Semenjak bertunang dan rapat dengan tunangnya Sara, Joey kelihatan begitu bersemangat dan ceria. Paginya dikejutkan dengan panggilan dari Sara, petangnya dihiasi dengan ragam dan cerita-cerita Sara, dan malam juga diakhiri dengan panggilan telefon daripada Sara. “Joey sudah berubah” , kata teman-teman rapatnya. Tiada lagi makian untuk perempuan, tiada lagi pekikan suara untuk yang “slow”. Ini Joey musim baru, variasi baru , semangat baru. Segalanya baru... Cinta? Biarlah kekal satu, cinta padaNya.
“assalamualaikum...morning.kat mana?”, tanya Sara sejurus Joey menjawab panggilan telefon.
“waalaikummussalam.... dalam kereta. On my way ke tempat kerja. Kenapa?”,
“lunch nanti I temankan Lucy la. Dia dah clash dengan Robert. Ish teruk betul Robert tu...”, kata Sara, dia berang apabila mengetahui Robert mempunyai wanita lain.
“dah…dah… marahkan Robert, dengan I pulak u naikkan suara. Biarlah diorang..”,
“upss..sorry. kita jumpa malam nanti kat rumah u. Ibu suruh I masak”,
“ok,set!”, talian diputuskan. Joey suka Sara rapat dengan ibu. Sekurang-kurangnya ibu tidaklah sunyi. Kadangkala ibu lebih banyak luangkan masa bersama Sara berbanding Joey sendiri.
Setelah sampai dipejabat , Joey melihat ramai orang berkumpul di depan bilik majikannya. Joey tidak diberitahu tentang meeting atau apapun perjumpaan. Pelik~
“haa dah sampai pun hero kita”, majikan Joey datang kearah Joey dan memeluknya. Joey bertambah hairan.
“ada ape ni?”, tanya Joey dengan muka hairan
“pihak dari Jepun berpuas hati dengan presentation kamu. Jadi dia setuju tambah lagi produk dan panjangkan kontrak”,
“alhamdulillah.. jadi kami semua dapat bonus la ye”, kata-kata Joey disambut girang oleh teman-teman sepejabat.
“tahu la nak kawin... ok takpe,kita tengok keadaan pasal bonus tu. Nanti dah dekat tarikh kawin tu, inform saya. Ada sedikit sumbangan untuk kamu”,
“terima kasih bos”, seraya tangan majikannya dicapai dan digenggam. Joey segera ke biliknya untuk meneliti beberapa lagi report yang belum sempurna.
Joey tidak mahu kerja-kerja itu menimbun dan mengganggu cuti hujung minggunya kerana masih banyak lagi kerja yang perlu dia lakukan dihujung minggu. Sedang asyik meneliti, pembantu peribadi Joey masuk ke dalam bilik Joey.
“ada ape?”, tanya Joey tanpa memandang wajah p/a nya.
“saya dapat panggilan dari Cik Sara, dia kata dah banyak kali call tapi tak dijawab. Telefon ke bilik tuan pun tak dapat”,
“Cik Sara tu sape?”, tanya Joey lagi yang kelihatan tidak focus dengan kata-kata wanita tersebut
“bukan ke Cik Sara tu tunang tuan?”,
“hah!!”, segera Joey bangun dan mencari telefonnya. Wayar telefon dibiliknya tercabut, patutlah daripada tadi Joey tidak mendapat sebarang panggilan.
“tuan.. tu hp tuan”, jari wanita tersebut ditujukan ke arah timbunan kertas diatas meja Joey
“ok..ok.. awak boleh keluar.terima kasih”, lalu Joey menekan telefonnya. ““Silent mode”, patutlah....”
Jemari Joey ligat menekan nombor-nombor di keypad telefon , dia mahu menghubungi Sara kembali. Mungkin ada apa-apa yang terjadi atau yang penting. Joey bimbang...
“hello… ada ape?”, tanya Joey kepada Sara
“assalamualaikum....”,
“waalaikummussalam... ye ada ape call tadi?”,
“ni haa.... ee geram la Robert tu, dia marah Lucy!! Padahal Lucy yang patut marah... bla3”,
Joey tersandar di kerusi, “masya-Allah... ingat apa la tadi, rupanya nak cakap pasal ni?”, kata Joey ketika Sara sibuk bercerita.
“u.. dengar jelah ni. Robert.. bla3.....”, Sara menyambung ceritanya.
“ooooo....”,
“lepas tu i pun... bla3....”,
“ye?”,
“geram betul i, kalau i la...bla3”,
“pastu?”,
“hey....! u dengar tak ni? Eeee!!!!”,
“ok I faham u geram, I faham u marah… I faham sebab Lucy kawan baik u… u cerita la, I dengar”,
“dengar ape..oooo...ye... pastu... letih tau bercerita”, rajuk Sara
“eleh merajuk.. ye cerita la. I buat kerja sambil-sambil. Banyak lagi kerja ni”,
“stop la dulu kerja tu”,
“mana boleh, u nak masa kita honeymoon nanti bos i call suruh kita balik cepat. Nak?, tanya Joey
“tak mo…”,
“dah tu… ok cerita la, temankan I buat kerja”,
Sepanjang Joey membuat kerja, dia ditemani oleh Sara dan ceritanya. Ada sesekali Sara menegurnya , dan Joey dapat rasakan Sara memang geram. Joey hanya berfikir tentang masakan yang akan Sara masak pada malam ini. Apalah nasib perutnya nanti, makan masakan Sara dalam keadaan mood Sara sebegini..
***
“penatnya....”, terus Joey landing ke sofa. Selepas waktu pejabat, dia menjemput Sara dan membawa Sara ke supermarket untuk membeli barang dapur.
Sara terus ke dapur untuk meletakkan barang-barang dan masuk ke biliknya untuk solat Maghrib. Semenjak Sara datang ke rumahnya pada majlis beberapa bulan lepas, ibu terus menyediakan satu bilik kepada Sara. Dibilik itu dihiasi dengan warna-warna dan perabut yang menampakkan ciri-ciri keperempuanan. Semua tahu ibu tiada anak perempuan, oleh itu ibu melepaskan gian untuk menyediakan bilik dengan citarasanya untuk Sara.
Seusai Joey solat Maghrib’ dia turun ke dapur , kelihatan ibu dan babah di ruang tamu sambil menonton televisyen. Joey melihat Sara sibuk didapur.
“sibuknya dia…”, tegur Joey
“mana ada,nak tolong? I tak bagi ibu tolong tadi”,
“memang datang nak tolong pun. Masak ape?”,
“daging blackpepper sebab awak request, babah nak tomyam Thai yang pedas , ibu nak ayam goreng berempah. Then I add sayur goreng , dan I rebus brokoli , bendi , terung , dan jantung pisang. Ok?”, tanya Sara
“mak aihh… banyak sangat. Habis ke?”,
“buat banyak juadah tapi sikit-sikit. Untuk sekali makan aje”,
“ok, I tolong. Nanti Isya’ kita jemaah sama-sama dengan family I ok?”, tanya Joey sambil mengacau tomyam kesukaan babah.
Setelah semuanya siap , Joey menjemput babah dan ibu makan bersama. Juadah tersedia menaikkan lagi semangat babah untuk makan. Diselitkan sekali dengan Tomyam Thai yang pedas dan ulaman , memungkinkan babah menambah nasi pada malam ini.
“tak jadi diet malam ni”, kata babah sambil duduk
“alah abang ni, jarang-jarang menantu memasak ni. Makan jelah”,
Sara menyendukkan nasi ke pinggan babah dan ibu kemudiannya ke pinggan Joey. Lalu Joey mengambil senduk di tangan Sara lalu menyendukkan nasi ke pinggan Sara. Sara duduk ditepi Joey. Ibu meletakkan lauk ke pinggan babah begitu juga Sara meletakkan lauk ke pinggan Joey. Setelah siap makan , mereka berehat seketika dan seterusnya solat Isya’ berjemaah.
“nak balik tak?kalau nak balik,bersiap la. I nak keluar jugak lepas ni”, tanya Joey kepada Sara ketika dia sedang melipat sejadah.
“tak payah balik la,esok kan cuti. Kejap lagi Joey nak keluar, babah pun sama jugak.”, pinta ibu kepada Sara.
“babah nak kemana ibu?”, tanya Joey
“babah ke Kuala Krai, ada hal”,
“takpelah u, i tidur kat sini. Temankan ibu malam ni. u nak kemana?”,
“nak lepak kat Bistro je. Nak ikut? Ibu jom la”, ajak Joey
“tak de keje ibu nak pergi”, kata ibu.
“sayang, kak Normah call. Dia ajak ke rumah Mak Itam, ada hal penting katanya”, jerit babah dari tingkat bawah.
“habis tu Sara?”, tanya Sara
“Sara ikut Joey la. Ibu risau Sara sorang-sorang kat rumah”,
Kereta Joey memecut laju untuk ke Bistro, Sara ditepi diam sambil melayan lagu 70an. Sampai sahaja di bistro, kawan-kawan Joey yang lain sedang sibuk berborak.
“awalnya kau sampai”, perli seorang rakan
“sape kau angkut ni bro, dan-dan je ye”,
“kenalkan Sara tunang aku”, selepas Joey memperkenalkan Sara sebagai tunangnya, rakan-rakan Joey terus membetulkan posisi duduk dan memberi ruang kepada Joey untuk duduk bersama Sara.
Pada malam itu jugalah Sara berkenalan dengan kawan-kawan Joey yang lain sehingga lewat pagi. Sara sedikit pun tidak kekok untuk menjawab soalan cepu emas yang keluar bertubi-tubi dari mulut kawan-kawan Joey.
No comments:
Post a Comment