Friday, August 19, 2011

T.I.G.A P.U.L.U.H L.I.M.A


“burrppp.. alhamdulillah. Sedap betul Iera masak. Patut la aku nampak kau chubby sikit USB”, kata Joey lantas matanya kembali menatap skrin laptop. Dia mahu menghabiskan sedikit lagi masa bersama Alia. Entah mengapa nama Alia dirasakan begitu comel.

Sedang Joey asyik melayani Alia, USB datang menghampirinya. Dengan tidak berbaju menunjukkan ketulan six pack. Sememangnya USB amat menitik berat soal tubuh badannya. Katanya mahu menjadikan badannya sebagai tilam si isteri. “sasa ok la, jangan gendut sudah..”, detik hati Joey.

“kau nak laptop dah ke?”, tanya Joey kepada USB di sebelahnya. “kau tu baru je sampai, pergi la rehat dulu. Jom lah”, ajak USB lalu beg Joey ditarik.

“kemana pulak?”, dia pelik melihat USB terus berjalan ke pintu. Lalu dia segera menyudahkan chat dengan Alia.

“chalet depan, jom lah. Kalau nak makan,makan kat sini pun takpe. Nak order pun takpe”, kata USB sambil Joey membontotinya ke chalet hadapan. Sampai sahaja, kunci dibuka. Design chalet sama sahaja cuma chalet yang diduduki oleh Iera berhadapan dengan pantai dan chalet yang bakal Joey duduki terletak belakang sedikit. Joey tidak kisah, dia datang hanya untuk memenuhi permintaan USB.

Sambil berborak dengan USB, Joey terus ke bilik tidur untuk memenuhkan air di dalam tub. Mahu mandi dan berehat, menantikan hari malam untuk supper. Melihat katil yang tidak terusik, Joey pelik. USB tidur dibilik mana? Mungkin di bilik lain kerana ada dua bilik, dia malas mahu berfikir panjang.

“Wireless sini ok tak?”, tanya Joey kepada USB sambil tangannya melambung-lambung oren lagak di sarkas. Jika wireless tidak ada masalah, boleh lah Joey teruskan dengan FOREX. Kalau tidak alamatnya berserah sajalah.

“kadang-kadang ok la, tapi kalau ada masalah kau boleh call or diorang akan call inform”, jelas USB sambil berbaring di atas katil dengan kedua-dua tangan diletakkan di bawah kepala. Menatap dinding dengan tajam. Tembus!

“kau tidur bilik mana? Nampak tak terusik, barang kau pun sikit je dalam ni”, kata Joey sambil memerhati sekeliling.

“aku tidur chalet sana la, bukan yang ni. Baru ni je aku tidur sini”,USB menunjukkan chalet dimana Iera tinggal. Mukanya tersengih.

“kau ingat kau duduk luar Malaysia kau boleh buat kerja tak betul ke? Ape kes dengan kau ni?”, suara Joey tinggi sedikit. Dia masih bingung. Lalu USB bangun dan berjalan ke arah Joey.

“we’re married bro..”,bahu Joey ditepuk lembut.

“bila?saksi?wali?tok kadi?”, bertalu-talu soalan keluar dari mulut Joey. Dia terkejut!

“bila? Seminggu kot. Saksi? Ada la beberapa orang. Wali? Dah semestinya la bapak mertua aku. Dan Tok Kadi diimport khas dari Malaysia dan ada la beberapa orang kenamaan dan juga orang jabatan hal ehwal agama Islam sini”,

“langsung aku tak tahu? Kau ni kan..”, Joey merengus. Secepat kilat betul bila USB membuat perancangan. “dah lah bro, jangan risau lah. Semuanya ok dah pun. Malam ni datang supper kat chalet aku ok. Kami tunggu”, USB menapak ke pintu lalu ditutup.

Joey segera ke pintu dan mengunci. Lantas langkahnya dihala ke bilik mandi untuk mandi. Pakaian dibuka,hanya berbekalkan seluar pendek lantas Joey masuk ke tub. Wangian aroma terapi memberikan rasa tenang, badan disandarkan lalu kepala diletakkan di atas tuala yang telah direndam dengan sedikit aroma terapi. Matanya kian layu, bau wangian dari lilin aroma terapi juga ibarat merangkul erat tubuhnya sambil mendodoi. Akhirnya mata Joey tewas. Terlelap!


*** 

Pada petang keesokkanya USB mengajak Joey ke pantai, ambil angina petang selepas lama berbual dengan Alia di Yahoo! Messenger. Kelihatan Iera sedang mengayuh basikal di pergigian air. Macam dalam cerita pulak gayanya. Ke ni pakej berbulan madu? Siap basikal bagai.

“best kahwin?”, tanya Joey kepada USB sambil tangannya menguis pasir dengan ranting kayu. Kepalanya didongak memandang USB yang sedang berdiri sambil tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. USB segera duduk disebelahnya. “soalan jenis ape tu?”, ujar USB.

“random”,

“nak kata tak suka tu tipu la.. yup, suka sebab ada family life”, jelas USB. Masih terpancar seri pengantin baru dimukanya.

“ramai yang kata family life tu la yang buat kita rasa complete”,

“ada la rasa complete tu. Kau pulak ni bila?”,tanya USB

“lambat lagi kot...”, badannya dibaringkan ke atas tikar yang telah dihampar.

Mata Joey memandang USB yang sedang memandang Iera di pergigian air. Tersenyum bahagia. Bertuah Iera mendapat suami sebaik USB.

“apa yang membuatkan kau rasa nak kawin tiba-tiba? Sesetengah orang takut nak kawin sebab high maintenances la katanya ada bini ni”, tanya Joey

“susah senang sama-sama. Tu yang aku selalu kata kat Iera. Pegang tu, insya-Allah lah bahagia. Cinta sampai syurga”, tutur USB lembut. “yang kau datang sini sanggup pulak buat cuiti tanpa gaji”,

“kalau kiblat boleh diganti dengan duit memang tak merasa la semua ni. Duit tu akan datang kalau dah tertulis tu rezeki kita. Buat jelah duit tu as alat sampingan je. Kalau sebab kau, dua bulan cuti tanpa gaji pun aku ok. Tapi kan...”, Joey terhenti disitu

“tapi ape?”, soal USB. “aku terasa kau tak inform aku kau nak kawin”, Joey mengeluh lembut.

“chill la.. aku nak bersanding jugak. Tema “fairytale””, kata Joey sambil tangannya berkibar-kibar di udara. Lagak wedding planner.

Apapun impian USB, Joey pasti akan terlaksana. Sama ada cepat atau lambat sahaja. Dia tidak kisah asalkan sahabat baiknya bahagia. Dia yakin USB sudah mampu untuk membimbing Iera untuk menjadi isteri solehah.

“beg hitam aku ada tak dalam bilik kau?”, tanya Joey kepada USB. “ada, ape benda tu?”, kata USB sambil keningnya terangkat.

“harta aku tu..sayang lebih dari aku sayang kau. Ada alat tulis, A4 paper , kanvas, sketchbook, bahan-bahan warna siap ada”,

“adehh..kau ni memang tak boleh tinggal kan benda alah tu. Ni satu lagi ha..”, kata USB sambil menarik iPod dari poket baju Joey.

“aku tanpa benda-benda ni memang bukan aku laa..”,

“sepatutnya kau jadi artis la bukan saintis”, tawa USB pecah

“dalam askar ada ustaz kan? Dalam bidang perubatan, ada perubatan cara Islam kan? So kalau semua nak jadi apa yang dicita-citakan, harus ke hobi tolak tepi? Saintis aku tak tinggal, artis aku tak ketepi. Darah seni mengalir dalam diri, buat apa aku nak rugikan.. tapi kau macam tak sesuai je kalau kau suka melukis ni, sebab tu kau asyik berkepit dengan Inche Nikon kau tu je..so sesuai la”,

“ape pasal aku tak sesuai dalam lukisan? Sedangkan mau bedah orang pun kena garis-garis jugak”,

“sebab aku takut, kau kena belah perut orang tapi kau duk ukir perut orang dengan pisau tu..”, ketawa Joey terburai. Tetapi USB hanya diam memandang. Lantas Joey senyap secara tiba-tiba , memandang USB. Kini tawa USB pula memecah. Joey pelik dan tidak menghiraukan USB.

“apa gelak time macam ni, kena rasuk ke?”, celah Iera dari belakang. “jom balik..gelap dah. Matahari pun dah terbenam ni..”, kata Iera lalu Joey bangun melipat likar dan membontoti USB dan Iera yang sedang bergurau senda. Usik mengusik lalu Iera dipeluk dan diangkat oleh USB hingga ke pintu bilik.

“memang mood honeymoon betul korang ni”, sakat Joey ketika Joey berjalan pulang ke chalet.

“Joey,datang dinner sini ye..”, jemput Iera sambil Joey mengangkat tangan tanda faham.



*** 

Hari berganti hari kini sudah masuk hari ke-5 dia berada di Maldives. Dalam sedar mahupun tidak berhubung dengan Alia melalui Yahoo! Messenger telah menjadi rutin. Jam di dinding menunjukkan pukul sebelas pagi , lalu matanya kembali menatap dada sketchbook yang masih lagi suci tanpa cela. Dicari mekanikal pensel dari dalam poket beg harta karunnya lantas muncung pensel tersebut ligat melakar satu imej yang dirasakan sedang bermain di depan mata.

“pakcik mana pulak tu?”, tegur Joey dari belakang seraya itu Joey tertarik muncung hingga lakarannya rosak. “kau ni kan…tengok apa dah jadi”, Joey mencebik.

“ni chalet,bukan bilik kerja-kerja seni kau ye.patut la ada workers kata yang kau tak bagi diorang kemas bilik. Ni rupanya kerja kau..”, kata USB sambil melihat di kanvas yang telah tercalit warna. Kertas-kertas bertaburan di lantai dan juga meja. Penuh!

Malam Joey diisi dengan kerja sedemikian sehingga dia terlena di meja. Seperti selalunya dan akan berlanjutan untuk beberapa minggu,bulan ataupun tahun dia sendiri tidak pasti. Matanya tidak memandang USB, lakaran tadi disambung. Menampakkan wajah seorang pakcik tua yang sedang mengalami krisis dalam hidup. Muka sahaja sudah cukup menggambarkan cerita hidupnya.

“rasa sayang..rindu..suka tapi risau”, kata USB sambil memegang satu kanvas yang telah diconteng oleh Joey tanpa meletakkan apa-apa dalam fikirang. Dibiarkan sahaja tangan menggerakkan berus di dada kanvas. “kau rasa kat sapa ni?”, tanya USB

Seperti selalu, USB memang pandai assume. Langsung tidak dapat disembunyikan. Joey mendongak dan menggeliat. “kau kan pandai assume, so mesti kau dapat assume untuk siapa”,balas Joey bersahaja. Kanvas diletakkan dan USB angkat tangan tanda menyerah. Joey hanya tersenyum.

Telefon disebelah menjerit minta ditekan punat hijau, panggilan dari ibu. Lalu ditekan punat hijau tersebut, “assalamualaikum”, ujar ibu dihujung talian

“waalaikummusalam ibu..apa khabar? Ada ape ni?”, tanya Joey ringkas

“baik je. Saja la call, nak tau ok ke tak. Bila mau balik ni? Dah rindu ni”, kata ibu

“tengoklah bila-bila Joey balik la. Lagipun kat sini ok ja ada bodyguard. Macam ni la, Joey rasa kalau balik pun Joey terus ke Singapura la. Apa kata kalau ibu kesana”,

“balik sekali dengan menantu ke?”,sakat ibu. “ibu..ada la ni.tunggu je..nanti ada masa Joey call la ibu. Jangan risau lah. Kirim salam kat baba”,

“yelah..ibu tunggu menantu ibu tu. Ok la,jaga diri ye”, talian dimatikan.

“ibu..ibu..tak habis dengan menantu dia”, Joey tersenyum sumbing. Matanya kembali ke sketchbook dan pensel ligat menari di atasnya.

“laptop guna tak?”,tanya Joey kepada USB yang sedang meneliti hasil kerja Joey. “Iera guna kot, nak chat dengan Alia? Pergi jelah”,

“karang sikit lah”, Joey kembali tersenyum. “kau ni Joey,jangan duk suka sangat. Karang duka..ok lah,nanti pergi makan. Aku nak balik tengok bini aku. Karang ada culik sebab comel sangat”, daun pintu ditutup. Joey kembali menatap sketchbook. Lakaran sudah hampir siap.


*** 

Sebentar tadi Joey telah menghabiskan masa dengan Alia, terasa rindu pula ingin berhubung dengan gadis kecil molek tersebut. Akibat tidak tahan dengan matanya yang kian kabur, Joey menyerahkan laptop kepada USB.

Dia masuk ke bilik untuk mandi dan tukar pakaian. Dia berehat sebentar di kerusi berdekatan dengan kolam renang. Setelah ok dia bangun dan ke chalet USB dan Iera. Hari sudah malam , Iera juga kelihatan sangat penat. Joey pun malas nak ganggu pasangan tengah berbulan madu.

“ehh, bak kat aku laptop tu. Aku sambung chat dalam bilik jelah. Alia tidur dah?”, tanya Joey

“ada lagi tu. Ambik la lagipun lappy kau. Jangan tidur lewat sangat, kau tu dah la mudah sakit kepala.”, tegur USB

Laptop di atas meja diambil, dia segera berkemas mahu pulang ke chaletnya. Iera sudah hampir terlena di riba USB. Mana tidaknya tangan si suami mengelus lembut pipi si isteri.

“aku chow dulu..”, Joey berjalan ke pintu. Lalu ditutup dan dia melangkah ke chalet. Cepat-cepat dia membuka kembali laptop, takut Alia tiada jenuh pula dia mahu mencari.

Seakan ada suara dan tangan sedang menunjukkan cursor di history chat. Untuk apa dia sendiri tidak pasti. Tetapi tidak salah kerana laptop itu miliknya. Lantas jarinya menekan mouse wireless untuk membuka history chat.

Bagaikan satu cerita baru dihadapanya, dia membaca setiap satu perkataan yang telah dibualkan oleh Alia dan USB. Dari awal hingga habis. Kepalanya terasa sangat sakit, rasa mual datang tiba-tiba. Lantas laptop di hibernate dan dia berlari ke bilik air, cecair merah pekat tersembur keluar dari mulut dan hidung. Segera dia membasuh mukanya dan mengambil wudhuk.

Kerusi di meja bacaan menjadi tempat untuknya melabuhkan diri. Matanya mencari mekanikal pensel tetapi tidak dijumpai lantas dia mengambil kanvas dan warna-warna dibancuh, dia terasa bagaikan “numb”. Berus menari di kanvas yang putih, entah apa yang difikirkan. Kepalanya kembali mencucuk, dia menunduk menahan sakit. Terasa sesuatu yang suam-suam kuku di hidung, mata dibuka dan kelihatan si merah menitik dia atas papan pembancuh warna.

Joey mengesat si merah dengan telapak tangan, disapu si merah ke kanvas. Warna di papan diambil dan diconteng lagi. Entah mengapa dia rasakan seperti ada sesuatu yang menikamnya. Sakit!


***  

“Joey, tak chat dengan Alia ke?”, tanya USB

“tak”, jawabnya mudah

“kalau nak chat, pergilah. Alia tengah chat dengan Iera tu”,

“tak kot..”, lalu Joey bangun dan ke chaletnya. Dia berehat di tepi kolam renang, mahu mengambil sedikit ketengan air kolam tersebut.

“kau ni kenapa Joey? Tak sihat ke?”, tanya USB yang tiba-tiba muncul. “aku dah baca,aku dah tahu..so dah la. Takde mood la”, kata Joey sambil menutup mata. Dia membaca apa yang ditaip oleh Alia tentang perasaan dan dia mahu buang perasaan tersebut. Perasaan? Berdosakah?

“kau marah dia?, soal USB. “tak..takde sebab”,jawab Joey mudah.

“baguslah, sebab kau tak kenal dia. She still young, dia masih tak tahu apa dia rasa dan apa dia nak”,

“yup aku tak kenal dia.. memang aku tak kenal..”,

“eh kau kenapa? Apa masalah hah?! Dah la tu, biarkan dia la”,

“ye, jangan risau. Mulai semalam lagi aku biarkan. Jangan risau, adik kau aku tak rosakkan pun. Sah kan nak rosakkan, sentuh pun aku tak sebab aku tahu apa betul apa salah”, kata Joey tanpa memandang USB

“memang la, mana la kau pernah jumpa dia ke.. so,dah la.jaga kesihatan kau,tu lagi penting”,

“bukan setakat dia, mama dia, ayah dia..semua aku dah tengok. Dia senyum,dia menangis, dia mengamuk. Semua aku dah tengok! Dia sejuk,dia panas,dia basah. Semua aku dah lalui dengan dia! Kau tahu?”, kata Joey dalam hati.

Mata dibuka, namun kelibat USB sudah tidak kelihatan. Lalu Joey teruskan niatnya untuk tidur. Hatinya sesak. Sarat!

*** 

Tanpa diberitahu pada awalnya, USB telah menempah cruise untuk ronda di sekitar pulau. Joey hanya diberitahu beberapa jam sebelum menaiki cruise. Badanya terasa berat sekali, namum digagahkan juga. Beg kecil diambil dan diisi tuala kecil dan juga seluar pendek. Dia tidak tahu apa lagi yang perlu diisi, dicapai iPod di atas katil dan dimasukkan ke dalam beg. Beg kamera Nikon deletakkan berhampiran, setelah siap dia berjalan keluar dari bilik.

Kelihatan USB dan Iera sudah siap menunggu, lalu Joey membontoti mereka hingga ke pantai. Dilihat lautan terbentang luas, matanya kian silau. Langkah diatur mengikuti USB dan Iera. Dia mendongak melihat langit lalu dialihkan pandangan dengan melihat lautan terbentang di depan mata. Lalu dia menunduk melihat pepasir pantai, kepalanya terasa bagaikan dihentak dengan batu besar. Kaki pula bagaikan berjalan di awangan, matanya terpejam. Berat! Dia cuba untuk membuka matanya kembali, digagahkan kelopak mata. Kini dia melihat pepasir sangat dekat dengan matanya, mungkin jarak kurang dari seinci. Sangat dekat!


tapak kaki Inche Google

No comments:

Daisypath Anniversary tickers