Saturday, February 5, 2011

S.A.T.U

angin pagi dirasakan begitu segar sekali, " terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang untuk aku hidup lagi". segera kakinya melangkah ke jendela kerana angin bertiup kencang , takkala tangannya menarik jendela untuk ditutup, matanya terpandang seorang gadis bertubuh kecil sedang mengangkat barang dari bonet kereta. dia suka melihat telatah gadis itu dan tanpa dia sedar itu telah menjadi rutin hariannya untuk mengintai gadis tersebut melalui jendela biliknya. setelah kelibat si gadis hilang dari pandangan,dia segera ke bilik air untuk mandi dan bersiap untuk ke kelas.

***

"Ohayō sā , watashi wa nani ka o o kiki shitai. anata ga dibēto taikai de gakkō o arawasu tame ni watashi no namae o shisa suru ka dō ka? " , dia inginkan kepastian berkenaan dengan surat yang diterima selepas dia selesai mandi pada pagi tadi. surat itu mengatakan bahawa dia telah dipilih untuk mewakili sekolahnya dalam pertandingan debat, dan gurunya hanya mengiyakannya. " pandai juga kau cakap bahasa penjajah ni ye" sakat seorang teman baiknya. "ala,kau faham-faham la cikgu tu.dia kan guru bahasa Jepun,dan aku pula ketua kelab bahasa Jepun.sebelum dimaki,baik aku barjaga-jaga.lagipun ni satu cara untuk naikkan saham diri", dia berlalu dengan ketawa yang bersahaja meninggalkan temannya sendirian.

jam menunjukkan tepat jam 09:00 pagi tetapi perut sudah berdendang lagu MJ, dia segera ke koperasi mencari sesuatu untuk mengalas perut walaupun dia tahu pada waktu itu semua pelajar tidak dibenarkan untuk ke koperasi."assalamualaikum cik adik.. saya nak mengadakan urusan jual beli ni.nak tak?" , "hello abg,tahulah kamu tu pengawas tapi peraturan tetap peraturan.tunggu la jam 10:00 pagi.". tanpa mempedulikan perempuan bersuara kecil itu,dia terus mencapai satu roti bilis dan satu kotak susu coklat."cepat kira berapa semua", spontan matanya dikerdipkan kepada perempuan itu. tanpa berkata apa,perempuan itu terus mengira jumlah kesemua.dan selepas membayar,dia terus keluar, "perempuan,mudah sangat tertawan",kata hati kecilnya.

***

terasa badannya begitu letih, dia terus baring dan matanya hampir tertutup.bagaikan sedang dibelai oleh bantal,cukup selesa dan nyaman. "cepatnya lelap, Joey bangun cepat..Joey!!!" , berkali-kali kawan-kawannya cuba untuk mengejutkannya dari tidur tetapi tidak berjaya sehingga kawan-kawannya menyerah kalah. "kau lupa ke malam ni perjumpaan semua wakil-wakil debat.wakil sekolah lain dah datang la.masak kau macam ni,masak!" keluh kawanya.

tidurnya amat lena sehinggakan ada sahaja sambungan mimpi-mimpinya.dan sudah pasti apabila dia bangun esok hari, dia ingin melihat gadis itu lagi.

gambar hiasan ( Google )

No comments:

Daisypath Anniversary tickers