Saturday, February 26, 2011

T.U.J.U.H

"hujan rintik-rintik air bergelombang, emak bagi sposen,ayah bagi sposen.. pegi skolah cikgu bagi latihan,aku buat cikgu tanda bintang....." ...

"lagu ape tu?",tanya USB

"nth,lagu masa tadika kot",sambil ketawa kecil.

teringat lagi ketika menyanyikan lagu tersebut bersama kawan-kawan sambil membuat pergerakan yang "comel", alangkah indahnya jika waktu boleh diundurkan semula.

"nah! ambik balik hadiah-hadiah ni",lantas kenangan yang sedang dimainkan di depan mata Joey hilang. kotak hadiah diletakkan diatas meja Joey dengan kuat.

"ape ni..ikhlas la.ambik ar"

"macam la saya tak tahu awak bagi ni sebab nak rasuah saya kan?",kata Ila

"rasuah ape benda pulak?mengarut jelah awak ni"

"rasuah la,macam la anak buah saya tak report kat saya yang awak tu hantar buku lewat,denda tak bayar,ada lagi buku yang awak pinjam tak hantar.ingat saya tak tahu?so ambik balik hadiah ni,langsaikan hutang awak tu.no excuse!"

"hek elah minah ni.....takde motif la bagi hadiah ni sebab nak rasuah.saya ni bukan jenis campur aduk hal personal dengan hal umum macam "pustaka puaka" awak tu. ade saya kisah awak ni pengawas pustaka ke ape ke?"

"ahh,tu awak punya pasal la.tak main la hadiah-hadiah tanpa sebab ni.donut tu kawan dah makan so tak leh nak kasi balik",

"awak..kalau taknak hadiah tu,awak bagi jelah kat sape-sape.kalau nak buang,pastikan jangan depan mata saya.saya tak ambik barang yang saya dah bagi.lagipun hadiah tu tanda trimas sebab awak sediakan sarapan saya setiap pagi dan birthday awak pun minggu lepas kan? so tu merangkumi semua la",jawab Joey tenang lalu berlalu ke lab.

"err...eh awak..",Ila memerhati Joey pergi diikuti dengan USB

***

sudah setengah jam Joey menunggu Pak Lang datang menjemputnya di stesen bas.minggu tersebut merupakan minggu dimana para pelajar diberikan cuti selama dua minggu kerana perayaan dan cuti peristiwa.

"maaf,Pak Lang lambat.tak sedar Joey hantar sms",sambil mengangkat bagasi Joey ke bonet kereta

"ibu ada kat rumah?lapar lah",

"bukan setakat ibu je Joey,baba dan atuk kamu pun ada"

"wah,best la macam ni.."

Pak Lang sudah lama bekerja dengan keluarga Joey.sejak mereka berpindah ke Malaysia,Pak Lang memang ditugaskan untuk menjaga dan mengawasi kemana Joey pergi. oleh sebab itu Joey akrab dengan Pak Lang dan akan menceritakan apa sahaja kepadanya.

"assalamualaikum..... Joey dah pulang ibu masak sup,mudah saja guna tumix,kacau sebati ayam goreng pun ada,owhh ni sebab la...Joey sayang semua!!",dia menghampiri ibunya dengan menyanyikan lagu ala cucur adabi.

"sayang ibu dah balik..kurus dah",lantas pipi anak terunanya dikucup berkali-kali

"baba,sihat? atuk...hye..",dicium tangan baba dan atuknya.

"anak baba macam mana?sihat?study ok?",

"abang pun..anak baru je balik.bagi la dia tukar baju,mandi.nanti tanya la",keluh ibu Joey

"sokei ibu..ok je baba",lantas senyuman dilemparkan. Joey terus naik ke tingkat atas.

***

setelah beberapa hari berada dirumah,Joey teringat kepada kawan-kawannya. alangkah gembiranya jika dia mempunyai ramai adik-beradik,mesti rumah yang sunyi menjadi riuh.Joey amat gembira apabila sanak saudara datang bermalam dirumahnya.dengan ada yang sedang berbual,kanak-kanak berlari di laman,ada pula yang berjam-jam berendam di kolam renang.

"Joey,malam nanti kawan mama datang dinner kat sini.dia dengan family dia la.tolong mama kat dapur nanti boleh?"

"tolong kat dapur? pelik je ibu ni,banyak-banyak tempat dapur juga sasaran ibu.yelah nanti Joey tolong ye...kawan ibu yang mana satu ni?

"ala...Datin Maria la.Joey kenal kan,anak dia tu belajar tempat Joey la.dengar kata anak dia nak ambil kursus kejuruteraan kat luar negara nanti",jelas ibu

"owh...hurmmm...."

"kenape mengeluh ni??"

"tak ade ape lah.ibu siap-siap dulu barang kat dapur,nanti Joey tolong.Joey nak berenang jap..panassss",

dia amat kenal dengan rakan ibunya itu,apatah lagi anak Datin Maria.Joey seakan protes kerana dia selalu akan berjumpa dengan orang yang sedang membawa masalah kepadanya.

"jemput masuk..cantik Maria sekarang",

"sorry la kak,lambat sampai ni.lupa jalan..",kata Datin Maria

"takpe,jom la makan dulu.makanan dah siap tu,nanti borak-borak"

"mana anak lelakinya?",tanya Dato' Sam kepada baba Joey

"ada kat atas tu.nanti turunlah,lagipun tadi dia tolong saya siapkan hidangan ni"

"banyak sangat lauknya ni kak.macam jemput ramai je",usik Datin Maria

Joey menuruni tangga sambil membetulkan baju.dia mengenakan jeans dan kemeja santai.semua yang ada di meja makan pada ketika itu memandangnya.

"assalamualaikum.....",senyuman dihadiahkan

"ni anak lelaki kak?hensemnya..",kata Dain Maria

"tengoklah siapa babanya",kata baba Joey sambil ketawa

Joey mengambil tempat duduk berhadapan dengan anak gadis Datin Maria.wajah Datin Maria dipandang,senyuman diberikan.mereka menikmati makan malam tersebut bersama-sama.

"awak..sorry pasal hari tu ye"

"takpe,salah faham je kan.saya tak ambil hati pun lah"

"ye,tapi saya ni yang terburu-buru buat macam tu.padahal salah saya buat macam tu"

"dah lah tu..nak buah?",dihulurkan pinggan berisi buah-buahan kepada Ila

sememangnya Joey sudah lama mengenali Ila kerana Datin Maria sering datang dan membawa Ila datang ke rumah.dan sudah semestinya sejak dari dahulu lagi Joey tahu bahawa memang Ila berpewatakan seperti lelaki dan cukup agresif.cuma,sejak akhir-akhir ini Ila sedikit berubah menjadi lemah lembut.kenapa? Joey sendiri tiada jawapan untuk soalan tersebut.

"ermm..Joey.sebenarnya saya suka hadiah yang awak bagi tu.comel!"

"ye ke,kalau suka kena la simpan elok-elok.saya tak tahu nak belikan ape untuk awak.sebab takut taste awak lain dari perempuan lain.maklumlah..."

"hey!jahat..",lalu lengan Joey dicubit.dengan pantas Ila menarik kembali tangannya.Joey melihat Ila dan pada ketika itu wajah Ila kemerahan.

"awak,saya naik dulu.ada hal lah",lalu Joey berlalu.biarpun tiada apa yang hendak dilakukan di bilik,tetapi Joey sudah tidak selesa di situ. Joey memang tidak suka perempuan selain ibunya menyentuhnya walaupun berlapik.

"ibu,acik Maria..Joey naik atas dulu.ada hal.assalamualaikum".

selepas solat Isya' Joey terus ke katil,membaca nota-nota yang dihadiahkan istimewa dari gurunya sambil mengumpul kekuatan untuk menutup mata dan tidur.sedang asyik membaca,telefonnya bergetar..

"1 sms diterima - Ila Tomboy",

" awak,tidur dah?lupa nak cakap,tadi ibu awak kata awak yang masak lauk-lauk tu kan?sedap... :). awak,saya harap kita dapat menjadi kawan,mungkin kawan baik..mungkin lebih.maaf tadi saya tak sengaja cubit..selamat malam. :)"

"nak balas ke tak? x 10",tanya Joey kepada hatinya

lantas sms di taip...

"baru nak tidur.trimas...ok..takpe..waalaikummussalam"





Gambar dari Cik Google
Daisypath Anniversary tickers