Entah mengapa pagi ini dirasakan begitu suram , badan Joey terasa amat letih. Semalam entah pukul berapa dia dapat melelapkan matanya, tulang belulang terasa mencengkam dan mencucuk. Punat merah pada telefon ditekan , “Husna,masuk jap”. Selang beberapa minit Husna masuk ke dalam pejabat Joey.
“ada ape Joey?”, tanya Husna. “ok ke tak ni?nampak macam tak ok je”,
“ok.. nak air.. Redbull. Lepas tu tolong sambungkan panggilan ke nombor ni”, lalu sekeping kertas kecil dihulurkan kepada Husna.
Selepas kelibat Husna hilang, Joey terus menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Amat malas!
“Joey..nah air. Nanti saya sambungkan panggilan”, Husna berlalu meninggalkan Joey tanpa Joey memandang wajahnya. Bunyi bip dari telefon memaksa Joey membuka mata, punat merah ditekan, “Joey,talian 2”.
“assalamualaikum...Razman”, ujar Joey
“wasalam..hah ada ape ni tiba-tiba call?”,tanya Razman. “erm..pasal Alia tu..camne?”,
“owh..kelmarin aku dah tengok.ok je.. hari ni tengok la jugak sebab esok start kursus. Nak ikut ke?”,
“boleh gak..takde keje ni.jumpa nanti lah..”, talian diputuskan. Joey bangun dan merebahkan badan ke sofa. Empuk… Selesa… Terlena…
***
Hampir 20 minit berada di dalam kereta, Razman masih tidak bercakap apa-apa. Kereta diletakkan di bahu jalan.
“eyh tu dia..tu...”, kata Joey tiba-tiba kepada Razman. Razman melihat kepada seorang gadis diseberang jalan.
“kau kenal tak Alia tu?”, tanya Razman
“errr…tak”, jawab Joey tergagap. “dah tu bukan main konfiden je”,
“mana aku tau..nanti kau kejutkan la, aku dah mengantuk ni”, lalu Joey melelapkan matanya. Tidur-tidur ayam, siapa Alia pun dia tidak tahu. Karekter yang diberikan watak Alia memberikan Joey satu lakaran sesusuk tubuh gadis yang sederhana, tinggi lampai dan sopan. Sesuai dengan namanya…
“Joey..bangun lah. Tu dia tu…”, kejut Razman sambil menunjuk kearah seorang gadis sedang menaiki motor. Razman mula memandu dan mengikuti Alia dari jauh.
“la..tu Alia.. eyh boleh tak kau pandu laju? Duk la kat tepi dia ke..”, cadang Joey
“buat ape? Kau nak mintak sign?”, sakat Razman.
Alia terus ke destinasi utama iaitu ke hospital. Sejak beberapa minggu lalu, ayah Alia telah dimasukkan ke dalam wad kerana buah pinggangnya mempunyai masalah. Setelah sampai kelihatan Alia meletakkan motornya di satu sudut.
“ganas minah ni..kan ?”, kata Joey kepada Razman. Apa yang Joey bayangkan tentang fizikal Alia memang jatuh merudum. Orangnya rendah dan sederhana,itu yang betulnya.
“cekal..bukan ganas..”, Razman perbetulkan ayat. “cekal”, itulah yang selalu dikatakan untuk Sara. Tiba-tiba rindu kepada Sara menyelubungi..
“jom lah..”, ajak Razman. “kemana?”,tanya Joey
“wad tempat ayah Alia la..”,
“nak jumpa ke?ehh taknak aku.segan..tiba-tiba macam ni”,
“kau ni,bukan nak jumpa bapa mertua la..”,
“lain kali la..jom balik. Aku dah tengok dia,nanti senang aku datang tengok sendiri”, setelah mendengar kata Joey, Razman menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi.
***
Hujung minggu hanya dipenuhi dengan kerja dan juga email dari Maldives. Menceritakan keindahan pantai disana, pejam celik sudah hampir sebulan USB kesana. Dan dalam tak sedar, “mengintai” Alia adalah rutinnya. Dari jauh sudah kenal tetapi dia tidak melihat Alia setiap hari, dalam seminggu dia luangkan masa hanya 2 kali.
“Joey...webcam jom”, kata USB melalui Skype. Lalu Joey berhubung dengan USB melalui webcam dan juga voice call.
“adik aku, macam mana?”,
“sepatutnya kau doctor tanya pesakit, adik kau tu sihat je aku tengok. Tembam je..”, balas Joey
“pipi je tembam, hati tu? Bengkak?ayah dia macam mana?”, kata USB
“pi mai..pi mai..tang tu gak. Masih tak ok. Kau bila nak balik?”,
“lambat lagi, aku kat sini ada yang menarik..”,
“apa yang menarik?”,
“nanti aku cerita lain la, yang penting kalau dah jodoh tak kemana”,
“yelah..jangan lupa cerita..eyh er…”,
“apa?”, tanya USB
“adik kau tu..single ke? Umur?”,
“kenape? Nak ngorat? Berangan lah kau...”, kata USB sambil diiringi gelak
“lah...ish!”,
p/s : pendek + ingatan kabur + nak cepat
HUSM Kubang Kerian |
No comments:
Post a Comment