"hai.....wangi-wangi ni nak kemana cik kak?",tegur Iesya yang baru pulang dari kelas.
"nak jumpa kawan kejap.nanti kita dinner sekali yep.tunggu tau", ujar Zara sambil menutup daun pintu biliknya.
***
Zara melihat seorang lelaki di tepi tasik buatan,tak salah lagi memang itulah jejaka yang telah mencuri hatinya sejak dua tahun lalu.dia melangkah penuh yakin dan dalam keadaan yang cukup bersedia untuk berhadapan dengan lelaki tersebut.
"maaf saya terlambat.dah lama sampai?",tanya Zara.
"baru je.maaf la tak inform awal-awal nak jumpa.lagipun tak lama,sekejap je ni.",jelas lelaki tersebut.
entah mengapa Zara merasakan bahawa lelaki itu bersikap dingin dengannya.lelaki itu langsung tidak memandangnya.tetapi Zara hanya diamkan sahaja,menanti apa sahaja yang lelaki tersebut ingin katakan.
"saya panggil awak ni sebab....saya nak ni perjumpaan terakhir kita.saya taknak lepas ni kita jumpa atau berhubung lagi."
"tapi kenapa?apa salah saya? bukan ke awak kata yang awak sukakan saya?",tanya Zara bertalu-talu.
"please lah awak! saya ni terpaksa je keluar dengan awak.tu pun sebab kawan-kawan cabar.lagipun saya nak tolong awak ubah penampilan awak dari digelar minah sivik.tugas saya dah selesai.suka tu umum la Zara.saya langsung tak ada feel dengan awak.",ujar lelaki tersebut dalam nada seolah-olah itu sesuatu yang menggelikan hatinya.
"takkan tak ade sikit pun rasa awak kat saya.dua tahun kita bersama.kenapa jadi macam ni,saya ingat...",tangisan Zara jelas kedengaran,dia begitu kecewa.
"awak,sepatutnya awak tu jangan la bercita-cita tinggi sangat.antara kita takkan ada ape-ape.dan tak mungkin.dah la awak,saya nak balik.terima kasih sebab selama ni layan saya dengan begitu baik."
lelaki itu melangkah pergi,Zara melihat dengan hati yang sayu. "awak....terima lah.dari saya.ikhlas..", Zara menghulurkan kotak yang cantik diikat riben. lalu lelaki itu membukanya,sepasang baju kemeja yang berwarna biru muda menarik perhatian lelaki itu.hatinya tersentuh!
"untuk ape ni?",tanya si lelaki.
"saya beli masa kat Jerman.untuk awak,terimalah."
"ok.untuk kali terakhir.saya taknak kita menjadi rapat hanya kerana hal macam ni.",lalu berlalu pergi.
Zara mengambil satu lagi kotak hadiah dari dalam beg,memandang kotak itu dan menyimpannya balik ke dalam beg.tidak perlu rasanya dia memberi hadiah itu,lalu dia menyimpannya semula kedalam beg.
"saya akan tunggu awak..sampai bila-bila.",ujar Zara mengiringi perjalan lelaki itu yang kian jauh meninggalkannya.
***
hari pertandingan debat berjalan dengan lancarnya.kehebatan Joey dan USB yidak dapat dipertikaikan lagi.pada peringkat akhir,buku bertemu ruas kerana sekolah Joey akan menandingi sekolah Iesya.kepetahan mereka dan idea-idea yang bernas membuatkan markah mereka jauh tidak beza. nasib menyebelahi tuan rumah manakala kumpulan Iesya mendapat naib johan.
"hey Joey,tahniah.memang saya berpuas hati dengan keputusan ni.gandingan hebat la awak dengan USB ni.",kata Iesya sambil tersenyum.
Iesya ternampak Zara menghampirinya," Joey,ni Zara.kawan sebilik saya.Zara...ni Joey.",Iesya tersenyum.
"saja la datang nak bagi support.so congrate ye pemenang.Iesya,superb la kau.",ujar Zara.
"so,nampaknya ni lah pertandingan terakhir yang akan kita masuk kan.tak lama lagi SPM dah.lepas tu...fly", kata USB sambil membuat gaya kapal terbang.
"USB,kalau boleh nak study bersama la.mintak tempat sama la ye.hehe"
"eleh,kau tak habis-habis nak suruh aku tolong ayatkan awek la tu kat sana",perli USB.
***
hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan SPM,merupakan hari untuk menunjukkan bahawa pelajar-pelajar faham atau tidak dengan apa yang dipelajari selama dua tahun.
"akhirnya habis jugak perang ni kan USB.balik ni,aku nak tidur puas-puas",
"ye la tu,taknak lepas rindu kat buah hati ke.sebulan dah tak jumpa ni kan.",cadangan USB membuat Joey tersenyum.rindu dah membuak-buak.Iesya,gadis yang bertakhta di dalam hatinya sejak hari pertandingan debat berlangsung.
segera dia menghantar mesej ringkas kepada buah hatinya. "sayang,jumpa nak?rindu la.."
"maaf Joey,tak boleh. awak,kita stop setakat ni la.saya dah tak mampu menipu dah.sebenarnya saya dah ada boyfriend.maaf sebab tipu awak.awak baik sangat sebab tu saya taknak terus tipu awak.lupakan saya,tolong jangan buat saya terus bersalah", sejuk tangan Joey membaca mesej ringkas dari Iesya.telefon Joey terjatuh ke tanah,hatinya begitu hancur dengan tindakan Iesya.dia begitu mempercayai Iesya.begitu menyayangi Iesya.
"kenapa ni? hey....ok tak?",tanya USB sambil menampar lembut pipi Joey.
USB mengambil telefon dan membaca mesej Iesya.USB terus memeluk Joey yang dalam keadaan terkejut.mereka berjalan balik ke rumah.cinta dibina atas dasar kepercayaan hancur dengan sekelip mata..
"terima kasih sayang,atas segala-galanya..kasih kita berakhir disini"... (gambar hiasan) |
No comments:
Post a Comment