Friday, July 29, 2011

D.U.A P.U.L.U.H L.A.P.A.N

“sayang….!!!!!!!!!!!”, lantas Joey terbangun dari tidur. Suara jeritan Sara terngiang-ngiang di telinga.

“astagfirullahalazim...”, kata Joey sambil meraut mukanya.

“mimpi lagi?”, ujar USB yang berda tidak jauh dari Joey.

“emm...”, jawab Joey bersahaja lalu berlalu mengambil wudhuk

“Joey.. kau tu pagi kerja sampai la malam. Hujung minggu pulak duk terperuk dalam mini lab kau tu. Hidup la Joey , hiduplah”,

“kenapa? Kau tengok aku dah mati?”,

“kau ni langsung tak fikir perasaan ibu kan? Joey, arwah Sara dah takde dekat 2 tahun dah. Sedar sikit”,

“diamlah kau!”, jerkah Joey. Dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi

“sampai bila kau nak macam ni. Aku nak kawan aku..ni bukan kawan aku. Kau pernah nasihat aku masa tunang aku meninggal. Dah la Joey.. aku tengok kau ni dah macam tak terurus sangat dah. Dengan tido dimeja , berserabai je. Dah la tu Joey, cukuplah..”,

Selepas kematian Sara, Joey tidak lagi mempedulikan hal lain. Yang dia tahu hanya kerja dan jika balik pun dia akan membuat kerjanya. Katil Joey seakan tidak terusik jika USB tidak datang tidur dirumahnya. Jika dahulu Sara akan menelefonnya setiap malam untuk menyuruhnya berhenti membuat kerja dan tidur diatas katil kerana Joey sering kerja lewat malam dan tertido di meja

Joey duduk bersendirian di mini lab miliknya. Bersebelahan dengan bilik tidur, sambil memikirkan kata-kata teman baiknya. “sampai bila aku nak macam ni? Sampai bila aku nak ibu dan babah risau? Sampai bila aku nak bagi kawan-kawan aku sedih? Sampai bila...”, hatinya berkecamuk. Dia serabut tanpa disedari meja yang penuh dengan cecair ditendang, habis semuanya jatuh! Pecah! Berselerak..

“kau pergi ambik wudhuk, solat sekarang.tenangkan sikit jiwa kau tu sebelum aku naik angin!”, suara USB tegas. Joey memandang USB, kelihatan USB sangat marah, matanya tajam memandang Joey. Lalu Joey bangun dan masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Selesai mandi, Joey berdiri dihadapan cermin besar di dalam bilik air. Memandang segenap inci mukanya. Kusam! Lalu dia mencapai shave cream lalu dan pencukur. Sudah lama dia tidak merapikan mukanya. Setelah selesai, dia mengambil pencuci muka dan mencuci mukanya yang kusam. Segar!!

Dia berjalan keluar dari bilik mandi dan mengenakan kain pelikat dan baju tee. Sejadah dihamparkan menghadap kiblat, lalu dia menunaikan solat hajat. Pada sujud yang terakhir, air matanya tidak putus-putus membasahi. Hatinya luluh.. “ aku rindu padaMu ya Allah…”,

Tangan ditadahkan, dia menunduk seakan malu. Seakan Allah S.W.T kini dihadapannya, sedang menatapnya. Joey menundukkan muka, dia lemah.

“ya Allah..ampunkan aku kerana terlalu mengagungkan cinta yang telah kau pinjamkan kepada aku. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah dan alpa. Tunjukkan aku jalan yang benar, permudahkan urusan aku. Rahmatilah hidup mereka yang menyayangi aku dan tempatkan mereka di kalangan mereka yang Kau cintai…”, doa yang tidak putus yang meniti dibibir Joey sebagaimana air mata Joey yang mencurah membasahi telapak tangan.

Joey bangun dan sejadah diletakkan di rak. Dia menuju kearah USB, USB memandang lalu cepat-cepat USB memeluk tubuh Joey.

“sabar Joey… sabar..jangan jatuh,kalau kau jatuh,aku akan tersungkur..”, ucap USB.

“terima kasih sebab ada dengan aku”, balas Joey. Ketukan pintu dari ibu meleraikan pelukan mereka. Joey menatap wajah ibu, pantas dia pergi mendapatkan ibu. Sudah lama wajah itu tidak dikucup. Dia memohon maaf kerana mengabaikan tugas sebagai seorang anak hampir 2 tahun. Babah menepuk bahunya lembut dari belakang, “kami sayang kamu nak..”…

“terima kasih ya Allah kerana hadirkan mereka...”,


*** 

“apesal korang tengok pelik?”, tanya Joey ketika masuk ke pejabat

“ni baru boss kami..!”,

“ada-ada jelah korang.. bodek ler teww..”, lalu Joey masuk ke biliknya. Harum.. segar..sesegar embun pagi. “ Husna, masuk jap”,

Selang beberapa minit , “ya boss..ada ape?”, tanya Husna. “apesal korang panggil boss? Meroyan la anak tekak saya.. ni ha, sape rajin sangat kemas bilik ni?”,

“saya just sapu habuk kat meja je. Yang lain-lain saya tak tahu la, saya tak buat ape-ape”,

“pelik… ok takpelah. Nanti bunga ni, tak payah letak takpe”, pinta Joey. Jika dahulu Sara yang akan selalu menukar bunga di meja Joey ketika dia datang ke pejabat Joey.

“bunga tu pun bukan saya....”, jawab Husna bersungguh-sungguh

“ye..akan saya cuba percaya..”, Joey mencebik. Lalu Husna keluar menyambung tugasnya..

“apa kerja aku nak buat ni?”, tanya Joey kepada dirinya. Lalu nombor ke bilik boss ditekan , “boss..morning.. ape kerja yang ada ni?”, tanya Joey. “Joey???”, panggil boss pelik. Nampak sangat Joey sudah lama tidak masuk pejabat.

“report takde? Kalau takde, u balik rest la Joey. Next week u masuk kerja balik”,

“biar betul ni boss..yahuuu. thanks, bai !”, lalu talian diputuskan. Sekarang syarikat itu seakan “milik mak bapak Joey” , kerana Joey masuk keluar macam hotel. Tetapi rakan sekerjanya seakan tahu yang Joey masih lagi tidak “center”.

Kereta memecut laju membelah jalan raya yang tidak sesak, mahu ke hospital tetapi USB menghantar mesej yang dia berada di pejabat papa.

“masuk Joey..”, kata USB ketika melihat Joey di depan pintu.

“aku lepak sini seminggu boleh. Next week baru masuk kerja”, kata Joey

“wahh..bagus la.kat sini banyak kerja. Kau tolong buat ye…”, ujar USB sambil meletakkan dokumen di hadapan Joey.

Asyik membuat kerja Joey tidak sedar waktu sudah menunjukkan pukul 2 petang. USB bangun untuk pergi ke surau. Selepas 20 minit USB masuk kembali kedalam pejabat.

“menakutkan la sorang pekerja tu, dia tengok aku..seram!”

“sape? Kau kan hensem...”,

“entah nama ape dah, muka macam Cina”,

“owh Iera..”,kata Joey

“kau kenal? Cun gak wehh..”, puji USB.

“kenal tapi lupa dah muka..adik kite tuh.muda sangat..”,

“ahh..lupekan..nanti ada dinner.kau join tak?”,

“kat mana?”,tanya Joey. “pantai...PCB”, balas USB. Joey memandang USB, “tak kot..”, Joey masih belum sedia untuk ke tempat yang banyak kenangan.


***


“November 2010”, kata Joey perlahan, lalu dia memandang calendar di biliknya “Disember 2008”, dia tersenyum. Lalu calendar tersebut diambil dan dironyokkan dan dilemparkan di bakul sampah.

Sudah hampir beberapa bulan Joey memulakan hidupnya yang baru. Kini kisahnya berkisarkan kisah cinta USB bersama Iera. Sungguh “sweet” dan aman. Tanpa ikatan “couple”, bagi USB biarlah bercinta selepas kawin. Joey hanya menurut kerana dia tahu USB ada sebab dan selalunya plan USB berjalan dengan lancarnya.

Bunyi pesanan ringkas dari telefon, “ade hal?aku nak jumpa sekarang.tempat biasa”,              Joey bersiap untuk berjumpa dengan USB. Mungkin ada ada hal penting untuk diberitahu. Segera dia ke kereta dan meuju ke destinasi. Setibanya di destinasi dia mencari USB, kelihatan USB sedang minum di meja belakang sekali.

“woit bro.. ape cer?”,

“ada masalah la..masalah!”, Joey melihat USB seakan serabut.

“apa masalahnya.cite satu..satu…”,

“tak dapat hubungi dia.. entah kemana”,

“parents tak bagi ke? Halangan keluarga?”,

“tak….. Joey boleh tolong aku?”, pinta USB

“kalau aku takde kat sini nanti, kau rajin-rajin la check email. Aku mungkin nak ke satu tempat. Aku akan email kau, aku nak kau tengok-tengokkan adik aku..”,

“adik kau? Kan parents kau ada”,

“adik lain la…tolong eh”,

“tapi kau nak pergi mana?”,tanya Joey inginkan kepastian

“satu tempat yang selamat.. tenangkan diri kot. Akan ada penyelesaian di sana mungkin”,

“ikut kau la USB.. aku tolong”,

“adik? Siapa?...”, Joey bertanya kepada dirinya sendiri... Menarik!




P/S : terlampau banyak skip! nak cepat~


Abg Google baru basuh muka

No comments:

Daisypath Anniversary tickers