Letih benar Joey pada hari itu, majlis yang bermula pada pukul 2 petang itu berlanjutan hingga ke malam. Sekarang jam sudah hampir pukul 6 petang , melayan kawan-kawan babah dan ibu serta beberapa kawan sepejabat Joey menyebabkan Joey terlewat menunaikan solat Asar. Lalu dia meminta diri untuk naik ke bilik untuk solat.
“dah pukul 6.10 petang ni. Mana Sara?”, tanya USB kepada Joey seusai Joey solat
“nanti dia datang la tu , aku dah bagi alamat”, jawab Joey selamba
“try la call dia, mana tahu sesat ke”,
“ahh..malas la aku. Pandai-pandai dia la, dah besar”, lalu dia menyarungkan kembali seluar untuk turun ke bawah.
Joey lagi suka jika Sara tidak datang ke majlis itu , kerana dia merasakan Sara itu hanya ingin mengambil peluang untuk kenal dengan ibu Joey. Dan Joey memang tidak suka membawa “orang asing” untuk dikenalkan kepada ibunya.
“sayang, mana teman kamu tu? Tak sampai-sampai lagi ni”,
“ibu… kawan la.suka-suka je letak “teman”, tu status mahal la. Biar la dia…”,
“dah lewat ni,kalau dia tak datang takpe. Kalau dia datang lepas tu tak jumpa cari rumah kita ni, macam mana? Bahaya..”,
“dia dah besar la ibu... malas lah”,
“sayang....”, ibu merenung mata Joey
“ok-ok...kalah!”, lalu dia mendail nombor telefon Sara
“tutt...tut.....tut...tut......”,
“assalamualaikum...”,
“ermm..wasalam! ehh kau kat mane?”,
“saya sesat la Joey.. tak jumpa”, suara Sara sedikit teresak
“kau datang dengan kereta kan? Balik jelah, menyusahkan ibu aku je fikirkan kau”,
“tak..datang dengan teksi. Kereta kawan pinjam. Joey..takut..”,
“ehh kau ni kan, kalau cakap dengan aku ni jangan nak menangis boleh?!”,
“takut..ade orang”, lantas Joey terdengar suara beberapa orang lelaki tidak jauh dari situ
“kau kat mana ni? Apesal la bodoh sangat, dah tau tu sah-sah bukan kawasan rumah aku. Pusing la balik, cari tempat lain. Orang tu nak balik rumah dia , takde selera pun nak “rasa” kau”,
“Taman Uda .. takut..”, bunyi esakkan makin jelas
“ehh,kau balik ahh!”, jerkah Joey lalu memutuskan talian
“apa tu..tak sopan. Mana dia?”, tanya ibu
“Taman Uda , apesal entah sampai sana. Gila!”
“Joey!”, ibu merenung
“so jom la jemput dia”, lalu USB memberikan kunci kereta kepada Joey
“mal…”,Joey melihat ibu merenung tajam matanya
“ok….huh”, Joey mengeluh
***
Satu Taman Uda telah Joey dan USB cari tapi batang hidung Sara tak juga kelihatan. Joey sudah malas tetapi USB masih lagi tidak berpuas hati. Manik-manik hujan sudah mula menimpa kereta milik Joey.
“jom la balik, dia dah takde la tu”
“cari la lagi..kesian kalau ada. Hujan ni mesti dia dah basah”,
Lalu mereka teruskan mencari dan kini di bahagian luar Taman Uda pula. Lalu sinaran lampu kereta Joey terarah kepada sebatang pokok besar dan dibawah pokok itu ada sesusuk tubuh yang ramping kebasahan.
“ehh..Sara! Joey stop! Pergi ambil payung, jemput dia”, arah USB
“malas lah aku!”, Joey hanya menaikkan lampu untuk memberi isyarat tetapi Sara masih disitu
“bodohnye perempuan ni…”,
Lalu USB keluar dari kereta dengan berpayung ke tempat Sara.
“mengada!”, cetus Joey
Pintu kereta dibuka dan Sara dijemput masuk ke kereta. Hujan semakin lebat, selebat tangisan Sara.
“kau duk bawah pokok tu buat ape? Puja jin? Bagi makan kat kawan-kawan kau?”,
“Joey.. dah la tu”, USB memang berhati lembut
“lari dari lelaki-lelaki tadi. Dia kacau”,
Dahi Joey berkerut, lalu dia memecut kereta untu cepat sampai ke rumah kerana waktu Mahgrib sudah hampir tiba.
***
“Masya-Allah...basah dah. Kesian anak ibu”, lalu ibu membaluti tubuh Sara dengan tuala. Pada ketika itu tetamu sudah pulang
“bila masa pulak dia anak ibu. Mengada!”, jelingan Joey membuatkan Sara takut
“besar-besar pun nak cemburu. Sara pergi tukar baju dulu, lepas tu solat. Nanti turun makan ye”, ibu menunjukkan bilik Sara
“tapi..baju takde”,
“alah,sama saiz dengan ibu je ni. Pakai baju ibu”, Sara gadis tinggi lampai dan berkulit putih gebu. 37-24-38 Joey mengagak , lantas azan berkumandang mematikan imiginasi Joey.
“gatal jugak aku ni”, kata Joey dalam hati lalu dia naik ke bilik.
Setelah selesai solat, Joey dan USB turun ke bawah.
“mana Sara ibu?”, tanya USB
“dalam bilik lagi kot. Bagi dia masa nak sesuaikan diri”,
“jangan bagi muka sangat la ibu...”, pinta Joey
“Joey, kenal dulu sebelum syak macam tu”,
Tidak lama selepas itu Sara keluar dengan mengenakan baju kurung English Cotton berbunga pink kecil.
“cantiknya anak ibu….” puji ibu setelah melihat penampilan Sara
“ibu..tu baju yang Joey bagi kan?”,
“ye ibu tak pakai lagi, so bagi Sara pakai dulu”,
Mata Joey memandang Sara, kecantikkan Sara memang tidak dapat dinafikan. Berbeza dengan imejnya ketika di tingkatan 4. Tiada cacat cela, sempurna luar dan dalamnya. Tetapi Joey masih menafikan hal tersebut.
“cantiknya Sara..”, tangan ibu mengelus lembut pipi Sara
“kalau la dapat jadi menantu ibu, ibu mati pun pejam mata rapat-rapat”, kata ibu
“ibu, babah mana?”, tanya Joey untuk mengubah topik “hangat”
“babah keluar dengan kawan-kawan dia la. Ehh kesian Sara tak makan lagi , jom semua”,
“Joey dah kenyang la ibu, baru je lepas makan”,
“sama la, kenyang lagi. Ibu dan Sara makan la dulu”, sambung USB
Ibu dan Sara beriringan ke meja makan, makanan sudah tersedia. Bermula dari situ Joey memerhati kelakuan Sara sehingga mereka habis makan. Tiada yang sumbang, aneh! Apakah hati Joey sedang mengiyakan satu kebenaran?
No comments:
Post a Comment