Tuesday, August 9, 2011

T.I.G.A P.U.L.U.H

“hello…. Hurm..”, mata Joey masih belum terbuka ketika menjawab panggilan. “sape ni?”, tanya Joey

“Misha la..jom jogging?”, ajak Misha

“weekends budak..weekends…malas la”, jawab Joey malas. “Joey,nanti kalau kau gemuk memang aku tak kata ape la”, ugut Misha

“tak kisah, lemak aku nanti comfort bini aku. Aku nak sambung tidur ni… Chow!”, talian diputuskan, blanket ditarik ke paras dada. Selang beberapa minit tidur Joey terganggu lagi, wangian yang sangat lembut tetapi bukan perfume. “macam pernah bau je…”, cetus hati Joey. Mata Joey dibuka perlahan, angin dari pintu sliding door mengganas. Sejuk! Hingga mencengkam ke tulang hitam, Joey cepat-cepat bangun dan menutup sliding door, langsir putih dikepit dengan pengepit langsir.

“nak tidur ke..gym…tidur…gym…”,Joey bertanya kepada dirinya. Lalu Joey berjalan ke arah bantal besar yang berada di hadapan tv dan tv untuk game di dalam biliknya. “lama betul tak kemas bilik”, lalu Joey mengangkat beberapa bantal besar untuk diletakkan di atas kerusi malas di beranda luar. Sarung bantal dibuka, “papp!” bunyi sesuatu terjatuh dari dalam sarung. “ape pulak ni…”, lantas Joey mengambil sampul surat berwarna putih tersebut lalu dibuka. Seutas rantai emas putih berloket bintang kecil, “comelnye..sapa punya la ni..”, kata Joey sambil tangannya menyeluk sampul tersebut , “surat? Fuhh bau..wangi betul. Macam bau tadi pulak dah”, kata Joey lalu membuka surat tersebut untuk dibaca.

Sayang,

Sorry masuk bilik ni , sekarang u keluar dan I temankan ibu J
Sebenarnya nak bagi rantai tu suruh u simpankan, sebab nanti I akan kursus. Lama… so kalau rindu tengok la rantai tu ye. Jangan pakai pulak..
I pun tak tahu bila u akan baca surat ni, kalau terjumpa awal maka awal la u baca. Nanti kalau jadi apa-apa kat I , u jumpa peguam I (kak Maria) J


“sayang..kenapa tak cakap u dah rasa benda ni semua?”, tanya Joey kepada dirinya. “Joey...!”, suara ibu memecah kesunyian rumah. “ye kejap!”, lalu surat dan rantai diletakkan di meja bacaan, Joey turun naik ke tingkat atas untuk mendapatkan ibu. “yup?”, Joey memandang kearah pintu besar, “laa Akil masuk jelah”, lalu mereka ke ruang tamu. Akil merupakan adik kepada USB.

“Joey, ni hah pakcik aku suruh serahkan kat kau”, ditolakknya satu set barang kemas dan dua utas gelang tangan. “dah lama sangat dah siap,bayar pun dah. Tu yang datang serah ni. Untuk siapa tu?”, tanya Akil

“set barang kemas ni untuk akak dia, yang gelang ni pulak.. dia kata urusan ibu dan anak. Aku pun tak faham lah..”,

“elok kau je lah yang simpan tu, yang kakak dia tu kau pulangkan kat family dia”, cadang Akil

“emas ni lah..bukan besi.mahal ni”, kata Joey.

“tu untuk Sara dan anak perempuan sulung. Dia dah pernah bagitahu ibu, dia pun pesan kalau jadi apa-apa pada dia,dia nak Joey simpan. Faham kan?”, tanya ibu

“dengan surat dan rantai.. dan ni barang kemas pula. Mendadak!”, cetus hati Joey. “esok temankan aku, ada hal”, kata Joey kepada Akil.


***  

“Cik Maria ada?”, tanya Joey kepada salah seorang pekerja di syarikat guaman Maria.co.

“encik ada buat temu janji?”, tanya gadis itu. “takde tapi penting”,

“encik duduk dulu”, pinta gadis tersebut. “ok terima kasih”, lalu Joey dan Akil duduk di ruang menunggu. “ada ape kita datang sini?”,tanya Akil.

“encik..sila masuk”, kedengaran bunyi suara gadis tersebut sebelum Joey sempat berkata apa-apa kepada Akil.

Maria seorang peguam yang masih lagi solo dan umurnya sekitar 30an. Kerana karekternya yang tegas dan kuat bekerja, dia masih lagi tidak berkahwin dan mungkin juga tiada lelaki yang mahu masuk dekat. Surat dari Sara diserahkan kepada Maria tanda bukti.

“kenapa saya perlu jumpa Cik Maria?”, tanya Joey pelik.

“lama sangat dah ni.. macam ni, semasa arwah mula bekerja arwah sudah mula mengumpul asset. Wasiat dibuat dan telah pun dibacakan, semua sudah mendapat hak masing-masing. Cuma, arwah ada nyatakan ada part-part yang tidak perlu dibaca jika tunangnya tidak hadir.”,

“part mana pulak?”, Joey bertanya lagi.

“part dimana ada asset yang dinamakan atas nama tunangnya iaitu encik termasuklah sebuah rumah banglo yang baru dibeli. Saya dah hubungi pihak tu, rumah tu sudahpun atas nama encik dan bila-bila masa kunci akan diserahkan”,

Joey terkesima dengan kata-kata Maria. “untuk apa semua ni..Sara!”, kata Joey dalam hati. “kalau saya nak tolak macam mana ye?”, tanya Joey kepada Maria.

“itu semua atas encik sebab harta encik. Pihak keluarga sudah sedia maklum dan mereka bersetuju”, sebuah file diserahkan kepada Joey.

“kalau macam tu kami balik dulu la Cik Maria. Ada apa-apa nanti saya call”, ujar Joey lalu keluar dari bilik Cik Maria dan terus ke kereta.

“ape kes lak ni....!”, marah Joey. “rilek dah la Joey..dan tertulis macam tu. Rezeki kau la”, jawab Akil tenang. Joey diam membisu, tidak mahu mengatakan apa-apa lagi. Dia serabut.

“so rumah tu macam mana? Kau tahu ke kat mana rumah tu?”, tanya Akil

“dekat area kau la.. aku jual jelah. Malas aku fikir”,

“rugi la..asset kekal. Simpankan je..mana tahu berguna nanti”, cadang Akil

“nantilah aku fikirkan...”, Joey memejamkan matanya rapat sementara Akil memandu kereta untuk pulang.


*** 

Sutra Beach Resort menjadi destinasi Joey untuk merehatkan minda. Sudah semalaman dia disini, “malas dah tidur,perut dah kenyang.. jalan-jalan la pulak..”, kata Joey kepada dirinya.

Selepas bersiap dia keluar dari bilik dan berjalan disekitar kawasan resort dan juga ke pantai, dari jauh kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang berlari. Joey tersenyum dan memandang bersahaja. Lalu pensel ditangannya mula menulis , pada mulanya agak kaku dan lama kelamaan bait-bait kata dikarang menjadi sebuah cerita hidup. Dia tidak tahu ingin meluahkan bagaimana,hanya dengan kata dia mampu merasa puas.

“haaa...”, bunyi suara kanak-kanak lelaki dalam lingkungan dua tahun lebih.

“meh duduk..nama sape?”,tanya Joey tetapi kanak-kanak itu diam. Mungkin dia belum pandai berkata-kata.

Senyap tanpa suara, kanak-kanak tersebut hanya melihat Joey mengarang. “nah..”, Joey menghulurkan gula-gula tetapi digelengkan kepala tanda menolak.

“Khair......Khair....kat mana tu”, bunyi suara memanggil. Joey bangun dari tempat duduk begitu juga kanak-kanak tadi.

“yeee....”, kanak-kanak tadi menyahut dan berlari kearah perempuan bertudung tersebut. “macam kenal..”, teka Joey dalam hati. “Mya!”, panggil Joey. Lalu Joey berlari kearah perempuan itu, tidak salah memang Mya. Cuma dia bertudung dan imej yang amat berbeza dari dahulu.

“anak?”, tanya Joey. Mya tersenyum begitu juga Joey. “husband?”,

“kat rumah isteri tua..”, ujar Mya, Joey faham. “Sara mana?”, tanya Mya.

“dah meninggal, dua tahun lebih dah. Mya sihat?”,

“sihat..”, tangan Mya mengusap perutnya yang kian membesar. Menampakkan kebahagiaan yang sedang dikecapi. Joey bersyukur.


*** 

Letih memandu dari Terengganu ke kelantan masih menyengat. Lalu Joey membaringkan diri diatas sofa diruang tamu. Terlelap..

“Joey..bangun.. Maghrib dah ni..bangun”, ibu mengejutkan Joey lantas Joey bangun dan masuk kebiliknya untuk mandi dan solat Maghrib.

Deringan telefon membantutkan keinginan Joey untuk “smooth landing” , dia manjawab panggilan tersebut.

“macam mana Maldives?”, tanya Joey kepada USB di talian

“fantastic!”,

“tengkorak kau fantastic.. cuti pun tak mintak.main chow je. Naik jemu aku duk dengar kawan kau bebel”,

“ahh biarlah.. macam mana adik aku? Sihat ? berapa kali dah kau tengok dia?”,

“errrk!”


tulisan Uncle Google?

2 comments:

Shila said...

Mya yg mana ek?

adeii..lemah sgguh daya ingatan..

Setahun Jagung said...

Mya tu yg pramugari u..

Daisypath Anniversary tickers