Tuesday, July 26, 2011

D.U.A P.U.L.U.H L.I.M.A

Hampir setengah jam menunggu di hadapan bangunan pejabat Sara, kelibat Sara tidak juga kelihatan. Lantas Joey keluar dari kereta dan menuju ke bangunan yang gah dihadapannya, kakinya dilangkahkan masuk kedalam lif dan butang bernombor 5 ditekan.

Sampai sahaja di pejabat Sara, Joey segera menuju kea rah seorang lelaki untuk bertanyakan hal Sara. Kelihatan lelaki tersebut sedang bercakap di telefon dengan seseorang dalam keadaan marah. Selepas lelaki tersebut selesai bercakap , Joey terus pergi kearahnya.

“assalamualaikum, tumpang tanya Sara dah keluar ke? Bilik dia yang mana satu ye?”,

Tanpa memandang muka Joey, lelaki tersebut menjawab “wasalam..entah pegi menyundal kat ne. cari la sendiri!”,

Joey terkesima dengan ayat lelaki itu, “kecik besar..kecik besar je aku tengok mamat ni”, getus hati Joey. Tidak lama kemudian Sara datang kearah Joey.

“Cik Sara, ni ade orang cari”, kata lelaki tersebut

“thanks Ali, ni tunang saya. Jom sayang, sorry ada hal tadi”, Sara berjalan mendahului Joey.

“bhai.. lain kali cakap dengan orang tu pakai adab. Kalau ada 10 client datang, konfirm kau kena buang bhai”, kata Joey sambil memandang tajam wajah lelaki tersebut. “satu lagi,jangan campur urusan personal dengan kerja. Tambahan sket untuk kau bhai..ayat kau tu cam ... ahh dah la,buang masa aku cakap ngn kau. GBU bhai!”, kata Joey sambil berlalu pergi dan melambai tangan. Wajah lelaki tadi kelihatan sedikit pucat.

“kenapa tu u? dia cakap apa kat u?”, tanya Sara

“takde apelah..lapar ni.. jom”, senyuman diberikan

Setelah selesai makan, Sara mengajak Joey menemaninya ke butik ibu. Katanya ada sesuatu untuk dibeli.

“u.. nanti I tinggal u kat butik. U balik rumah I dengan ibu ok? I nak jumpa kawan, boleh?”,

“boleh..boleh..ngee..”,

“awat wat muka bajet comel?”,

“eleh..dah memang comel pun..”, kata Sara

“ye? Bertuahnya i..kan u?”, pertanyaan Joey dibalas dengan jelingan tajam dari Sara. Joey tergelak kecil.

Sampai sahaja di butik ibu, Joey terus meninggalkan Sara untuk berjumpa dengan kawannya dan balik ke rumah.


*** 

“assalamualaikum..morning.bangun!!!!!”, Sara mengejut Joey melalui panggilan diawal pagi.

“shhh..turunkan sikit volume tu sayang.. bingit la..”,

“eii..jawab la salam!”,

“waalaikummusalam w.b.t …”,

“bagus! Bakal suami sape la ni. Bangun la u .. datang ambil i boleh? Nak pergi kerja dengan u”,

“rasanya tak boleh la u. I kena pergi Kuala Krai jap lagi , u pergi dengan cab or kawan u jelah. Petang nanti i ambik u ok..”, pinta Joey

“alaaaaaaaaaa.......”,

“u.....”,

“ape?!”,

“jangan la tarik muncung panjang sangat..”,

“kenapa? Tak boleh?”,

“boleh..tapi gerammm...grrr”, Joey ketawa kecil

“ok jumpa petang nanti,pastikan datang ye.bye!”, talian diputuskan..

“merajuk ke tu???”,tanya Joey dalam hati. Lantas dia bangun dan segera ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat Subuh dan e pejabat.

------- 

Jam menunjukkan pukul 5 petang, Joey turun ke tempat parking kereta untuk menjemput Sara. Janjinya akan sedaya upaya dilunasi , tidak mahu pula si puteri merajuk. Hanya bikin kerja Joey susah jika membuat masalah dengan si puteri. Walaupun tunangnya itu tidak banyak kerenah dan sangat memahami, Joey juga faham bahawa tunangnya itu juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang dari seseorang yang bakal bergelar suaminya.

“u.. I kat bawah ni. Turun la”, sabaik sahaja sampai Joey terus menelefon Sara.

“ok kejap..kejap je..tunggu ek”, talian diputuskan.

Sementara menunggu Sara turun, Joey mendengar lagu nasyid dari IKIM. Tempat duduk pemandu diturunkan sedikit, letih menyelinap ke segenap ruang tubuh Joey. Matanya sudah lali, 1..2..3... pejam..rapat!

Dalam tidur, Joey menghidu bau .. satu bau yang sangat lembut, bukan perfume.. mahu sahaja dia mencari bau tersebut, tetapi matanya malas untuk dibuka.

“u… mengantuk lagi? Meh I la drive”,

lantas Joey cepat-cepat membuka matanya, “ ibu!!!! Sape nih?!”,

“u! tunang sendiri pun tak kenal ke? Sampai hati...”,

“u...bertudung?”,

“ngeee... ok tak? Sesuai?”,

“erm... bukan sesuai..tapi”,

“tapi..tapi ape? Tak cantik ek?”,

“superb babe! Superb.. tercantik..terayu..ter...arghhh perfect!!!!”, kata Joey spontan dengan mata yang terpaku di wajah Sara. “Cantik...sangat cantik”, detik Joey dalam hati.

Sepanjang perjalan ke rumah, Joey curi-curi memandang Sara. Tidak puas matanya menatap wajah Sara. Ini adalah kali pertama melihat Sara bertudung semenjak mengenali Sara di bangku sekolah.

“u..hari ni hari apa dah?”, tiba-tiba Sara menanyakan Joey soalan.

“hari Isnin u..awat? ada temu janji?”,

“owh hari Isnin..takdelah”,

Setiba Joey di dalam rumah, ibu sibuk memasak di dapur. Luar dari kebiasaan kerana pada hari itu, lauk terlebih banyak pula. Selalunya ibu akan menyediakan 3 juadah sahaja. “mentang-mentang la menantu nak balik makan..hurm..”, kata hati Joey.

Ada beberapa dokumen harus disemak, lalu Joey membuat kerjanya di ruang tamu. Sambil menunggu ibu memasak dan Sara menyalin pakaian , lebih elok Joey menyiapkan tugasnya. Malam nanti bolehlah dia tidur awal.

“abang Joey ku sayang...jangan letak laptop atas paha..”, kata Sara sambil menarik laptop Joey

“laa..sat la.ish! kenapenye?”,

“i ada terbaca satu artikel ni. Katanya jika lelaki meletakkan laptop atas paha, nanti kesuburan sperma terjejas la.. kesian i nanti..”,

“owh..ekk? sayang jugak u kat sperma i ni yek”, kata Joey diiringi gelak

“sayang u lah! Tak senonoh!!!!”,

“malu konon..”, Joey mengerdipkan matanya.

Sedang mereka sedang bergurau senda, tiba-tiba kedengaran dari belakang suara ibu dan babah…

“Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan menantu kami Sara… Allah selamatkan kamu..”, pelukan diberikan kepada Sara dari ibu. Wajah Sara dikucup. Dan beberapa kotak hadiah dihulurkan.

“masya-Allah..aku lupa!”, getus hati Joey. Sara memandang Joey , “thanks u.. for the surprise party for me. Walaupun just family u, I suka”, kata Sara.

“erm..thanks kat ibu dan babah la. Sebenarnya I memang lupa yang hari ni ulang tahun u..sorry..”,

“ish takpe la.. tak penting pun kan”,

“tak la..penting. patut la u ubah diri u hari ni.cantik.. sayang,semoga hidupmu diberkati dan diredhai selalu ok. Nak hadiah tak?”,

“nak..ngeee”, =D

“tunggu kawin..”,

“ish teruk..”, muncung dipanjangkan sedepa.

“jom..makan dulu baru nak gaduh ke,berbaik ke”, sakat ibu.

“esok malam ada buat kenduri kesyukuran untuk Sara. So datang awal sikit esok ok”, kata babah.

“babah..susah-susah je..”, jawab Sara seakan sebak

“la..susah apa. U kan baby I jugak..kan u?”, sekali lagi Sara mencebik dan menghadiahkan jelingan kepada Joey.

“jangan jelling lama-lama u..panahan asmara tu…”, kata Joey dan diiringi ketawa kecil dari babah dan ibu.

“ya Allah..jika hidup lebih baik untuknya maka panjangkan umurnya ya Allah..tetapi jika hidup ini hanya membuatkan dirinya bertambah susah maka jemputlah dia menghadap-Mu ya Allah..kerana aku tidak sanggup melihat dia menderita didunia ini…”, …..



pinjam dari bini Abg Google

1 comment:

Zuemiey Khairuddin said...

"ya Allah..jika hidup lebih baik untuknya maka panjangkan umurnya ya Allah..tetapi jika hidup ini hanya membuatkan dirinya bertambah susah maka jemputlah dia menghadap-Mu ya Allah..kerana aku tidak sanggup melihat dia menderita didunia ini…"

terima kasih Ya Allah..mungkin ini yang terbaik =)