Thursday, July 21, 2011

D.U.A P.U.L.U.H E.M.P.A.T

Jari jemari yang kejang perlu direnggangkan kembali, lalu laptop dibuka dan dokumen berkaitan dicari. Entah terselit dimana dokumen tersebut, apapun kerjanya harus disiapkan segera dan dihantar. Orang atasan sudah mula “buka mulut”.

“bila penerbit nak?”,tanya ibu

“minggu depan..”,

“tu la,kan dah stress. Dah-dah la buat kerja luar tu , fokus satu kerja je”, tegur ibu kerana selain daripada kerja yang pertama Joey juga seorang penulis buku.

“cari rezeki lebih ibu….dah-dah ibu diam…relax je”, sambil Joey mencebik

Matanya kembali menatap skrin laptop, bebelan ibu tidak dilayan. Telinga dipekakkan seketika, untuk menyiapkan kerjanya, mood harus stabil dan idea harus ada. Sedang asyik menulis panggilan dari USb mencuri tumpuan..

“waalaikummusalam..”,jawab Joey

“Joey… tunang aku meninggal. Kemalangan balik dari kuliah lepas Jumaat”,

“masya-Allah…innalillah..takziah. kau ok?”,

“alhamdulillah…aku akan bertolak ke Jordan. Jenazah kebumi kat sana”,

“kau perlu aku kat sana?”,

“tak perlu..Cuma aku perlukan kau kat Amerika. Temankan aku..”,

Joey sebak mendengar suara USB yang kian “mendung”, tinggal setahun lagi USB akan tamat belajar dan berkahwin. Joey pasrah…

“Joey,aku letak dulu. Panjang umur jumpa lagi… “, talian diputuskan.

“ehh…”,ucap Joey tetapi USB telah memutuskan talian. Joey memahami apa yang USB rasa pada ketika ini. Dia membiarkan USB lalu dia menghubungi Sara..

“assalamualaikum. Buat apa?”,

“waalaikummusalam.. rest je. Kenapa?”,

“minggu depan kita ke Amerika”,

“what?but why?”, tanya Sara. Lalu Joey menceritakan hal yang terjadi

*** 
Sampai sahaja di lapangan terbang DMWC , kelibat USB dicari. Anak mata meliar mencari ke seluruh ruang menunggu. Sara berada di belakang sambil menarik beg , ibu tidak dapat ikut kerana babah balik ke rumah pada minggu ini.

“assalamualaikum”, tegur satu suara dari belakang

Joey memalingkan badan dan melihat sesusuk tubuh yang amat disayanginya. USB! Berjambang macam tidak terurus. Lantas pelukan diberikan untuk sahabat baiknya.

“waalaikummusalam..”, diucapkan ke telinga USB, air mata bercucuran.

Sepanjang perjalanan dari lapangan terbang hingga ke rumah sewanya, USB kurang bercakap. Joey fahami begitu juga Sara, tetapi USB sedaya upaya menceriakan dirinya tetapi itu dapat dihidu oleh Joey.

Sampai sahaja di rumah, USB menunjukkan bilik kepada Sara dan Joey duduk sebilik dengan USB. Joey meminta cuti selama dua minggu untuk menemani USB.

“kau tak nak balik Malaysia? Tenangkan fikiran”,tanya Joey sewaktu mereka baring di tilam memandang langit yang terbentang luas ketika lepak di loteng.

“aku nak habiskan study, sikit je lagi. Lepas tu baru aku balik”,

“parents kau tahu pasal ni?”, Joey sekadar bertanya untuk memecah kesunyian malam. “tahu cuma tak dapat datang ke sini. Mereka ziarah parents arwah kat sana je”, jawab USB.

“parents dia tak datang masa kebumi?”, tanya Joey pelik

“datang..lepas kebumi terus balik”, lalu USB kembali diam. Diam seribu bahasa…

“kau jangan macam ni. Kawan aku kuat, kau kena terus hidup. Yang pergi biarkan”,

“aku harap dia syahid..”,

“insya-Allah…”,kata Joey.

*** 

Sepanjang berada di Amerika, Joey serba sedikit mengubah cara USB dan juga diri USB. Bagi Joey, USB bukan seorang lelaki yang kusut masai, berjambang , tak terurus. Joey mahu USB yang lama, yang ceria dan aktif.

Hari berganti hari, USB mula menunjukkan perubahan. Kini kelas tidak lagi diponteng malah sudah mula bangun malam untuk Tahajjud dan revision.

“ni la kawan aku..waa rindu”, tubuh USB dipeluk kemas sambil Joey ketawa dan disambung dengan ketawa kecil dari USB

“hidup kena teruskan. Dia pun mesti nak aku berjaya”,

“welcome home bro...”, bahu USB ditepuk lembut.

“haa…dah2..breakfast mai. Makan dulu baru study ye”, Sara menyapa lembut sambil menghidangkan sarapan pagi.

“lepas ni korang nak kemana? Aku ada kelas”,

“takpe, kami nak round-round dulu then balik masak untuk kau.”,

“jangan notty-notty kat rumah aku sudah”,

“agak-agak la..kalau aku macam tu,dah lama aku “ngap” budak tu”, kata-kata Joey disambut dengan gelakkan dari USB.

Sementara menunggu Sara bersiap, Joey hanya duduk di kerusi dan menunggu Sara. “mak aihh..lama betul”, kata Joey dalam hati. Tidak lama kemudian Sara keluar dan menatap mukanya di cermin dinding.

“lawa dah..pecah cermin tu nanti. Dah jom”,

“jangan marah....”, kata Sara sambil tersenyum

‘tak marah...sayang la”,

“u.. i nak tanya ni”,

“apa”, Joey pelik. Dalam banyak-banyak masa, ketika ini juga timbul idea untuk Sara menanyakan soalan.

“erm... u akan jadi down macam USB jugak ke kalau i pun takde nanti?”,

“u nak kemana?”, tanya Joey

“erm…..”, belum sempat Sara menghabiskan ayat Joey mencelah. “takyah mengarut, dah jom”.



Google mali..

2 comments:

CikAizA said...

hahah.. jalan cerita yang menarik...
,amusia sering kali leka dibuai perasaan.. benda yang remeh diperbesarkan.. walaupapun yang terjadi x kira baik atau buruk.. redhalah kepadaNYA.. kerana setiap kejadian di langit dan di bumi DIA penciptanya..

Shila said...

USB, aku single lagi ni..

weyh..

ada unsur2 cerita betul tak ni???

Daisypath Anniversary tickers