Tuesday, May 10, 2011

S.E.B.E.L.A.S

"bangun la sayang..matahari terpacak dah ni",

"5 minit.......",lantas selimut tebal ditarik hingga ke paras dada. sejuk dari penghawa dingin yang terpasang tepat ke arah katil.

"ye 5 minit,dari tadi lagi 5 minit ni.bangun...",lalu tangan Joey ditarik oleh ibu.pipi Joey ditarik-tarik bak seketul kuih pau yang tengah panas. Joey rimas lalu membuka mata.

"ibu ni,Joey nak bangun lambat sikit pun tak boleh.dah la bukan main susah nak biasakan dengan waktu kat sini",
lantas Joey segera ke bilik air untuk mandi.seusai mandi Joey membuka beg pakaian untuk mengambil barang-barang yang dikirimkan oleh USB untuk disampaikan kepada keluarganya.

***

temu janji bersama rakan-rakan di Bukit Bintang tidak dilupa,segera Joey bersiap untuk kesana.setibanya di tempat yang dituju Joey melihat rakan-rakannya melambai tangan.

"wah berbeza sekarang kau.tak macam masa form 5 hari tu",ujar Zain

"kau ni,dah berapa tahun dah berlalu tu..so pe cer korang sekarang?"

"kitorang?semua dah dapat kerja.Miza tu baru je kelmarin dapat tawaran kat TM Point.kau?",

"aku belum habis lagi,insya-Allah hujung tahun ni la.lepas tu aku mintak nak kerja kat Kelantan",

"fresh graduate nak kerja kat Kelantan? ape la kau ni,mintak la kat tempat ok sikit",

"hey kawan..buka minda la", sambil menepuk bahu rakannya yang sedang menggelengkan kepala. bagi Joey, Kelantan bukan sebuah negeri yang tidak maju. Kelantan mempunyai keunikkan yang tersendiri, walaupun dia anak kelahiran Singapura tetapi dia bukan seperti mereka yang anti- Kelantanese.

lamunan Joey terhenti apabila pelayan datang menghantar minuman, "USB buat ape sekarang?" , tanya Tasya yang dari dulu amat meminati USB.

"dia ambil perubatan,sah la lambat lagi nak habis.so aku la yang kerja dulu nanti. Cik Tasya,masih menunggu?", sakat Joey

"ish...",segera muka dipalingkan.


***

"babah!!!", betis Joey dipeluk erat. Joey memandang tubuh si kecil,bergenang air matanya.

"anak babah baru datang?pergi mana...", lalu pipi Akif dicium lembut.

"wanginya....", lantas Izzah keluar membawa juadah minum petang.

"Akif balik rumah Tok Ma,masa kat kebun banyak sangat durian..", Akif bercerita sambil membuat aksi yang mencuit hati.

"jemput makan Joey,puding blueberry yang Joey suka tu.", Joey senyum tanda terima kasih , lalu Joey menuang air ke dalam gelas yang tersedia.

"babah, baru ni kan pakcik Haziq datang nak ngorat ummi", Joey tersedak, Izzah merenung Akif dengan pandangan yang tajam.

segera Izzah bangun untuk mengelap air yang tumpah di paha Joey, Joey mengelak kerana kurang selesa. tisu ditangan Izzah diambil lembut, lalu Joey mengapu sendiri air yang tumpah.Ibu memerhati gelagat Joey sambil menyiram pokok bunga.

"bagus la,nanti Akif dapat papa.boleh teman ummi,boleh bawa jalan-jalan",

"alaa,tapi Akif nak babah je..", hidung Akif ditarik manja.

"erm..Joey,sebenarnya saya memang dah nak bagitahu..",

"takpe,jom teman babah main gitar kat bilik muzik Akif ", percakapan Izzah disekat, lalu Joey mengangkat Akif ke bilik muzik. Joey bingung dengan perasaannya.



"akan ada penghujung yang terbaik buatmu",

No comments:

Daisypath Anniversary tickers