Sunday, May 22, 2011

L.I.M.A B.E.L.A.S

Joey memegang jam tangan yang diberikan oleh seorang kawan yang Joey pernah usir dari hidupnya satu ketika dahulu. Joey memang akan menyimpan semua barang pemberian walaupun dari seorang yang tidak disukainya.

“Anggaplah seperti kita tidak pernah kenal”


Joey ingat bahawa dia pernah memaki hamun perempuan tersebut dan memutuskan hubungan demi menjaga hati seorang perempuan yang kian bertakhta di dalam hatinya.

“tengok jam ke teringat muka dia Zara ni? , tanya USB. Zara adalah nama panggilan perempuan tersebut, nama sebenarnya Sara. Bagi kawan-kawan Joey “SARA” itu menunjukkan maksud yang lemah lembut, matang, bijak dan keperempuanan. Berbeza sungguh dengan perwatakan perempuan terbabit. Oleh itu “S” ditukar kepada “Z” yang dikatakan membawa perwatakan yang lebih keras. Sejak dari itu, Sara dipanggil Zara. Tetapi Joey lebih suka memanggilnya Sara.

“ada ke muka dia kat sini? Tengok jam la ni”, jawab Joey dalam keadaan malas.

“tadi jumpa dia ke tak?”,

“jumpa,macam biasa tapi tengok dia aku chow”,

“teruk betul kau ni la. Ikut kau la,jangan melepas sudah..”,

“tolonglah kawan.. tak mungkin”, lalu Joey menarik selimut membaluti tubuhnya.


***

“ni hasil ujian makmal. Lepas tuan check , saya akan membuat proses selanjutnya”

“ada masalah ke? Muka nampak tak bermaya saja”,

“takde lah tuan. Saya ok je”,

“saya memang bos awak tapi saya juga kawan awak. Ada ape-ape jangan segan”,

“hal yang tak berkaitan dengan kerja pun”,

“cerita la, mungkin saya boleh bagi pendapat”,

Lalu Joey menceritakan hal tersebut bermula dari dia menyuruh Sara pergi dari hdupnya sehinggalah hal sekarang. Memang tidak diakui Joey malu tetapi dia perlukan pendapat selain dari ibu dan USB.

“tak salah dia munculkan diri sekarang. Mungkin sudah ketentuan dari Tuhan dan mungkin juga ni jodoh awak. Terima dia sebagai kawan dan jangan bermusuh”,

“jangan bermusuh? Saya tidak pernah bermusuh tuan.. Cuma saya terdesak”, kata Joey

“jelaskan kepadanya, mungkin dia akan faham. Wanita ni hatinya lembut Joey”,

“jelaskan buat apa, kami tak ada ape-ape hubungan pun. Dia je yang syok sendiri”,

“ Joey, salah ke dia syok sedangkan waktu tu memang kamu berdua rapat?”

Joey terdiam sejenak, kata-kata dari majikannya memang masuk dek akal. Joey mengaku dia agak “keras” tetapi itu lah dia jika dengan perempuan yang bukan pilihannya. Setelah berbual panjang, Joey meminta izin untuk keluar membuat tugasan lain kebetulan pula waktu lunch hampir tiba.

Tangannya ligat menaip nombor telefon rumahnya , “nak lunch sekali ke?”, Tanya Joey kepada USB

“takpelah, aku makan kat rumah je. Aku balik Kota Bharu ni, malam ni aku tidur sini”,

“ok la kalau macam tu, assalamualaikum”,

“waalaikummusalam”,talian dimatikan

Joey segera ke tempat parking kereta untuk keluar lunch, dia mahu keluar awal kerana banyak lagi kerja yang harus dibuat. Hari ini Joey mahu bertukar angin , dia mahu makan “seafood”. Destinasi pilihan Restoran Cinta di Pantai Cahaya Bulan , dia menempah Tom Yam Seafood , Ikan Siakap Tiga Rasa sahaja. Dia tidak boleh memakan hidangan yang lebih dari dua hidangan. Angin pantai menambah lagi selara Joey untuk makan pada ketika itu.

“dik, sini jap”, panggil Joey

“kira bang?”, tanya pelayan lelaki tersebut.

“tak.. ni tolong habiskan ikan ni. Abang guna garfu je ambil isi ikan tu sikit”,

“ish abang ni, makan la. Takkan saya pulak,nanti apa orang kata”,

“adik angkat masuk dapur makan, sayang la membazir. Perut abang dah tak boleh masuk ni, habiskan Tom Yam tadi”, pujuk Joey dengan wajah selamba

“iya.. ni la pertama kali jumpa customer macam ni”, pelayan tadi gelak.

Setelah siap membayar makanan tersebut, Joey berjalan-jalan ditepi pantai untuk mengambil angin. Pantai kini semakin kotor kerana tindakan manusia yang sambil lewa sahaja menjaga anugerah yang indah. Sejenak mata Joey terpandang seorang perempuan di pergigian air , memakai kain pareo dan baju yang Joey sendiri tidak tahu apa jenisnya. Rambutnya terurai panjang yang menampakkan betapa lembutnya rambut itu, mata Joey memerhati gerak geri perempuan tersebut.

“aww!! Sakit…”, jeritan itu dari perempuan tadi. Lalu Joey segera berlari kearah perempuan tersebut.

“bagi saya tengok”, perempuan tersebut menunduk sambil memegang kakinya yang putih melepak.

“sakit..”, perempuan itu mengaduh

“laa...kau. aku ingat sape la tadi”, lalu tangan yang ingin memegang kaki perempuan tersebut ditarik balik dan Joey berdiri. Ternyata perempuan tersebut adalah Sara , kemana sahaja Joey pergi mesti akan terjumpa dengannya.

“sakit..”, suaranya seolah-olah sedang menahan tangis.

“kau tu jalan mata kemana, berangan. Yang kau pergi pijak ketam mati tu kenapa. Dah la, bangun jelah”, suara Joey sedikit keras

“tak nampak tadi ketam tu.. sakit..”,

“bangun jelah, yang kau lembik sangat tu kenapa? Bangun la, pergi duduk kat batu tu”, lalu Joey berlalu pergi kearah batu dan duduk disitu. Kelihatan Sara sedang cuba bangun dan datang terhenjut-henjut kearahnya.

“tolong ambilkan ubat dalam bonet”, kunci diberikan kepada Joey

“ish,tak habis-habis nak susahkan aku”,

“ok takpelah”, Sara mengambil kembali kunci tersebut di atas batu ditepi Joey lalu berlalu pergi.

“tengok..pergi tapi selipar tinggal kat sini. Nyanyuk!”,

Lalu selepas beberapa ketika Joey bangun dan pergi kearah kereta Satria Neo milik Sara.

“saya dah ok, dah balut pun kaki ni. Nanti saya pergi klinik”,

“ada aku tanya?”, lalu selipar dilemparkan ke dalam kereta dan Joey berlalu pergi.


***


“sayang, ibu rasa kan dah lama la tak buat majlis kat rumah kita ni. Ibu rasa hujung minggu ni nak panggil kawan-kawan ibu , kawan- kawan babah. Nanti jangan lupa jemput apa namanya tu... Zara..haa Zara kan”,

“Sara la ibu..Zara tu panggilan je. Eii buat ape la nak panggil dia,menyibuk je”,

“opp...Sara ye..amboi dah ada citarasa nampaknya tu”, celah USB

“ala ape salahnya ajak dia datang ke rumah. Boleh ye?”,

“tengok la ibu...hurmm...”, lalau Joey membiarkan ibunya berborak dengan USB di ruang tamu.

Joey memang tidak pernah membawa kawan perempuan ke rumah. Terasa janggal dan kekok, leboh-lebih lagi perempuan yang dia tidak suka. Pernah Joey terfikir kenapa dia membenci Sara, padahal Sara tidak pernah berbuat salah kepadanya. Tetapi Joey menidakkan rasa hati kerana baginya itu hanyalah “mainan hati” yang tak pasti.

“esok ada client dari Selangor akan datang. Lupa nak bagitahu tadi – Lisa”, sedang Joey berjalan di tepi kolam, dia mendapat satu pesanan ringkas dari setiausahanya.

“ish..tak cakapa awal-awal..lupa..lupa..apa yang ingat entah..”, ngomel Joey panjang.

“apa yang kau bebelkan tu?”, tanya USB

“erm..esok ade client. Malas la aku”,

“kau ni kenapa? Sejak aku balik ni, kau nampak tak bermaya je”,

“entah la USb, aku pun pelik dengan diri aku”,

“kau in love?”,

“ehh kau ni kene sampuk ke ape? In love bagai..mane ade la..dah la aku nak masuk tidur”

Sesungguhnya Joey juga pelik dengan dirinya, apa yang Joey pasti dia bukan “in love” seperti yang dimaksudkan oleh USB tadi.




"sape pulak budak kecik ni..", Mr. Google

No comments:

Daisypath Anniversary tickers