Monday, August 15, 2011

T.I.G.A P.U.L.U.H T.I.G.A


Otaknya sarat memikirkan permintaan ibu yang tidak putus. Mahukan menantu secepat mungkin, mahu menimang cucu pun mahu cepat. Apa ibu fikir Joey tidak mahu kecapi nikmat dunia sebegitu? Joey bingung, jika isteri ada dijual di pasar seperti sayur sekarang juga Joey kesana.

“Joey,bila nak kawin ni.. ibu nak main-main dengan cucu la..”,

“ibu… nantilah. Bagi Joey kerja dulu, menantu ibu tak lari la”, jawab Joey ringkas

“tak boleh lupa Sara lagi ke?”, agak ibu

“ibu,tolong jangan mula. Betapa mahunya Joey kat Sara pun, dia akan hidup balik ke?”, lantas Joey bangun dari sofa dan naik ke bilik. Sampai sahaja ke bilik Joey mengambil rantai kepunyaan Sara. “lamanya u pergi kursus sayang.. kenapa cepat sangat due date tu”, kata Joey sambil memegang rantai tersebut. Rindunya membuak-buak, jika dahulu apabila fikirannya kusut Sara akan terus brain wash, sekarang Joey tidak terlalu rapat dengan mana-mana perempuan. Baginya apa perlu mencintai jika disulami dengan kesakitan.

“boringnya..nak kemana hari ni..hurm”, keluh Joey. “Alia…..”, spontan terkeluar dari bibir Joey. “tau-tau pulak dah mulut ni hah!”, lantas Joey bangun dari kerusi dan bersiap. Dengan mengenakan baju berkolar dan berseluar jeans Joey tampil bersahaja, kunci motor diatas meja solek dicapai dan dia menaiki anak tangga untuk keluar.

“nak kemana tu?”, tegur ibu dari tingkat bawah lalu Joey turun kembali mendapatkan ibu.

“nak jumpa kawan ibu, kejap je nanti Joey balik la”,

“dah gelap dah ni..hurm, pandu kereta elok-elok”, tangan ibu mengelus rambut Joey yang kelihatan kering

“tangan ibu basah la..”, kata Joey. “baru lepas ambik wudhuk, nak baca Quran. Pergilah, balik cepat”, lantas Joey tunduk untuk mencium tangan ibu,seraya itu ibu mencium ubun-ubun Joey.

Sebelum ke hospital Joey singgah di Mamak Spicy dimana rakan-rakannya selalu lepak hingga larut malam. Tekaan Joey betul kerana sememangnya rakan-rakan Joey ada disana.

“boh,pinje motor male ni buleh?, tanya Joey kepada kawannya yang pure Kelantanese.

“pahtu hok mung naik tu buke motor ko?”,

“apesal Joey, meh cerita kat aku”, kata seorang lagi rakannya

“aku nak tukar motor la..”, kata Joey . “pilih la nak yang mana, dengan kau ni tak berkira sangat lah kami ni”, jawab kawannya.

“skuter Comel tu ok dah”, sambil Joey menunjukkan kearah motor tersebut. “tu motor aku..alamak bapak cute kau naik skuter, kau nak tukar skuter aku dengan superbike kau? Berbaloi macam ni..ambik-ambik, kau nak pakai seminggu pun aku tak kisah”, balas rakannya. Lalu Joey menyerahkan kunci motornya kepada rakannya dan dia mengambil kunci motor skuter tersebut dan melangkah pergi.

“oii agak-agak la, mana ada orang naik skuter yang secomel tu dengan jaket kulit dan helmet Arai..ape la kau,bak sini jaket tu. Helmet tu kau pakai yang aku gantung kat cermin tu je”, bidas rakannya lalu Joey menghulurkan jaket dan helmet dan berlalu pergi. Kelihatan rakannya memandang pelik wajah Joey. “pelik ke aku?”, Joey bermonolog.

Setibanya di hospital Joey mencari Alia, tiada pula dia di luar wad. Kemana menghilang entahlah, masih awal jika Alia sudah pulang. Kerana waktu melawat sudah tamat,pintu ditutup. Joey terlihat rakannya dan dia menghampiri rakannya itu dan meminta izin untuk masuk ke dalam wad bersamanya. Kelihatan ayah Alia berseorangan, mana perginya mama Alia? Joey hairan..

“pesakit tu macam mana dah sekarang ni?”, tanya Joey kepada Dr. Ieqa yang merupakan rakan kepada Dr.Haiqal iaitu USB.

“uncle tu..tak boleh nak cakap ok, sebab dia tak ok,tapi ada peningkatan la”, dengan panjang lebar Dr.Ieqa menerangkan kepada Joey. Nasib baiklah ada serba sedikit medic term yang Joey faham.

Disebabkan Alia mahupun mamanya tiada Joey menghampiri ayah Alia, dilihatnya segenap inci wajah tersebut. Ayah yang penyayang, kulitnya agak kekuningan dan berkerut. Kelihatan tua dari usia, “macam mana la aku nanti aku tua nanti…”, detik hati Joey. Tangannya mengelus dahi ayah Alia,terasa dekat sekali. Cepat-cepat mengundur dan melangkah ke pintu, tangannya membuka pintu tersebut dan dia berjalan keluar. Sambil membetulkan kolar baju Joey malangkah dan berselisih dengan Alia, “Alia?”, Joey mamandang dan Alia meneruskan perjalanan.

“mai aih minah ni..ingat aku halimunan ke ape. Terus tak pandang..”, ngomel Joey

Kelihatan Alia seakan sudah mahu pulang ke rumah. Joey hanya berdiri beberapa meter dari Alia.

“dia nak balik sorang ke? Mama dia?”, tanya Joey dalam hati. Tiba-tiba Alia memandang kearah Joey, lalu Joey memalingkan wajahnya. Alia terus berjalan untuk pulang, dan Joey segera kearah motor untuk menemani Alia pulang, segera motor dihidupkan dan Joey mencari kelibat Alia kerana Joey meletakkan motornya di bahagian belakang.

“uiks! Depan dah dia..cepat sangat..”, segera Joey mengikuti Alia dari belakang. Semakin lama Alia semakin laju “oit cik adik,mau rempit ke?”, jerit Joey tetapi sudah tentu Alia tidak mendengar kata-kata Joey.

Sedang asyik “follow” , telefon Joey bergetar. Panggilan dari USB, lalu Joey menjawab dan menyelitkan telefon diantara kepala dan helmet.

“pe kes kau call malam ni..adoii, kacau line lah”,

“marah pulak..adik aku macam mana?”,tanya USB

kan aku dah kata aku malas nak ambik tahu,adik kau kan..kau la racun kau la penawar so kau la jaga”, balas Joey selamba

“kau kat mana ni? Angin kuat betul!”,

“atas motor la…nak jumpa kawan.dah ahh chow dulu..calling nanti la”, talian diputuskan. Kerana asyik menjawab pertanyaan USB,Joey tidak sedar bahawa dia menaikkan kelajuan manakala Alia hanya maintain. Hampir dia terlanggar motor Alia dari belakang, mungkin Alia perasan kerana selepas Joey memutuskan panggilan Alia menaikkan kelajuan.

“dia ni nak race dengan aku ke ape..”, kata Joey lagi. Dia sudah kesejukkan, terasa sejuk hingga ke tulang hitam!

Setelah beberapa minit Alia masuk ke lorong untuk ke rumahnya, lalu Joey memberhentikan motornya disitu. Mana mungkin mahu menghantar hingga ke laman rumah, itu bukan ciri-ciri pengintip yang bagus. Setelah yakin Alia sudah selamat tiba, Joey pun segera balik ke rumah. Dia sudah mula membeku, nasib baik rumahnya tidak jauh dari situ.


*** 


“Misha..bukak pintu ni..”, ketukkan bertalu-talu oleh Joey ketika sampai di hadapan bilik Misha.

Awal pagi ibunya mendapat panggilan dari kakak Misha mengatakan Misha seakan mogok, tidak mahu makan. Apa sebabnya mereka pun tidak tahu.

“Misha, kau nak aku pecahkan pintu ni ke? Sakit la tangan ni duk ketuk je”,

Tidak lama kemudian Misha membuka pintu, kakak Misha segera memberikan dulang berisi bubur nasi dan segelas air kosong. Joey masuk ke dalam bilik Misha, lantas Misha menolak pintu untuk ditutup. Dia seakan tidak mahu orang lain masuk ke dalam biliknya.

“kau ni kenapa pulak? Meroyan?”, tanya Joey dengan melihat Misha yang berserabai, mata bengkak. Bilknya berselerak. Namun Misha diam membatu, dia hanya duduk diatas katil. Joey menghampiri, lalu bubur nasi disuakan ke mulut Misha dengan menggunakan sudu. Misha menggelengkan kepala, Joey merenung tajam lalu Misha membuka mulutnya. Joey hanya diam sambil menyuapkan bubur ke mulut Misha, setelah makan Joey menyuakan pula air ke bibir Misha, lalu Misha meneguk air tersebut.

“kenyang?”, tanya Joey. Misha menganggukkan kepala,tidak lama kemudian Misha menangis.

“la…gila rupanya kawan aku ni..sabar jelah aku”, kata Joey sambil mengutip majalah yang berselerak di lantai. Penyapu ditepi almari diambil lalu dia menyapu kaca yang bertaburan akibat daripada gelas yang pecah.

“kalau la orang tau kau ni seorang pengurus yang gila, apa yang kau akan buat?”,tanya Joey

“aku bunuh kau la!”, jawab Misha keras. “ape pasal pulak?”,

“sebab kau yang akan cakap kat orang..”, balas Misha. “jadi betul la kau gila ye?”, teka Joey

“balak aku mintak putus la...dia ada betina lain”, jawab Misha sambil menyapu air mata

“la… aku ni berkejar datang kat sini rupanya hal tu je? Aku ingat saham jatuh ke, kau kena pecat ke, kau nak batalkan kontrak ke..rupanya hal kecik ni je”,

“hal kecik kau kata? Hal kecik?! Dah setahun lebih kami sama-sama sampai dia naik pangkat dia lupa aku. Hal kecik?”, balas Misha keras.

“Misha.. kalau kau rasa tu la perkara paling teruk dalam hidup,ada lagi orang lain yang rasa benda lagi teruk dari kau rasa. Kalau kau rasa setahun tu cukup untuk kau kenal hati budi, cukup untuk kukuhkan ikatan hingga ke jinjang pelamin, takkan la ada yang dah 10 tahun bercinta pun last-last kawin dengan orang lain jugak. Ada sebab kenapa kau terputus dengan dia, dia senang-senang dapat cari orang lain masa dalam ikatan dengan kau. So mungkin dia boleh buat macam tu dekat pasangan dia sekarang ni”,

“tapi aku sayang dia ....”,

“sayang tak menjanjikan seseorang tu bahagia. Dah la Misha, bangunla dari mimpi dunia kau tu, banyak benda lagi kau kena buat..”, Joey memandang Misha.

Ketukkan pintu dari Danny,lalu Joey membukakan pintu. Danny meluru masuk mendapatkan Misha.

“maksu nangis? Tak cantik dah...”,kata Danny petah. Misha hanya tersenyum, lalu dia bangun dan mengambil tuala untuk mandi. Joey keluar dari bilik dan meminta diri untuk balik ke rumah.

Setiba dirumah dia segera ke tepi kolam renang, terasa hangat badannya lantas baju dibuka dan dia terjun ke kolam renang. Berenang sambil merehatkan minda, kelihatan ibu datang dengan  jus honeydew. Macam tau sahaja Joey sedang dahaga

“Joey..ada mesej ni ha”, kata ibu. “bukak la baca..”, balas Joey

“Misha..dia kata terima kasih”,

“owh...ok. kawan Joey tu..”, beritahu Joey. “menantu ke?”, agak ibu. Joey hanya membiarkan dan menyelam ke dasar kolam. Tenang dan dia duduk didasar.. Selamat…


*** 

Kerja di pejabat semuanya sudah siap, Alia sudah pun dijenguk. Terasa bosan menyelubungi Joey.

“Husna..takde keje ke untuk saya?”, tanya Joey kepada Husna melalui telefon

“aik! Pelik la..rajin je sehari dua ni. Takde.. Bos pun takda kalau saya nak mintak kerja untuk Joey”, kata Husna lalu Joey hanya mengeluh dan punat merah tidak lagi ditekan .

“bos takde..aku takde kerja..maksudnya boleh chow la..”, lalu Joey bangun dan keluar dari biliknya. “Husna, ada kecemasan kejap”, lalu dia pun berllau ke lif

“kecemasan la sangat…”, detik hatinya..

Joey memandu ke sebuah café berhadapan dengan sebuah institusi pengajian tinggi di Kota Bharu. Dia membuka laptop dan menghubungi USB.

“hantar kat aku gambar Syaz… cepat sikit”, kata Joey. Dalam 5 minit Joey mendapat sekeping gambar yang dikatakan Syaz. Dia meneliti beberapa minit dan menekan delete.

Dia melihat beberapa orang gadis keluar dari pintu IPT tersebut, dilihat satu persatu. Matanya merakam satu imej yang agak iras dengan gambar tadi, gadis berkenaan berjalan dalam kumpulan ke satu tempat. Mungkin untuk lunch. Lalu Joey menatap kembali skrin laptop, report harus dihantar kepada adiknya.

Diceritakan satu persatu watak yang ada dalam hidupnya sekarang cuma Joey tidak menyebut nama. Hanya nickname sahaja yang diletakkan. Sambil menunggu email dibalas, Joey menikmati lemon tea panas dan nasi goreng kampong.

“eyh,aku mintak nasi goreng belacan ke..asal rasa cam belacan..hurm layan jelah”, ngomel Joey. Dia tidak memilih dalam makanan, apa yang dihadapannya yang itulah dia akan makan. Tetapi mengikut kesesuaian keadaan juga.

Tiba-tiba adiknya menegurnya di Yahoo! Messenger, Joey tersenyum lalu hanya melayan adiknya itu.

“banyak betul manusia baru muncul..”, kata adiknya

“tu la..anugerah tu. Study macam mana?”, tanya Joey

“ehh apa dah sorang tu.. Si Tabah? Mai sini ahh..nak kenal”, pinta adiknya

“hello.. abang kamu belum “kiok” lagi sudah mau ambik ka? Rejected la tu punya request”, balas Joey

“webcam la..lama tak tengok muka..”, lalu adiknya mengaktifkan webcam dan invite Joey. Joey hanya menurut.

“hemsem la… bangga gila, untungla kan..”, kata adik Joey

“kurusnya..tak cukup makan ke?”, tanya Joey.

“ek eleh… orang puji dia kutuk lak.. merajuk karang”, ugut adiknya

“muka jambu je,patut la suka merajuk.. aww~”, kata Joey sambil mengangkat kening

Tidak lama selepas dia mengusik adiknya,adiknya terus memberhentikan webcam dan membalas “marajuk..bye!”,

Joey ketawa kecil, ragam adiknya tidak pernah berubah. Kena tunggu kawin barangkali baru berubah. Joey tidak memujuk, hanya membiarkan kerana dia tahu rajuk adiknya tidak lama.

Selepas membayar harga makanan, Joey melangkah ke kereta dan pulang ke rumah. Dia hanya memikirkan hari esok, apa yang akan ditempuhinya dan apa yang bakal terjadi dengan izin-Nya.




"merajuk? jangan lama-lama ye...", kata Abg Google.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers