Sunday, August 14, 2011

T.I.G.A P.U.L.U.H D.U.A


Mungkin kerana tidur awal semalam menyebabkan Joey tersedar awal pagi pada hari ini , ringan sahaja tubuhnya bangun dan ke bilik mandi untuk mandi dan selepas mandi,dia mengerjakan solat hajat dan menunggu azan Subuh. Sementara menunggu azan Subuh Joey mengambil peluang untuk membaca buku yang baru dibelinya bertajuk “Himpunan Kisah-Kisah Malaikat” hasil karya DR. Mardiyah Syamsuddin. Teruja dan kagun dengan kuasa Allah S.W.T yang mampu mencipta kejadian sebegitu rupa.

Fokus Joey terganggu apabila Joey terdengar bunyi loceng rumah. Lantas Joey bangun dan menyarungkan selipar untuk naik ke tingkat atas rumah.

“takkan la babah baru balik? Siapa pulak awal-awal pagi ni”, kata Joey kepada dirinya. Lantas selak pintu ditarik dan tombol pintu dipulas , seraya pintu dibuka Joey melihat seorang lelaki berbadan tegap dihadapannya dan berwajah seakan berbangsa Cina. “ya encik, ada ape?”, Joey bertanya kepada lelaki tersebut. Joey terasa ada sesuatu mencucuk, sakit! Dipandangnya ke bawah, darah bercucuran ke lantai akibat daripada pisau yang dirodok tepat ke perutnya. Dia cuba memegang pisau tersebut tetapi tangan lelaki tersebut menghalangnya, pisau dirodok lagi! Selang beberapa saat, Joey terjelepuk jatuh ke lantai.

Joey sedaya upaya cuba untuk membuka matanya yang kian berat, “sakitnya…apa ni”,tangannya meraba ke tempat tersebut lalu ditariknya seuatu yang tertusuk dengan keras! “laa…kunci kereta… aik,atas katil lagi. Ooo mimpi la tadi”, Joey tersenyum. Kelakar sungguh apabila syaitan menjadi penerbit. Jam di tepi katil dicapai, waktu tepat menunjukkan pukul 6.30 pagi. Lantas dia bangun untuk mandi kerana selepas ini dia harus menghadiri mesyuarat dengan client iaitu Misha.

Tepat jam 8.00 pagi Joey sudah terpacak di tempat thumb print, selepas thumb print Joey masuk kedalam biliknya untuk mengambil beberapa dokumen yang telah disiapkan oleh Husna.

“Husna, lepas saya meeting ni saya nak semua result bahan ujikaji. Semua la ,report ke ape ke”,

“rajinnye Joey..”, sakat Husna. “saya pun malas nak kerja saya berlambak Husna. Lagipun dah lama saya tak masuk lab, lama dah tak jumpa cecair-cecair ni. Kalau report ujikaji salah lebih dari tiga kali, ada chance la saya nak masuk buat experiment sendiri”, jelas Joey panjang lebar.

“Joey,kita dah boleh mula sekarang ni. Misha dan kawan dia pun dah sampai”, kata Zaki yang merupakan rakan sekerja Joey. Lalu Joey melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat.

Mesyuarat kali ini lebih kepada presentation oleh Zaki dan juga tandatangan dokumen persetujuan oleh syarikat Misha dengan syarikat Joey. Mesyuarat berlangsung selama sejam , getaran dari poket seluar mengganggu Joey. Lantas tangannya menyeluk saku dan terdapat satu pesanan ringkas dari USB. Seperti biasa bercerita tentang seorang gadis yang ditemui di Maldives dan juga bertanyakan perihal adiknya Alia. Jemari Joey pantas menekan setiap punat keypad untuk membalas mesej tersebut.

“awek mana pulak la ni USB, curang tol kau. Jaga sikit batas tu, Iera belum “kiok” lagi yep! Alia? Aku malas dah sebab kau x bagi aku usha.. kena la ada give and take.. aku give service, kau take advantage je? Banyak la hensem..~”, lantas mesej tersebut dihantar. Joey tersenyum dan segera matanya beralih kepada Misha yang sedang berborak dengan majikannya. Selang beberapa minit mesej Joey dibalas, cepat-cepat Joey menekan untuk membaca mesej tersebut.

“give and take waklu, ni pertolongan jelah. Dia bukan galang ganti kalau kau rasa dia macam Sara. Dia bukan, dia masih lagi muda dan dia perlukan jalan untuk dia lalu sebab jalan dia masih lagi ada semak”,

“demm kau! Bila pulak aku nak dia ganti Sara? Sekurangnya aku ada keinginan nak berkawan, usia tu nombor je. Kalau jalan dia ada semak, aku boleh jadi sabit la. Cantas-cantas”, balas Joey

“dia tak perlu sabit dah,dia perlukan racun terus”,

“dah tu?sape lak nak jadi racunnya?”,

“racun tu aku la,abang dia..haha..aku lead,kau tolong”, balas USB

“abang la sangat.. dah lah,malas aku layan. Adik kau,kau jaga sendiri. Bye!”, telefon dimasukkan ke dalam poket kembali.

Kelihatan Misha sudah habis berborak, Misha memandang Joey lalu Joey membuat sign “lunch hour”. Misha hanya menganggukkan kepala. Setelah siap semuanya Joey dan Misha ke kereta untuk keluar lunch bersama.

“Joey, kenapa kau jarang nak gelak,senyum macam dulu ek?”, tanya Misha.

“la..aku senyum je ni..”, lalu Joey tersengih macam kerang busuk

“tapi that’s not the real u..”, jawab Misha bersahaja.

Setelah siap makan Joey menghantar Misha balik ke rumah, kelihatan anak saudara Misha sedang bermain di laman rumah. Joey tertarik, lalu dia pergi kearah kanak-kanak tersebut yang sedang bermain diatas trampoline.

“hye… bestnye lompat-lompat”, tegur Joey kepada kanak-kanak berusia awal 4 tahun. “nama ape?”, tanya Joey lagi.

“Danny.. uncle?”,

“bijak budak ni..”, getus hati Joey. “Joey.. mak mana?”,

“dalam..dengan maksu kot”,maksu merupaka nama panggilan untuk Misha. “Joey..masuk minum”, lalu Joey segera masuk kedalam bersama Danny.

Kelihatan ibu Misha sedang duduk diatas kerusi roda, sejak beberapa tahun lalu dia seakan tidak mampu berdiri lama. Oleh itu Misha membelikannya kerusi roda, ayah Misha pula sudah meninggal ketika Misha darjah 5.

“minum Joey, Su tuangkan la air tu”, pinta ibu Misha kepada Misha

“ehh takpe..saya tuangkan sendiri. Tak payah protokol sangat, lagipun dah lama kenal Misha ni”,

“dah kawin ke?”, tanua ibu Misha.

“belum makcik, tak sempat..”, Joey tersenyum kecil. Setelah siap Joey meminta diri untuk pulang kerana ada hal yang ingin diselesaikan.

“Danny..come..”, ajak Joey ke kereta. Pintu belakang dibuka dan box ditempat duduk belakang diselongkar. “nah..”, Joey menghulurkan beberapa bar Cadboury dan M&M kepada Danny. Joey memang mempunyai stok coklat kerana dia mudah mengantuk apabila memandu berseorangan.

“yeay…thanks uncle..”, Danny berlari masuk ke rumah. Misha menghantar Joey sehingga ke kereta.

“Joey..thanks J”, kata Misha.

“no sweat lah..ok aku chow dulu. Assalamualaikum”, pintu ditutup rapat,enjin dihidupkan dan kereta Joey meluncur laju meninggalkan Misha.

“nak kemana aku ni?”, tanya Joey dalam hatinya

“hospital..Alia…”, kata hati Joey. Pandai pula hati Joey berkata-kata. Sampai sahaja di hospital hari sudah malam kerana Joey singgah menunaikan solat di masjid dahulu. Kelihatan Alia sedang menangis diluar wad, hati Joey sayu..

“shhh…jangan nangis. Everything will be ok Alia..shhh”, mahu sahaja dia memeluk tubuh kecil itu tapi batas perlu dijaga. Dia memerhati Alia dari jauh,semestinya Alia sedih melihat orang yang disayangi sedang sakit..

“Alia...aku pun pernah rasa saat sebegitu..sabarlah..”, kata Joey dalam hati.




No comments:

Daisypath Anniversary tickers