Thursday, November 3, 2011

Pemberitahuan

Assalamualaikum
Bismillah..
Puji dan syukur ke hadrat Illahi aku panjatkan.





Aku rasa kisah Joey masih panjang,dan aku pun tak pasti macam mana kisah Joey akan berakhir. Jadi aku noktahkan kisah tu setakat ini dahulu. Ada jodoh lagi dengan kisah ni,maka akan bertambahlah entry pasal Joey. Jika takda,maka habislah setakat ni. Terima kasih kepada mana-mana bloggers yang sudi membaca. Nantikan blog baru yang aku akan kasi link kat sini. Yang mana rasa nak singgah lagi tu,singgah lah. Mana tahu,aku tambah ke entry ni.

Yang baik semuanya datang dari Allah S.W.T dan segala yang buruk dan lemah datang dari diri aku sendiri. Sama-samalah kita perbaiki diri kita dalam mencari redha-Nya.

Assalamualaikum.




Wednesday, November 2, 2011

T.I.G.A P.U.L.U.H L.A.P.A.N


“Joey..Joey bangun lah”, USB menggongcang kuat bahu Joey yang sedang nyenyak tidur. “emm..aku mengantuk la,kejap lagi la aku bangun.awal lagi kan”,jawab Joey malas.
“masya-Allah..bangun Joey. Ayah Alia meninggal !”,suara USB dikeraskan. Mata Joey spontan terbuka,dia masih tidak bangun dari pembaringan. Mata ditutup kembali,nafas ditarik lantas terbayang seraut wajah yang berkedut di katil. Terbayang dahi berkerut itu di cium dan kepala itu diusap. Joey diam tanpa berkata apa, di dalam hati dia memanjatkan doa untuk arwah. “Joey..ikut kau lah”,kata USB lalu berllau pergi. Daun pintu bilik Joey ditutup, agak kuat bunyinya.

Setiap kali terdengar tentang kematian sesiapapun Joey akan berkelakuan sebegini. Tiba-tiba dirasakan badannya mencucuk-cucuk dan kakinya lemah untuk berjalan. Mata dibuka kembali,Joey melihat ke dinding biliknya. Dinding direnung tajam,Joey merasakan dinding tersebut semakin mendekati dan menghimpitnya. Dadanya sesak tiba-tiba lalu dia bangun dan duduk diatas katil. Perasaan itu menakutkan tapi apapun daya untuk menghalang, setiap orang pasti menghadapinya.
Joey bangun lalu tuala di hanger dicapai, dia berlalu ke bilik mandi untuk mandi. Setelah siap dia membuka pintu biliknya lalu dijenguk ke luar. Iera sedang memandikan si kembar dan USB di ruang tamu. Kemudian mata mereka melihat Joey , “tahlil dan solat jenazah ghaib?”, tanya Joey dan dibalas anggukkan daripada mereka.

***
“surat apa tu Joey?”, tanya USB yang dari tadi barangkali memerhati Joey yang sedang berdiri sambil membaca supucuk surat. “surat tawaran kerja”, jawab Joey ringkas sambil memandang USB bersahaja. Dicapai mug berisi air di atas almari dan Joey duduk di ruang tamu. Matanya tak lepas memandang lagi surat tersebut, “mimpi ke ape ni..”, detik hati Joey. Dipandang jam didinding, dipandang kearah kaca televisyen yang sedang rancak mempertontonkan acara aksi stunt di Amerika Syarikat. Lalu matanya beralih kepada lengannya, cuba mencari helaian bulu roma lalu ditarik, “ouch!!!”, kesemua mata di dalam rumah tersebut memandang Joey. Joey senyum “err dapat kerja kat UK..”, kata Joey sambil menggaru kening yang lebat seakan Shin-Chan.

“biar betol derr…bak aku tengok”, lalu surat ditangan diberikan kepada USB. Mata Joey memandang USB lalu USB mengangkat muka dan mengangguk kepada ahli rumah yang lain. “bila berangkat ?”, tanya ibu, “lagi 3 hari..”, jawab Joey malas. Riak wajah ibu berubah, Joey dapat rasakan dia berat hati untuk melepaskan Joey pergi.  “so kena packing and beli barang-barang.. nanti buat solat hajat sikit ok”, tiba-tiba Iera bersuara untuk mengubah suasana.

***
Hampir 14 jam berada di dalam kapal terbang, terasa kebas seluruh kaki kini hanya tunggu masa sahaja Joey melangkah turun untuk memijak tanah dan menghidu bau asap kenderaan!

“akhirnya udah sampei…”, kedengaran suara wanita Indonesia dari tempat duduk di hadapan Joey. Lalu Joey bangun dan  memakai jaket luar, dan Joey bangun dan keluar dari badan pesawat. Sesampai di ruang ketibaan, Joey melihat keadaan sekeliling sambil memerhati kemungkinan ada yang mengenalinya. Kelihatan dari tepi ruang ketibaan beberapa artis lelaki sedang melayan para peminat, Joey hanya melihat . Dari Malaysia hinggalah ke London, gelombang K-Pop masih lagi mengganas. Tetapi yang lainnya di London ini, bukan mat saleh atau minah saleh yang menunggu ketibaan artis tersebut tetapi pelajar Melayu dan barangkali mereka yang dating berhijrah kesini. Joey tersenyum melihat gelagat mereka.

Mata Joey tertarik dengan banner yang panjang dan ada dua orang lelaki berdiri untuk memegang banner tersebut. Yang menarik tertarik adalah di banner tersebut ditulis namanya, Joey melangkah kearah dua lelaki lingkungan 30an dan 40an tersebut dan melemparkan senyuman. Seorang daripada lelaki terbabit berjalan mendapatkan Joey, “Mr.Joey?”,tanya lelaki tersebut dan Joey hanya tersenyum dan mengganguk. Bagasi bertukar tangan, mereka cepat-cepat membawa Joey ke kereta tanpa banyak bercakap. Tingkah laku mereka seolah-olah “control”, Joey hanya memerhati. Di dalam Limo, seorang lelaki berumur 30an duduk berhadapan dengan Joey dan seorang lagi duduk di sebelahnya.

“your name?”, tanya Joey dan mereka mengangkat kepala “who?”, soalan dibalas soalan..”both of you”,jawab Joey ringkas sambil memerhati suasana malam. “my name is Steve and this is my friend Ashley”, kata mereka lalu Joey menghulurkan tangan tanda perkenalan dan disambut mesra oleh mereka. Joey faham kerana tidak semua orang yang berpangkat tinggi akan melayan orang bawahan sebegitu rupa di sini. Tetapi bagi Joey dia tiada hak untuk membezakan taraf , semuanya akan dilayan sama rata. Tidak lama selepas itu Limo yang dinaiki berhenti di Hotel Paragon , dan Joey disambut mesra oleh seorang lelaki awal 20an bernama Akmal.

“Tuan, malam ni tuan bermalam di hotel boleh?”, tanya Akmal. “kenapa? Rumah belum diuruskan lagi ke?”,balas Joey dengan persoalan. Dia malas untuk bermalam di hotel, dia fikir malam ini dia sudah boleh untuk membiasakan diri dengan suasana di rumah. “boleh tu boleh tapi masalahnya maid takde kat rumah. Malam sikit baru sampai so takde la yang nak masakkan untuk tuan nanti”, alasan yang diberikan oleh Akmal membuatkan Joey sedikit tersenyum “bawa saya balik rumah je”, lalu Joey masuk semula di dalam Limo tetapi Steve dan Ashley tidak mengikut kerana tugas mereka selesai sudah. Akmal masuk ke dalam Limo dan menuju ke rumah yang bakal Joey duduki.

“memang tuan mintak ke nak kerja sini? Kenapa tak mintak Amerika ke, lagi lumayan”,tanya Akmal yang akan menguruskan hal rumah untuknya. “bukan nak pasal lumayan ke tak,nak pengalaman je ni. Rumah tu area mana?”,tanya Joey ringkas. “Edgbaston”,balas Akmal ringkas sambil tersenyum. “erm..not bad..”, detik hati Joey.

Kurang 30 minit Joey sampai ke rumah tersebut, cantik dan mewah. Kelihatan jiran sebelah rumahnya sedang melayan karenah anak-anak kecil, Joey hanya senyum. “kenapa pilih kat sini?”, tanya Joey kepada Akmal, “mewah,mesra,selamat dan privacy terjaga. Kenapa? Tuan tak suka ke?”, “saya ok je semua..”, bagasi ditarik masuk ke dalam rumah dan Joey melihat sekeliling. Simple dan cantik,tenang tapi sangat sesuai untuk yang sudah berkeluarga. “ehh Akmal,berapa bilik ni?”, tanya Joey. “tak banyak tuan,10 bilik je. Tapi semua lengkap la, gym pun ada. Ada satu bilik tu memang saya suruh kosongkan so tuan boleh buat bilik untuk solat. Kolam kat tingkat 2 yang lain-lain tengok lah, kalau apa tak puas hati boleh call saya terus kita tukar rumah lain”, jelas Akmal panjang lebar dan hanya dibalas oleh senyuman Joey. “tuan saya mintak diri dulu, lagi satu kereta tuan dan kereta syarikat ada kat basement garage. Driver datang jemput pukul 9 pagi esok dan yang lain tuan boleh tanya bos tuan la”, kata Akmal sambil meletakkan anak kunci di atas almari lalu berlalu pergi.

***
Mata hampir tertutup lantas Joey terdengar kunci pintu dibuka dan Joey masih tidak berganjak, dia tetap duduk di kerusi berhadapan dengan televisyen menantikan gerangan itu menampakkan muka. Bunyi selipar makin jelas, Joey hanya memandang kearah tangga dan kelihatan seorang gadis lingkungan belasan atau puluhan tahun. Gadis tersebut memandang Joey, “sorry..”, hanya sepatah kata dan dia cepat-cepat masuk ke satu bilik berhampiran dengan dapur. “muda betul maid aku..boleh buat bini”, kata Joey dalam hati.

Selang beberapa minit Akmal menelefon Joey untuk bertanya perhal rumah , “awat saya punya maid muda sangat?umur berapa tu?”,tanya Joey sambil diketawakan oleh Akmal. “lah tuan,orang semua nak muda,bergetah tu lagi.. lagipun saya dengar kata daripada maid lain dia memang nak kerja dengan Malaysian. Selera Melayu kot tuan..”,ketawa Akmal makin rancak “lagi satu tuan,dia boleh cakap Malay cuma pelat lah, dia ambil Bahasa Melayu as foreign language kat uni dia”,jelas Akmal. “masih belajar..”, detik hati Joey “yelah..nanti saya call balik. Ada hal”,kata Joey sebaik sahaja melihat gadis tersebut keluar dengan berpakaian maid. “have fun tuan..”, kata Akmal sambil ketawa lalu talian diputuskan.
Kedudukan gadis tersebut serba tak kena, mukanya cemas.  Dia mula bercakap dengan laju dan tidak jelas, “just be calm and talk slowly. I am not going to eat you, why so scared?seat?” tegur Joey dan gadis tersebut duduk dan mula berbicara. Sangat petah tetapi dia lebih kepada loghat Jerman “adeii,harus ke aku belajar loghat tinggi Jerman ni…”,kata hati kecil Joey. Melalui cerita gadis tersebut dia takut selepas mendengar cerita daripada kawan-kawannya yang mengatakan majikan mengambil kesempatan terhadap pembantu rumah. Dilayan seperti wanita simpanan , walaupun Joey mengatakan bahawa Joey seorang Muslim tetapi dia tetap takut kerana banyak kawan-kawannya yang mempunyai hubungan intim yang boleh diertikan dengan wanita simpanan dengan majikan Muslim. Rambut sama hitam,hati lain-lain..

“you are not comfortable with “that” clothes right? so, change..”, arah Joey lalu gadis tersebut berlalu pergi.  Joey terpaksa mengatur ayat untuk bercakap dengan gadis tersebut kerana gadis tersebut menyuruh Joey berkomunikasi dalam bahasa “ringan”. “bahasa mana ni..karang aku keluarkan loghat Utara,tercengang pulak dia..”,kata Joey perlahan. Ditangannya terdapat sekeping kertas latar belakang gadis terbabit, dia faham mungkin gadis terbabit terlampau fasih bahasa Jerman dan kurang dalam bahasa “mat saleh” .Kepala disandarkan ke sofa, matanya tewas.

***
Tepat jam 3 petang Joey mendapat kebenaran untuk pulang awal,rasa tidak sihat. Mungkin cuaca barangkali, mendapat seorang bos sebaik Jason membuatkan kerjanya bertambah senang dan tiada sebarang masalah. Setibanya Joey di luar bangunan syarikat, pemandu syarikat sudah membukakan pintu untuknya. Perjalanan dari pejabat ke rumah mengambil masa kurang dari setengah jam jika bukan pada waktu kemuncak. Setiba di rumah, pintu di kunci dan Joey naik ke tingkat atas untuk ke bilik. Bau makanan yang sangat menggoda membuatkan langkahnya dipanjangkan ke dapur. Kelihatan pembantu rumah sedang mencedok makanan ke dalam pinggan, “ape benda tu…”,tanya Joey dalam hati. Gadis tersenut memandang Joey dengan senyuman “Koithio”, “owhh kuew tiaw..”,balas Joey ringkas. Koithio adalah ejaan Kannada. Harapannya untuk makan nasi meleset, dia menuju ke meja dan duduk di tempat gadis tersebut meletakkan makanan lalu gadis tersebut berlalu , “u..lunch with me?”,kening diangkat dan pada awalnya gadis tersebut enggan dan setelah diajak beberapa kali gadis tersebut akur.

“your name miss?”, tanya Joey

“Janice. But in foreign language class, my name Aisya”, Joey hanya tersenyum mendengar nama tersebut.

“siap nickname bagai”, detik hati Joey.

“ermm Aisya ,what do you mean by minor language? you asked me to communicate with you in a minor language right?”, Joey cuba mengingatkan gadis tersebut dengan permintaannya semalam.

“I’m not good in English. Ich hoffe, sie werden verstehen”,

Joey faham,dan pada pemerhatian Joey kemungkinan Aisya datang dari kawasan perkampungan sekitar Jerman. “why u choose malay language as one of your subject in foreign language class?”,tanya Joey.
“interesting language and easy to understand”,jawab Aisya ringkas.

“Aisya, lain kali untuk lunch bagi saya masak ok? Awak masak untuk makan malam je”,Joey bertutur dalam bahasa Melayu. Test…

“lunch..u? and dinner ….me? But why?”,tanya Aisya.

“lunch saya selalu makan nasi”,jelas Joey. “nasi?”, tanya Aisya kembali. “nasi..rice..”, jelas Joey lalu diangguk oleh Aisya.

Setelah siap makan Joey bangun dan mengemas meja tersebut manakala Aisya segera ke sinki untuk membasuh pinggan mangkuk yang telah digunakan, “let me wash the dishes”,ujar Joey lalu Aisya menuju ke meja kering. “sir, can you teach me Malay language?”,tanya Aisya ringkas.

“eheemm..but how and why?”,soalan dikembalikan.

“I want to be more fluent, and learn more words. Soon there will be test for the students. Sir, u can talk to me in Malay language. But don’t use the language of certain states. Please….”,kata Aisya sambil membuat muka sepuluh sen. “baru aku nak guna loghat utara atau Kelantan tadi”,kata hati Joey.

“nah lap..”, Joey menghulurkan pinggan kepada Aisya. Gadis tersebut angkat kening,Joey menerangkan melalui perlakuan. “owh…”, kata Aisya lembut.

“kelas bermula…”, detik hati Joey sambil senyuman terukir.

***
“mana maid kau Joey?”,tanya Razif yang merupakan seorang jurutera dan juga jirannya.

“kelas kot,aku dah pesan kalau dia taknak balik takpe. Biasalah Zif,budak-budak tengah belajar lagi. Silap jugak dia ambik kerja maid, selalunya maid full-time”,jelas Joey

“yelah kau full-time, tiap malam “jalan” ke? Senak betul”,Razif ketawa kecil. “ehh tak baik kau..aku sentuh pun tidak la. Aku ni cikgu BM dia tau..haa jangan main-main”,kata Joey sambil menghulurkan mug air kepada Razif. Razif hanya senyum dan angguk.

“solat jumaat sekali lah kita ye, aku pun tak biasa lagi lah kawasan ni”,pinta Joey

“kau jangan risau,kawasan ni ramai muslim. Masjid atau surau tu dapat la 5 atau 6 saf. Kalau kau jalan belah blok belakang sana,kau jangan terkejut kalau ada mat saleh tegur kau dalam bahasa Melayu je. Takde masalah lah kawasan ni, dah la kawasan “bersih”. Ditanggung beres”,kata Razif. Joey hanya senyum,dia memang berpuas hati sepanjang berada disini.

Malam makin menunjukkan kegelapan, terasa sunyi sekali. Langsung tiada bunyi kanak-kanak riang bermain di laman seperti petang-petang. Laptop yang dari tadi dibuka lantas diambil, sambil melihat Aisya berada di dapur untuk menyediakan makan malam kerana pada hari itu Joey terasa amat malas untuk memasak.

Kelihatan Alia online, ruang chat ditekan dan dia menegur Alia. Seakan memberikan report dan aduan kepada Alia yang sedang meluangkan masa bersama Makcik Rozana iaitu mamanya.
“adhek tak reti masak nasi….”, panggilan adhek diberikan kepada Aisya.
“ala ye ke…esok mama nak masak tomyam, makan dengan nasi…”, Alia seakan sengaja membuatkan Joey lapar. “ahh tak kira,esok aku kena masak!”, detik hati Joey.

***
Waktu hujung minggu sebegini, Joey tidak tahu mahu diluangkan untuk apa. “jog sudah..sarapan sudah..baju pun dah siap keringkan..”,rungut Joey perlahan.  Nak ke rumah kawan-kawannya, Joey pula malas. Malas nak kacau hujung minggu mereka.

“abang..tetamu”, kata Aisya yang kelihatan masih cuba mengatur ayat. Sejak Joey memanggilnya “adhek”, Aisya terus memanggilnya “abang” tetapi kedengaran seakan “abhunk”. Joey bangun dan naik ke tingkat atas kerana tadi Joey berada di basement, meninjau keadaan keretanya. “sape pulak datang ni”,rungut Joey. Kelihatan seorang perempuan berjubah moden sedang membelakangi Joey.

“assalamualaikum..”,tegur Joey

“waalaikummusalam..”,jawab perempuan tersebut.

“laa…Saf,ingatkan sape tadi. Ada ape?”,Safiyya yang merupakan kawan lamanya ketika sedang belajar dahulu.

“ni..paprik campur. Suka kan paprik? Masak banyak tadi, tu yang bawa kat sini.”, lalu bekas makanan tersebut diletakkan di atas meja.

“thanks Saf, boleh buat lunch ni. Duduk la dulu. Adik,buatkan air untuk tetamu kita”,

“awak bercakap dengan pembantu rumah in Malay? Dia faham ke?”,tanya Safiyya

“tengah belajar,kalau ada air untuk awak nanti maksudnya dia faham. Eh rumah awak area mana?”,tanya Joey

“block belakang, jemput la ke rumah. Mommy saya ada, datang melawat. Lagipun bulan ni saya tak sibuk sangat”,

“dah 2 kerja,mana tak sibuknya”, ujar Joey kepada Safiyya. “awak pun sama,kata orang”, balas Safiyya ringkas.

Joey meninggalkan Safiyya di ruang tamu dan Joey masuk ke bilik untuk menukar pakaian. Setibanya Joey di luar , kelihatan Safiyya sedang membuka laptop milik Joey. “ni bekas tunang awak kan?”, tanya Safiyya ketika melihat gambar Sara dan Joey hanya angguk. Dia tidak mahu berbicara panjang lebar tentang apa yang sudah lepas.

Deringan telefon mematikan perbualan antara Joey dan Saffiya, “assalamualaikum”,Adlin di talian memulakan bicara. Adlin adalah teman sepejabat Joey, berasal dari Brunei tetapi sudah hampir 6 tahun menetap di United Kingdom. “waalaikummusalam..ada ape?” ,tanya Joey ringkas.

“ada kat rumah tak? Kitorang nak pergi mall. Nak ikut?”, tanya Adlin

“kitorang tu siapa?”,

“aku,Jason dan Mill. Kalau nak,kami datang jemput ni”,
Joey memandang Safiyya yang sedang asyik menghadap skrin laptop, “nak..aku bersiap jap”,ujar Joey lalu talian dimatikan.

“kemana Joey?”, tanya Safiyya ketika Joey sedang memakai jaket

“keluar dengan kawan sepejabat. Awak duduk la dulu,tapi saya tak pasti bila saya balik”,

“siapa?”, tanya Safiyya kembali. “Adlin”, jawab Joey ringkas.

“owh dia tu..”,kata Safiyya sambil mencebik. Joey melihat dan terus berlalu, dia tidak tahu apa masalah antara Safiyya dan Adlin kerana Joey baru sahaja berpindah kesini dan mereka pula sudah lama.

***
Entah apa yang perlu dibuat, semua kerja di lab sudah pun selesai. Joey mundar-mandir di dalam pejabat sendiri. Selepas itu Adlin masuk , “sakit perut?”, tanya Adlin sambil buat muka serius. “tak lah, boring..”, jawab Joey mudah lalu dia duduk di kerusi berhadapan dengan Adlin yang sedang tekun membaca majalah.
“nak kerja?”, tanya Adlin tiba-tiba. Joey hanya angguk, “tapi jangan la kau mengadu kat Jason pulak. Pandai sketch ? idea bernas? Kreatif?”, tanya Adlin bertubi-tubi. Joey mengangguk lagi, “perasan!”, cebik Adlin lalu Joey naikkan kening tanda pelik. “aku tak pernah la jumpa orang yang suka puji diri sendiri macam kau ni Joey”, kata Adlin sambil ketawa kecil. “kau akan puji aku?”, tanya Joey kepada Adlin, lalu Adlin geleng. “so, aku perlukan pujian dalam kerja. Bagi aku semangat.. kalau aku pun macam kau, yang tak suka dipuji dan memuji. Maksudnya takda la nama aku dalam senarai naik pangkat kan?”, Joey gelak.

“hello…kau nak cakap kau boss aku ke? Sorry sikit, Jason still our boss. Kau dan aku sama pangkat je, berlainan department je..”, Adlin memandang Joey yang masih senyum, “yelah…Cuma kau lagi high la dari aku..”, jawab Adlin mengalah lalu dijelirkan sedikit lidah dan membuntangkan mata, “errk! Silly face..”, kata Joey.

“kerja ape kau nak bagi aku?”, tanya Joey

“tolong aku bahagian promotion, banner besar nak kena tukar tapi design entah macam mana lagi. Macam-macam lah kalau dah bahagian marketing ni”, ujar Adlin. Joey hanya angguk, “set!”, kata Joey sepatah. Adlin hanya mengerdipkan sebelah mata, “nak aku kata cun ke? Yelah memang kau cun…”, kata Joey kepada Adlin yang sememangnya cantik. Sejurus habis ayat, majalah hampir 300 muka surat melayang kearah Joey. “aduhh!”, Joey gosok dada. “tak alert atau mesej tak sampai ke otak?”, tanya Adlin yang berlalu ke pintu dan menunjukkan sign supaya masuk ke biliknya. Joey buat “donno” saja.



Taip tanpa rasa sebab banyak yang dah lupa. Apepun terima kasih sudi luangkan masa untuk baca.
Typo dan ayat belit-belit macam biasa
Tanpa format




ihsan pak Google


Saturday, September 10, 2011

T.I.G.A P.U.L.U.H T.U.J.U.H


“kau ingat waktu kau ajak aku jalan-jalan dulu?”, tanya Joey kepada USB ketika dia sedang menjamu mata memandang catalog pakaian.

“zaman bila ni?”,tanya USB kembali. “ala zaman kita study dulu tu la.. jalan-jalan tanpa point”,

“owh, backpacking? Woi, ada point ye..ade..kenapa tiba-tiba teringat? Bukan kau bukan main banyak alasan ke?”, perli USB

“teringat.. baru rasa nikmatnya”, Joey merenung gambar yang diambil dari album yang berhabuk. Kalau Chad yang merupakan salah satu watak dalam novel Hlovate :Contengan Jalanan mengajak Fend untuk backpacking ke Australia, USB pula mengajak Joey backpacking ke China. ”Joey, Alia ada tu. Mau chat pergi la”, ujar Iera.

Joey sudah mula berfikir untuk tegur Alia, memang dia sedar tiada siapa yang salah, cuma dia diam kerana “numb”. “owh nantilah..”,ujar Joey mudah.

“bila korang mau ada anak ek? Sunyi la rumah ni..”, kata Joey dalam nada serius.

“biarlah Iera habis degree dulu,aku kesian la tengok perempuan pregnant study ni..”,jelas USB. “eh ok ape,anak sambil study dengan mak dia. Bijak anak..”,bantah Joey

“cukup je study dengan aku tiap malam..”, gelak USB sambil mengerdipkan mata kepada Iera.

Mood Joey sudah kembali normal tetapi masih lagi dalam proses. “numb” masih bermaharajalela. Dia berfikir sejenak adakah patut dia melayan Alia ataupun tidak.
Catalog diletakkan di atas meja kopi, matanya beralih kepada laptop lalu dia bangun dan duduk dihadapan laptop tersebut. Skype dibuka dan bukan Alia ditegur tetapi adiknya Iman. Seperti biasa jika chat pun hanya untuk bercerita tentang watak-watak dalam hidupnya.

“nanti add facebook ye,baru buat”, kata Iman sambil ketawa di video call. Joey buat muka teruja. “bukan kata benda tu buang masa ke?lama dah buat”,tanya Joey sambil garu kening.

“lama tak lama la jugak, saje je buat. Nak contact dengan saudara senang, kan Iman tak pakai handfone”, Iman tersenyum menampakkan baris giginya yang tersusun.

“ada benda kelakar ke sekarang ni? Awat buat muka lagu tu?”, muka Iman di skrin laptop menampakkan Iman sedang berhadapan dengan sesuatu yang melucukan. Joey angkat kening double-jerk.

“tengah chat dengan kawan kat facebook ni. Baru je kenal, nanti add la dia. Lina...”,

“laa girl ke.. tengok lah”,jawab Joey malas sambil menahan kuap.

“agak-agak kalau dengan lelaki muka akan seceria ni ke? Kalau ye pun mesti lelaki tu spesis Chaplin”,kata Iman sambil buat muka tak puas hati dengan keluhan Joey sebentar tadi.

“bila baca balik ayat Iman tadi, abang ni lelaki jugak tapi bukan sepsis Chaplin. Tapi ada jugak Iman tersengih macam tu. Ke drama?”,duga Joey. Terlebih emosi pulak kat sini.

“tersengih ikhlas ye.. bila check report la. Macam mana dengan awek yang hari tu?”,Iman maksudkan Alia. “dah la pasal dia..dia ok je”,jawab Joey selamba, malas mahu panjangkan topic. “serius? So bagi sini la..”,ujar Iman dengan muka serius.

“apa ingat bola main tendang? Dah lah, tata...”,kata Joey sambil menaip “gtg now..” di ruang chat, Iman hanya angguk. Lid laptop ditutup, Joey menyandarkan badan ke kerusi dan merenung hiasan dinding dihadapannya.

“Joey..makan?”,tanya USB sambil buat sign makan. Joey geleng, mata dipejamkan. Mengantuk! Joey terasa lengannya dicuit, lalu matanya dibuka. USB berada di kerusi sebelahnya. “makan sikit pun jadilah”, nasi disuakan ke mulut Joey menggunakan tangan. USB memang selalu berlagak sebagai abang dan sudah banyak kali USB menyuapkan Joey makanan. Geli? Tak pernah.

Joey hanya menurut, suapan demi suapan mengisi mulut Joey. USB memerhati jika ada tulang kerana lauk ikan. Diasingkan awal-awal antara isi dan tulang. USB dan Joey begitu rapat, kata ustaz semasa Joey tingkatan 5 dahulu, ada kemungkinan jodoh Joey dan USB panjang dan ikatan bertambah kukuh dengan cara USB melayannya.

Joey memandang USB yang bangun dari kerusi dan ke sinki, “aku rasa dalam rumah kita ni dah selayaknya ada budak kecik..sunyi je rasa”, kata Joey ringkas sambil memerhati keadaan rumah. Besar dan banyak bilik tapi penghuninya masing-masing sibuk. “maksud kau,aku dan Iera ke? Lambat lagi la Joey”, jawab USB sambil mengesat tangan pada tuala kecil.

“anak angkat?”,tanya Joey seiring dengan USB membuat reaksi muka pelik. “why? Sekurang-kurangnya ibu dah tak bising”,jawab Joey tidak puas hati dengan reaksi ringkas USB.

“kau nak lari dari bebelan ibu, tu penyelesaian ke?”, USB tergelak kecil. Seakan apa yang disampaikan kepada USB itu sangat lucu. “not funny~”, Joey bangun dari kerusi dan menuju ke meja telefon.

“Assalamualaikum Aqashah, Joey ni.. tolong aku boleh?”,

“Wasalam,ape? Aku sibuk ni”, jawab Aqashah dalam suara termengah-mengah. “carikan aku anak angkat, kalau boleh tau latar belakang la. Mintak tolong ni”, pinta Joey seakan merayu. “I’ll try lah,tapi aku tak janji la bhai..ehh aku kena sambung ni,banyak kerja lagi.ok bye”, talian dimatikan. Joey hanya tersenyum,sekurang-kurangnya Aqashah mahu menolong.

“baby..come to papa…”, kata Joey sehinggakan USB berpaling. “dapat?”,tanya USB ringkas. “soon”, jawab Joey mudah dan masuk ke bilik.


***  

Joey tersedar dari tidur, matanye terkebil-kebil memandang lampu yang kian menyilau lantas dicapai remote control dari meja lampu tidur dan ditekan untuk menurunkan kadar cahaya. Dicapai pula remote control penghawa dingin lalu ditutup penghawa dingin tersebut.

“bangun awal pun bukan kerja..”,lalu matanya ditutup kembali. Selang beberapa minit dia kembali membuka mata “subuh..”, lalu bingkas bangun dari pembaringan dank e bilik mandi untuk mandi dan selesai mandi Joey segera menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim. Selesai mengaminkan doa untuk kedua ibu bapa dan kepada yang sudah tiada, Joey bangun lalu sejadah dilipat. “nak buat apa ni..senyap je kat rumah”, detik hati Joey. Lalu dituju ke katil dan terus baring, matanya layu..

Deringan lagu dari telefon membingitkan telinga segera tangannya mencapai , “emm…”,matanya masih lagi tidak dibuka. “ada baby yang tak ada penjaga, aku boleh uruskan prosedur. Amacam?”, suara Jack yang merupakan kawan kepada Aqashah. Mata lantas dibuka, senyuman terukir “latar belakang?”, tanya Joey. “hal tu beres.. nanti kita bereskan la ikut jalan betul. Jangan risau, aku gerak dulu..”, talian diputuskan lalu telefon diletakkan di tepi. Hati Joey berdegup kencang tiba-tiba.. Kehadiran orang baru mungkin..

Rasa mengantuk terus hilang ketika mendapat panggilan dari Jack, lantas Joey bangun dari katil dan keluar dari bilik. Kelihatan Iera sedang menghidangkan sarapan pagi , “morning sweetie”,tegur Joey lalu senyuman dihadiahkan. “morning kacak”, balas Iera ringkas.

“assalamualaikum”, kelihatan USB yang baru keluar dari bilik sambil memegang beberapa buah buku.

“wasalam..”,lantas Joey menjawab salam diiringi dengan Iera. “ibu dengan baba kemana?”, Tanya Joey. “jogging bro..”,USB menjawab lantas ditariknya jug jus oren.

Pandangan Joey terarah pada ruang dinding dimana terletaknya gambar-gambar ketika Joey kecil hingga ke gambar ketika mendapat result SPM. Ditatap lama gambar seorang bayi sedang meniarap, senyuman terukir. “susu ke jus?”, soalan Iera mematikan senyuman Joey, “jus” jawab Joey ringkas. “ape senyum-senyum ni..share la”, kata USB seakan meminta.

“anak kita semua akan sampai, kejap je lagi rumah ni akan meriah”,Joey senyum bahagia.

“kau ingat anak ni macam parcel yang pos laju tu ke? Jangan buat benda pelik la Joey”, muka USB rungsing

“chill la, halal way. Anak angkat tak salah kan? Lagipun mesti ibu suka. Nak tunggu aku kahwin? Entah ada ke takde dah ibu dan baba masa tu. Apesal tengok aku macam tu? Aku serius ni”,jelas Joey bersungguh-sungguh.

USB hanya memandang lalu dianggukkan kepala, Iera hanya menurut. Mungkin mereka tahu apa sahaja cara mereka untuk menghalang tidak akan berjaya. “Degil batak” mungkin sesuai untuk Joey.


*** 

“mana? Lambat lagi ke?”, soalan keluar dari mulut Joey ketika Joey sampai ke pejabat Jack yang merupakan seorang peguam. Jack hanya tersenyum , “ni dokumen yang kau kena sign, setelah aku tengok kelayakkan kau , aku sure kau akan dapat”, file coklat muda diberikan kepada Joey lalu Joey menyemak. Nama penjaga diletakkan atas namanya dan penjamin pula USB.

“Joey..”, kedengaran suara Jack dari belakang. Joey berpaling, Jack hanya tersenyum “ni anak kau..”, belum habis lagi ayat Joey terus bangun dan merapati “twins?”,kaku seketika dengan anugerah yang berganda. Jari Joey mengusap lembut pipi kedua-dua bayi tersebut, senyuman terukir lagi tetapi lagi bahagia mungkin.

Beg pakaian dan beberapa peralatan bayi diletakkan di sofa dalam pejabat Jack. Telefon dicapai, “assalamualaikum Qashah, kau tak cakap pun twins. Banyak barang kena beli ni, jom la shopping. Ape pun kau kena dating kat pejabat Jack, macam mana aku nak drive sambil pegang baby ni”,

“shopping ape lagi, baju ada, katil tu nantilah. Letak je atas katil king kau tu. Ni ha, hari ni sampai la barang yang aku tempah kt rumah”, borak Aqashah panjang

“apa pulak kau tempah ni?”,

“kau belum beli lagi tempat duduk diorang dalam kereta kan? Aku tempah Aprica Euro car seat untuk baby kau”, “thanks lah eh,tapi cepat la datang. Tak sabar nak bawa balik ni”, talian dimatikan. Mata tertumpu kepada si kembar yang belum bernama,hanya tahu nama bapanya. Si kembar yang masih kecil,usianya belum menjangkau sebulan sudah kehilangan ibu dan bapa dalam kemalangan. Tidak semua bernasib baik..

Berkali-kali si kembar dicium, tidak pula mereka menangis. “anak baik..”, detik hati Joey. Setelah hampir setengah jam menunggu akhirnya Aqashah datang, “anak buah uncle..”,kata Aqashah sambil diangkat bayi lelaki dan dicium “wangi”, tambahnya.

Barang-barang diangkat ke kereta dan bersedia untuk pulang. Joey memandu kereta dengan muka yang sangat bahagia, “belum lagi anak kandung ni”, kata Joey perlahan. Tanpa sekatan jalan raya dan tanpa kesesakan jalan raya Joey sampai ke rumah dalam setengah jam.

“biar aku angkat barang, kau angkat diorang”, kata Aqashah sambil menghulurkan seorang demi seorang bayi kepada Joey. Joey memegang dengan berhati-hati. Langkahnya diatur dan menuju ke rumah, pintu tidak berkunci. Masuk sahaja ke rumah, semua mata memandangnya terutama ibu, “well, Joey rasa kita ada member baru”, sambil tersenyum. Iera datang dan mengambil bayi perempuan yang sedang lena tidur dan bayi lelaki diserahkan kepada ibu.

“patut la ada car seat untuk baby sampai tadi..”, kata USB yang sedang mengusap lembut bayi yang dikendong oleh Iera.

“ibu…ok kan?”,tanya Joey

“ok, cuma menantu tetap menantu”, kata ibu selamba. Joey kaku kerana dia fikir ibu akan lupakan soal menantu seketika. Matanya terarah kepada USB,ketawa USB pecah. Joey geleng kepala.



*** 

Semenjak kehadiran si kembar, Joey banyak menghabiskan masa dengan melengkapkan barang-barang supaya semuanya senang, setiap malam monitor suara akan selalu disampingnya. Mendengar sahaja bunyi rengekkan kecil,terus Joey bangun dan melihat si kembar walaupun itu hanyalah bunyi mereka menggeliat.

“diorang punya antibody tak kuat la, kan bagus kalau diorang ni minum susu ibu”, kata USB

“siapa boleh susukan? Aku bayar, carikan boleh?”,

“siapa….”, mata USB terarah kepada Iera yang sedang menyalin baju si kembar. Iera mendongakkan kepala “kenapa tengok macam tu?”, tanya Iera. Joey hanya senyum.






Saturday, August 20, 2011

T.I.G.A P.U.L.U.H E.N.A.M


Sudah seminggu Joey pulang dari Maldives dan kini dia tinggal di salah sebuah rumah baba yang terletak di Singapura. Rumah tersebut dibeli ketika Joey berusia 5 tahun dan rumah tersebut juga ibarat hotel 5 bintang bagi beberapa sahabat baik Joey. Semua tahu ibu hanya mempunyai seorang anak iaitu Joey dan oleh hal yang demikian sahabat baik Joey telah dianggap sebagai anak sendiri.

Cuti masih bersisa akibat daripada masalah kesihatan, Joey hanya duduk bersahaja di ruang tamu. Remote ditekan berulang kali,matanya menatap skrin televisyen tetapi hatinya entah dibawa ke mana. Dia sudah seperti hilang rasa, malas untuk melayan apa jua perkara.

“dah solat?”, tegur USB sebaik sahaja keluar dari biliknya. “emm..”, jawab Joey tanpa memandang USB. Remote diletakkan di atas meja kopi lalu Joey bangun ke dapur untuk menolong Darwish memasak. Darwish salah seorang arkitek di Singapura, dia mula tinggal di rumah Joey selepas dia dijemput oleh ibu. “bilik banyak tapi takde orang”, kata ibu sewaktu mengajak beberapa sahabat-sahabat Joey tinggal bersama.

“masak ape?”, tanya Joey sewaktu melihat Darwish di dapur. Sedang memotong kacang panjang. “paprik..ok tak?”,balas Darwish dengan soalan juga. Joey hanya mengangguk dan menolong Darwish memotong isi ayam.

“Joey,kau ok tak? From your face, I can illustrate your grief. Lama sangat dah aku tak tengok kau ceria macam dulu”,

“aku pernah ke ceria? Bila?”, Joey masih tidak memandang Darwish

“assalamualaikum…wah,bestnya bau. Masak apa ni”, kedengaran suara Lynn dan Qawim. Mereka selalu balik bersama kerana tempat kerja mereka berhampiran. Mereka segera ke dapur, dan melihat Joey dan Darwish sedang memasak.

“ayah su masak? Confirm aku tambah nasi malam ni”, sakat Lynn. Mereka memang lebih suka memanggil Joey dengan panggilan ayah su. Sebab? Joey sendiri kurang pasti.

Lynn seorang remiser, kawan ketika Joey masih kecil. Ketika itu Joey menetap di Jepun kerana ibu Joey berasal dari Jepun. Setelah bekerja barulah mereka berjumpa kembali. Qawim pula seorang jurutera, seorang yang peramah dan sangat pemurah. Dan dia tidak suka dipaksa lebih-lebih lagi soal perhubungan.

“Kono riyū wa urei o obite iru nodesu ka? Itami?”,tegur Lynn sambil melihat muka Joey. Tepat!

“Nani mo nai. Watashi wa daijōbuda yo”,jawab Joey mudah. Dia mengambil isi ayam lalu dibasuh dan dihulurkan kepada Darwish.

“dah-dah,pergi mandi.. bau hangit dah aku rasa ni. Bagi aku dan Joey ruang untuk bernafas ye. Tolong panggilkan USB sekali”,pinta Darwish

“bau kitorang ke bau paprika kau tu hah”, lalu mereka keluar dari ruang dapur. Selang beberapa minit USB datang dengan berbaju tee putih dan berseluar Dockers pendek.

“ape hal?”,tanye USB. “tolong buatkan apa-apa pencuci mulut,boleh?”,ujar Darwish

“what the…ni sifu,awat lak aku yang kena”, sambil tangannya memelukbahu Joey. Joey tersenyum kelat. “sifu la sangat..buat jelah”,kata Joey.

“korang buli aku, tau la bini aku takde…sadis tol”,

“tau la dah kawin,tak payah la buat muka cekadak macam tu. Cepat la,karang ibu balik,bini kau balik kau jugak bangga kan dapat buat satu makanan”,kata Darwish sambil menarik tangan USB.

“ye..ye..buat”, USB hanya menurut.


***  

“korang ni memang takde nama lain ek yang nak sebut? Tak mau aku kacau tak payah nak sebut la!”, bentak Joey. Dia juga tidak tahu kenapa, jika terdengar sahaja nama Alia keluar dari mulut USB atau sesiapa sahaja pasti dia naik angin. Terus dia bangun dari meja makan dan masuk ke bilik,tidak sempat menjamah makanan langsung.

Joey duduk diatas katil mengalahkan anak dara merajuk apabila ibu bapa tidak merestui hubungan cinta pula lagaknya. Sebuah buku dicapai dan dibaca, helaian demi helaian diselak tetapi satu ayat pun tidak melekat. Ketukan pintu menghentikan tangan Joey, “masuk jelah”, ujar Joey. Tidak lama selepas itu Iera masuk sambil menatang dulang yang berisi makanan dan minuman.

“nah makan, tadi tak sempat makan kan..”, kata Iera sambil tersenyum “makan la..”, pujuk Iera lagi ibarat memujuk anak kecil makan ubat.

“jap lagi la”,jawab Joey malas.

“Joey marah sebab kami sebut nama Alia?”, serentak kepala Joey didongak dan melihat Iera. “ok-ok,ak mahu kami sebut nama Alia?”,ujar Iera lagi. Dia seakan sengaja.

“dah la Joey, tak best la macam ni. Nak yang dulu tu,masa mula-mula sampai Maldives. Happy je..suka..”,

“suka akhirnya duka”, Joey mengulang kembali ayat yang pernah dituturkan oleh USB.

“suka yang berpada-pada bahagia tau”, kata Iera. “marah kami ke? Marah semua orang? Dah kurang bercakap dah Joey sekarang. Suara sedap..rugi je”, Iera memancing minat Joey untuk mendengar.

“Joey tak marah sape pun la, cuma malas nak bercakap. Tu je.. just cakap bila perlu and bila ada benda nak cakap”,

“yelah.. Joey pun dah besar. Lagi matang dari Iera, so dah boleh fikir dah. Cuma Iera tak mau Joey macam ni. Hilang seri rumah. Kesian ibu”,

Joey hanya mendengar, nasi diletakkan diatas meja sebelah katil. Kepalanya berat, dia mahu tidur. Sengaja dia membuat mata seakan kuyu dihadapan Iera. Lantas Iera bangun dan hanya tersenyum dan melangkah keluar. Joey melabuhkan kepala ke bantal, laptop ditepi kini dibuka. Yahoo! Messenger dari tadi hanya di invisible, dia segera menaip report mingguan kepada adiknya. Sarat dihati mahu dilepaskan.

Selepas menaip panjang lebar , email itu dihantar. Baru sahaja Joey mahu melelapkan matanya, ketukan di pintu memusnahkan keinginan. Lynn masuk bersama Darwish, Lynn memegang sejambak bunga dan sebakul buah-buahan. Joey hairan.

“ayah su.. sihat dah?”, tanya Lynn lalu bakul buah-buahan dan bunga diletakkan di meja bacaan. “nak Lynn potongkan buah tu? Nak epal ke oren?”,Lynn mengangkat kening. Tetapi tidak dilayan oleh Joey.

Darwish datang ke birai katil lalu betis Joey dipicit, Joey memandang Darwish. Sesekali ada yang memicit ok jugak. Tiba-tiba Lynn datang merangkak ke atas katil dan menyuakan seulas oren ke mulut Joey.

“korang ni sawan ke?”, spontan keluar dari mulut Joey

“ehh Wish, ayah su kita normal la.. mana ade sakitnya”,kata Lynn lantas Darwish meletakkan belakang tangannya ke dahi Joey

“la..aku ingat kau sakit. Yelah kurang bercakap, murung je”, tegur Darwish.

“korang buat macam ni lagi la aku rasa nak mati sekarang jugak! Dah-dah, blah”, marah Joey lantas mereka segera keluar dari bilik dengan mencebik. Joey menarik nafas lega, mata baru sahaja mahu ditutup lantas suara Darwish kedengaran.

“err Joey just nak inform, Qawim balik kampung. Aku pulak kena kursus dalam seminggu lebih jugak la”,jelas Darwish. “emm…”, balas Joey mudah. Lalu bunyi pintu ditutup.


***  

“tu dia online..”, kata Joey kepada USB lantas dia berjalan mahu masuk ke bilik. Laptop USB hanya dibiarkan diatas meja di ruang tamu. Pintu bilik ditutup rapat, Joey segera naik ke atas katil. Laptop dibuka dan Joey sign in Yahoo! Messenger , kelihatan Alia online. Tanganya berat untuk menegur lantas dibiarkan sahaja di tepi.

Bunyi bip menarik perhatian Joey, bunyi dari skype. Qawim invite untuk video call, Joey hanya menekan accept. Kelihatan Qawim tersengih macam kerang busuk.

“kau ape hal?”,tegur Joey tiba-tiba. “dalam banyak-banyak etika ape pasal kau pilih yang tu?”,tanya Qawim kembali

“random”,

“ni haa.. aku nak cakap,lupa pulak aku nak bagitahu kau”, kata Qawim tersekat-sekat. “aku pinjam kau punya lappy tapi lupa pulak nak inform”,

“lappy mane?”,tanya Joey

“yang Dell dan Hp tu..err yang touch screen tu”,








“dua-dua kau rembat?”,tanya Joey sambil kening terangkat.

“yela senang la boleh buat dua kerja terus. Tak payah guna kertas masa nak lukis-lukis ni, kira lukis je kat skrin terus”, jelas Qawim dan memang itulah tujuan Joey membeli laptop tersebut. Kerana minatnya melukis,dicapainya juga laptop tersebut.

“emm yelah, jaga betul-betul. Banyak kerja aku dalam tu”, pesan Joey.

“tak marah? Serious kau tak marah? Ajaib la!!”, jerit Qawim

“sejak bila yang aku baran?”, tanya Joey pelik

“sejak kau tak berapa center.. err ok lah chow..tata”, video call diputuskan.

Joey tersenyum kelat, “aku baran?”, tanya Joey dalam hati.

Dia bangun dari katil, kanvas putih seakan menggoda iman Joey. Lantas Joey bangun dan membancuh warna, dicalitnya warna di dada kanvas. Menghasilkan satu gambaran bahawa dia seakan keliru dengan dirinya. Joey terdiam.

“midlife crisis?”, seakan terdengar seseorang berbisik. Joey terus membancuh warna, berkeping-keping kanvas diconteng. Akhirnya Joey terduduk di kerusi, letih!


*** 

“masya-Allah  budak ni matahari dah terpacak atas kepala tak reti lagi nak bangun”, bebel ibu sambil bantal dipalu ke bontot Joey lagak anak kecil.

“ibu..tak baik tipu. Jam Joey tak bunyik lagi la.. maksudnya tak pukul 5.30 pagi lagi…”, jawab Joey malas.

“Joey..bangun la. Ibu nak bincang ni..”, ibu menarik lengan Joey memaksa untuk Joey duduk. Lantas Joey duduk sambil amta terpejam. “apenye...”

“ibu rasa ibu nak masuk meminang Lynn la, berkenan la ibu dengan dia”,

Terdengar sahaja kata-kata ibu, mata Joey terbuka sebelah. “fikir beratus kali dulu ibu sebelum cakap hal macam tu dengan Lynn tu. Dia tu dah la psiko”, ujar Joey

“eiii...ryuichi!!!!” kata ibu sambil mengetuk kepala Joey *ketuk-ketuk manja.

Ibu..siapa dapat halang? Joey? Baba? Sedangkan atok tidak mampu menghalang, inikan pula orang lain. Ibu..bukan boleh dihalang. Biarkan dia buat, Cuma satu sahaja yang membuatkan orang suka dengan ibu, walau apapun jawapan ibu akan selalu membalas “kau tetap kesayanganku…”.

Ibu..ratu hatiku...selamanya!







Sudah seminggu Joey pulang dari Maldives dan kini dia tinggal di salah sebuah rumah baba yang terletak di Singapura. Rumah tersebut dibeli ketika Joey berusia 5 tahun dan rumah tersebut juga ibarat hotel 5 bintang bagi beberapa sahabat baik Joey. Semua tahu ibu hanya mempunyai seorang anak iaitu Joey dan oleh hal yang demikian sahabat baik Joey telah dianggap sebagai anak sendiri.

Cuti masih bersisa akibat daripada masalah kesihatan, Joey hanya duduk bersahaja di ruang tamu. Remote ditekan berulang kali,matanya menatap skrin televisyen tetapi hatinya entah dibawa ke mana. Dia sudah seperti hilang rasa, malas untuk melayan apa jua perkara.

“dah solat?”, tegur USB sebaik sahaja keluar dari biliknya. “emm..”, jawab Joey tanpa memandang USB. Remote diletakkan di atas meja kopi lalu Joey bangun ke dapur untuk menolong Darwish memasak. Darwish salah seorang arkitek di Singapura, dia mula tinggal di rumah Joey selepas dia dijemput oleh ibu. “bilik banyak tapi takde orang”, kata ibu sewaktu mengajak beberapa sahabat-sahabat Joey tinggal bersama.

“masak ape?”, tanya Joey sewaktu melihat Darwish di dapur. Sedang memotong kacang panjang. “paprik..ok tak?”,balas Darwish dengan soalan juga. Joey hanya mengangguk dan menolong Darwish memotong isi ayam.

“Joey,kau ok tak? From your face, I can illustrate your grief. Lama sangat dah aku tak tengok kau ceria macam dulu”,

“aku pernah ke ceria? Bila?”, Joey masih tidak memandang Darwish

“assalamualaikum…wah,bestnya bau. Masak apa ni”, kedengaran suara Lynn dan Qawim. Mereka selalu balik bersama kerana tempat kerja mereka berhampiran. Mereka segera ke dapur, dan melihat Joey dan Darwish sedang memasak.

“ayah su masak? Confirm aku tambah nasi malam ni”, sakat Lynn. Mereka memang lebih suka memanggil Joey dengan panggilan ayah su. Sebab? Joey sendiri kurang pasti.

Lynn seorang remiser, kawan ketika Joey masih kecil. Ketika itu Joey menetap di Jepun kerana ibu Joey berasal dari Jepun. Setelah bekerja barulah mereka berjumpa kembali. Qawim pula seorang jurutera, seorang yang peramah dan sangat pemurah. Dan dia tidak suka dipaksa lebih-lebih lagi soal perhubungan.

“Kono riyū wa urei o obite iru nodesu ka? Itami?”,tegur Lynn sambil melihat muka Joey. Tepat!

“Nani mo nai. Watashi wa daijōbuda yo”,jawab Joey mudah. Dia mengambil isi ayam lalu dibasuh dan dihulurkan kepada Darwish.

“dah-dah,pergi mandi.. bau hangit dah aku rasa ni. Bagi aku dan Joey ruang untuk bernafas ye. Tolong panggilkan USB sekali”,pinta Darwish

“bau kitorang ke bau paprika kau tu hah”, lalu mereka keluar dari ruang dapur. Selang beberapa minit USB datang dengan berbaju tee putih dan berseluar Dockers pendek.

“ape hal?”,tanye USB. “tolong buatkan apa-apa pencuci mulut,boleh?”,ujar Darwish

“what the…ni sifu,awat lak aku yang kena”, sambil tangannya memelukbahu Joey. Joey tersenyum kelat. “sifu la sangat..buat jelah”,kata Joey.

“korang buli aku, tau la bini aku takde…sadis tol”,

“tau la dah kawin,tak payah la buat muka cekadak macam tu. Cepat la,karang ibu balik,bini kau balik kau jugak bangga kan dapat buat satu makanan”,kata Darwish sambil menarik tangan USB.

“ye..ye..buat”, USB hanya menurut.


***  

“korang ni memang takde nama lain ek yang nak sebut? Tak mau aku kacau tak payah nak sebut la!”, bentak Joey. Dia juga tidak tahu kenapa, jika terdengar sahaja nama Alia keluar dari mulut USB atau sesiapa sahaja pasti dia naik angin. Terus dia bangun dari meja makan dan masuk ke bilik,tidak sempat menjamah makanan langsung.

Joey duduk diatas katil mengalahkan anak dara merajuk apabila ibu bapa tidak merestui hubungan cinta pula lagaknya. Sebuah buku dicapai dan dibaca, helaian demi helaian diselak tetapi satu ayat pun tidak melekat. Ketukan pintu menghentikan tangan Joey, “masuk jelah”, ujar Joey. Tidak lama selepas itu Iera masuk sambil menatang dulang yang berisi makanan dan minuman.

“nah makan, tadi tak sempat makan kan..”, kata Iera sambil tersenyum “makan la..”, pujuk Iera lagi ibarat memujuk anak kecil makan ubat.

“jap lagi la”,jawab Joey malas.

“Joey marah sebab kami sebut nama Alia?”, serentak kepala Joey didongak dan melihat Iera. “ok-ok,ak mahu kami sebut nama Alia?”,ujar Iera lagi. Dia seakan sengaja.

“dah la Joey, tak best la macam ni. Nak yang dulu tu,masa mula-mula sampai Maldives. Happy je..suka..”,

“suka akhirnya duka”, Joey mengulang kembali ayat yang pernah dituturkan oleh USB.

“suka yang berpada-pada bahagia tau”, kata Iera. “marah kami ke? Marah semua orang? Dah kurang bercakap dah Joey sekarang. Suara sedap..rugi je”, Iera memancing minat Joey untuk mendengar.

“Joey tak marah sape pun la, cuma malas nak bercakap. Tu je.. just cakap bila perlu and bila ada benda nak cakap”,

“yelah.. Joey pun dah besar. Lagi matang dari Iera, so dah boleh fikir dah. Cuma Iera tak mau Joey macam ni. Hilang seri rumah. Kesian ibu”,

Joey hanya mendengar, nasi diletakkan diatas meja sebelah katil. Kepalanya berat, dia mahu tidur. Sengaja dia membuat mata seakan kuyu dihadapan Iera. Lantas Iera bangun dan hanya tersenyum dan melangkah keluar. Joey melabuhkan kepala ke bantal, laptop ditepi kini dibuka. Yahoo! Messenger dari tadi hanya di invisible, dia segera menaip report mingguan kepada adiknya. Sarat dihati mahu dilepaskan.

Selepas menaip panjang lebar , email itu dihantar. Baru sahaja Joey mahu melelapkan matanya, ketukan di pintu memusnahkan keinginan. Lynn masuk bersama Darwish, Lynn memegang sejambak bunga dan sebakul buah-buahan. Joey hairan.

“ayah su.. sihat dah?”, tanya Lynn lalu bakul buah-buahan dan bunga diletakkan di meja bacaan. “nak Lynn potongkan buah tu? Nak epal ke oren?”,Lynn mengangkat kening. Tetapi tidak dilayan oleh Joey.

Darwish datang ke birai katil lalu betis Joey dipicit, Joey memandang Darwish. Sesekali ada yang memicit ok jugak. Tiba-tiba Lynn datang merangkak ke atas katil dan menyuakan seulas oren ke mulut Joey.

“korang ni sawan ke?”, spontan keluar dari mulut Joey

“ehh Wish, ayah su kita normal la.. mana ade sakitnya”,kata Lynn lantas Darwish meletakkan belakang tangannya ke dahi Joey

“la..aku ingat kau sakit. Yelah kurang bercakap, murung je”, tegur Darwish.

“korang buat macam ni lagi la aku rasa nak mati sekarang jugak! Dah-dah, blah”, marah Joey lantas mereka segera keluar dari bilik dengan mencebik. Joey menarik nafas lega, mata baru sahaja mahu ditutup lantas suara Darwish kedengaran.

“err Joey just nak inform, Qawim balik kampung. Aku pulak kena kursus dalam seminggu lebih jugak la”,jelas Darwish. “emm…”, balas Joey mudah. Lalu bunyi pintu ditutup.


***  

“tu dia online..”, kata Joey kepada USB lantas dia berjalan mahu masuk ke bilik. Laptop USB hanya dibiarkan diatas meja di ruang tamu. Pintu bilik ditutup rapat, Joey segera naik ke atas katil. Laptop dibuka dan Joey sign in Yahoo! Messenger , kelihatan Alia online. Tanganya berat untuk menegur lantas dibiarkan sahaja di tepi.

Bunyi bip menarik perhatian Joey, bunyi dari skype. Qawim invite untuk video call, Joey hanya menekan accept. Kelihatan Qawim tersengih macam kerang busuk.

“kau ape hal?”,tegur Joey tiba-tiba. “dalam banyak-banyak etika ape pasal kau pilih yang tu?”,tanya Qawim kembali

“random”,

“ni haa.. aku nak cakap,lupa pulak aku nak bagitahu kau”, kata Qawim tersekat-sekat. “aku pinjam kau punya lappy tapi lupa pulak nak inform”,

“lappy mane?”,tanya Joey

“yang Dell dan Hp tu..err yang touch screen tu”,








“dua-dua kau rembat?”,tanya Joey sambil kening terangkat.

“yela senang la boleh buat dua kerja terus. Tak payah guna kertas masa nak lukis-lukis ni, kira lukis je kat skrin terus”, jelas Qawim dan memang itulah tujuan Joey membeli laptop tersebut. Kerana minatnya melukis,dicapainya juga laptop tersebut.

“emm yelah, jaga betul-betul. Banyak kerja aku dalam tu”, pesan Joey.

“tak marah? Serious kau tak marah? Ajaib la!!”, jerit Qawim

“sejak bila yang aku baran?”, tanya Joey pelik

“sejak kau tak berapa center.. err ok lah chow..tata”, video call diputuskan.

Joey tersenyum kelat, “aku baran?”, tanya Joey dalam hati.

Dia bangun dari katil, kanvas putih seakan menggoda iman Joey. Lantas Joey bangun dan membancuh warna, dicalitnya warna di dada kanvas. Menghasilkan satu gambaran bahawa dia seakan keliru dengan dirinya. Joey terdiam.

“midlife crisis?”, seakan terdengar seseorang berbisik. Joey terus membancuh warna, berkeping-keping kanvas diconteng. Akhirnya Joey terduduk di kerusi, letih!


*** 

“masya-Allah  budak ni matahari dah terpacak atas kepala tak reti lagi nak bangun”, bebel ibu sambil bantal dipalu ke bontot Joey lagak anak kecil.

“ibu..tak baik tipu. Jam Joey tak bunyik lagi la.. maksudnya tak pukul 5.30 pagi lagi…”, jawab Joey malas.

“Joey..bangun la. Ibu nak bincang ni..”, ibu menarik lengan Joey memaksa untuk Joey duduk. Lantas Joey duduk sambil amta terpejam. “apenye...”

“ibu rasa ibu nak masuk meminang Lynn la, berkenan la ibu dengan dia”,

Terdengar sahaja kata-kata ibu, mata Joey terbuka sebelah. “fikir beratus kali dulu ibu sebelum cakap hal macam tu dengan Lynn tu. Dia tu dah la psiko”, ujar Joey

“eiii...ryuichi!!!!” kata ibu sambil mengetuk kepala Joey *ketuk-ketuk manja.

Ibu..siapa dapat halang? Joey? Baba? Sedangkan atok tidak mampu menghalang, inikan pula orang lain. Ibu..bukan boleh dihalang. Biarkan dia buat, Cuma satu sahaja yang membuatkan orang suka dengan ibu, walau apapun jawapan ibu akan selalu membalas “kau tetap kesayanganku…”.

Ibu..ratu hatiku...selamanya!






Friday, August 19, 2011

T.I.G.A P.U.L.U.H L.I.M.A


“burrppp.. alhamdulillah. Sedap betul Iera masak. Patut la aku nampak kau chubby sikit USB”, kata Joey lantas matanya kembali menatap skrin laptop. Dia mahu menghabiskan sedikit lagi masa bersama Alia. Entah mengapa nama Alia dirasakan begitu comel.

Sedang Joey asyik melayani Alia, USB datang menghampirinya. Dengan tidak berbaju menunjukkan ketulan six pack. Sememangnya USB amat menitik berat soal tubuh badannya. Katanya mahu menjadikan badannya sebagai tilam si isteri. “sasa ok la, jangan gendut sudah..”, detik hati Joey.

“kau nak laptop dah ke?”, tanya Joey kepada USB di sebelahnya. “kau tu baru je sampai, pergi la rehat dulu. Jom lah”, ajak USB lalu beg Joey ditarik.

“kemana pulak?”, dia pelik melihat USB terus berjalan ke pintu. Lalu dia segera menyudahkan chat dengan Alia.

“chalet depan, jom lah. Kalau nak makan,makan kat sini pun takpe. Nak order pun takpe”, kata USB sambil Joey membontotinya ke chalet hadapan. Sampai sahaja, kunci dibuka. Design chalet sama sahaja cuma chalet yang diduduki oleh Iera berhadapan dengan pantai dan chalet yang bakal Joey duduki terletak belakang sedikit. Joey tidak kisah, dia datang hanya untuk memenuhi permintaan USB.

Sambil berborak dengan USB, Joey terus ke bilik tidur untuk memenuhkan air di dalam tub. Mahu mandi dan berehat, menantikan hari malam untuk supper. Melihat katil yang tidak terusik, Joey pelik. USB tidur dibilik mana? Mungkin di bilik lain kerana ada dua bilik, dia malas mahu berfikir panjang.

“Wireless sini ok tak?”, tanya Joey kepada USB sambil tangannya melambung-lambung oren lagak di sarkas. Jika wireless tidak ada masalah, boleh lah Joey teruskan dengan FOREX. Kalau tidak alamatnya berserah sajalah.

“kadang-kadang ok la, tapi kalau ada masalah kau boleh call or diorang akan call inform”, jelas USB sambil berbaring di atas katil dengan kedua-dua tangan diletakkan di bawah kepala. Menatap dinding dengan tajam. Tembus!

“kau tidur bilik mana? Nampak tak terusik, barang kau pun sikit je dalam ni”, kata Joey sambil memerhati sekeliling.

“aku tidur chalet sana la, bukan yang ni. Baru ni je aku tidur sini”,USB menunjukkan chalet dimana Iera tinggal. Mukanya tersengih.

“kau ingat kau duduk luar Malaysia kau boleh buat kerja tak betul ke? Ape kes dengan kau ni?”, suara Joey tinggi sedikit. Dia masih bingung. Lalu USB bangun dan berjalan ke arah Joey.

“we’re married bro..”,bahu Joey ditepuk lembut.

“bila?saksi?wali?tok kadi?”, bertalu-talu soalan keluar dari mulut Joey. Dia terkejut!

“bila? Seminggu kot. Saksi? Ada la beberapa orang. Wali? Dah semestinya la bapak mertua aku. Dan Tok Kadi diimport khas dari Malaysia dan ada la beberapa orang kenamaan dan juga orang jabatan hal ehwal agama Islam sini”,

“langsung aku tak tahu? Kau ni kan..”, Joey merengus. Secepat kilat betul bila USB membuat perancangan. “dah lah bro, jangan risau lah. Semuanya ok dah pun. Malam ni datang supper kat chalet aku ok. Kami tunggu”, USB menapak ke pintu lalu ditutup.

Joey segera ke pintu dan mengunci. Lantas langkahnya dihala ke bilik mandi untuk mandi. Pakaian dibuka,hanya berbekalkan seluar pendek lantas Joey masuk ke tub. Wangian aroma terapi memberikan rasa tenang, badan disandarkan lalu kepala diletakkan di atas tuala yang telah direndam dengan sedikit aroma terapi. Matanya kian layu, bau wangian dari lilin aroma terapi juga ibarat merangkul erat tubuhnya sambil mendodoi. Akhirnya mata Joey tewas. Terlelap!


*** 

Pada petang keesokkanya USB mengajak Joey ke pantai, ambil angina petang selepas lama berbual dengan Alia di Yahoo! Messenger. Kelihatan Iera sedang mengayuh basikal di pergigian air. Macam dalam cerita pulak gayanya. Ke ni pakej berbulan madu? Siap basikal bagai.

“best kahwin?”, tanya Joey kepada USB sambil tangannya menguis pasir dengan ranting kayu. Kepalanya didongak memandang USB yang sedang berdiri sambil tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. USB segera duduk disebelahnya. “soalan jenis ape tu?”, ujar USB.

“random”,

“nak kata tak suka tu tipu la.. yup, suka sebab ada family life”, jelas USB. Masih terpancar seri pengantin baru dimukanya.

“ramai yang kata family life tu la yang buat kita rasa complete”,

“ada la rasa complete tu. Kau pulak ni bila?”,tanya USB

“lambat lagi kot...”, badannya dibaringkan ke atas tikar yang telah dihampar.

Mata Joey memandang USB yang sedang memandang Iera di pergigian air. Tersenyum bahagia. Bertuah Iera mendapat suami sebaik USB.

“apa yang membuatkan kau rasa nak kawin tiba-tiba? Sesetengah orang takut nak kawin sebab high maintenances la katanya ada bini ni”, tanya Joey

“susah senang sama-sama. Tu yang aku selalu kata kat Iera. Pegang tu, insya-Allah lah bahagia. Cinta sampai syurga”, tutur USB lembut. “yang kau datang sini sanggup pulak buat cuiti tanpa gaji”,

“kalau kiblat boleh diganti dengan duit memang tak merasa la semua ni. Duit tu akan datang kalau dah tertulis tu rezeki kita. Buat jelah duit tu as alat sampingan je. Kalau sebab kau, dua bulan cuti tanpa gaji pun aku ok. Tapi kan...”, Joey terhenti disitu

“tapi ape?”, soal USB. “aku terasa kau tak inform aku kau nak kawin”, Joey mengeluh lembut.

“chill la.. aku nak bersanding jugak. Tema “fairytale””, kata Joey sambil tangannya berkibar-kibar di udara. Lagak wedding planner.

Apapun impian USB, Joey pasti akan terlaksana. Sama ada cepat atau lambat sahaja. Dia tidak kisah asalkan sahabat baiknya bahagia. Dia yakin USB sudah mampu untuk membimbing Iera untuk menjadi isteri solehah.

“beg hitam aku ada tak dalam bilik kau?”, tanya Joey kepada USB. “ada, ape benda tu?”, kata USB sambil keningnya terangkat.

“harta aku tu..sayang lebih dari aku sayang kau. Ada alat tulis, A4 paper , kanvas, sketchbook, bahan-bahan warna siap ada”,

“adehh..kau ni memang tak boleh tinggal kan benda alah tu. Ni satu lagi ha..”, kata USB sambil menarik iPod dari poket baju Joey.

“aku tanpa benda-benda ni memang bukan aku laa..”,

“sepatutnya kau jadi artis la bukan saintis”, tawa USB pecah

“dalam askar ada ustaz kan? Dalam bidang perubatan, ada perubatan cara Islam kan? So kalau semua nak jadi apa yang dicita-citakan, harus ke hobi tolak tepi? Saintis aku tak tinggal, artis aku tak ketepi. Darah seni mengalir dalam diri, buat apa aku nak rugikan.. tapi kau macam tak sesuai je kalau kau suka melukis ni, sebab tu kau asyik berkepit dengan Inche Nikon kau tu je..so sesuai la”,

“ape pasal aku tak sesuai dalam lukisan? Sedangkan mau bedah orang pun kena garis-garis jugak”,

“sebab aku takut, kau kena belah perut orang tapi kau duk ukir perut orang dengan pisau tu..”, ketawa Joey terburai. Tetapi USB hanya diam memandang. Lantas Joey senyap secara tiba-tiba , memandang USB. Kini tawa USB pula memecah. Joey pelik dan tidak menghiraukan USB.

“apa gelak time macam ni, kena rasuk ke?”, celah Iera dari belakang. “jom balik..gelap dah. Matahari pun dah terbenam ni..”, kata Iera lalu Joey bangun melipat likar dan membontoti USB dan Iera yang sedang bergurau senda. Usik mengusik lalu Iera dipeluk dan diangkat oleh USB hingga ke pintu bilik.

“memang mood honeymoon betul korang ni”, sakat Joey ketika Joey berjalan pulang ke chalet.

“Joey,datang dinner sini ye..”, jemput Iera sambil Joey mengangkat tangan tanda faham.



*** 

Hari berganti hari kini sudah masuk hari ke-5 dia berada di Maldives. Dalam sedar mahupun tidak berhubung dengan Alia melalui Yahoo! Messenger telah menjadi rutin. Jam di dinding menunjukkan pukul sebelas pagi , lalu matanya kembali menatap dada sketchbook yang masih lagi suci tanpa cela. Dicari mekanikal pensel dari dalam poket beg harta karunnya lantas muncung pensel tersebut ligat melakar satu imej yang dirasakan sedang bermain di depan mata.

“pakcik mana pulak tu?”, tegur Joey dari belakang seraya itu Joey tertarik muncung hingga lakarannya rosak. “kau ni kan…tengok apa dah jadi”, Joey mencebik.

“ni chalet,bukan bilik kerja-kerja seni kau ye.patut la ada workers kata yang kau tak bagi diorang kemas bilik. Ni rupanya kerja kau..”, kata USB sambil melihat di kanvas yang telah tercalit warna. Kertas-kertas bertaburan di lantai dan juga meja. Penuh!

Malam Joey diisi dengan kerja sedemikian sehingga dia terlena di meja. Seperti selalunya dan akan berlanjutan untuk beberapa minggu,bulan ataupun tahun dia sendiri tidak pasti. Matanya tidak memandang USB, lakaran tadi disambung. Menampakkan wajah seorang pakcik tua yang sedang mengalami krisis dalam hidup. Muka sahaja sudah cukup menggambarkan cerita hidupnya.

“rasa sayang..rindu..suka tapi risau”, kata USB sambil memegang satu kanvas yang telah diconteng oleh Joey tanpa meletakkan apa-apa dalam fikirang. Dibiarkan sahaja tangan menggerakkan berus di dada kanvas. “kau rasa kat sapa ni?”, tanya USB

Seperti selalu, USB memang pandai assume. Langsung tidak dapat disembunyikan. Joey mendongak dan menggeliat. “kau kan pandai assume, so mesti kau dapat assume untuk siapa”,balas Joey bersahaja. Kanvas diletakkan dan USB angkat tangan tanda menyerah. Joey hanya tersenyum.

Telefon disebelah menjerit minta ditekan punat hijau, panggilan dari ibu. Lalu ditekan punat hijau tersebut, “assalamualaikum”, ujar ibu dihujung talian

“waalaikummusalam ibu..apa khabar? Ada ape ni?”, tanya Joey ringkas

“baik je. Saja la call, nak tau ok ke tak. Bila mau balik ni? Dah rindu ni”, kata ibu

“tengoklah bila-bila Joey balik la. Lagipun kat sini ok ja ada bodyguard. Macam ni la, Joey rasa kalau balik pun Joey terus ke Singapura la. Apa kata kalau ibu kesana”,

“balik sekali dengan menantu ke?”,sakat ibu. “ibu..ada la ni.tunggu je..nanti ada masa Joey call la ibu. Jangan risau lah. Kirim salam kat baba”,

“yelah..ibu tunggu menantu ibu tu. Ok la,jaga diri ye”, talian dimatikan.

“ibu..ibu..tak habis dengan menantu dia”, Joey tersenyum sumbing. Matanya kembali ke sketchbook dan pensel ligat menari di atasnya.

“laptop guna tak?”,tanya Joey kepada USB yang sedang meneliti hasil kerja Joey. “Iera guna kot, nak chat dengan Alia? Pergi jelah”,

“karang sikit lah”, Joey kembali tersenyum. “kau ni Joey,jangan duk suka sangat. Karang duka..ok lah,nanti pergi makan. Aku nak balik tengok bini aku. Karang ada culik sebab comel sangat”, daun pintu ditutup. Joey kembali menatap sketchbook. Lakaran sudah hampir siap.


*** 

Sebentar tadi Joey telah menghabiskan masa dengan Alia, terasa rindu pula ingin berhubung dengan gadis kecil molek tersebut. Akibat tidak tahan dengan matanya yang kian kabur, Joey menyerahkan laptop kepada USB.

Dia masuk ke bilik untuk mandi dan tukar pakaian. Dia berehat sebentar di kerusi berdekatan dengan kolam renang. Setelah ok dia bangun dan ke chalet USB dan Iera. Hari sudah malam , Iera juga kelihatan sangat penat. Joey pun malas nak ganggu pasangan tengah berbulan madu.

“ehh, bak kat aku laptop tu. Aku sambung chat dalam bilik jelah. Alia tidur dah?”, tanya Joey

“ada lagi tu. Ambik la lagipun lappy kau. Jangan tidur lewat sangat, kau tu dah la mudah sakit kepala.”, tegur USB

Laptop di atas meja diambil, dia segera berkemas mahu pulang ke chaletnya. Iera sudah hampir terlena di riba USB. Mana tidaknya tangan si suami mengelus lembut pipi si isteri.

“aku chow dulu..”, Joey berjalan ke pintu. Lalu ditutup dan dia melangkah ke chalet. Cepat-cepat dia membuka kembali laptop, takut Alia tiada jenuh pula dia mahu mencari.

Seakan ada suara dan tangan sedang menunjukkan cursor di history chat. Untuk apa dia sendiri tidak pasti. Tetapi tidak salah kerana laptop itu miliknya. Lantas jarinya menekan mouse wireless untuk membuka history chat.

Bagaikan satu cerita baru dihadapanya, dia membaca setiap satu perkataan yang telah dibualkan oleh Alia dan USB. Dari awal hingga habis. Kepalanya terasa sangat sakit, rasa mual datang tiba-tiba. Lantas laptop di hibernate dan dia berlari ke bilik air, cecair merah pekat tersembur keluar dari mulut dan hidung. Segera dia membasuh mukanya dan mengambil wudhuk.

Kerusi di meja bacaan menjadi tempat untuknya melabuhkan diri. Matanya mencari mekanikal pensel tetapi tidak dijumpai lantas dia mengambil kanvas dan warna-warna dibancuh, dia terasa bagaikan “numb”. Berus menari di kanvas yang putih, entah apa yang difikirkan. Kepalanya kembali mencucuk, dia menunduk menahan sakit. Terasa sesuatu yang suam-suam kuku di hidung, mata dibuka dan kelihatan si merah menitik dia atas papan pembancuh warna.

Joey mengesat si merah dengan telapak tangan, disapu si merah ke kanvas. Warna di papan diambil dan diconteng lagi. Entah mengapa dia rasakan seperti ada sesuatu yang menikamnya. Sakit!


***  

“Joey, tak chat dengan Alia ke?”, tanya USB

“tak”, jawabnya mudah

“kalau nak chat, pergilah. Alia tengah chat dengan Iera tu”,

“tak kot..”, lalu Joey bangun dan ke chaletnya. Dia berehat di tepi kolam renang, mahu mengambil sedikit ketengan air kolam tersebut.

“kau ni kenapa Joey? Tak sihat ke?”, tanya USB yang tiba-tiba muncul. “aku dah baca,aku dah tahu..so dah la. Takde mood la”, kata Joey sambil menutup mata. Dia membaca apa yang ditaip oleh Alia tentang perasaan dan dia mahu buang perasaan tersebut. Perasaan? Berdosakah?

“kau marah dia?, soal USB. “tak..takde sebab”,jawab Joey mudah.

“baguslah, sebab kau tak kenal dia. She still young, dia masih tak tahu apa dia rasa dan apa dia nak”,

“yup aku tak kenal dia.. memang aku tak kenal..”,

“eh kau kenapa? Apa masalah hah?! Dah la tu, biarkan dia la”,

“ye, jangan risau. Mulai semalam lagi aku biarkan. Jangan risau, adik kau aku tak rosakkan pun. Sah kan nak rosakkan, sentuh pun aku tak sebab aku tahu apa betul apa salah”, kata Joey tanpa memandang USB

“memang la, mana la kau pernah jumpa dia ke.. so,dah la.jaga kesihatan kau,tu lagi penting”,

“bukan setakat dia, mama dia, ayah dia..semua aku dah tengok. Dia senyum,dia menangis, dia mengamuk. Semua aku dah tengok! Dia sejuk,dia panas,dia basah. Semua aku dah lalui dengan dia! Kau tahu?”, kata Joey dalam hati.

Mata dibuka, namun kelibat USB sudah tidak kelihatan. Lalu Joey teruskan niatnya untuk tidur. Hatinya sesak. Sarat!

*** 

Tanpa diberitahu pada awalnya, USB telah menempah cruise untuk ronda di sekitar pulau. Joey hanya diberitahu beberapa jam sebelum menaiki cruise. Badanya terasa berat sekali, namum digagahkan juga. Beg kecil diambil dan diisi tuala kecil dan juga seluar pendek. Dia tidak tahu apa lagi yang perlu diisi, dicapai iPod di atas katil dan dimasukkan ke dalam beg. Beg kamera Nikon deletakkan berhampiran, setelah siap dia berjalan keluar dari bilik.

Kelihatan USB dan Iera sudah siap menunggu, lalu Joey membontoti mereka hingga ke pantai. Dilihat lautan terbentang luas, matanya kian silau. Langkah diatur mengikuti USB dan Iera. Dia mendongak melihat langit lalu dialihkan pandangan dengan melihat lautan terbentang di depan mata. Lalu dia menunduk melihat pepasir pantai, kepalanya terasa bagaikan dihentak dengan batu besar. Kaki pula bagaikan berjalan di awangan, matanya terpejam. Berat! Dia cuba untuk membuka matanya kembali, digagahkan kelopak mata. Kini dia melihat pepasir sangat dekat dengan matanya, mungkin jarak kurang dari seinci. Sangat dekat!


tapak kaki Inche Google

Daisypath Anniversary tickers