Sunday, July 10, 2011

D.U.A P.U.L.U.H .D.U.A


“masuk hospital mana? Bila?!”, tanya Joey cemas ketika Lucy menghubunginya dan memberitahu bahawa Sara telah dimasukkan ke hospital.

“KBMC. Semalam.. Joey sorry I tak..”, belum sempat Lucy menghabiskan kata-kata Joey telah mematikan talian dan segera bergegas ke hospital.

“Husna, cakap kat boss yang saya ada hal kecemasan. Semua meeting dan appointment untuk hari ni batal”, lalu Joey segera berlalu meninggalkan pembantu peribadinya.

Sepanjang perjalanan ke hospital, Joey tidak focus. Banyak kali juga Joey hampir-hampir melanggar belakang kereta di hadapan. Apa telah berlaku kepada Sara? Terukkah dia? Cedera dimana? Semuanya berlegar-legar di fikiran Joey. Sampai sahaja di hospital Joey bergegas masuk dan dia melihat Lucy sedang menunggunya di ruang menunggu. Lalu Lucy bangun dan menunjukkan bilik Sara. Selepas Joey masuk, Lucy meminta diri untuk pulang kerana dia perlu ke pejabat untuk meluluskan cuti Sara.

“What’s going on honey?”, tanya Joey lembut. Dia duduk ditepi Sara. Sara kelihatan lemah dan terdapat kesan calar di mukanya.

“tak kerja? Sorry menyusahkan. Jangan bagitau ibu...”, jawab Sara

“ kerja tapi skip lah. Apa jadi ni?”,

“ I geram dengan Robert. Semalam I ikut dia dari belakang, dia masuk kelab malam. Keluar je dah mabuk-mabuk , dah la ada sorang girl gedik sebelah dia. Ape lagi I pergi la nak marah, dia masuk kereta then terus chow. Masa tu le kereta dia terlanggar I “, jelas Sara

“apa kena dengan u ni hah?! Apa u kisah sangat pasal mamat tu? Biar jelah dia. Kalau u rasa Lucy tu baik, dia boleh cari lelaki yang lagi baik la. Just forget him!”,

“u marah i?”, lantas Sara menarik selimutnya dan menutup mukanya. Joey terdengar bunyi esakkan.

“tak.. i tak marah. I sayang sebab tu i tegur”,

“tu bukan tegur. Tu marah!”,

“kalau i yang buat macam tu kat u, u marah tak? I bukan apa, u lebih penting dari hal dunia yang lain. I nak jaga u , so u kena Bantu I untuk jaga u”, Joey menarik selimut yang menutup muka Sara. Kelihatan wajah Sara yang merah dan menahan tangisan. Sara terus menukar posisi pembaringan, lalu Joey dibelakangkannya. “ish merajuk pulak..”, kata Joey dalam hati.

“balik lah.. I nak gaduh sehari dengan u”,

“erkkk! Ada jugak macam tu???”,

“balik la….”,

“ye.. I balik. Jaga diri, nanti makan ubat tu. Assalamualaikum”,

“waalaikummussalam... eiiiii!!!”,

“kenapa?!”,

“jangan pergi la.. duduk!”,

“tadi suruh pergi.......”, Joey pelik. Mana satu betul.. lalu Joey mengambil majalah dan duduk di sofa dihadapan katil.

***

Sudah dua hari Sara keluar dari wad, kini Sara masih lagi bercuti. Oleh kerana prihatin, ibu menyuruh Sara untuk tinggal bersamanya. Dengan cara itu bolehlah ibu menjaga Sara, sedikit sebanyak boleh mengurangkan kesunyian ibu.

“erm.. ibu. Sara nak mandi tu. Ibu tolonglah, takkan Joey pulak”, Joey meminta tolong ibunya untuk membantu Sara. Dia segan untuk menyiapkan Sara, sedangkan tangan Sara tidak pernah disentuh inikan pula mahu memandikan Sara. Setakat mencuci luka, Joey mampu melakukannya.

Sementara ibu menyiapkan Sara, Joey turun ke dapur untuk menyediakan juadah untuk makan malam. Joey menggunakan sepenuhnya kepakaran memasak dan menyediakan juadah ala kadar tetapi berkhasiat untuk Sara. Selepas siap, Joey memanggil ibu dan Sara untuk turun makan. Oleh kerana tangan kanan Sara terseliuh maka Joey dengan rela hati menyuapkan makanan untuk Sara.

“nak guna sudu ke tangan?”, tanya Joey kepada Sara

“mana-mana pun takpe. Bukan saya nak gigit pun jari awak tu”,

“sudu la, takut mati pulak selera awk kalau saya guna tangan”,

“ikut awak lah, tangan awak tu kalah tangan perempuan”, perli Sara.

Setelah siap menjamu selera Joey membantu ibu mengamas dapur manakala Sara pula dibiarkan berehat di tepi kolam renang.

“tuan puteri... ni susu. Kasi tulang tu cepat baik”,

“kenyang lagi tuan putera.... mana awak dapat fakta yang kata susu boleh cepatkan tangan saya ni sembuh?”,

“fakta logik akal..”, kata-kata Joey disambut oleh tawa kecil Sara.

“baju kat bilik tu yang mana nak basuh letak tepi. Nanti saya ambil”,

“awak! Segan la.. eii. Nanti saya buat sendiri la”,

“awak kan sakit..”,

“setakat basuh dengan mesin tu OKU pun boleh lah..”, Sara ketawa lagi. Joey senang melihat Sara ceria sebegitu. Terasa segala beban kerja hilang untuk seketika. Lirikan mata Sara, hidungnya yang kecil tetapi mancung ditambah pula dengan seri lesung pipit membuatkan Joey terpana dengan keindahan ciptaan Allah.

“tengok ape?”,tanya Sara

“lesung pipit awak.. pinjam sat boleh?”,

“ni bukan lesung pipit, ni lesung batu!”, kata Sara sambil menggosok lesung pipit di pipinya dengan jari.

***

Sudah hampir seminggu Joey menghabiskan cuti tahunan untuk menemani Sara di rumah. Sekarang tibalah masa untuk Joey menghadap kembali kerja-kerja yang bertimbun. Begitu juga dengan Sara, tangan Sara sudah kembali pulih.

“tuan.. pagi ni tuan ada meeting dengan En. Razman dari Desa Maju dan petang ni meeting dengan Cik Sara”,

“dengan Sara pun awak masukkan dalam list jugak Husna?”,

“kan tuan pesan suruh saya take note. Tuan kan pelupa..”,

“amboi Husna.. ok, nanti ada apa-apa lagi awak inform ye..”,

“tuan, coffee or tea?”,

“erm........ awak bagi saya air jarang, letak lemon dan letak 3 ketul ais”,

“ehh tuan, ais pun kena kira ekk?”,

“eii banyak pulak soalnya. Nak buat tak? Karang saya buat sendiri”,

“ok..ok.. saya pergi buat”, kata Husna sambil ketawa. Joey memang bersikap sebegitu dengan teman sekerjanya semenjak Joey bertukar menjadi Joey yang baru. Kalau diingatkan dahulu, teman sekerjanya takut untuk bercakap dengan Joey kerana mereka berpendapat bahawa Joey sombong dan anak emas bos.

Deringan telefon membantutkan niat Joey untuk menghirup air yang telah dihantar oleh Husna sebentar tadi. Panggilan dari Sara , “ ada ape pulak kali ni?”, tanya Joey dalam hati.

“assalamualaikum.....”,

“waalaikummusalam..”, jawab Joey

“banyak kerja? Ingat ye u ada temu janji dengan i hari ni. Buat apa tu?”,

“mengalahkan client pulak u ni. Baru nak minum Lemon Ice tapi u kacau”,

“pagi-pagi Lemon Ice? Sarapan belum, nanti sakit pulak perut”,

“dah.. makan roti canai dengan kawan tadi. Nak cakap tu je?”,

“ye tau la tak bagi i kacau. Uhh! Bye!”, talian dimatikan

“lah...marajuk lagi..”, keluh Joey. Segera Joey bangun dan ke meja Husna. Husna sedang asyik memakai eye liner. Tidak sedar kehadiran Joey disitu.

“oii cik adik. Lawa dah, pecah cermin tu duk tenung lama-lama”,

“oii cik adik kau adik!!”, Husna melatah membuatkan Joey ketawa terbahak-bahak.

“cepat la make-up tu….”,

“siap tuan. Ada ape tuan?”,

“call Florist ni, tempah bunga ni and hantar kat sini. Kat kad pulak tulis macam ni”, kata Joey sambil menunjukkan stick note dengan jarinya.

***  

Jam menunjukkan pukul 3.55 petang , Joey bergegas ke tempat thumb print untuk keluar dan menjemput Sara kerana hari ini Joey kerja separuh hari. Joey memecut untuk menjemput tuan puteri kesayangannya itu, entah apa pula reaksi Sara kerana Joey terlewat untuk mengambilnya. Dari jauh kelihatan Sara berdiri di hadapan bangunan pejabatnya. “adoii.. muncung sedepa dah. Masak kau Joey”, kata Joey dalam hati.

“maaf terlambat tuan puteri.. patik terleka duk buat kerja tadi”, kata Joey ketika Sara masuk ke dalam kereta.

“thanks bunga dan coklat tu.. cantik…sedap.. so I dah maafkan la untuk kesalahan u pagi tadi. Tapi kesalahan sekarang ni tak maaf lagi”,

“coklat... Husna, pandai jugak kau ni”, kata Joey dalam hati. “sorry la,sorry ekk... sorry”, kata Joey sambil membuat muka bajet comel.

“tengoklah macam mana…”, Sara menurunkan sedikit tempat duduk. Kelihatan dia sangat penat. Sejenak selepas itu Sara tertido.

“drive nak kemana la aku ni”, kata Joey kepada dirinya..”pantai..”, seolah-olah ada satu lagi suara berkata-kata. Lalu Joey terus menukar haluannya dan terus ke pantai.

Sampai sahaja dipantai dia tidak mengejutkan Sara, dia hanya membiarkan Sara berehat di dalam kereta. Joey mengambil tempat di bawah pokok sambil memetik lembut tali-tali gitar... “my baby you.. are the reason i could fly...... ur the reason i feel so alive..”, “ahh nak nyanyi pun lirik tunggang terbalik.. kan best kalau USB ada..”, Joey bercakap sendirian.

“ouch!!!”, kedengaran suara Sara dari dalam kereta. Joey cepat-cepat bangun dan mendapatkan Sara.

“kenapa sayang?!”, tanya Joey cemas.

“sakit….perut…senggugut!”,

“owhh..ok..ok..kejap”, Joey membuka bonet kereta dan mengambil tuala. Lalu air panas yang tersedia di dalam bonet di tuang kedalam bekas. Joey membasahkan tuala tersebut dengan air panas dan dikeringkan sedikit.

“nah,tuam kat situ.. try kot-kot jadi”, tuala tersebut diberikan kepada Sara. Sara mengambil dan meletakkan di tempat tersebut. Hampir dua tiga kali juga proses yang sama berulang sehingga Sara tidak lagi sakit.

“thanks… pandai jugak u ni kan”, kata Sara ketika berjalan keluar dari kereta

“so? I dimaafkan?”,

“ermm.. I lapar la..”, Sara mengenyitkan mata.

“tau dah.. jom..”,

Hari-hari Joey tidak lekang dengan rajuk dan ragam Sara. Itulah pengikat dan kerana sabar Sara jugalah Joey berubah sedemikian rupa.

“terima kasih Ya Allah kerana hadiahkan aku seorang wanita sebegini. Dengan izin-Mu izinkan dia mendampingiku”, ucap Joey dalam hati.



No comments:

Daisypath Anniversary tickers