Thursday, March 24, 2011

S.E.P.U.L.U.H

pertama kali menjejakkan kaki di bumi Dublin, terasa seperti rusa masuk kampung.amat janggal apabila melihat cara pergaulan dan pemakaian disana. terasa jauh sangat beza dengan bumi tercinta.

"anak ibu,boleh ke ni?",lengan Joey ditepuk lembut oleh ibunya. Joey tahu ibunya risau tentang hidupnya disini nanti.

"Joey ok la ibu,lagipun kat sini ramai je Malay.ibu ni macam la tak biasa hidup di negara orang",senyuman manis dihadiahkan untuk ibu tercinta.

"kalau baba ade hal luar negara,baba jenguk Joey kat sini.study betul-betul.jangan banyak main je",pesan baba

"Joey rasa tak best sebab ni first time jauh ngan USB la..", ....


***

hujung minggu pertama Joey dihabiskan dengan mentelaah di DBU Park. kelihatan ramai anak muda sedang leka membuat hal masing-masing. cuaca disitu tidak terlampau sejuk tetapi bagi yang tidak biasa,mereka mungkin sudah selesema. bangku yang diperbuat daripada kayu menarik minat Joey untuk duduk disana, kerusi tersebut diukir dengan ukiran yang begitu unik dan cantik. di tengah bahagian penyandar terdapat tulisan "Mary & Jane - best friend forever". mungkin semua bangku disini terdapat tulisan seperti itu. Joey teruja,tulisan itu disentuhnya lembut.

"how they express themselves is very unique, right?", tegur Mill yang merupakan penuntut tahun dua. seorang lelaki berbangsa Irish dan beragama Yahudi.


"yup! and indeed every human being possessed their own unique way. have a seat", pelawa Joey.


Mill merupakan jiran sebelah rumahnya disini.apa yang berbeza,disini Joey ditempatkan di rumah yang majoriti dari Malaysia , Singapura dan juga Indonesia. sementara Mill pula ditempatkan dengan semua yang berbangsa asing dan lain pertuturan asas. sedikit sebanyak situasi disini akan didapati dengan Mill, dan Mill juga tidak lokek berkongsi ilmu kerana Mill dan Joey berada dalam bidang yang sama.



"free tomorrow?",tanya Mill



"why?any interesting place?",


"just follow me tomorrow.gotta go bro",Mill terus bangun dan berjalan pergi. Joey sudah tidak sabar untuk bersiar-siar esok. buku didalam beg diambil dan Joey mula menelaah.


***


"macam mana exam?",soalan yang sama diajukan oleh USB setelah hampir beberapa tahun tidak berjumpa.dan kini mereka hanya mampu menatap wajah masing-masing melalui webcam. minggu lepas Joey dan USB telah menamatkan peperiksaan final.sudah tahun 3 mereka sekarang, syukur kerana tidak banyak cabaran dalam pembelajaran yang dihadapi oleh mereka.


"boleh la.harap-harap kekal la macam pointer sem lepas.kau?",


"medic..pening la sikit bro tapi ok la.study smart la katakan", USB ketawa terkekek-kekek


"bila nak melawat aku ni USB.lama betul tak jumpa kau. 3 tahun der,aku pun teruja dapat duk jauh dengan kau selama tu",


"kalau boleh cuti ni aku nak je melawat ko bro, tapi tak boleh la. aku kena buat projek kat sini.kau balik ke?",


"tu la,aku ingat nak balik la.rindu ibu aku dah..ingat kau pun balik.takpelah ade mase kita jumpa la deh.rindu ko mung jugok!",


"ingat keras lidah dah...",perli USB




***


satu pesanan ringkas diterima , "datang ke bilik Student Council.ade meeting tergempar!" . niat untuk menyambung tidur kerana kelas dibatalkan terganggu.


"owh damn!, asal aku nak tidur je mesti ade kerja..", bingkas Joey bangun dari pembaringan


sampai sahaja di bilik tersebut,Joey mendapati ruangan masuk ke bilik dipenuhi dengan kasut. "ramai jugak orang ni.tergempar jugak la kalau macam ni", Joey terus menolak pintu..


"pommmmm!",


"Ya Allah!", Joey terkejut mendengar letupan hampir dengan telinganya.


serentak nyanyian lagu Happy Birthday dinyanyikan. sepanjang hidup Joey,dia dan keluarga tidak pernah menyanyikan lagu tersebut dan membuat birthday party, jika ada pun,hanyalah kenduri kesyukuran.


"maaf la Joey,mereka yang rancang", ujar Safiyya


"ni la mesyuarat tergempar awak ye...",bisik Joey. lalu dihadiahkan Safiyya senyuman sinis.


"for you honey, happy birthday", dihulurkan kotak hadiah berwarna zamrud dari Susan.


"thanks babe!",dihulurkan hadiah tersebut kepada Safiyya untuk dipegang. Safiyya meletakkan hadiah tersebut diatas meja yang dipenuhi dengan hadiah. Joey terkesima!


"Izzah! USB!",detik hati Joey. pantas jari jemarinya menaip nombor telefon.


"Assalamualaikum...",


"Wslm, Izzah!. Joey ni..", ucap Joey apabila panggilan telefon dijawab


"Joey!! lamanya tak dengar suara...ibu ke butik.call malam ni la",


"Joey nak cakap ngn Izzah la.Akif mana?", rindu rasanya kepada Akif yang kini sudah hampir 4 tahun.


"babah..bila nak balik..Akif rindu", suara si kecil membuatkan Joey sebak. matanya bergenang dengan air mata, lantas manik-manik halus menitik. 


"petahnya anak babah..nanti babah balik ye.jangan nakal-nakal tau.nanti babah beli toys nak?",


"tak nak..wan dah belikan banyak mainan..banyak..Akif nak babah je",


"ye sayang,nanti babah balik.bagi kat umi.babah nak cakap ngan umi",


"ok,sayang babah.muah",


"sayang Akif jugak..muahh!",


"are you ok Joey? sedih je suara",


"ok je.rindu Akif je kot.last balik hari tu dia tak sepetah ni. Izzah macam mana sekarang?",


"sekarang Izzah study then ambik part time kat butik.",


"ok la kalau macam tu.sampaikan salam kat ibu ye.nanti Joey call lagi",


"ok Joey jaga diri...",

"Izzah....",


"ye Joey.ade ape?",


"semoga hidupmu diberkati dan dilimpahkan dengan rahmat dan hidayah", talian dimatikan.


***


"sampai jugak aku kat Ann Arbor ni..tang mana Umich ni", dia terus keluar dari rumah persinggahan untuk mencari USB. pencariannya tidak sukar dengan pertolongan dari Mill yang sudah biasa dengan Amerika Syarikat.


"do you know someone named USB?",tanya Mill kepada salah seorang penuntut perubatan di Umich.


Joey beranggapan kemungkinan dia tidak berpeluang untuk berjumpa USB kerana menurut kata USB sepanjang tempoh cuti dia akan sibuk dengan projek.


"USB? i know him. he is one of the medical students here. now he is on leave, he worked in the cafe end of this street.", ujarnya.


"kerja?", Joey merasakan itu sangat pelik. USB tidak pernah menceritakan apepun. Mill dan Joey terus berjalan ke kafe yang tidak jauh dari situ.


kelihatan dari jauh USB sedang menyapu sampah di hadapan kafe tersebut. selepas siap,dia mengelap cermin kafe yang berwarna hitam berkilat. Joey tertanya-tanya kenapa USB bekerja dan kenapa USB menipu Joey.


"go and see him. i know you've been wanting to see him", ditepuk bahu Joey. lali Joey bangun dan melintas jalan untuk berjumpa USB.


"USB...", lalu USB berpaling. apabila dia melihat Joey dia terus memalingkan mukanya.


"kenape kerja?kenape tipu aku?apa lagi kau rahsia?",


USB memalingkan mukanya dan melihat Joey. USB menunduk..air mata Joey bergenang lagi,dia tahu USB tidak pernah membuat kerja-kerja yang sebegini. dan menurut pelajar tadi USB bekerja di beberapa tempat.


"kau tak cukup duit kan?sebab tu kau tak balik Malaysia", tanya Joey


"waktu kerja aku lagi 10 minit habis.kau tunggu aku", USB masuk ke dalam kafe meneruskan kerjanya.


***


"3 tahun dan aku tak balik Malaysia Joey. tapi takpe,parents aku datang sini jenguk aku. parents aku dah tak tanggung aku, diorang nak aku berdikari. walaupun mereka mampu biaya aku sampai aku habis belajar, mereka taknak. mereka nak aku hargai setiap sen duit yang akan aku gunakan untuk study. mula-mula penat jugak la..",


"sampai hati kau tak bagitahu aku",


"aku taknak kau tolong aku la nanti..kalau kau tolong aku,mungkin muscle aku tak naik macam ni", sambil menunjukkan muscle lengannya.


"ahh poyo lah kau..",


dalam diam Joey kagum dengan sahabat baiknya. USB dilahirkan dalam keluarga yang cukup sempurna dari semua segi. tapi kerana pemikiran jauh yang diaplikasikan oleh parents USB, dia tidak terlalu leka dan bersenang lenang diatas kekayaannya.


"aku dah 3 hari kat sini....aku ingat malas balik Malaysia lagi la...",


"stay la seminggu lagi kat sini..",pujuk USB


"aku mintak kerja tempat kau sepanjang cuti ni boleh?",


"betul ni?!", USB terkejut.


"ye la..betul la.tapi gaji aku kau kena ambik..aku ikhlas..",


"err...tengok la dulu...",


"kata adik beradik....", mereka ketawa...




"kau sakit,aku lagi sakit.kita saudara, kita satu!", kata Joey kepada USB

4 comments:

Sarah Sayuri Hartnett said...

thumbs up...(^__^)V

:::: Amani :::: said...

suka post ni =)
cepat la sambung lagi.
susah nak tau kisah hidup penulis klu penulis x update.. T__T

Sarah Sayuri Hartnett said...

peace be upon you too...trimas sudi berkunjung ke belog saya yg hina dina itu.(^_^)V

Unknown said...

salam kenal n follow.. hehe..
Alien comolot

Daisypath Anniversary tickers