Sunday, February 13, 2011

L.I.M.A

menunggu keputusan SPM membuatkan Joey tidak senang duduk.bukan kerana bimbangkan keputusan yang bakal diperoleh tetapi kerana bosan untuk berada di rumah.kerjanya hanya membuat rutin harian dan sesekali mengikut ibunya ke tempat kerja.

"Joey...ni ada kawan datang",kata pembantu rumah Joey.
"siapa pulak yang datang pagi-pagi ni",gumam Joey.

dia terus bangun dari katil dan turun untuk menemui tetamunya.sudah lama dia menantikan ada tamu di rumahnya kerana dia begitu sunyi dan bosan.

"assalamulaikum Joey"

"wasalam USB",pantas tangan USB disambut mesra.

pembantu rumah Joey datang menghidangkan air minuman dan sedikit kuih muih untuk mereka yang sedang bersantai ditepi kolam renang.

"ada ape ni datang?",

"saje melawat,lepas ni tak tahu study sekali ke tak.lagipun aku bosan la kat rumah",

"kita kerja nak?",cadang Joey.

walaupun baru dua minggu mereka berada di rumah,tetapi rasanya macam setahun sudah.

"ok jugak tu,tapi kat mana?",tanya USB

"aku cadang kita cari kerja yang sempoi je.aku ada tempat,cuma aku nak peneman je. so,jadi la ni?"

"ok,kau set la.aku on je ni.ok jugak ada pengalaman kerja ni.nanti tak la kekok sangat kalau nak kerja"

***

sudah sebulan mereka bekerja sebagai budak pejabat di salah sebuah agensi percetakan di ibu kota.sesungguhnya Kuala Lumpur syurga pekerjaan bagi yang rajin mencari kerja.

"ni awak hantar kat pejabat post,dan yang ni awak hantar kat bangunan depan ni je",kata Kak Akmal
Kak Akmal merupakan pekerja yang bekerja di bahagian setiausaha.setiap hari dia akan memberikan surat-surat untuk dihantar.

"mana kawan awak yang sorang lagi?",

"USB? dia tak balik lagi. surat pagi tadi banyak sangat kot",ujar Joey lalu berlalu pergi untuk membuat kerja yang diberi.

selesai semua kerja,Joey terus pulang ke rumah. kelihatan motorsikal USB di depan rumah,lalu Joey terus masuk ke dalam.
"lambat balik kenapa?jom makan.aku dah masak ni",

"ni la buat aku sayang kat kau.macam tau-tau je aku tengah lapar",ujar Joey. bau masakan USB betul-betul membuatkan dia semakin lapar.

"esok gaji pertama dan terakhir kita kan?aku belanja kau makan esok ok.lagipun sepanjang kita kerja,asyik kau je masak untuk aku",

"terima kasih Ya Allah sebab Kau sedarkan kawan aku ni",dalam nada memerli.

***

seusai solat Isya' berjemaah,Joey dan USB bersantai di ruang tamu sambil membaca surat khabar. mereka langsung tidak mempunyai masa untuk membaca ketika waktu kerja.

"pejam celik kita dah sebulan kerja.lepas ni balik rumah,tunggu dalam seminggu lebih,keputusan SPM keluar.berapa A la lekat kat aku ni nanti",

"tu la,aku pun rasa macam semalam baru kita kerja.USB,kalau lepas ni kita lost contact pun,aku harap kau tak lupa kat aku",ujar Joey

"kenapa aku nak lupa,aku sayang la kawan-kawan aku. Joey,kalau kau tak marah la kan,aku nak tegur kau sikit la",USB memandang Joey yang menganggukkan kepalanya.

"aku...aku tak suka la cara kau main-mainkan perasaan pekerja perempuan kat tempat kerja tu.bukan seorang,tapi tiga sekaligus.buatnya tiga-tiga nak kau,apa kau nak buat?mau bergaduh mereka nanti",

"memang la tiga,tapi seorang tu nak kau.tapi kau tak layan. chill la,kita sekejap je lagi,nanti kita blah solve la hal ni",

"kau tak kesian kat mereka?",tanya USB

"dah la,kau jangan risau la pasal aku", Joey memang cukup kenal dengan perangai USB yang seperti "penyelamat wanita".

***

suasana pagi yang cukup mendebarkan para pelajar kelihatan sangat tenang dengan kicauan burung. kelihatan deretan meja khas untuk mengasingkan pelajar mengikut kelas.ada yang tidak mahu mengambil keputusan SPM,ada juga yang tidak sabar.ada yang menangis dan ada juga yang melompat kegembiraan.

"Joey pergi beratur dulu la ibu.ibu tunggu kat sini,nanti Joey datang",lalu wajah ibunya dikucup berkali-kali

"ok.tapi Joey mesti ingat ye sayang,walau berapa pun keputusan Joey dapat,Joey kena terima tau",Iva membelai wajah polos anak tunggalnya. dia tahu anaknya sedih kerana babanya tidak dapat turut hadir pada hari ini kerana terpaksa berangkat ke Jordan bagi menandatangani perjanjian jual beli.

kelihatan USB dan Rizal melambai-lambai kearah Joey. lalu Joey pergi mendapatkan mereka dengan segera.mereka bertiga terus memasuki dewan dan beratur untuk mendapatkan keputusan.

"buat apa lagi kat sini?dapat berapa?",tegur USB lembut ketika melihat Joey bersendirian

"tunggu kau la.Rizal mana?",lalu dia mengambil keputusan SPM ditangan USB

"wow!! straight A's. tahniah la.tak sangka lepas juga",dia begitu bangga dengan USB.setiap kali peperiksaan,USB akan mendapat anugerah bagi setiap subjek/

"aku yang degil nak ambil banyak subjek.so kalau aku tak dapat,memang masak aku kena dengan abang-abang aku. eleh,kau pun ape kurangnya",

"nampaknya tak merasa jugak la aku nak masuk UIAM,ambil jurusan Syariah.tengok,bahasa arab aku pun 3B",kata Joey dengan hampa.

"mana kau tahu UIAM tak terima?agak-agak je ke?",ujar USB sambil mengangkat kening.

Rizal datang menghampiri mereka dengan wajah gembira. "weh tahniah la semua",sambil bersalaman dengan Joey dan USB.

"kau berapa?",

"10A,nasib la lepas",kata Rizal.

"nampaknya cerah peluang kita nak fly ni",ujar USB. dia sudah tidak sabar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. sejak dahulu lagi dia mahu menjadi doktor pakar. Joey teringat akan ibunya yang sedang menunggu di tempat rehat di bawah pokok,dia segera pergi mendapatkan ibunya.dalam perjalanan ke tempat ibunya,dia menelefon babanya untuk memberitahu khabar yang gembira.

"assalamulaikum,baba.Joey dah dapat keputusan, alhamdulillah Joey dapat keputusan cemerlang",

"wasalam.ye ke.macam tu la anak baba.ok sayang,baba sibuk ni.nanti jumpa kat rumah ye.assalamualaikum",lalu talian diputuskan. Joey merasa sedikit hampa dengan kesibukkan babanya sejak dahulu lagi.

"siapa pulak kat tepi ibu tu", dia segera mendapatkan ibunya yang kelihatan sedang berborak panjang.

"Joey,macam mana keputusan sayang? ni kawan Joey kan?",ujar Iva

"alhamdulillah ibu,semuanya ok. owh Iesya. ibu,ni bukan kawan Joey tapi ni mimpi ngeri Joey", lalu dia menarik tangan ibunya dan berlalu pergi. Iesya kelihatan sedikit kaget dengan tindakan Joey.

(Gambar dari Google.com)

8 comments:

an_Nur said...

owh.. cite sambung2 ea? kena baca dari awal nihhh. =P

Arpiiz said...

hehe, ade gak ye yang buat cerita sambung2 ni..^^

Miss Anis said...

ykew cite sambung2... tp best la...
nice

Setahun Jagung said...

haha,,bila dh otak tepu,ni jelah yg mampu penulis taip.hee..

ni kisah hidup

muhd ainnudean said...

best story :)
follow you :)

Setahun Jagung said...

Trimas Ainnudean.tp sy x sempat nk update lg.kerja brtimbun :)

('',)kapie_art'sLover('',) said...

follower awk yg ke-67..
thanks sbb dah visit blog sy aritu.. keh3..

happy blogging.. :)

Setahun Jagung said...

ke-67? siap mention tu.nak hadiah ke?tunggu kawin ye.