Saturday, May 21, 2011

E.M.P.A.T B.E.L.A.S

“bila orang dah mula “daydreaming” semua benda tak kena jadinya”, kata-kata USB membuatkan Joey hilang tentang apa yang difikirkan.

“bila lak aku berangan ni..”,

“ok I wanna ask you, kau in love ke sekarang?”,

“apa kau melalut ni kawan?aku just terfikir kenapa setiap tempat aku pergi mesti ada dia, dan muka dia macam aku pernah tengok”,

“bawalah dating rumah,ibu nak jumpa”, sampuk ibu sambil menatang dulang yang berisi jus anggur dan buah-buahan.

“tu la ibu,Joey ni hah entah kenapa tak nak bawa jumpa. Padahal setiap tempat pergi mesti ada perempuan tu. Tapi kan Joey, aku rasa ada sesuatu kot pasal perempuan tu yang ada kaitan dengan kau. Yelah,bukan sekali korang terserempak tapi sehari hampir 3 kali !” , kata USB.

Joey memang tidak suka dengan perkara yang membuatkan kepalanya berat. Melihat air di kolam renang yang tenang tidak setenang hatinya. Jika betul ada sesuatu,kenapa perempuan itu tidak mengatakan sesuatu tetapi hanya memberikan senyuman sahaja. Pelik betul..

“dia ada berpakat nak culik aku kot!”, kata Joey dengan wajah serius

“kecek kokse jah,toksoh koya la Joey. Sapo gak nok kidnap mung ni”, kata USB dalam loghat Kelantan.



***

Sudah hampir sebulan lebih USB berada dirumahnya, tetapi tidak sekalipun di hujung minggu Joey berpeluang untuk membawa USB kemana-mana. Tentunya USB sangat bosan berada dirumah dan jarang-jarang sekali balik ke rumahnya di Kota Bharu.

“eh,hujung minggu ni nak pergi mane? Kau cakap je aku bawa”,

“buat ape?malas la aku..”,sambil membaca novel Ombak Rindu dengan khusyuknya.

“kesian kat kau la,bosan kat rumah so jom la jalan-jalan”,

“aku pon orang Kelantan,semua tempat dah aku redah la..”,

“jom kita pergi Sekayu nak? Air terjun Jelawang Jingga ke”,tanya Joey

“taknak lah…”, selepas beberapa ketika .. “jom pergi Tok Bali nak”,

“ok je,hujung minggu ni ok. Ehh kau ni kan,aku ni tak cukup kacak ke yang kau bercakap tak tengok pon aku. Duk tengok novel tu je, ish malas la aku layan kau ni..”,

“kalau tak pandang novel,macam mana nak baca … la merajuk pulak. Mari kat abang sayang….”,

“yuck!! Jangan buat aku pindah bilik lain lah”, kata Joey diiringi oleh gelak USB

Joey kenal sangat dengan perangai sahabat baiknya, suka sangat menyakat. Selalunya USB tidak suka membaca novel, tetapi jika datang rasa rindu dan tiba musim jiwang , semua novel Joey akan dibaca. Kebetulan pula Joey suka mengumpul novel sejak di bangku sekolah lagi, jadi tidak hairanlah jika mini library Joey sudah tidak dapat menampung segala jenis bacaan Joey dan menyebabkan ibu membuat bilik bacaan khusus untuk Joey dibilik sebelah yang menghubungkan bilik Joey, bilik computer dan bilik bacaan.

“karok jom malam ni, jamming habis-habis nak?”,

“kat mana? Aku tak pernah pergi la pusat karok kat sini”,

“kat rumah jelah .. tingkat bawah sana. Kedap udara kan?”,

Joey hampir terlupa tentang bilik muzik ditingkat bawah kerana dia sangat jarang untuk masuk ke bilik itu. Bilik itu dicadangkan oleh babah Joey kerana Joey suka membawa kawan-kawan lelaki ke rumah. Oleh itu,selain di tepi kolam dan ruang santai, kawan-kawan Joey amat suka menghabiskan masa di bilik muzik untuk jamming. Rumah Joey penuh dengan peraturan yang dikawal oleh sistem, setiap kali masuk waktu solat ataupun azan berkumandang , bilik muzik akan “blackout”. Itu menandakan semua yang sedang bermain harus berhenti dan bersiap untuk ke bilik solat di tingkat dua untuk solat secara berjemaah , elektrik di bilik muzik akan seperti sediakala selepas 45 minit. Pada awalnya kawan-kawan Joey tidak biasa dengan peraturan tersebut, lama kelamaan mereka sudah terbiasa dan mereka akan menutup suis peralatan muzik sebelum “blackout”.

“ ok lepas Isya’ la kan. Lepas aku hantar email kita karok la”,

“email kat sape pulak ni…awek ea..”,

“banyak la awek aku. Aku tak laku la..adik angkat aku je. Yang aku ceritakan dahulu”,

“tabik spring lah ! dari zaman sekolah menengah lagi kan budak tu”,

“sorang tu jelah aku ade pun..”,



***

Perjalanan ke Tok Bali dari rumah memakan masa kurang dari 30 minit. Semasa pergi, USB yang memandu kerana Joey tidak tahu jalan untuk ke sana. Ibu pula tidak dapat datang kerana mengikut Makcik Maria ke butik kerana para pembekal dari Itali mahu datang. Sepanjang perjalanan Joey tidak henti-henti menaip novel , dia tidak mempunyai bakat tetapi kerana minat , dia ingin mencuba. Hanya untuk simpanan peribadi sahaja , selalunya selepas siap sebuah novel dia akan meminta rakannya dari DBP untuk memeriksa bahasa yang digunakan. Selepas itu dia akan membukukan sendiri novel tersebut dan meletakkan di library miliknya.

“sampai dah!”, sergah USB tiba-tiba

“oiii!!”, Joey memang terkejut, dia langsung tidak sedar mereka sudah sampai ke Tok Bali.

“bestnya tak ramai orang hari ni”, kata USB sambil menghirup udara segar.

USB memang sukakan laut manakala Joey pula takutkan “sunburn”. Teringat lagi jika dahulu USB mengajaknya ke pantai , dia tidak akan bersetuju. Tetapi sekarang dia akan mengikut sahaja dan tidak mengesahkan tentang “sunburn” kerana apabila dewasa Joey merasakan yang berkulit gelap itu macho. Mungkin kulit gelap tidak sesuai dengan Joey kerana “sunburn” akan hilang selepas 3 hari walaupun Joey tidak memakai apa-apa losyen. Losyen? Arghh…Joey bukan “lembut” dan “menjaga”.

“berangan lagi ke…bawak turun la makanan tu”,

“ish kacau lah! Ye...”, lalu Joey menghamparkan tikar dan meletakkan makanan diatas tikar dibawah pokok. Sangat redup…

“sedapnya macaroni goreng ni..pedas..yummy.makan la,sedap ni..diet ke makan sandwich je?”, USB memang sukakan macaroni goring

“jap lagi lah…”,selepas menghabiskan sandwich Joey berbaring di atas tikar.

“assalamualaikum…”, serentak Joey dan USB memandang dan menjawab salam.

“kau lagi..eh kau pakai ilmu apa ye,semua tempat aku pergi ada kau”,keluh Joey

“ish..kau ni. Eh awak,duduk la.”, jemput USB, dan membri ruang untuk perempuan tersebut duduk

Joey tidak puas hati , “jawab la aku tanya tadi. Kau kenal aku ke? Kita pernah jumpa kat mana?”, bertalu-talu soalan dari Joey

“awak..makan la.meh saya sendukkan”, kata USB. USB memang seorang yang mudah “panas” dengan perempuan. Semua perempuan dilayan elok, tak hairanlah jika tunangnya selalu cemburu.

“awak..ermm..kita kenal. Tapi dah lama la tak jumpa, awak tak cam saya? Kawan masa sekolah , tapi sekolah lain..”,

“takde masa aku nak main ingat,main-main teka. Cakap jelah , aku memang tak cam kau la”,

“Joey,chill la. Kasar la kau ni, gelojoh”, USB seolah-olah tidak senang dengan cara Joey

“kita kawan. Awak pernah suruh saya pergi dulu, saya tak tipu.”, kata perempuan itu

“bukti?”, Joey mengangkat kening

“jam tu..jam yang awak pakai tu. Saya yang bagi masa awak tingkatan 5”, lalu perempuan tersebut bangun dan pergi. Joey sempat melihat mata perempuan tersebut bergenang. Lalu Joey melihat jam ditangannya..

“USB…”, USB berpaling setelah mendengar Joey memanggil seolah berbisik

“ZARA…..!”, Joey kaku. 


1 comment:

Unknown said...

Da masuk dah part menarik...xsabar tunggu sambungan..dr 6 bln lps..sy tunggu part bidadari ni muncul...heeee...

Daisypath Anniversary tickers