Wednesday, February 9, 2011

T.I.G.A

terjengkil biji mata Iesya takkala ternampak Zara sedang termenung di meja bacaan ,
"bertuah punya kawan! bila balik ni? sape jemput? sihat ke? ada masalah? kenapa muram?" ,tanya Iesya.
Zara memandang dengan wajah yang bersahaja, "dah habis tanya?banyak betul la soalan tu.nyenyak sangat tidur sampai aku masuk pun,kau tak sedar.borak nanti la,nak mandi ni",Zara berlalu meninggalkan Iesya dalam keadaan mamai.

dua biji kotak hadiah dihiasi cantik yang diletakkan di meja bacaan menarik minat Iesya,
  "ingat jugak kawan aku ni nak beli ole-ole dari Jerman",katanya dalam senyuman.

"eh,jangan la main...tu bukan yang kau la.ni ha yang kau,lagi special",lalu Zara memberikan kotak dari dalam lokernya untuk Iesya. "dah tu,yang tu siapa punya?alaa...nak yang tu",dalam nada merajuk.

"ni....ermm,special person punya.oii,cepat la mandi,sekolah pulak ni! lewat dah la.",Zara cuba mengubah topik. Iesya terus ke bilik air,Zara pula tidak akan sesekali menceritakan hal lelaki yang dicintainya.biarlah menjadi rahsianya."tapi..entah sampai bila",terkeluar ayat itu spontan.

***

"ok pastikan semua kelengkapan sempurna.saya tak nak nanti ada komen-komen yang tak sodap nak dongar.",katanya yang cuba mengejek temannya yang merupakan anak jati negeri sembilan.

   "abang,lepas kelas nanti jumpa cikgu Razak.dia kata ada hal",kata salah seorang junior perempuan. joey hanya diam,satu kerdipan mata ditujukan kepada junior tersebut yang berlalu pergi dengan muka kemerahan. Joey tersenyum galak.

 Iesya berpuas hati dengan segala persiapan yang telah diaturkan oleh Joey. dia sukakan kesempurnaan walaupun pada peringkat yang paling sukar.


***

seusai solat zohor,barulah Joey teringat bahawa dia perlu berjumpa cikgu Razak,dalam keadaan kelam kabut dia terus bersiap untuk ke bilik guru.
     "assalamualaikum cikgu,maaf terlambat.saya lupa tadi.ada ape cikgu panggil saya?",tanya Joey sambil tersenyum kambing.
     "saja,nak tanya  pasal persiapan.hari pertandingan tinggal kurang dua minggu lagi.",ujar cikgu Razak.dia bimbang jika reputasi sekolah terjejas kerana kesilapan yang sedikit.sekolah itu merupakan sekolah yang menduduki tangga terbaik dalam sekolah-sekolah di negeri tersebut.
Joey dapat membaca hal itu dari raut wajah cikgunya, "cikgu jangan risau.saya bukan seorang je.semua yang lain membantu.saya akan pastikan kita adalah tuan rumah yang terbaik.jangan risau!". cikgu Razak memandang Joey dengan senyum tawar.
  " saya berharap kepada awak dan kawan-kawan awak.bantu Iesya juga,dia bukan pelajar sekolah ni.mungkin banyak hal dia tak dapat uruskan.apa-apa masalah sila rujuk kepada saya.",ujarnya.
    "kalau macam tu,saya balik dulu la cikgu.malam ni saya datang lagi",dia menuju ke arah cikgu Razak untuk bersalaman.dan terus menuju ke pintu luar.
"bataskan pergaulan awak dengan pelajar perempuan, kalau boleh awak jangan la berjalan berdua-duaan macam malam tu.saya percaya dengan awak,tapi orang lain kita belum pasti",kata cikgu Razak ketika dia sedang memakai kasut.sebelum meninggalkan cikgu Razak,Joey menganggukkan kepalanya tanda faham.

"berjalan berdua-duaan?malam tu? eh pelik la,bila pulak ni.dengan siapa..",gumam Joey sendirian.semasa berjalan pulang kerumah tiba-tiba hatinya terdetik..Iesya....!


"ikhlas dari saya,untuk awak",ujar Zara separa berbisik. (Gambar Hiasan)

No comments:

Daisypath Anniversary tickers