Sunday, June 12, 2011

T.U.J.U.H B.E.L.A.S

Sejak semalam Joey tidak dapat melelapkan matanya, ada sahaja benda yang terlintas di fikirannya. Azan Subuh berkumandang, segera Joey bangun dari pembaringan dan menuju ke bilik air untuk mandi dan berwudhuk. “Joey, ada ubat gigi yang belum guna?”, suara USB mengejutkan Joey yang tengah membuka baju untuk mandi. “ada kat almari tu,ambik la”, lalu kedengaran bunyi almari dibuka dan pintu bilik di tutup kemas.

Seusai solat Subuh, Joey melihat keadaan diluar rumah melalui tingkap biliknya. Hujan rintik-rintik dari semalam masih belum reda. Terasa malas untuk keluar jogging, lalu Joey mengambil tuala kecil dan diletakkan di leher lalu berlalu ke mini gym di rumahnya. Selalunya Joey akan ke gym ini jika cuaca kurang elok. Disini ada sahaja senaman yang Joey boleh lakukan kerana peralatan lengkap. Oleh sebab itulah Joey selalu katakan “rumahku syurgaku”, kerana semua keperluannya sempurna.

“awal bangun”, tanya Joey kepada USB yang nampaknya sampai terlebih awal.

“alang-alang dah bangun, malas nak tidur balik. Sementara tunggu waktu sarapan ni, bersenam la kejap. Nak mantapkan yang ni”, sambil tangan USB menunjuk kearah six pack.

“tunjuk ajar la sikit, asyik kau je mantap. Aku pun nak, baru 4 pack ni”, kata Joey sambil warming up.

Selepas 30 minit waktu berlalu, Joey sudah kelihatan penat. Lenguh badannya akibat majlis semalam belum lagi pulih sepenuhnya.

“jom makan, ibu bangun dah tu kot”, ajak Joey

“jap lagi la aku pergi, kau makan dulu la”, selepas mendengar kata-kata USB, Joey terus pergi meninggalkannya.

Bau roti bakar planta dan makanan bergoreng membuatkan perut Joey bertambah rancak bergendang. Pasti sahaja ibu Joey tahu bahawa anaknya sedang lapar. Joey menpercepatkan langkah untuk menolong ibu di dapur.

“sedapnya bau.. bau aje dah boleh kenyang ni ibu”, lalu Joey membuka pintu peti sejuk untuk mengeluarkan susu segar dan buah oren untuk dibuat jus kerana USB tidak minum jus yang dikotakkan kerana ditambah gula. Takkala memandang ke arah meja basah , mata Joey tidak berkelip memandang rambut panjang mengurai dan lembut milik Sara. Cantik!

“Joey…. Awak tengok apa?”,

“aku ingat hantu mana tadi masak pagi-pagi ni. Ibu mana?”, lalu Joey memasukkan buah oren ke dalam besen kecil untuk dibasuh.

“ibu awak penat kot, semalam saya dah minta kebenaran untuk sediakan sarapan hari ni. Lagipun ibu awak dah bagi menu apa hari ni”,

“ suka hati kau lah, aku malas nak kata apa. Jangan kau letak racun sudah”,

“saya tolong, boleh?”, Sara ingin menolong Joey membuat jus oren

“tak payah, karang aku pulak yang takde selera nak minum”,

Sara terus meninggalkan Joey disitu dan dia segera mengambil pinggan untuk meletakkan sosej yang telah dibakar serta cendawan dan sayuran. Melihat menu hari ini, perut Joey seperti menjerit minta di penuhkan.

“kuatnya bunyi ....”, tegur Sara

“apa?”,

“awak punya...”, sambil meletakkan tangan di perutnya sendiri.

“sesuka rasa perut aku la”, jelingan tajam dihadiahkan buat si cantik.

“bestnya sarapan hari ni!!”, suara USB mencelah

“biasa jelah awak ni”, kata Sara

“ehh mana ada biasa, hari ni best sebab Sara yang masak. Mesti sedap ni”,

“kalau macam tu makan banyak sikit tau”, senyuman yang begitu ikhlas diberikan kepada USB, Joey melihat senyuman itu. Terdetik satu perasaan yang Joey tidak tahu apa maknanya.

“weh, kau punya jus ni. Siap dah”, Joey mencelah untuk mematikan kerancakkan perbualan mereka.

“masukkan la dalam jug , nanti aku angkat ke meja”, kata USB sambil menolong Sara mengangkat juadah ke meja makan besar.

“aku dia ignore macam tu je? Ciss!”,


***


“ibu memang suka orkid ye ?”, tanya Sara ketika ibu sedang asyik merapikan pokok orkidnya.

“ibu suka mawar , orkid ni Joey yang suka. Dia la beli semua ni, ibu tolong jaga je”, Joey yang mendengar namanya disebut memandang ibu dengan wajah bersahaja sambil membaca buku.

“setiap hidupan yang hidup atas muka bumi ni, kita boleh ambil contoh dan masukkan kedalam diri kita”, kata-kata USB membuatkan Sara pelik

“contohnya?”,

“bengap…”, kata Joey

“Joey, apa ni. Ibu tape mulut kan”, tegah ibu

“contohnya bunga ni. Bunga amat sinonim dengan wanita kerana keindahannya, wanginya. Dari segi penjagaan diri , bunga harus dirapikan supaya semak samun tak menutup keindahan bunga tu. Begitu juga wanita, harus menjaga diri mereka dari sebarang benda yang boleh merosakkan diri”,

“lagi..suka la dengar”,

“ jadilah seperti mawar yang didalam kaca, amat cantik dan tidak boleh dipegang. Hanya seorang jejaka je yang mampu pegang mawar tu, dan semestinya jejaka tu sangat berani dan kuat. Yelah, kan mawar tadi dalam kaca..”, kata USB

“owh , macam yang Sara pernah dengar la”

“apa? Cakap la, saya pun nak tahu”,

“pada satu pokok epal, ada banyak sangat buah epal. Sorang datang, ambil buah epal tu. Dan banyak juga yang dah gugur. Di puncak pokok tu, ada la sebiji epal yang belum diambil. Epal tu sedih sangat, epal tu fikir mungkin epal tu kurang manis berbanding epal-epal lain. Satu hari, ada seorang jejaka kacak datang dan ternampak epal tu. Lalu dia memanjat pokok epal tu untuk mendapatkan epal tadi. So moralnya, just tunggu je sebab akan tiba satu hari nanti…..”, belum sempat Sara menghabiskan ceritanya, Joey ketawa terbahak-bahak.

“kau bercerita kat budak-budak ke weh? Memang sesuai la kau jadi cikgu tadika. Dah la tak logik, pandai jugak epal kau tu bercakap, siap sedih lagi...”,

“ Joey.. perumpamaan. Memang semua hidupan ada perasaan lah”, tegas Sara

“takpe Sara, dia tak faham. So kat sini kita boleh ambil epal tu as Sara la. Cantik, baik dan hanya lelaki yang bertuah je akan dapat Sara”,

“dengar la cakap USB tu, padahal dia malu nak kata kau akan jadi andartu”,

“mana ada, takkan la jadi andartu.. USB bau nasi minyak dah ni”,


***


Jam menunjukkan pukul 4 petang , USB ke rumahnya di Kota Bharu untuk berjumpa dengan abangnya yang akan bertolak ke Auckland. Joey pula ada temu janji dengan kawan-kawannya di Hotel Renaissance.

“Joey, tolong hantar saya boleh?”,

“malas aku, balik la sendiri. Tak habis nak susahkan aku”,

“ sayang, tolong hantar Sara ye. Dia dah kerja esok.”, kata ibu yang keluar dari dapur membawa sedikit juadah yang telah dimasak untuk Sara

“ehh ibu,tak payah la. Sara dah tak makan malam”,

“ambik la, kalau tak makan nasi.ratah je lauk ni”, lalu diberikan kepada Joey untuk dibawa

Sara membontoti Joey ke kereta , barang-barang yang diberikan diletakkan di tempat duduk belakang. Mereka berlalu meninggalkan perkarangan rumah.

“kenapa berhenti kat sini?”,tanya Sara kerana Joey berhenti di tepi jalan

“kau datang dengan apa semalam?”,

“teksi”,

“so balik dengan teksi lah! Dah la, blah3… aku lewat dah ni”,

Lalu Sara turun mengeluarkan barang-barangnya. Kereta Joey meninggalkannya terkontang kanting disitu. Tanpa berpaling, Joey menekan pedal minyak untuk cepat sampai ke destinasi utamanya.

Selepas dari majlis tempoh hari, Sara kerap kali ke rumahnya untuk menemani ibunya. Joey tidak kisah selagi tidak menyusahkan dirinya. Tambahan pula dia laga jika dia pulang lewat malam kerana ada yang menemaninya.




No comments:

Daisypath Anniversary tickers