Bulan berganti bulan dan tahu juga telah terganti maka hari yang dinantikan telah hampir tiba. Beberapa jam lagi USB akan sampai dari Amerika , bercuti beberapa bulan di rumah dan menunggu masa untuk dipanggil bertugas.
“pejam celik dah habis kawan kita ni belajar kan”, kata Joey kepada Sara
“yelah..so pejam celik nanti dekat la kan majlis kita?”,
“majlis apa ni?”, Joey angkat kening
“ye la..orang tu dah tak nak kita kan …”,
“owh..tengah nak la ni. Boleh?”, sakat Joey
“tak senonoh....! Ish!!”, jawab Sara geram.
Menunggu di tempat menunggu, kelihatan kelibat keluarga USB . Datang untuk menjemput USB .
“assalamualaikum papa..”,
“wasalam.. lama dah sampai?”,tanya papa
“lama dah.. menunggu dia sampai jelah ni”,
“last Joey jumpa dia,macam mana keadaan dia?”, pada pendapat Joey mungkin papa risau dengan keadaan USB selepas kematian tunangnya.
“dia ok papa. Jangan risau”, senyuman dihadiahkan.
Hampir setengah jam menunggu, kelibat USB kelihatan. Dengan troli yang penuh dengan bagasi, menuju terus kearah keluarganya dan juga Joey.
“assalamualaikum!”, ucap USB ketika sampai
“wasalam..”, jawab papa. Lalu USB bersalaman dengan semua yang ada disitu
“apa khabar doctor?”, kata Joey lalu pelukan dihadiahkan
“ada-ada je kau ni..”,
“ok jom balik.. Joey,jemput ke rumah. Dinner kat sana ”,
“ok.. “,
***
“sayang!!!!!!!!!!”, suara bingit Sara kedengaran ketika Joey sedang tidur di sofa. Lantas Joey yang terkejut, bangun dari pembaringan.
“u….. maunya janda u ari ni jugak”,
“belum kawin lah..u...”,
“ye...”, jawab Joey malas. Matanya seakan tidak dapat dibuka lagi, mahunya dia menyambung tidur untuk beberapa jam.
“esok weekend kan ..jom la jalan-jalan”,
“nak pi mane? Malasnya..”,
“u ni kan ..nanti dah ada anak,malas lagi ke?”,
“ada anak lain,I jalan-jalan dengan anak. U duk rumah”,
“cehh!”,
Lalu Sara ke dapur untuk menolong ibu, seperti kebiasaan memang Sara akan datang ke rumah untuk menemani ibu. Walaupun Joey ada dirumah, ibu seperti tidak ada “modal” untuk memulakan bicara. Tetapi jika Sara ada, ada sahaja topik yang ingin dibualkan. “pilih bulu la ibu ni, padahal gred sama je”, getus hati Joey.
Lamunan Joey yang menembusi dinding terbantut takkala Sara keluar membawa sesuatu , lalu Sara duduk diatas sofa berhadapan dengan Joey. “blueberry cheese cake dan jus honeydew!”, detik hati Joey.
“terima kasih...”, baru sahaja Joey ingin mengambil kek tersebut, Sara dengan pantasnya mengambil kek lalu digunakan sudu kecil untuk menyuapkan kek tersebut. Joey melihat gelagat Sara sambil tersenyum kecil, kemudian Sara mengambil jus lalu dihirupnya. “mak aihh...mana untuk aku ni?”, kata Joey dalam hati
“u nak? Ambik sendiri kat dapur. Rajinkan diri angkat bontot tu pemalas...”, kata Sara
“wahh macam mana u tahu ni i pemalas? U membela ekk?”, kata-kata Joey hanya dibalas dengan jelingan dan kemudian Sara mencebik. Sungguh menggelikan hati, lalu Joey bangun untuk mengambil angin di tepi kolam.
Suasana petang yang redup, seredup mata Joey. Badannya begitu sakit sekali,bagaikan urat-urat membelit di seluruh saraf. Kerusi urut pun tidak boleh membantunya disaat ini. Sedang Joey sedang menggeliat membetulkan urat-urat yang belum degil, USB menelefonnya.
“buat ape tu?”, tanya USB . “takde buat ape pun,ambik angin petang. Taknak datang ke?”,
tanya Joey kepada USB ketika di talian.
“ada hal ke? Tengok la macam mana. Rajin aku sampai la. Ada nak pesan ape-ape ke?”,
“boleh pesan ke ni?”, tanya Joey girang
“emmm..jangan lebih-lebih pulak”,
“belikan aku durian belanda boleh? Kau cari la mana-mana. Kalau nak datang tu,jangan la buat-buat lupa pulak ole-ole dari Amerika”,
“yelah..yelah..ok la,aku nak mandi. See u!”, talian diputuskan.
Joey duduk menyandar di kerusi malas berhadapan dengan kolam renang. Tubuhnya rasa tidak selesa sekali.
“sayang… “, panggil Sara. Joey tidak menyahut malahan tidak pula dipandang. Matanya tertutup rapat. Serapat mungkin untuk menahan rasa sakit yang mencucuk-cucuk. Tiba-tiba terasa titikan air dimukanya. Lalu Joey membuka mata, tangan Sara betul-betul berada di hadapannya.
“u... i sakit badan la. Jap la nak rest jap”,
“sakit katne? Nak I urutkan?”,
“tak pe lah..”, Joey menolak pelawaan Sara. Bukan dia tidak mahu tetapi, haram tetap haram.
“ok.. tu kek dan jus. Saje je tadi..sorry ok”,
“tak layan…”, kata Joey sambil menyanyi perlahan
“jual mahal!”, lalu Sara berlalu masuk ke dalam rumah.
Selepas Isya’ USB sampai ke rumah Joey dengan membawa beberapa biji durian belanda dan juga ole-ole dari Amerika.
“lamanya tak datang sini. Tapi takde ape yang berubah pun”,
“tahu-tahu la ibu tu.. satu konsep akan kekal 5 tahun. So mana ada décor pun rumah ni”, balas Joey
“ada ape yang penting selain barang pesanan kau tu Joey?”, tanya USB
“urut aku.. seriously sakit sangat badan aku ni”, pinta Joey kerana dia tahu USB handal dalam urutan.
“urutan batin ke ape?”,
“ehh..badan la!”,
“jom la..”, panggil USB . “kemana?”,tanya Joey hairan
“takkan kau nak aku urut kat sini. Nak bukak baju depan Sara?”,
“takpe ke?”, ujar Joey kepada Sara.
“kalau I tergoda?”,tanya Sara kembali. “malam ni kita kawin. Lepas diurut”, lalu Joey mengerdipkan matanya.
“kalau kau nak kawin malam ni, baik tak payah aku urut. Biar Sara je urut..cepat lah”, lalu Joey membontoti USB masuk kedalam bilik.
***
Dua bulan berlalu, hari ini genap seminggu USB bertugas di salah sebuah hospital pakar di ibu kota. Jodohnya dengan USB masih panjang kerana USB ditempatkan di hospital pakar di negeri Kelantan.
Jam menunjukkan waktu makan tengah hari, lalu Joey meletakkan keretanya di hadapan hospital tersebut untuk mengajak USB makan bersamanya. Lalu Joey ke kaunter pertanyaan.
“tumpang tanya, Dr..U....”,
“doktor mana?”, tanya seorang jururawat berbangsa Cina
“Dr. Haiqal ada tak?”,
“ada, dia baru saja lepas rawat pesakit. Bilik dia hujung sekali”,kata jururawat tersebut ramah
“boleh masuk ke?”,
“boleh..dia free sekarang”,
“ok terima kasih”,lalu Joey berlalu pergi ke bilik USB
“assalamualaikum”,
“waalaikumusalam..”, jawab USB lalu mengankat kepala memandang Joey
“masuk-masuk..nak pergi makan ke?”,
“ye la,jom la. Tadi aku hampir-hampir sebut Dr. USB ..kalau la aku sebut USB , mau subuh tak jumpa doctor tu”, kata-kata Joey disambut ketawa oleh USB .
“kita makan kat Renaissance boleh? Nak jumpa papa la”, tanya USB
“mana-mana pun takpe.aku ok je”,
Sedang asyik memandu, Sara menghubungi Joey , “u kat mana? Lambatnya.. kata nak lunch sama-sama”, Joey memandang USB . Lalu USB menganggukkan kepala tanda faham. Kereta meluncur laju untuk menjemput si puteri…
p/s: tangan + otak kejang.. kenangan bermain dimata tanpa datangnya idea untuk dihurai dengan perkataan.
![]() |
Dr.Google |
No comments:
Post a Comment