"nanti dah masuk uni masing-masing, kau rase kita still same-same x?"
"same-same?kau x jemu ke tengok muka aku?"
"tak pun.aku dah trbiasa bergantung kat kau.jadi risau pulak",ujar Joey.
dia sengaja bertanya walaupun dia tahu mereka kemungkinan tidak akan dapat ke universiti yang sama. USB mahu lanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sedangkan Joey pula berminat ke arah kimia dan fizik.
"buat ape tu?"
"tengah taip email.nak hantar kat adik aku"
"sejak bila ibu kau beranak?kau tunggal kan.."
"adik angkat la.ye lelaki", ujar Joey sebelum USB bertanya.
USB pelik dengan Joey,kalau dahulu bukan main lagi tidak suka beradik angkat ni.sekarang dia pulak terlebih melayan.
"kau ni,email lagi.chatting lagi,padahal dengan orang yang same je",ujar USB
"chatting benda semasa,email pulak hal yang berlaku minggu ni. kau main jauh-jauh la!"
USB memerhatikan Joey yang kelihatan gembira dengan kehadiran adiknya. hampir kesemua perkara dan aktiviti yang berlaku akan diceritakan kepada adiknya. gembira hati USB melihat gelagat teman baiknya itu.
"Joey,nak tanya ni...kau straight kan?"
"kau ingat aku gay ke?agak-agak la wey!",jawab Joey keras
"rilex-rilex..jangan marah",USB tersenyum dan berlalu.
Joey leka melayan adiknya. sudah lama dia mengenali adiknya itu,tetapi sudah lama dia tidak berjumpa dengan adiknya. "Iman" sering membuat hatinya senang dan gembira, sikapnya dan sifatnya yang tenang dan terbuka membuatkan Joey senang. bukan USB sahaja yang beranggapan yang Joey dan Iman adalah pasangan gay,tetapi mereka tidak mengendahkan hal tersebut.yang penting mereka tahu apa yang mereka lakukan.
***
"lambatnya nak dapat fly, tak sabar dah nak main salji ni",
"kau ni macam tak pernah main.bukan masa kecik kau kat tempat bersalji jugak ke?"
"kecik lain,besar lain la",balas Joey
walaupun semasa kecil dia dibesarkan di luar negara,tetapi dia langsung tidak dapat merakam detik indah disana. hari-harinya hanyalah di rumah dan kadangkala keluar bersiar-siar bersama datuknya. amat susah untuk meluangkan masa bersama ibu bapanya sendiri. mereka terlalu sibuk dengan kerja masing-masing.
"jom ke dewan makan same-same"
"kau pergi lah,aku tak nak sarapan la",kata Joey
"kau ni kenapa?berubah mood tiba-tiba. nanti nak belajar,sarapan tu penting", memang USB berkali-kali mengingatkan Joey supaya bersarapan sebelum ke kelas.
***
semasa tiba di kelas, Joey mendapati terdapat sebungkus nasi goreng dan air mineral di dalam laci meja.dia menghampiri mejanya lalu mambaca nota yang terdapat pada bawah bungkusan
"makan la,awak tak sarapan lagi kan? :) - ILA"
"Ila???", Joey tidak sangka manusia separuh lelaki separuh perempuan mempunyai hati perasaan yang halus sebenarnya.
"cehh! depan orang,lagak jadi jantan",gumam Joey sambil membuka bungkusan nasi goreng tersebut dan memakannya.
"urggh.. pedas!!!!",lalu Joey cepat-cepat membuka air mineral. disebabkan botol mineral itu diletakkan di dalam peti, botol tersebut menjadi sedikit basah dan menyukarkan Joey untuk membukanya.
"saya tolong",lalu botol minuman ditangan Joey diambil. Joey menoleh ke arah pelajar tersebut.
"Ila!",lalu Joey menundukkan mukanya.
"merah dah telinga awak tu.minum la.pedas sangat ke?sorry!", Ila sedikit tergelak.
"saya masuk kelas dulu ye..",kata Ila. sebelum dia melepasi pintu kelas Joey,dia memandang Joey lalu berkata..
"awak..comel!",lalu segera dia pergi
"comel?aku? huh! ni bukan comel,tapi hensem!",kata Joey didalam hati.
hatinya terdetik kenapa Ila yang dilihat sebagai tomboy memberikan sarapan pagi padanya.pelik!
***
"hish! comel betul la. kelas full esok,petang ada suka.lusa exam.mana sempat study",kata Joey
"baca la mana yang sempat"
"agak-agak la.sikit takpe la,ni bayak jugak.huh comel je!"
"alah,rilex la.jangan gabra"
"kau buat ape je tu?"
"download lagu sambil cari awek",balas USB
"comel je.sempat lagi kau enjoy"
"jap aku nak tanya ni,ape pasal kau selalu sebut "comel"? kau takde ayat yang lagi sesuai ke nak bagi kat aku? aku rasa "comel" kau tu tak kena dengan situasi la, kata USB..
"comel aku ni lain dari yang lain.comel aku ni membawa banyak makna la.orang yang istimewa je faham",kata Joey sambil mengangkat kening.
"ape-ape jelah kau ni Joey"...
dalam tidak sedar perkataan "comel" telah sebati dengan lidahnya.telah menjadi tabiatnya untuk mengucapkan ayat tersebut.ayat yang membawa banyak maksud yang tak tercapai dek kewarasan akal.
***
kini sudah hampir dua minggu Ila akan meletakkan sarapan pagi untuknya. dia segan dengan tindakan Ila, kini Ila nampak tidak begitu menonjol kelakiannya.dia semakin lembut dan pandai menghias diri.ramai kawan-kawan yang baru menyedari bahawa Ila itu cantik.
"aku masuk kedai hadiah kejap k",kata Joey kepada USB semasa keluar outing di shopping mall
"aku ikut,nak beli hadiah untuk sape?"
"ikut jelah.adelah..."
setelah penat "tawaf", Joey mengambil satu bantal berbentuk penyu yang agak besar, satu snow ball, dan satu topi ahli sihir yang kelihatan sangat kreatif.dia mencari satu kotak besar dan menyuruh pekedai membalut kotak tersebut bersama barang-barang tadi
"rm213.50 encik",kata jurujual
"banyak betul hadiah.berapa orang ni kau nak bagi ni?"
"sorang jelah.ehh nanti singgah kat "donat apple besar" ek",sambil senyum.
sesudah membeli barang-barang keperluan mereka,mereka terus balik ke asrama dengan menaiki teksi.
"pakcik,ade kertas"
"nah..."
"pakcik,tolong bagi kat budak ni k.saya malas nak hantar kat asrama dia.bagi nota ni kat dia"
"arahan diterima....",kata pak guard
Joey dan USB yang keletihan terus ke bilik dan terus menukar pakaian.
"smooth landing",ujar Joey sambil berbaring di atas tilam.
baru sahaja mata hendak lelap,dia terdengar suara pak guard
"assalamualaikum,perhatian kepada ... Ila,pelajar dari asrama mahsuri,sila datang ke pondok pengawal dengan segera kerana ada barang kiriman.terima kasih,assalamualaikum"
senyuman Joey terukir lalu dia mengalah dengan pujukan mata.badannya terasa amat letih,dia perlu berehat
untuk ke kelas pada malam nanti.
"Tomboy pun,lembut jugak.." (gambar dari Google.com) |
No comments:
Post a Comment