Friday, July 29, 2011

D.U.A P.U.L.U.H T.U.J.U.H

“ala.. kita pergi la. Kejap pun jadilah. Please...”,

“u ni,bab merayu memang kalah la i. Ok kita pergi nanti”,

“nanti tu bila, lusa ok? “,

“ye ok..lusa...”, Joey mengalah dan sebaliknya bersetuju membawa Sara pergi ke kedai emas untuk menempah satu set barang kemas untuk kakak kepada Sara.

“tak sabarnya...”, kata Sara sambil membuat muka teruja.

Joey mengambil telefon lalu menghubungi USB tetapi tidak berjaya , lalu Joey membuat keputusan untuk menelefon ke hospital.

“Morning.. Boleh tolong sambungkan ke bilik Dr. Haiqal?”,

“maaf encik , Dr.Haiqal dalam dewan bedah. Ada apa-apa pesanan?”,

“owh macam tu, takpelah. Terima kasih.”, lalu talian diputuskan.

Sara entah kemana, mungkin sahaja dia bersama dengan ibu di taman. Lalu Joey mengambil laptopnya untuk mengirimkan “report mingguan” kepada adik angkatnya. Seperti selalunya, adik angkatnya tidak terkecuali. Laptop diambil dan diletakkan di atas paha, seperti kejutan elektrik Joey teringat bebelan Sara kepadanya disaat Joey meletakkan laptop diatas paha. Spontan mesej dihantar ke otak lalu tangan memberi respon dengan mengangkat laptop lalu diletakkan di atas meja kopi.

“tengok apa senyum-senyum ni?”, tegur Sara ketika Joey sedang menaip

“tak de ape la. Hantar khabar kat adik.”, jawab Joey kerana Sara sudah tahu tentang adik angkat Joey itu

“bila nak kenalkan dengan i? Takkan nak tunggu kawin kot..”,

“nantilah..tunggu masa yang sesuai”, kata Joey tanpa memandang Sara

“eiii.. geram tau kalau cakap dengan u. betul USB kata, kalau u tengah buat something untuk adik u..jangan la cakap dengan u, memang u tak layan..”, rajuk Sara

“merajuk ke? Takpe, u merajuk puas-puas dulu.. nanti I pujuk”,

“eii tolonglah. Dari merajuk dengan u, baik I merajuk dengan Ommy dan Oppy tau”,kata Sara. Ommy adalah kucing Parsi milik babah dan Oppy adalah hamster milik ibu.

“u letak level I bawah dari Ommy dan Oppy? Ish memang teruk la u..”, lantas Joey bangun lalu mengejar Sara. Sara yang terkejut lari mendapatkan ibu.
*** 


Panggilan dari papa USB menyuruh Joey datang dengan segera ke pejabat memang membuatkan Joey sedikit kelam kabut pada hari itu. Apa tidaknya, hari itu juga Joey harus menjalankan presentation bagi kajiannya dan Joey harus meyakinkan beberapa pelanggan tentang kajian tersebut. Setelah tamat dan keputusannya juga belum dapat sama ada client mahu mengadakan kontrak ataupun tidak, Joey terus bersiap untuk ke pejabat papa.

“assalamualaikum papa”, ucap Joey setibanya dia di bilik papa

“wasalam..masuk-masuk. Sibuk ke hari ni?”,

“sangat… nak nafas puas-puas pun tak sempat ni”, kata Joey. Lalu Joey menyedari papa melihatnya daripada tadi lagi. “papa tengok ape?”,tanya Joey

“la..kata tak sempat nafas puas-puas..nafas la dulu, papa tunggu ni”,

“papa..ade-ade je.. ok sambung, apa cerita panggil datang ni?”,

“papa nak Joey jadi wakil untuk majlis amal minggu depan. Pergi je dan bila sampai masa penderma dipanggil, Joey naik pentas dan bagi sumbangan la. Boleh?”,

“cop..cop..tak mau lah. Bab tu payah sikit. Kenapa tak suruh je USB? Dia kan doktor dikenali sikit. Joey ni… ape lah sangat”,

“tak de, boleh je nak suruh dia. Tapi Joey kan shareholder, so papa utamakan Joey dulu”,

“takpe-takpe, bagi kat USB. Joey lemah lah bab naik stage.. ade press”, kata Joey untuk melepaskan diri.

“ok la kalau macam tu. Ni dah lunch belum? Moh la kita sama-sama..”,

“belum lagi ni, boleh jugak..”

Joey lega apabila dia terlepas dari sesuatu yang diklasifikasikan sebagai “azab dunia”. Dari di bangku sekolah lagi Joey memang tidak suka naik ke stage, jika ada sahaja majlis penyampaian anugerah , mesti sahaja ada wakil yang mengambilnya untuk Joey. Tetapi jika untuk berpidato, itu tidak menjadi masalah.

“pelik-pelik la kau ni Joey”, kata Joey kepada dirinya sendiri sambil mengikut papa untuk makan tengahhari bersama. Kebetulan memang perut Joey sedang rancak berdendang, dari lagu dondang sayang telah bertukar kepada lagu rock.


*** 

Hari yang dinantikan oleh Sara telah tiba , lalu Joey pergi menjemputnya di rumah. Setibanya di rumah, Joey melihat Sara telah menunggunya di kerusi santai di dalam kawasan rumah. Tidak puas menatap Sara yang mengenakan baju kurung putih dan dihiasi dengan manik-manik berkilat berwarna merah jambu disertakan pula dengan tudung putih bercorak merah jambu abstrak.

“assalamualaikum..”,

“waalaikummusalam.. wah cerianya..”,

“mestilah, tak sabar nak pergi tempah barang kemas untuk kakak ni”,

“ok sebelum tu kita pergi jalan-jalan dulu, petang sikit baru kita pergi kedai emas. Ok?”, cadang Joey

“boleh je.. u, janga  la boros sangat nanti nak kawin takde duit”,

“i tahu..”, lalu Joey memecut laju keretanya untuk ke supermarket di ibu kota.

Hampir 30 minit mereka berjalan-jalan di dalam supermarket tersebut, namun hanya Joey yang berbelanja. Apabila Joey mahu membelikan sesuatu kepada Sara, dia menolaknya.

“laa…kenapa u ni? Beli la something..”, pujuk Joey

“belum ada yang berkenan la.. beg dah ada, kasut dah, baju banyak lagi..”,

“make-up?”, tanya Joey. Lalu Sara memandang Joey , “ada nampak I make-up?”, diratah segenap inci wajah Sara. Kesan bedak alas langsung tidak kelihatan, mascara pun tidak kerana bulu mata Sara sedia lentik dan tebal, pemerah pipi juga tiada. Hanya lip gloss yang menghiasi bibir Sara yang berwarna merah jambu. “urm..ada..lip gloss”,

“so u nak I beli make-up buat ape.. I tak make-up lah u”,

“so jom kita beli lip gloss”, ajak Joey

“eiii…taknak. Ada lagi la kat rumah…u.. jom la,pergi buat barang kemas”,

“itu dalam kepalanya ye.. ok la,jom”, lalu Sara beriringan dengan Joey untuk ke tempat parking kereta. Joey hanya tersenyum mengenangkan gelagat Sara. Sanggup tidak mahu membeli apa-apa kerana mahu cepat-cepat ke kedai emas.

Semasa memandu untuk mencari kedai emas milik bapa saudara USB, Joey memperlahankan kereta kerana dia sudah pening dengan jalan-jalan disini. Sudah dua kali Joey lalu di kawasan yang sama. Setelah hampir 30 minit mencari , Joey akhirnya melihat sign kedai tersebut. Lalu dia memberhentikan kereta diseberang jalan dihadapan kedai tersebut.

“sampai.. jom”,

“ok kejap..ok jom”, kata Sara ketika mencari design yang telah dia reka semalam.

Berjumpa dengan Pak Osman iaitu bapa saudara USB memang tidak salah lagi, rekaan barang kemas yang dihasilkan cukup standing dengan kedai-kedai emas yang dimiliki oleh peniaga berbangsa Cina. Malahan Pak Osman juga boleh dikatakan tukang emas yang akan sering dicari oleh sesiapa sahaja yang mahu membuat barang kemas.

“pakcik.. saya nak pakcik buat yang macam saya lukis ni boleh? Harganya tak kisah berapa, janji cantik”, kata Sara

“boleh..nak pakai cepat ke ni. Kalau tak lambat sikit sebab banyak lagi tempahan ni”, ujar Pak Osman

“takpe, bila-bila pun takpe. Tapi kalau boleh dalam tahun ni la. Dan satu lagi, saya nak tempah satu gelang tangan untuk saya dan satu untuk bayi”,

“bayi? Anak siapa?”, tanya Joey

“diam.. jangan sibuk.ni urusan ibu dan anak”, Sara tersenyum disertai dengan Joey.

Setelah berbincang dan membuat tempahan dengan Pak Osman, Sara dan Joey meminta diri untuk pulang. Semasa berjalan keluar , Pak Osman memanggil Joey kerana anak kunci kereta Joey tertinggal. Lalu Joey menyuruh Sara pergi dahulu dan Joey masuk ke dalam kedai Pak Osman.

“sayang…………..!!!!!!!!!!!”, jeritan Sara yang kuat memaksa kepala Joey berpaling serta merta. Sebuah motor dari belakang cuba meragut beg Sara. Lalu tubuh kecil Sara ditolak, sepantas kilat sebuah kereta dari arah belakang merempuh Sara. Sara terlambung dan terhempap jatuh kira-kira 3 meter dihadapan.

Joey berlari mendapatkan Sara, lalu tubuh kecil itu dirangkul kemas. Sekemas mungkin! Darah membasahi muka Sara dan kepala, darah merah pekat membuak-buak keluar melalui hidung dan mulut Sara.

“sayang.. sabar sayang..tunggu I, I call ambulans”,namun tangan Sara erat memegang Joey. Seakan-akan menahan sakit.

“jangan…pergi…”, suara Sara tersekat. Dia tersenyum memandang Joey. Wajah Joey disentuh.. sejuk!

“pakcik..tolong saya. Call ambulans cepat..cepat pakcik!”, kata Joey kepada Pak Osman.

“jangan risau.. I ok.. I datang balik nanti..”,

“shhh….tunggu. nothing will happen to you..shh…”, tubuh Sara dirangkul seerat mungkin. “ya Allah..tolong aku…”, ujar Joey, air mata membasahi pipi. “u…u…bangun sayang, ambulans sampai tu. U dengar kan..bangun sayang..”, Joey cuba mengejutkan Sara. Namun tiada Sara sudah tiada lagi, Sara sudah jauh meninggalkan Joey. Salah seorang jururawat yang turun dari ambulans dan memeriksa nadi. Joey manarik tangan Sara dari jururawat tersebut , “korang lambat.....”, ujar Joey. Tubuh Sara dipeluk dan dibelai, Joey mengharapkan ini satu mimpi. 

Hanya satu mimpi.............




No comments:

Daisypath Anniversary tickers