Tuesday, August 16, 2011

T.I.G.A P.U.L.U.H E.M.P.A.T


Dek kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja, Joey sudah tiada masa untuk melawat ayah Alia. Tugas tersebut diserahkan kepada Razman dan dia memberitahu Razman bahawa merahsiakan dari pengetahuan USB. Sempat beberapa kali Joey pergi melihat ayah Alia, dan bertanyakan tentang graf kesihatan ayah Alia melalui Dr. Ieqa.

Harinya dihabiskan di lab, dia perlu mengkaji satu jenis bahan yang mampu menguatkan akar rambut. Oleh itu tidak hairanlah jika sehari mahu melihat langit pun dirasakan sukar. Terperuk di lab dan pulang ke rumah, jika ada masa lapang sekalipun ianya akan terisi dengan Misha.

Misha akan mengajaknya keluar makan atau berbincang soal kerja diluar waktu pejabat, itu tidak membebankan Joey kerana Misha sudah kerap kali ke rumahnya. USB tidak dilupakan, setiap hari akan ada masa yang Joey luangkan untuk menyemak email daripada USB dan juga adiknya. Jika email tidak berbalas, USB akan menelefon sahaja Joey.

Deringan telefon membingitkan telinga Joey yang sedang sibuk menulis lantas Joey bangun dan naik ke tingkat atas kerana jarak telefon di tingkat atas lagi dekat berbanding jarak telefon di tingkat bawah. Nampak sangat pemalas!

“Assalamualaikum”, ujar Joey memulakan bicara. “Waalaikummusalam, Joey. Baba ni”,

“ye baba, kat mana tu?”, tanya Joey

“baba kat Hong Kong lagi ni, ibu ada?”,

“ibu dalam bilik kot. Ada pesanan? Nanti Joey sampaikan”,

“esok kan birthday ibu, so baba nak tanya la ibu nak apa barang dari sini. Malam esok baba sampai la. So boleh celebrate sama-sama”,

Joey kaku sebentar lalu melihat kalendar di atas meja telefon, padahal dia sudak membulatkan dengan marker merah pada tarikh tersebut. Dia lupa!

“owh.. yelah. Baba beli je sutera, ibu kan “gila” sutera”, cadang Joey.

“ok jugak tu, nanti kirim salam kat ibu ye”, pinta baba

“baba, nak Joey tempah meja ke? Makan – makan?”, tanya Joey

“tak payah la, Joey masak ok? Ok la, baba ada meeting ni. Assalamualaikum”, ucap baba.

“Waalaikummusalam..”, lalu ganggang telefon diletakkan


***  

Seperti yang dirancang Joey pulang awal untuk memasak, kelihatan ibu sedang berehat di taman. Dia pergi mendapatkan ibu dan kucupan dihadiahkan.

“ibu,malam ni Joey masak ok. Boring la.. lama dah tak memasak”,

kan Joey letih, biar ibu jelah”,

“la takpe la..ibu rest jelah”, lalu Joey terus masuk ke bilik dan mandi. Selepas mandi dia menunggu azan Maghrib. Telefon di atas katil dicapai lalu Joey menelefon baba. Dia mahu bertanya menu apa untuk dimasak malam ini.

“western la Joey, baba tak makan nasi malam. Ibu pun kurang kan. So buatkan je steak ke, chicken chop ke. Kasi kaw sikit black pepper tu… tapi baba terasa nak makan macaroni bakar lah”, kata baba

“owh takpe la,kira buat macaroni bakar dengan chicken chop jelah. Senang la kerja Joey malam ni. Kek pun dah siap tempah”,

“kek ape?”, tanya baba. “entah la, Joey beli je kat Secret Recipe”,

“laa..baba lupa nak pesan. Kalau kek ibu suka kek keladi”,

“owh..Joey pun lupa dah. Takpelah, esok jelah Joey buat kek keladi untuk ibu. Ok la, Joey nak solat. Baba tu cepat sikit balik.. bye”, talian diputuskan dan Joey menunaikan solat Maghrib.

Seusai solat Joey naik ke tingkat atas kerana dapur berada di tingkat atas. Setiba di dapur Joey memulakan “projek”. Dimulakan dengan macaroni bakar kerana banyak bahan yang perlu digunakan. Sambil membuat macaroni Joey menyiapkan coleslaw salad dan memasukkan kentang di dalam deep fryer. Ayam yang sudah diperap kini sudahboleh digoreng. Macaroni yang telah siap dituang ke dalam bekas sudah selamat di dalam ketuhar. Sos untuk chicken chop sudah pun siap, Joey ibarat lipas kudung. Dia membuat kerja dengan cermat dan mengurangkan bunyi kerana dia tidak mahu menarik perhatian ibu.

Pinggan dan gelas diambil dan diletakkan diatas meja, Apple Ice Blended with Soda menunggu untuk dibuat. Joey melihat kelibat baba, dia masuk ke dapur.

“nah.. ayam panggang madu. Letak dalam pinggan, panas lagi ni”, kata baba, lalu Joey menurut. Baba ke dapur melihat apa yang perlu dibantu. Selepas 20 minit semuanya siap,.Cuma tinggal lilin sahaja belum dipasang.

Hidangan diangakat ke meja dan hadiah diletakkan di bahagian tepi meja. Joey menyuruh baba ke dapur kerana ibu tak tahu baba akan pulang pada hari ini. Joey memanggil ibu untuk naik makan. Sedang Joey sibuk membuat final touch-up ibu datang dari belakang.

“masya-Allah!”, Joey terkejut

Mana tidaknya, ibu datang dengan muka bertempek bedak sejuk!

“ibu… awat muka macam tu”,

“ala,nak makan je pun. Bukan babah ada..banyaknya masak..”,

Lalu baba datang dari dapur sambil memegang kek menghampiri ibu, spontan tangan ibu menyapu muka yang bertempek bedak sejuk.

“takpe, muka ibu berbedak pun masih cun”, sakat baba. Lalu Joey “snap” beberapa keping gambar. Itupun ibu setuju dengan paksa rela.

Setelah siap makan-makan, Joey dengan suka rela membersihkan semuanya sambil ditemani ibu.

“ibu, next week Joey ke Maldives ye. Jumpa USB. Mungkin lama kat sana, cuti dah lulus”, ujar Joey

“yelah..pandai-pandai la bawa diri. Menantu tu, jangan la lupa pulak”, ibu mengingatkan Joey.

Joey hanya mencebik sambil membasuh pinggan.


***  


Teruja saat melihat pantai Maldives, ikutkan masa tidak ada masa Joey ingin ke sini. Entah apa la sebab USB menyuruh Joey ke sini. Lalu Joey ke receptionist bertanyakan chalet yang diduduki USB. Setelah bertanya seorang lelaki menarik bagasi Joey dan menghantar Joey didepan pintu chalet USB.

Kedengaran suara USB sedang berbual dengan seorang perempuan dalam bahasa Melayu! Pelik, siapakah? Joey mengetuk pintu, dia bimbang jika tersalah bilik. Tidak lama kemudian pintu dibuka , kelihatan wajah USB yang ceria. Tersengih macam kerang busuk! USB menarik beg Joey dan Joey membontoti USB. Kelihatan seorang perempuan sedang menonton televisyen. Joey duduk di meja makan sambil membuat muka pelik. Tidak lama kemudian USB datang duduk dihadapannya.

“kau ada maid kat sini? Amoi siap! Ni la yang kau curang tu ye?”, bertalu-talu soalan dari mulut Joey.

“maid mana pulak kau ni.. tu Iera la”,

“Iera? Lain mukanya..”, lalu Joey memandang sekilas wajah perempuan tadi. Joey pelik kerana Iera yang dikenalinya peramah. Atau mungkin perempuan itu tidak perasan yang Joey telah sampai.

“abang.. nah laptop ni. Chat la”, kata perempuan tadi kepada USB.

“sayang chat la”, suruh USB. “nggak mau ahh”, balas perempuan tadi

Sejak bila Iera ni bertukar jadi minah Indon? Joey semakin pelik.

“Joey, kau nak chat dengan budak ni. Tapi aku cakap awal-awal la dia tak suka nama Helmy”, kata USB. Nama Joey dirasakan begitu panjang dan dalam namanya itu terselit nama Helmy.

“cehh, selamba badak budak ni tak suka nama aku”,

“bukan la,tapi nama kau tu macam bekas balak dia”, terang USB

“boleh jugak, aku pun takde kerja ni. Eh, aku lapar la”,

“kau chat dulu sambil Iera masak”, laptop diletakkan dihadapan Joey. Lalu Joey memulakan bicara.

Hampir 10 minit hidangan sudah mula dihidangkan diatas meja. Joey terasa malas untuk berhenti.

“ehh, kau ingat kan budak tu?”, tanya USB

“siapa?”,

“yang kau chat tu kan adik aku, Alia…”,

“masya-Allah… Alia…”

“aku perasan sesuatu la Joey…”,kata USB

“apa pulak dah..kacau lah”,

“kau ketawa..kau senyum..yang ikhlas! Dah lama aku tak tengok kau macam ni”,

Joey terdiam, dia mengiyakan. Dan dia bersyukur doanya untuk kenal dengan Alia termakbul.. Alia Zara.. 




No comments:

Daisypath Anniversary tickers