 2011

L.A.P.A.N

sedar mahupun tidak perjalanan Joey di peringkat A-Level hampir sampai ke kemuncak.beberapa minggu lagi mereka akan menghadapi peperiksaan final. hubungan antara Joey dan Ila begitu akrab sejak makan malam pada malam itu.

"terpisah la lepas ni awak dengan saya.awak ke bidang biotek yang langsung saya tak minat dan saya pula ke arah kejuruteraan yang awak tak minat",kata Ila

"terpisah jarak,bukan terpisah nyawa Ila.apa susah,guna la teknologi yang ada",

"kita masih lagi kawan kan kalau apa-apa jadi?",tanya Ila

"sure!",dilemparkan senyuman kepada Ila

"rugi masa je korang ni,study dah?exam dekat da woo",kedengaran suara USB dari belakang.

"nak chow dah pun ni,ko dah study blm?",soal Ila

"amboi,dengan aku ni kasar je cakap.kalau dengan Joey,lembut.....",

***

"lepas awak semua final,akan ada makan malam. so saya nak awak inform kepada student supaya jangan bagitahu ibubapa yang selepas exam boleh terus balik.balik keesokkan harinya."

"bayaran macam mana?",tanya Joey kepada gurunya

"ditanggung semuanya.datang duduk,makan je",

"bagus dah macam ni..saya pasti semua akan join la puan.takde pape dah?kalau takde,saya mintak diri dulu",

"tu jelah kot.good luck for your final exam",

"thanks puan",lalu dia berlalu meninggalkan gurunya.

Joey mencari USB untuk meminta USB memaklumkan kepada para pelajar.

"mesti kat kelas ni....",lalu dia menuju ke kelas. sedang dalam perjalanan ke kelas,dia melalui kelas Ila. lantas dia mendengar perbualan..

"tibe-tibe je ni berubah,kenape?",tanya Ila kepada seorang lagi pelajar

"saya ke awak yang berubah?sejak berkawan dengan Joey,saya awak tak pedulikan",

"mane ada sayang...lepas final ni takde dah la.jangan macam ni k",pujuk Ila

"apa motif u sebenarnya?i pelik la.u tahu kan i sayang u",lalu pipi Ila diusap.tangan Ila ditarik dan Ila berada di dalam pelukan individu tersebut.

"mummy i la,suruh i kawan dengan Joey.u tahu kan baba Joey tu orang berniaga.senang la papa i nak dapat tender.mummy i yang beria-ria,papa relax je.u jangan risau la sayang,i takde perasaan pun kat Joey tu.kan i dah ada u...",dikucup bibir individu tersebut dengan penuh kelembutan.

Joey terkesima,niat untuk mencari USB dimatikan.dia terus berlari kearah tangga,tanpa sedar dia terlanggar tong sampah.

"hey Joey!",teriak Ila

"anggap tak ade ape-ape,saya tak nampak ape-ape,dan tak tahu ape-ape",Joey terus menuruni anak tangga.badannya berpeluh seperti baru sahaja melihat aktiviti paranormal.dia terus ke bilik..

"pucat je ni,ok ke?",tanya USB

Joey menceritakan hal tadi kepada USB,dia tidak mahu menyimpan didalam benak fikiran.air muka USB berubah seakan tidak percaya tetapi dia berlagak tenang untuk menenangkan sahabatnya.

"tak payah fikir dah,fokus exam nanti.boleh janji dengan aku?ni masa depan kita",

"ok,aku janji!",lalu Joey segera ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat Asar.

***

peperiksaan akhir berjalan dengan lancar.Joey berpuas hati dengan tahap persediaannya.dia tidak sabar untuk balik berjumpa keluarganya esok.

"malam ni jadi ke dinner?dah beli hadiah?budak-budak ni kata ada pertukaran hadiah kan?",soal USB

"jadi la,hadiah semua beres.tunggu nak bagi je.cuma kau punya hadiah,aku tak bagi malam ni.kau punya nanti kat rumah",

"hadiah aku takpe,lagipun bahagian kau pun aku nak bagi kat rumah.sebab hadiah tu memang kat rumah pun",

"comel.....",

"eiiiii....",USB memang pantang mendengar perkataan itu sejak dahulu lagi.

***

dewan hotel dihiasi dengan begitu cantik dan mewah.bagaikan ada satu majlis yang sangat penting.

"ni baru best wei..",kata Joey sambil mengambil tempat duduk.USB pula sedang khusyuk membaca atucara majlis.

"ada lucky draw la..hurmm..aku sah dah tak dapat.memang jarang aku lucky,lebih-lebih lagi duduk sebelah kau",usik USB

"yelah.....",

acara-acara yang diadakan sungguh menghiburkan.ditambah pula dengan makanan yang istimewa yang menambahkan selera makannya.

"dipersilakan Joey untuk membuat persembahan",

Joey yang sedang makan terus tersedak,hal ini memang diluar jangkaannya.dia langsung tidak membuat apa-apa persediaan untuk persembahan.

"USB,macam mana ni......",

"pro la bro,gi je.buat la ape pun.aku bagi sokongn kat bawah ni"

"pro ape?prosak?",lalu Joey pergi kearah pentas dengan yakin. tiba diatas pentas,Joey meminta gitar daripada pengerusi majlis.lantas lagu "Kau Ada" hasil ciptaan Joey sendiri ketika di sekolah menengah dimainkan.USB tersenyum mengimbas kenangan lalu...

setelah selesai menyanyikan lagu,kelihatan seorang pelajar perempuan bangun dan meminta izin dari pengerusi majlis untuk berduet dengan Joey.dua buah lagu dipilih, Sway dan Perhaps.lagu Sway dinyanyikan seterusnya disambung dengan lagu Perhaps - Cake..

You won’t admit you love me.
And so how am I ever to know?
You only tell me
Perhaps, perhaps, perhaps.

A million times I ask you,
And then I ask you over again.
You only answer
Perhaps, perhaps, perhaps.

If you can’t make your mind up,
We’ll never get started.
And I don’t wanna wind up
Being parted, broken-hearted.
So if you really love me,
Say yes.
But if you don’t, dear, confess.
And please don’t tell me
Perhaps, perhaps, perhaps.

If you can’t make your mind up,
We’ll never get started.
And I don’t wanna wind up
Being parted, broken-hearted.
So if you really love me,
Say yes.
But if you don’t, dear, confess.
And please don’t tell me
Perhaps, perhaps, perhaps,
Perhaps, perhaps, perhaps,
Perhaps, perhaps, perhaps.

setelah habis,tiba-tiba kedengaran nyanyian dari pelajar tersebut tanpa musik

"So if you really love me.....say YES!!!",

Joey yang terkesima dan kaget terkejut kerana mendengar bunyi yang kuat lantas...

"Yes!",terpacul keluar dari mulutnya...

"owh damn!",getus hatinya.

sorakan dan teriakan dari para pelajar dalam dewan.Joey gugup dan menuruni tangga.dia terus ke tempat duduk dan mendapatkan USB

"weh,ape hal ni?",

"aku tak tahu,aku tak sengaja la....!",jawab Joey. riuh suara teman-temannya,Joey bertambah malu.

setelah setengah jam,sesi lucky draw dan tukar hadiah diadakan.dia memberikan hadiah ke semua teman-temannya.

"hey Joey,thanks....",gelak Misha kuat.dia merupakan pelajar yang berduet dengan Joey tadi.

"jahat la kau.main-main.."

"mana ada aku main-main.jangan curang,kau aku punya dah.tunggu aku...",Misha berlalu dengan kerdipan mata.

"Joey,aku mintak maaf.sebenarnya...",

"dah la Ila,aku oke je.nah hadiah untuk kau",dia terus berlalu.

sesungguhnya Joey bukan marah kerana Ila rapat semata0mata kerana bisnes,tetapi Joey hanya geli kerana melihat Ila dan pasangannya.ternyata..disangkakan perempuan tulen rupanya lesbian.


credit to Ms.Google

Saturday, February 26, 2011

T.U.J.U.H

"hujan rintik-rintik air bergelombang, emak bagi sposen,ayah bagi sposen.. pegi skolah cikgu bagi latihan,aku buat cikgu tanda bintang....." ...

"lagu ape tu?",tanya USB

"nth,lagu masa tadika kot",sambil ketawa kecil.

teringat lagi ketika menyanyikan lagu tersebut bersama kawan-kawan sambil membuat pergerakan yang "comel", alangkah indahnya jika waktu boleh diundurkan semula.

"nah! ambik balik hadiah-hadiah ni",lantas kenangan yang sedang dimainkan di depan mata Joey hilang. kotak hadiah diletakkan diatas meja Joey dengan kuat.

"ape ni..ikhlas la.ambik ar"

"macam la saya tak tahu awak bagi ni sebab nak rasuah saya kan?",kata Ila

"rasuah ape benda pulak?mengarut jelah awak ni"

"rasuah la,macam la anak buah saya tak report kat saya yang awak tu hantar buku lewat,denda tak bayar,ada lagi buku yang awak pinjam tak hantar.ingat saya tak tahu?so ambik balik hadiah ni,langsaikan hutang awak tu.no excuse!"

"hek elah minah ni.....takde motif la bagi hadiah ni sebab nak rasuah.saya ni bukan jenis campur aduk hal personal dengan hal umum macam "pustaka puaka" awak tu. ade saya kisah awak ni pengawas pustaka ke ape ke?"

"ahh,tu awak punya pasal la.tak main la hadiah-hadiah tanpa sebab ni.donut tu kawan dah makan so tak leh nak kasi balik",

"awak..kalau taknak hadiah tu,awak bagi jelah kat sape-sape.kalau nak buang,pastikan jangan depan mata saya.saya tak ambik barang yang saya dah bagi.lagipun hadiah tu tanda trimas sebab awak sediakan sarapan saya setiap pagi dan birthday awak pun minggu lepas kan? so tu merangkumi semua la",jawab Joey tenang lalu berlalu ke lab.

"err...eh awak..",Ila memerhati Joey pergi diikuti dengan USB

***

sudah setengah jam Joey menunggu Pak Lang datang menjemputnya di stesen bas.minggu tersebut merupakan minggu dimana para pelajar diberikan cuti selama dua minggu kerana perayaan dan cuti peristiwa.

"maaf,Pak Lang lambat.tak sedar Joey hantar sms",sambil mengangkat bagasi Joey ke bonet kereta

"ibu ada kat rumah?lapar lah",

"bukan setakat ibu je Joey,baba dan atuk kamu pun ada"

"wah,best la macam ni.."

Pak Lang sudah lama bekerja dengan keluarga Joey.sejak mereka berpindah ke Malaysia,Pak Lang memang ditugaskan untuk menjaga dan mengawasi kemana Joey pergi. oleh sebab itu Joey akrab dengan Pak Lang dan akan menceritakan apa sahaja kepadanya.

"assalamualaikum..... Joey dah pulang ibu masak sup,mudah saja guna tumix,kacau sebati ayam goreng pun ada,owhh ni sebab la...Joey sayang semua!!",dia menghampiri ibunya dengan menyanyikan lagu ala cucur adabi.

"sayang ibu dah balik..kurus dah",lantas pipi anak terunanya dikucup berkali-kali

"baba,sihat? atuk...hye..",dicium tangan baba dan atuknya.

"anak baba macam mana?sihat?study ok?",

"abang pun..anak baru je balik.bagi la dia tukar baju,mandi.nanti tanya la",keluh ibu Joey

"sokei ibu..ok je baba",lantas senyuman dilemparkan. Joey terus naik ke tingkat atas.

***

setelah beberapa hari berada dirumah,Joey teringat kepada kawan-kawannya. alangkah gembiranya jika dia mempunyai ramai adik-beradik,mesti rumah yang sunyi menjadi riuh.Joey amat gembira apabila sanak saudara datang bermalam dirumahnya.dengan ada yang sedang berbual,kanak-kanak berlari di laman,ada pula yang berjam-jam berendam di kolam renang.

"Joey,malam nanti kawan mama datang dinner kat sini.dia dengan family dia la.tolong mama kat dapur nanti boleh?"

"tolong kat dapur? pelik je ibu ni,banyak-banyak tempat dapur juga sasaran ibu.yelah nanti Joey tolong ye...kawan ibu yang mana satu ni?

"ala...Datin Maria la.Joey kenal kan,anak dia tu belajar tempat Joey la.dengar kata anak dia nak ambil kursus kejuruteraan kat luar negara nanti",jelas ibu

"owh...hurmmm...."

"kenape mengeluh ni??"

"tak ade ape lah.ibu siap-siap dulu barang kat dapur,nanti Joey tolong.Joey nak berenang jap..panassss",

dia amat kenal dengan rakan ibunya itu,apatah lagi anak Datin Maria.Joey seakan protes kerana dia selalu akan berjumpa dengan orang yang sedang membawa masalah kepadanya.

"jemput masuk..cantik Maria sekarang",

"sorry la kak,lambat sampai ni.lupa jalan..",kata Datin Maria

"takpe,jom la makan dulu.makanan dah siap tu,nanti borak-borak"

"mana anak lelakinya?",tanya Dato' Sam kepada baba Joey

"ada kat atas tu.nanti turunlah,lagipun tadi dia tolong saya siapkan hidangan ni"

"banyak sangat lauknya ni kak.macam jemput ramai je",usik Datin Maria

Joey menuruni tangga sambil membetulkan baju.dia mengenakan jeans dan kemeja santai.semua yang ada di meja makan pada ketika itu memandangnya.

"assalamualaikum.....",senyuman dihadiahkan

"ni anak lelaki kak?hensemnya..",kata Dain Maria

"tengoklah siapa babanya",kata baba Joey sambil ketawa

Joey mengambil tempat duduk berhadapan dengan anak gadis Datin Maria.wajah Datin Maria dipandang,senyuman diberikan.mereka menikmati makan malam tersebut bersama-sama.

"awak..sorry pasal hari tu ye"

"takpe,salah faham je kan.saya tak ambil hati pun lah"

"ye,tapi saya ni yang terburu-buru buat macam tu.padahal salah saya buat macam tu"

"dah lah tu..nak buah?",dihulurkan pinggan berisi buah-buahan kepada Ila

sememangnya Joey sudah lama mengenali Ila kerana Datin Maria sering datang dan membawa Ila datang ke rumah.dan sudah semestinya sejak dari dahulu lagi Joey tahu bahawa memang Ila berpewatakan seperti lelaki dan cukup agresif.cuma,sejak akhir-akhir ini Ila sedikit berubah menjadi lemah lembut.kenapa? Joey sendiri tiada jawapan untuk soalan tersebut.

"ermm..Joey.sebenarnya saya suka hadiah yang awak bagi tu.comel!"

"ye ke,kalau suka kena la simpan elok-elok.saya tak tahu nak belikan ape untuk awak.sebab takut taste awak lain dari perempuan lain.maklumlah..."

"hey!jahat..",lalu lengan Joey dicubit.dengan pantas Ila menarik kembali tangannya.Joey melihat Ila dan pada ketika itu wajah Ila kemerahan.

"awak,saya naik dulu.ada hal lah",lalu Joey berlalu.biarpun tiada apa yang hendak dilakukan di bilik,tetapi Joey sudah tidak selesa di situ. Joey memang tidak suka perempuan selain ibunya menyentuhnya walaupun berlapik.

"ibu,acik Maria..Joey naik atas dulu.ada hal.assalamualaikum".

selepas solat Isya' Joey terus ke katil,membaca nota-nota yang dihadiahkan istimewa dari gurunya sambil mengumpul kekuatan untuk menutup mata dan tidur.sedang asyik membaca,telefonnya bergetar..

"1 sms diterima - Ila Tomboy",

" awak,tidur dah?lupa nak cakap,tadi ibu awak kata awak yang masak lauk-lauk tu kan?sedap... :). awak,saya harap kita dapat menjadi kawan,mungkin kawan baik..mungkin lebih.maaf tadi saya tak sengaja cubit..selamat malam. :)"

"nak balas ke tak? x 10",tanya Joey kepada hatinya

lantas sms di taip...

"baru nak tidur.trimas...ok..takpe..waalaikummussalam"





Gambar dari Cik Google

Monday, February 21, 2011

E.N.A.M

sedar ataupun tidak, sudah 6 tahun Joey dan USB bersahabat dan tidak pernah terpisah. sejak dari tingkatan satu sehinggalah ke peringkat universiti.

"nanti dah masuk uni masing-masing, kau rase kita still same-same x?"

"same-same?kau x jemu ke tengok muka aku?"

"tak pun.aku dah trbiasa bergantung kat kau.jadi risau pulak",ujar Joey.

dia sengaja bertanya walaupun dia tahu mereka kemungkinan tidak akan dapat ke universiti yang sama. USB mahu lanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sedangkan Joey pula berminat ke arah kimia dan fizik.

"buat ape tu?"

"tengah taip email.nak hantar kat adik aku"

"sejak bila ibu kau beranak?kau tunggal kan.."

"adik angkat la.ye lelaki", ujar Joey sebelum USB bertanya.

USB pelik dengan Joey,kalau dahulu bukan main lagi tidak suka beradik angkat ni.sekarang dia pulak terlebih melayan.

"kau ni,email lagi.chatting lagi,padahal dengan orang yang same je",ujar USB

"chatting benda semasa,email pulak hal yang berlaku minggu ni. kau main jauh-jauh la!"

USB memerhatikan Joey yang kelihatan gembira dengan kehadiran adiknya. hampir kesemua perkara dan aktiviti yang berlaku akan diceritakan kepada adiknya. gembira hati USB melihat gelagat teman baiknya itu.

"Joey,nak tanya ni...kau straight kan?"

"kau ingat aku gay ke?agak-agak la wey!",jawab Joey keras

"rilex-rilex..jangan marah",USB tersenyum dan berlalu.

Joey leka melayan adiknya. sudah lama dia mengenali adiknya itu,tetapi sudah lama dia tidak berjumpa dengan adiknya. "Iman" sering membuat hatinya senang dan gembira, sikapnya dan sifatnya yang tenang dan terbuka membuatkan Joey senang. bukan USB sahaja yang beranggapan yang Joey dan Iman adalah pasangan gay,tetapi mereka tidak mengendahkan hal tersebut.yang penting mereka tahu apa yang mereka lakukan.

***

"lambatnya nak dapat fly, tak sabar dah nak main salji ni",

"kau ni macam tak pernah main.bukan masa kecik kau kat tempat bersalji jugak ke?"

"kecik lain,besar lain la",balas Joey

walaupun semasa kecil dia dibesarkan di luar negara,tetapi dia langsung tidak dapat merakam detik indah disana. hari-harinya hanyalah di rumah dan kadangkala keluar bersiar-siar bersama datuknya. amat susah untuk meluangkan masa bersama ibu bapanya sendiri. mereka terlalu sibuk dengan kerja masing-masing.

"jom ke dewan makan same-same"

"kau pergi lah,aku tak nak sarapan la",kata Joey

"kau ni kenapa?berubah mood tiba-tiba. nanti nak belajar,sarapan tu penting", memang USB berkali-kali mengingatkan Joey supaya bersarapan sebelum ke kelas.

***

semasa tiba di kelas, Joey mendapati terdapat sebungkus nasi goreng dan air mineral di dalam laci meja.dia menghampiri mejanya lalu mambaca nota yang terdapat pada bawah bungkusan

"makan la,awak tak sarapan lagi kan? :)  - ILA"

"Ila???", Joey tidak sangka manusia separuh lelaki separuh perempuan mempunyai hati perasaan yang halus sebenarnya.

"cehh! depan orang,lagak jadi jantan",gumam Joey sambil membuka bungkusan nasi goreng tersebut dan memakannya.

"urggh.. pedas!!!!",lalu Joey cepat-cepat membuka air mineral. disebabkan botol mineral itu diletakkan di dalam peti, botol tersebut menjadi sedikit basah dan menyukarkan Joey untuk membukanya.

"saya tolong",lalu botol minuman ditangan Joey diambil. Joey menoleh ke arah pelajar tersebut.

"Ila!",lalu Joey menundukkan mukanya.

"merah dah telinga awak tu.minum la.pedas sangat ke?sorry!", Ila sedikit tergelak.

"saya masuk kelas dulu ye..",kata Ila. sebelum dia melepasi pintu kelas Joey,dia memandang Joey lalu berkata..

"awak..comel!",lalu segera dia pergi

"comel?aku?  huh! ni bukan comel,tapi hensem!",kata Joey didalam hati.

hatinya terdetik kenapa Ila yang dilihat sebagai tomboy memberikan sarapan pagi padanya.pelik!

***

"hish! comel betul la. kelas full esok,petang ada suka.lusa exam.mana sempat study",kata Joey

"baca la mana yang sempat"

"agak-agak la.sikit takpe la,ni bayak jugak.huh comel je!"

"alah,rilex la.jangan gabra"

"kau buat ape je tu?"

"download lagu sambil cari awek",balas USB

"comel je.sempat lagi kau enjoy"

"jap aku nak tanya ni,ape pasal kau selalu sebut "comel"? kau takde ayat yang lagi sesuai ke nak bagi kat aku? aku rasa "comel" kau tu tak kena dengan situasi la, kata USB..

"comel aku ni lain dari yang lain.comel aku ni membawa banyak makna la.orang yang istimewa je faham",kata Joey sambil mengangkat kening.

"ape-ape jelah kau ni Joey"...

dalam tidak sedar perkataan "comel" telah sebati dengan lidahnya.telah menjadi tabiatnya untuk mengucapkan ayat tersebut.ayat yang membawa banyak maksud yang tak tercapai dek kewarasan akal.

***

kini sudah hampir dua minggu Ila akan meletakkan sarapan pagi untuknya. dia segan dengan tindakan Ila, kini Ila nampak tidak begitu menonjol kelakiannya.dia semakin lembut dan pandai menghias diri.ramai kawan-kawan yang baru menyedari bahawa Ila itu cantik.

"aku masuk kedai hadiah kejap k",kata Joey kepada USB semasa keluar outing di shopping mall

"aku ikut,nak beli hadiah untuk sape?"

"ikut jelah.adelah..."

setelah penat "tawaf", Joey mengambil satu bantal berbentuk penyu yang agak besar, satu snow ball, dan satu topi ahli sihir yang kelihatan sangat kreatif.dia mencari satu kotak besar dan menyuruh pekedai membalut kotak tersebut bersama barang-barang tadi

"rm213.50 encik",kata jurujual

"banyak betul hadiah.berapa orang ni kau nak bagi ni?"

"sorang jelah.ehh nanti singgah kat "donat apple besar" ek",sambil senyum.

sesudah membeli barang-barang keperluan mereka,mereka terus balik ke asrama dengan menaiki teksi.

"pakcik,ade kertas"

"nah..."

"pakcik,tolong bagi kat budak ni k.saya malas nak hantar kat asrama dia.bagi nota ni kat dia"

"arahan diterima....",kata pak guard

Joey dan USB yang keletihan terus ke bilik dan terus menukar pakaian.

"smooth landing",ujar Joey sambil berbaring di atas tilam.

baru sahaja mata hendak lelap,dia terdengar suara pak guard

"assalamualaikum,perhatian kepada ... Ila,pelajar dari asrama mahsuri,sila datang ke pondok pengawal dengan segera kerana ada barang kiriman.terima kasih,assalamualaikum"

senyuman Joey terukir lalu dia mengalah dengan pujukan mata.badannya terasa amat letih,dia perlu berehat
untuk ke kelas pada malam nanti.



"Tomboy pun,lembut jugak.." (gambar dari Google.com)


Sunday, February 13, 2011

L.I.M.A

menunggu keputusan SPM membuatkan Joey tidak senang duduk.bukan kerana bimbangkan keputusan yang bakal diperoleh tetapi kerana bosan untuk berada di rumah.kerjanya hanya membuat rutin harian dan sesekali mengikut ibunya ke tempat kerja.

"Joey...ni ada kawan datang",kata pembantu rumah Joey.
"siapa pulak yang datang pagi-pagi ni",gumam Joey.

dia terus bangun dari katil dan turun untuk menemui tetamunya.sudah lama dia menantikan ada tamu di rumahnya kerana dia begitu sunyi dan bosan.

"assalamulaikum Joey"

"wasalam USB",pantas tangan USB disambut mesra.

pembantu rumah Joey datang menghidangkan air minuman dan sedikit kuih muih untuk mereka yang sedang bersantai ditepi kolam renang.

"ada ape ni datang?",

"saje melawat,lepas ni tak tahu study sekali ke tak.lagipun aku bosan la kat rumah",

"kita kerja nak?",cadang Joey.

walaupun baru dua minggu mereka berada di rumah,tetapi rasanya macam setahun sudah.

"ok jugak tu,tapi kat mana?",tanya USB

"aku cadang kita cari kerja yang sempoi je.aku ada tempat,cuma aku nak peneman je. so,jadi la ni?"

"ok,kau set la.aku on je ni.ok jugak ada pengalaman kerja ni.nanti tak la kekok sangat kalau nak kerja"

***

sudah sebulan mereka bekerja sebagai budak pejabat di salah sebuah agensi percetakan di ibu kota.sesungguhnya Kuala Lumpur syurga pekerjaan bagi yang rajin mencari kerja.

"ni awak hantar kat pejabat post,dan yang ni awak hantar kat bangunan depan ni je",kata Kak Akmal
Kak Akmal merupakan pekerja yang bekerja di bahagian setiausaha.setiap hari dia akan memberikan surat-surat untuk dihantar.

"mana kawan awak yang sorang lagi?",

"USB? dia tak balik lagi. surat pagi tadi banyak sangat kot",ujar Joey lalu berlalu pergi untuk membuat kerja yang diberi.

selesai semua kerja,Joey terus pulang ke rumah. kelihatan motorsikal USB di depan rumah,lalu Joey terus masuk ke dalam.
"lambat balik kenapa?jom makan.aku dah masak ni",

"ni la buat aku sayang kat kau.macam tau-tau je aku tengah lapar",ujar Joey. bau masakan USB betul-betul membuatkan dia semakin lapar.

"esok gaji pertama dan terakhir kita kan?aku belanja kau makan esok ok.lagipun sepanjang kita kerja,asyik kau je masak untuk aku",

"terima kasih Ya Allah sebab Kau sedarkan kawan aku ni",dalam nada memerli.

***

seusai solat Isya' berjemaah,Joey dan USB bersantai di ruang tamu sambil membaca surat khabar. mereka langsung tidak mempunyai masa untuk membaca ketika waktu kerja.

"pejam celik kita dah sebulan kerja.lepas ni balik rumah,tunggu dalam seminggu lebih,keputusan SPM keluar.berapa A la lekat kat aku ni nanti",

"tu la,aku pun rasa macam semalam baru kita kerja.USB,kalau lepas ni kita lost contact pun,aku harap kau tak lupa kat aku",ujar Joey

"kenapa aku nak lupa,aku sayang la kawan-kawan aku. Joey,kalau kau tak marah la kan,aku nak tegur kau sikit la",USB memandang Joey yang menganggukkan kepalanya.

"aku...aku tak suka la cara kau main-mainkan perasaan pekerja perempuan kat tempat kerja tu.bukan seorang,tapi tiga sekaligus.buatnya tiga-tiga nak kau,apa kau nak buat?mau bergaduh mereka nanti",

"memang la tiga,tapi seorang tu nak kau.tapi kau tak layan. chill la,kita sekejap je lagi,nanti kita blah solve la hal ni",

"kau tak kesian kat mereka?",tanya USB

"dah la,kau jangan risau la pasal aku", Joey memang cukup kenal dengan perangai USB yang seperti "penyelamat wanita".

***

suasana pagi yang cukup mendebarkan para pelajar kelihatan sangat tenang dengan kicauan burung. kelihatan deretan meja khas untuk mengasingkan pelajar mengikut kelas.ada yang tidak mahu mengambil keputusan SPM,ada juga yang tidak sabar.ada yang menangis dan ada juga yang melompat kegembiraan.

"Joey pergi beratur dulu la ibu.ibu tunggu kat sini,nanti Joey datang",lalu wajah ibunya dikucup berkali-kali

"ok.tapi Joey mesti ingat ye sayang,walau berapa pun keputusan Joey dapat,Joey kena terima tau",Iva membelai wajah polos anak tunggalnya. dia tahu anaknya sedih kerana babanya tidak dapat turut hadir pada hari ini kerana terpaksa berangkat ke Jordan bagi menandatangani perjanjian jual beli.

kelihatan USB dan Rizal melambai-lambai kearah Joey. lalu Joey pergi mendapatkan mereka dengan segera.mereka bertiga terus memasuki dewan dan beratur untuk mendapatkan keputusan.

"buat apa lagi kat sini?dapat berapa?",tegur USB lembut ketika melihat Joey bersendirian

"tunggu kau la.Rizal mana?",lalu dia mengambil keputusan SPM ditangan USB

"wow!! straight A's. tahniah la.tak sangka lepas juga",dia begitu bangga dengan USB.setiap kali peperiksaan,USB akan mendapat anugerah bagi setiap subjek/

"aku yang degil nak ambil banyak subjek.so kalau aku tak dapat,memang masak aku kena dengan abang-abang aku. eleh,kau pun ape kurangnya",

"nampaknya tak merasa jugak la aku nak masuk UIAM,ambil jurusan Syariah.tengok,bahasa arab aku pun 3B",kata Joey dengan hampa.

"mana kau tahu UIAM tak terima?agak-agak je ke?",ujar USB sambil mengangkat kening.

Rizal datang menghampiri mereka dengan wajah gembira. "weh tahniah la semua",sambil bersalaman dengan Joey dan USB.

"kau berapa?",

"10A,nasib la lepas",kata Rizal.

"nampaknya cerah peluang kita nak fly ni",ujar USB. dia sudah tidak sabar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. sejak dahulu lagi dia mahu menjadi doktor pakar. Joey teringat akan ibunya yang sedang menunggu di tempat rehat di bawah pokok,dia segera pergi mendapatkan ibunya.dalam perjalanan ke tempat ibunya,dia menelefon babanya untuk memberitahu khabar yang gembira.

"assalamulaikum,baba.Joey dah dapat keputusan, alhamdulillah Joey dapat keputusan cemerlang",

"wasalam.ye ke.macam tu la anak baba.ok sayang,baba sibuk ni.nanti jumpa kat rumah ye.assalamualaikum",lalu talian diputuskan. Joey merasa sedikit hampa dengan kesibukkan babanya sejak dahulu lagi.

"siapa pulak kat tepi ibu tu", dia segera mendapatkan ibunya yang kelihatan sedang berborak panjang.

"Joey,macam mana keputusan sayang? ni kawan Joey kan?",ujar Iva

"alhamdulillah ibu,semuanya ok. owh Iesya. ibu,ni bukan kawan Joey tapi ni mimpi ngeri Joey", lalu dia menarik tangan ibunya dan berlalu pergi. Iesya kelihatan sedikit kaget dengan tindakan Joey.

(Gambar dari Google.com)

Wednesday, February 9, 2011

E.M.P.A.T

lamunan Zara ketika mendengar alunan lagu dari Eminem terhenti ketika mendengar bunyi telefon,segera dia bangun dari pembaringan dan mengambil telefon. satu mesej ringkas dibuka, "jumpa saya di tempat biasa,jangan lambat". senyuman Zara melebar selepas membaca mesej tersebut, sudah lama dia menanti saat itu. selepas dia pulang dari bercuti di Jerman,lelaki itu belum menghubunginya.bukan dia tidak mahu memulakan,tetapi lelaki itu melarang.tanpa berlengah,Zara terus bersiap.
    "hai.....wangi-wangi ni nak kemana cik kak?",tegur Iesya yang baru pulang dari kelas.
   "nak jumpa kawan kejap.nanti kita dinner sekali yep.tunggu tau", ujar Zara sambil menutup daun pintu biliknya.

***

Zara melihat seorang lelaki di tepi tasik buatan,tak salah lagi memang itulah jejaka yang telah mencuri hatinya sejak dua tahun lalu.dia melangkah penuh yakin dan dalam keadaan yang cukup bersedia untuk berhadapan dengan lelaki tersebut.

"maaf saya terlambat.dah lama sampai?",tanya Zara.
"baru je.maaf la tak inform awal-awal nak jumpa.lagipun tak lama,sekejap je ni.",jelas lelaki tersebut.
entah mengapa Zara merasakan bahawa lelaki itu bersikap dingin dengannya.lelaki itu langsung tidak memandangnya.tetapi Zara hanya diamkan sahaja,menanti apa sahaja yang lelaki tersebut ingin katakan.

"saya panggil awak ni sebab....saya nak ni perjumpaan terakhir kita.saya taknak lepas ni kita jumpa atau berhubung lagi."
"tapi kenapa?apa salah saya? bukan ke awak kata yang awak sukakan saya?",tanya Zara bertalu-talu.
"please lah awak! saya ni terpaksa je keluar dengan awak.tu pun sebab kawan-kawan cabar.lagipun saya nak tolong awak ubah penampilan awak dari digelar minah sivik.tugas saya dah selesai.suka tu umum la Zara.saya langsung tak ada feel dengan awak.",ujar lelaki tersebut dalam nada seolah-olah itu sesuatu yang menggelikan hatinya.

      "takkan tak ade sikit pun rasa awak kat saya.dua tahun kita bersama.kenapa jadi macam ni,saya ingat...",tangisan Zara jelas kedengaran,dia begitu kecewa.
      "awak,sepatutnya awak tu jangan la bercita-cita tinggi sangat.antara kita takkan ada ape-ape.dan tak mungkin.dah la awak,saya nak balik.terima kasih sebab selama ni layan saya dengan begitu baik."
lelaki itu melangkah pergi,Zara melihat dengan hati yang sayu. "awak....terima lah.dari saya.ikhlas..",  Zara menghulurkan kotak yang cantik diikat riben. lalu lelaki itu membukanya,sepasang baju kemeja yang berwarna biru muda menarik perhatian lelaki itu.hatinya tersentuh!
    "untuk ape ni?",tanya si lelaki.
    "saya beli masa kat Jerman.untuk awak,terimalah."
    "ok.untuk kali terakhir.saya taknak kita menjadi rapat hanya kerana hal macam ni.",lalu berlalu pergi.

Zara mengambil satu lagi kotak hadiah dari dalam beg,memandang kotak itu dan menyimpannya balik ke dalam beg.tidak perlu rasanya dia memberi hadiah itu,lalu dia menyimpannya semula kedalam beg.
"saya akan tunggu awak..sampai bila-bila.",ujar Zara mengiringi perjalan lelaki itu yang kian jauh meninggalkannya.

***

hari pertandingan debat berjalan dengan lancarnya.kehebatan Joey dan USB yidak dapat dipertikaikan lagi.pada peringkat akhir,buku bertemu ruas kerana sekolah Joey akan menandingi sekolah Iesya.kepetahan mereka dan idea-idea yang bernas membuatkan markah mereka jauh tidak beza. nasib menyebelahi tuan rumah manakala kumpulan Iesya mendapat naib johan.
"hey Joey,tahniah.memang saya berpuas hati dengan keputusan ni.gandingan hebat la awak dengan USB ni.",kata Iesya sambil tersenyum.
Iesya ternampak Zara menghampirinya," Joey,ni Zara.kawan sebilik saya.Zara...ni Joey.",Iesya tersenyum.
"saja la datang nak bagi support.so congrate ye pemenang.Iesya,superb la kau.",ujar Zara.


"so,nampaknya ni lah pertandingan terakhir yang akan kita masuk kan.tak lama lagi SPM dah.lepas tu...fly", kata USB sambil membuat gaya kapal terbang.
"USB,kalau boleh nak study bersama la.mintak tempat sama la ye.hehe"
"eleh,kau tak habis-habis nak suruh aku tolong ayatkan awek la tu kat sana",perli USB.

***

hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan SPM,merupakan hari untuk menunjukkan bahawa pelajar-pelajar faham atau tidak dengan apa yang dipelajari selama dua tahun.

"akhirnya habis jugak perang ni kan USB.balik ni,aku nak tidur puas-puas",
"ye la tu,taknak lepas rindu kat buah hati ke.sebulan dah tak jumpa ni kan.",cadangan USB membuat Joey tersenyum.rindu dah membuak-buak.Iesya,gadis yang bertakhta di dalam hatinya sejak hari pertandingan debat berlangsung.

segera dia menghantar mesej ringkas kepada buah hatinya. "sayang,jumpa nak?rindu la.."
"maaf Joey,tak boleh. awak,kita stop setakat ni la.saya dah tak mampu menipu dah.sebenarnya saya dah ada boyfriend.maaf sebab tipu awak.awak baik sangat sebab tu saya taknak terus tipu awak.lupakan saya,tolong jangan buat saya terus bersalah", sejuk tangan Joey membaca mesej ringkas dari Iesya.telefon Joey terjatuh ke tanah,hatinya begitu hancur dengan tindakan Iesya.dia begitu mempercayai Iesya.begitu menyayangi Iesya.

"kenapa ni? hey....ok tak?",tanya USB sambil menampar lembut pipi Joey.
USB mengambil telefon dan membaca mesej Iesya.USB terus memeluk Joey yang dalam keadaan terkejut.mereka berjalan balik ke rumah.cinta dibina atas dasar kepercayaan hancur dengan sekelip mata..


"terima kasih sayang,atas segala-galanya..kasih kita berakhir disini"... (gambar hiasan)

T.I.G.A

terjengkil biji mata Iesya takkala ternampak Zara sedang termenung di meja bacaan ,
"bertuah punya kawan! bila balik ni? sape jemput? sihat ke? ada masalah? kenapa muram?" ,tanya Iesya.
Zara memandang dengan wajah yang bersahaja, "dah habis tanya?banyak betul la soalan tu.nyenyak sangat tidur sampai aku masuk pun,kau tak sedar.borak nanti la,nak mandi ni",Zara berlalu meninggalkan Iesya dalam keadaan mamai.

dua biji kotak hadiah dihiasi cantik yang diletakkan di meja bacaan menarik minat Iesya,
  "ingat jugak kawan aku ni nak beli ole-ole dari Jerman",katanya dalam senyuman.

"eh,jangan la main...tu bukan yang kau la.ni ha yang kau,lagi special",lalu Zara memberikan kotak dari dalam lokernya untuk Iesya. "dah tu,yang tu siapa punya?alaa...nak yang tu",dalam nada merajuk.

"ni....ermm,special person punya.oii,cepat la mandi,sekolah pulak ni! lewat dah la.",Zara cuba mengubah topik. Iesya terus ke bilik air,Zara pula tidak akan sesekali menceritakan hal lelaki yang dicintainya.biarlah menjadi rahsianya."tapi..entah sampai bila",terkeluar ayat itu spontan.

***

"ok pastikan semua kelengkapan sempurna.saya tak nak nanti ada komen-komen yang tak sodap nak dongar.",katanya yang cuba mengejek temannya yang merupakan anak jati negeri sembilan.

   "abang,lepas kelas nanti jumpa cikgu Razak.dia kata ada hal",kata salah seorang junior perempuan. joey hanya diam,satu kerdipan mata ditujukan kepada junior tersebut yang berlalu pergi dengan muka kemerahan. Joey tersenyum galak.

 Iesya berpuas hati dengan segala persiapan yang telah diaturkan oleh Joey. dia sukakan kesempurnaan walaupun pada peringkat yang paling sukar.


***

seusai solat zohor,barulah Joey teringat bahawa dia perlu berjumpa cikgu Razak,dalam keadaan kelam kabut dia terus bersiap untuk ke bilik guru.
     "assalamualaikum cikgu,maaf terlambat.saya lupa tadi.ada ape cikgu panggil saya?",tanya Joey sambil tersenyum kambing.
     "saja,nak tanya  pasal persiapan.hari pertandingan tinggal kurang dua minggu lagi.",ujar cikgu Razak.dia bimbang jika reputasi sekolah terjejas kerana kesilapan yang sedikit.sekolah itu merupakan sekolah yang menduduki tangga terbaik dalam sekolah-sekolah di negeri tersebut.
Joey dapat membaca hal itu dari raut wajah cikgunya, "cikgu jangan risau.saya bukan seorang je.semua yang lain membantu.saya akan pastikan kita adalah tuan rumah yang terbaik.jangan risau!". cikgu Razak memandang Joey dengan senyum tawar.
  " saya berharap kepada awak dan kawan-kawan awak.bantu Iesya juga,dia bukan pelajar sekolah ni.mungkin banyak hal dia tak dapat uruskan.apa-apa masalah sila rujuk kepada saya.",ujarnya.
    "kalau macam tu,saya balik dulu la cikgu.malam ni saya datang lagi",dia menuju ke arah cikgu Razak untuk bersalaman.dan terus menuju ke pintu luar.
"bataskan pergaulan awak dengan pelajar perempuan, kalau boleh awak jangan la berjalan berdua-duaan macam malam tu.saya percaya dengan awak,tapi orang lain kita belum pasti",kata cikgu Razak ketika dia sedang memakai kasut.sebelum meninggalkan cikgu Razak,Joey menganggukkan kepalanya tanda faham.

"berjalan berdua-duaan?malam tu? eh pelik la,bila pulak ni.dengan siapa..",gumam Joey sendirian.semasa berjalan pulang kerumah tiba-tiba hatinya terdetik..Iesya....!


"ikhlas dari saya,untuk awak",ujar Zara separa berbisik. (Gambar Hiasan)

Sunday, February 6, 2011

D.U.A

"perkenalkan Iesya.dia merupakan ketua yang akan menguruskan semua kumpulan-kumpulan debat." , lantas senyuman Iesya disambut mesra oleh Joey. hati Joey berdegup kencang takkala memandang wajah Iesya, gadis yang selalu diintai setiap pagi.terasa kaku seluruh badan apabila apa yang selama ini diharap,muncul didepan mata. lamunan harus berhenti segera,lantas dia membontoti gurunya ke satu sudut di dalam dewan tersebut. "bukankah kita tuan rumah,kenapa ketua diberikan kepada pelajar sekolah lain? kita ada badan wakil pelajar, lembaga disiplin pelajar.mereka boleh buat benda tu",katanya kepada guru lelaki yang ditugaskan mengawal aktiviti semasa pertandingan debat nanti.hatinya cukup tidak senang dengan tindakan guru tersebut yang dianggap tidak berbincang dahulu. " sepatutnya tugas tersebut diberikan kepada awak.tapi mana awak pergi semalam?",suara guru itu lembut tetapi ditekankan lalu guru itu berlalu mendapatkan teman-temannya. mata Joey liar mencari kelibat Iesya,apabila ternampak dia segera mendekati gadis itu."peluang harus diambil!",getus hatinya.

***

pada malam tersebut Iesya telah membuat pengumuman bahawa satu perjumpaan akan diadakan.usai solat isya' berjemaah,Joey terus ke dewan.dia mahu menjadi orang terawal sampai kerana ingin berjumpa dengan Iesya. "ok malam ni saya nak buat kamu semua buat cabutan sekolah yang akan mulakan dahulu persembahan",suaranya yang lantang membuatkan pelajar-pelajar yang sedang bercakap segera memberikan tumpuan."err.. sebelum tu boleh tak kita buat benda lain dulu? kalau boleh saya nak awak lantik seorang pelajar menjadi penolong awak.so,awak tak kelam kabut" , tiba-tiba Joey bersuara. "so,siapa yang layak untuk diangkat sebagai ketua?",tanya Iesya sambil mengangkat keningnya. lantas Joey bangun, "saya rasa saya yang paling layak. kerana,saya pengawas di sekolah ni.sebarang penangguhan kelas harus dimohon kepada Hal Ehwal Pelajar. jadi saya boleh uruskan,selain tu barang-barang untuk latihan juga saya tahu mana nak dapatkan. so cik Iesya,saya rasa jawatan tu akan saya sandang.setuju?", Iesya tidak menjawab. "diam tanda setuju,so thanks!" balas Joey kepada Iesya.


setelah selesai proses cabutan, Joey segera menolong Iesya menyusun kerusi." awak balik dengan ape nanti?tinggal kat hostel ke?" tanya Joey walaupun dia tahu Iesya tinggal dibelakang rumah sewanya."
dalam perjalanan pulang,mereka berbual panjang..

Ieysa,"awak ketua pengawas ke?"
Joey, " tak lah,penolong je.awak ulang alik ke sekolah,siapa yang hantar?"
 "owh.ermm..jalan kaki.lagipun tak jauh kan. rumah awak depan rumah saya kan?saya cam motor awak",tanya Iesya
Joey, "macam mana awak tahu ni..intip saya ye (sambil tersenyum ala Osman Kering)"
Iesya,"saya intip awak,atau awak yg intai saya?awak ni kawan USB kan.."
 "awak pun tahu panggilan tu?so,awak kenal la saya ni.",duga Joey
........  "JOEY,siapa la tak kenal....ok la,dah sampai assalamualaikum!"
 "eh awak,tunggu la....hurmm..ye wasalam..",ujarnya.


***

tidur gadis bernama Iesya tergangu pada malam itu.manakan tidak,wajah Joey terbayang-bayang.
 " kau tak kenal dia?tu Joey la.mamat terhangat.kat sekolah tu.bertuahnya siapa dapat dia.nama dia aku tak tahu la.tapi yang sure,dia sangat kaya",terngiang-ngiang kata-kata Zara.
 "ish!aku ni angau ke. tapi tak salah kot,sape suruh comel sangat",sambil cuba untuk melelapkan mata..
mengharapkan wajah sopan dan kacukan itu hadir mengindahkan mimpinya.

baru sahaja Iesya terlena,kawannya dari Johor baru tiba, "hye awal cik kak ni tidur". Zara gadis kacukan Melayu-Jawa merupakan kawan baik Iesya sejak 5 tahun lalu.pertemuan mereka di hari pendaftaran tetap erat sehingga ke hari ini.Zara sangat menjaga Iesya yang sudah dianggap sebagai adik sendiri.tiada rahsia antara mereka,tetapi secara tidak langsung Zara masih merahsiakan siapakah jejaka yang telah mencuri hatinya sejak 2 tahun lalu.


"Iesya,suatu hari nanti kau akan tahu siapa dia.aku sayang dia sangat!",bicara Zara di dalam hati.(Gambar hiasan)

Saturday, February 5, 2011

S.A.T.U

angin pagi dirasakan begitu segar sekali, " terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang untuk aku hidup lagi". segera kakinya melangkah ke jendela kerana angin bertiup kencang , takkala tangannya menarik jendela untuk ditutup, matanya terpandang seorang gadis bertubuh kecil sedang mengangkat barang dari bonet kereta. dia suka melihat telatah gadis itu dan tanpa dia sedar itu telah menjadi rutin hariannya untuk mengintai gadis tersebut melalui jendela biliknya. setelah kelibat si gadis hilang dari pandangan,dia segera ke bilik air untuk mandi dan bersiap untuk ke kelas.

***

"Ohayō sā , watashi wa nani ka o o kiki shitai. anata ga dibēto taikai de gakkō o arawasu tame ni watashi no namae o shisa suru ka dō ka? " , dia inginkan kepastian berkenaan dengan surat yang diterima selepas dia selesai mandi pada pagi tadi. surat itu mengatakan bahawa dia telah dipilih untuk mewakili sekolahnya dalam pertandingan debat, dan gurunya hanya mengiyakannya. " pandai juga kau cakap bahasa penjajah ni ye" sakat seorang teman baiknya. "ala,kau faham-faham la cikgu tu.dia kan guru bahasa Jepun,dan aku pula ketua kelab bahasa Jepun.sebelum dimaki,baik aku barjaga-jaga.lagipun ni satu cara untuk naikkan saham diri", dia berlalu dengan ketawa yang bersahaja meninggalkan temannya sendirian.

jam menunjukkan tepat jam 09:00 pagi tetapi perut sudah berdendang lagu MJ, dia segera ke koperasi mencari sesuatu untuk mengalas perut walaupun dia tahu pada waktu itu semua pelajar tidak dibenarkan untuk ke koperasi."assalamualaikum cik adik.. saya nak mengadakan urusan jual beli ni.nak tak?" , "hello abg,tahulah kamu tu pengawas tapi peraturan tetap peraturan.tunggu la jam 10:00 pagi.". tanpa mempedulikan perempuan bersuara kecil itu,dia terus mencapai satu roti bilis dan satu kotak susu coklat."cepat kira berapa semua", spontan matanya dikerdipkan kepada perempuan itu. tanpa berkata apa,perempuan itu terus mengira jumlah kesemua.dan selepas membayar,dia terus keluar, "perempuan,mudah sangat tertawan",kata hati kecilnya.

***

terasa badannya begitu letih, dia terus baring dan matanya hampir tertutup.bagaikan sedang dibelai oleh bantal,cukup selesa dan nyaman. "cepatnya lelap, Joey bangun cepat..Joey!!!" , berkali-kali kawan-kawannya cuba untuk mengejutkannya dari tidur tetapi tidak berjaya sehingga kawan-kawannya menyerah kalah. "kau lupa ke malam ni perjumpaan semua wakil-wakil debat.wakil sekolah lain dah datang la.masak kau macam ni,masak!" keluh kawanya.

tidurnya amat lena sehinggakan ada sahaja sambungan mimpi-mimpinya.dan sudah pasti apabila dia bangun esok hari, dia ingin melihat gadis itu lagi.

gambar hiasan ( Google )
Daisypath Anniversary tickers