Tuesday, July 12, 2011

D.U.A P.U.L.U.H T.I.G.A

“ u wajar tak I beli rumah kat sini? Or u nanti nak pindah jugak kerja kat lain?”, tanya Sara kepada Joey.

“apesal ayat skema je. Lupa awak kan budak skema dulu..”, Joey ketawa

“eii, rumah la..rumah.. skema lak”,

“jangan la marah, I ni kan cita-cita la ni kan..nak kerja kat negara orang la. Tapi ok je kalau u nak beli rumah. Investment yang berbaloi dan asset kekal.”,

“kerja overseas? Nak tinggal I sorang-sorang sini? Eii teruk betul dia ni”,

“I angkut u sekali lah”,

Nampaknya Sara sudah mula membuat perangcangan masa hadapan fikir Joey semasa sedang memandu untuk menghantar Sara ke tempat kerja.

“u esok i kena gerak awal, kalau u nak pergi dengan i , 6.45 pagi kita gerak”, kata Joey kepada Sara.

“awalnya.. kereta i kawan i ambik. Memang u kena hantar i la. Punch card pukul 8 pagi, pergi 6.45 pagi..alaa..hurm ok lah”, kata Sara ketika hendak turun kereta.

“ok Assalamualaikum”, lalu Joey berlalu untuk ke pejabat

Pagi ini Joey harus ke syarikat papa USB kerana ada beberapa hal yang perlu dibuat. Walaupun Joey seorang saintis tetapi dia ada membuat beberapa bisnes dan merupakan shareholder kepada syarikat papa USB.

“morning papa, assalamualaikum”, ucap Joey ketika masuk ke bilik papa

“waalaikummussalam.. payah betul nak jumpa. Sibuk sangat ke?”,

“ada la sikit papa. Ada apa nak jumpa ni?”,

“nah dokumen ni, ambik balik baca. Baru sign. Papa nak kerjasama dengan syarikat yang tercatat dalam tu, so kena mintak persetujuan ahli lembaga pengarah dulu”,

“laa.. Joey ikut je papa. Lagipun setakat shareholder je”,

“shareholder tu yang penting. Iera masuk pejabat papa sekejap, sebelum tu ambilkan dokumen rumah anak yatim Selangor”, kata papa kepada pembantunya.

Papa memang membahasakan dirinya papa kepada semua pekerja, dia amat lemah lembut tetapi pantang dicabar. Tidak sampai 5 minit seorang gadis yang dipanggil Iera masuk ke pejabat papa.

“ini dokumennye papa”, sambil meletakkan dokumen tersebut diatas meja.

“ok terima kasih. Kenalkan Joey salah seorang shareholder”, kata papa. Joey memandang gadis tersebut, dia hanya senyum dan menganggukkan kepala. Tidak seperti gadis lain yang dikenalinya, cepat sahaja tangan dihulurkan. Joey tidak menghulurkan tangan kerana dia teringat apa yang dibacanya di dalam buku, seorang lelaki harus menunggu wanita menghulurkan tangan untuk bersalam dahulu. Jika wanita tersebut tidak menghulurkan maka pandang dan senyum tanda kita memahami situasi tersebut.

“Islamik barangkali”, getus hati Joey ketika melihat gadis bernama Iera. Pemakaiannya menampakkan dirinya berkaliber tetapi masih feminine dan menutup aurat.

“ni Iera pembantu papa, gantikan Eja. Cuti bersalin, 2 bulan lagi baru masuk”, kata papa ketika Joey memandang Iera. Lalu Iera meminta diri untuk keluar untuk meneruskan pekerjaannya.

“muaalaf ke papa?”, tanya Joey kepada papa kerana muka Iera tidak seperti Melayu

“not pure Malay la tapi muslim dari asal”,

“cantik..”,

“tengok la siapa pilih”,

“ai papa, jangan menggatal. Bagitahu mama baru padan muka. Buat jadi menantu la”,

“Joey rasa umur dia berapa tu?”,

“dia tu..tengok gaya macam 20an”,

“18 ye.. pemakaian yang menampakkan dia jauh lebih matang dari usia. Pekerja yang bagus dan jujur”, puji papa kepada Iera.

*** 

Hujung minggu hanya dihabiskan dengan berehat dirumah. Lenguh badan tak terkata, terasa urat-urat menjerit minta diurut. Kerusi urut tidak memberi kepuasan kepada Joey, mahu ke rumah Pak Da yang merupakan tukang urut lelaki pula jauh. Hanya Pak Da yang boleh mengurutnya kerana Joey akan meremang apabila orang lain menyentuhnya untuk diurut. Isteri? Itu lain pula ceritanya..

“chakk!”,

“ish!”, Joey geram kerana Sara tiba-tiba mengejutkannya dari belakang.

“terkejut pakcik? Nah tengok ni i bawa apa”,

“puding .... yummy, lapar la pula rasa”,

“ish jangan la sentuh macam tu. Jap i letak dalam pinggan”, kata Sara ketika Joey mahu mencubit sedikit puding tersebut. Lalu Sara berlalu ke dapur untuk menghidangkan puding tersebut. Tidak lama selepas itu Sara datang bersama air minuman, ibu membontoti Sara dari belakang.

“perfect! Nikmat betul kena layan macam ni”, Joey bangun dari kerusi malas dan duduk di ruang santai bersebelahan kolam.

“u..ni detail pasal rumah yang i nak beli tu”,

“wow.. nice choice. Banglo 2 tingkat setengah , dengan laman luas.. harga?”,

“RM300k but bila dah tengok and cakap-cakap dengan tuan rumah dia bagi RM280k, rumah sekali dengan tanah. Area bandar pulak tu, I dah tengok rumah tu cantik sangat! amacam?”,

“not bad.. tak dapat dah harga ni dalam masa 2 or 3 tahun lagi. Harga akan naik..”,

“boleh la ni?”,

“boleh. Nak I tolong?”,

“owh tak payah… ni asset I so I urus. Yang harta sepencarian tu cerita bab lain”,

“bagus la dah ada plan macam ni”, celah ibu sambil melihat plan rumah

“bila nak confirmkan ni?”, tanya Joey

“A.S.A.P “,

“i nak ikut”, pinta Joey.

***

Joey terpaksa ke Cameron Highlands untuk menghadiri seminar selama 3 hari 2 malam. Oleh kerana cuti tahunan Sara masih banyak, Sara memohon cuti untuk mengikuti Joey ke sana. Sampai sahaja di sana Joey menempah 2 bilik bersebelahan di Hotel Rossa Pasadena. Sara kelihatan sangat gembira kerana Joey membenarkannya untuk pergi dan juga atas kebenaran ibu dan babah. Cuma ibu berpesan supaya menjaga batas walaupun mereka telah bertunang.

“nanti nak turun makan or nak makan kat bilik?”, tanya Sara ketika mereka masuk ke bilik. Oleh kerana bilik mereka bersebelahan maka pintu penghubung antara bilik mereka dibuka dan dikunci oleh Sara ketika hendak tidur.

“I letih la drive tadi. U tempah n u hidang nanti siap call i. nak tidur kejap”, jawab Joey dengan muka keletihan.

Selepas Joey menukar pakaian, Joey meletakkan kepala di bantal. Tidak lama kemudian Joey terlena kerana terlampau letih. Dia tidak membenarkan Sara memandu kerana jalan berliku-liku.

“adeih.. lapar la pulak. Pukul berapa dah ni”, sambil mengesat matanya. Lalu dia membuka pintu penghubung antara biliknya dengan bilik Sara. Tidak ada kelibat Sara disitu, bilik Sara hanya diterangi oleh lampu tidur. Joey mencari Sara sambil melihat kiranya makanan yang ditempah sudah siap.

Joey terdengar pancuran air dari bilik mandi tetapi tidak pula terdengar bunyi suara Sara. Pintu bilik air tidak ditutup rapat, melalui celah daun pintu Joey melihat Sara sedang berendam di dalam tub. Tidak lama kemudian Sara bangun untuk membersihkan diri dari buih-buih sabun. Hanya memakai kain basahan yang sedikit jarang! Joey berundur dan duduk di sofa, jantingnya berdegup kencang. Sekencang lajunya larian si kuda, dia terpana dengan sesusuk tubuh itu.

Tidak lama kemudian Sara keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala. Joey bangun dan merapati Sara, rambut Sara diusap lembut kemudian jari Joey menyentuh lembut leher Sara. Joey merapati tubuh Sara, dan kini nafas mereka bersatu. Joey dapat merasakan nafas Sara, lekuk tubuh Sara dan juga degupan jantung Sara. sedikit demi sedikit bibir Joey mendekati leher Sara.. Sara kaku tanpa berkata apa.

“solat...pukul berapa dah ni”, suara Sara dengan pitching yang tinggi membingitkan suasana. Disertai dengan paluan dengan bantal di badan Joey.

“ish.. baru je nak mula!”, kata Joey sambil tersenyum dan kesal dengan mimpinya tadi.

“mula apa? Hah? Mula ape...”, dihempuknya lagi badan Joey dengan bantal

“takde apa. Lapar...”,

“pergi solat, i dah tempah makanan. 30 minit lagi sampai.. sempat la u mandi”,

“u dah mandi?”,

“dah...”, kata Sara

“patut la wangi...”, kata Joey sambil membuat aksi sedang mencium bau

“cepat!!!”,

“yeye….keluar la dulu. Ke nak tengok I salin baju?”, usik Joey

“takde makna..”, lalu Sara berlalu pergi dan menutup pintu.

Seusai solat Maghrib, Joey ke bilik Sara untuk mengisi perut. Kerana pada pukul 9 malam nanti seminar akan bermula.

“lapar....”,

“ye.. jom makan.sini..sini”, panggil Sara

“bestnya..”, sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut.

“doa…..”, kata Sara dengan wajah numb

“ngee...ok”, Joey membaca doa makan dan diaminnkan oleh Sara.

Selepas makan Joey bersiap untuk ke dewan, “u,kunci la pintu tengah ni. I balik lambat sikit. U jangan merayau pulak, duduk dalam bilik dan rest je”, kata Joey

“kunci nanti u balik la”,

“kunci terus la,nanti i balik i call untuk inform i ada dalam bilik. I pergi dulu. Pintu ditutup”, Joey terus ke dewan kerana tidak mahu terlewat.

***  

Permintaan Sara untuk ke ladang bunga di tanah tinggi harus dipenuhi, oleh itu selepas seminar tamat pada pagi itu dan akan disambung pula pada sebelah malam, Joey mengambil masa untuk membawa Sara keluar melihat keindahan ciptaan Allah. Dari ladang strawberi ke ladang bunga. Sara hanya membeli barang untuk dibawa balik ke bilik. Untuk dibawa pulang, Joey berjanji untuk pergi semula ketika hari terakhir mereka disana iaitu dua hari lagi.

“kak, kasi strawberi 3 kotak”,

“ok siap..”, kakak di tempat pembungkusan strawberi memberikan 3 kotak strawberi kepada Joey.

“nak cecah coklat.. mana ekk coklat tu?”, tanya Sara

“kat dalam tu.. jom”, Joey menemani Sara masuk ke ruang dalam kedai tersebut.

“ok dah, i nak bayar. U tunggu kat luar ok”, lalu Sara mengambil kotak ditangan Joey dan Joey menunggu Sara di luar kedai.

“Joey?”,tegur seorang perempuan

“Saf…hey..”, kenalan sewaktu belajar dahulu. Safiyya tetapi Joey hanya memanggilnya Saf.

“buat apa kat sini?”, tanya Saf

“ada seminar.. u?”,

“I datang release tension je dengan sepupu-sepupu i.ha tu pun diorang”, sambil menunjuk kearah beberapa orang perempuan. “u duduk kat mana kat sini?”,

“kat Pasadena”, Joey hanya menyebut Pasadena kerana disana terdapat beberapa Hotel Rossa Pasadena

“ehh i pula sewa apartment tepi Hotel tu jugak. Tapi u duduk tu hotel mana satu?”, tanya Saf

“sayang.. jom. Siap dah”, tiba-tiba Sara muncul

“dah? Ok, nak kemana pulak?”,

“siapa tu?”, tanya Saf

“sorry lupa kenalkan, ni Sara. Tunang i. Sayang ni Safiyya, kawan masa kat Uni”, Sara berjabat tangan dengan Saf

“dah bertunang...”, kata Saf

“ok la Saf, kitorang gerak dulu. Takut Sara penat pulak round lama-lama. Jumpa lagi la nanti ye”, Joey berjalan seiringan dengan Sara menuju ke kereta.

“sayang, kemana lagi kita ni?”,

“ladang teh boleh?”, tanya Sara

“as u wish baby..”, senyum Joey terukir. Apa sahaja pinta Sara akan dituruti asalkan Sara bahagia disisinya. 





No comments:

Daisypath Anniversary tickers