Wednesday, March 2, 2011

S.E.M.B.I.L.A.N

"anak ibu nak kemana ni sayang?tiap-tiap hari keluar..duduk la kat rumah,nanti dah nak fly,tinggal ibu pulak"

"ibu ni,kan malam Joey tak pernah keluar,temankan ibu je.so bagi la Joey jumpa kawan-kawan Joey masa siang ni.boleh ye ibu?"

"hemm..yelah.drive elok-elok",

"macam babanya jugak.tak lekat kat rumah",rungut ibunya.

dalam merungut Maya iaitu ibu Joey senang melihat anaknya yang ramah dengan orang ramai dan mempunyai ramai teman baik.

"sorry lambat,ape pasal Starcorner jugak la kau nak lepak USB.takde tempat lain?"

"takpe,aku dah biasa janji kau tu.selalu lambat setengah jam.sini la ok,aku mana tahu tempat lagi",ujar USB

"malam ni clubbing,nak?",ujar Choo

"clubbing?aku tak layan benda macam tu.",jelas USB.

sememangnya USB menjaga pergaulannya dan tempat yang akan dikunjunginya.berlainan dengan Joey,tetapi USB tidak jemu menasihati teman baiknya itu.

"aku...aku janji dengan ibu nak temankan dia malam la.tapi aku nak ikut..jap,aku call ibu",dia beralih tempat ke satu sudut didalam Starcorner.

"kau tak sporting la USB..susah la macam ni,bila lagi nak happy.study dah nak start",

"Choo,kau ajak aku camping ke,lepak pantai,bbq ke,mendaki ke,sure aku ikut Choo.tapi kalau club ni aku tak berapa la",

"aku bukan suruh kau minum pun,tengok Joey ok je",

"dia ni ustaz Choo..",kata Joey sambil menolak lembut bahu USB.mereka ketawa sakan.

"sebab aku bukan ustaz la aku jaga Joey,lagi ustaz boleh buat maksiat,ni pulak aku yang jahil.memang la kau tak suruh aku minum Choo,tapi setan masuk bergelek dalam hati ni yang suruh nanti.sebelum jadi ape-ape,aku tak nak la",

"yelah...Joey,ibu kau kasi ke?".

"beres..aku cakap balik lewat.tapi aku tak bagitahu la nak kemana",Joey memandang USB yang tengah menggelengkan kepala.

***

"wey Joey,minum la.tengok ape lagi,layan je.kau nak yang mana?semua aku kenal",

"bro,100plus satu",kata Joey kepada pelayan bar

"100plus???ape barang bro!",kata Choo sambil ketawa

"aku tak minum la benda tu.lagipun aku datang je,bukan nak mabuk.kau tu stop la minum,dah mabuk dah tu",

Joey melihat Choo yang didampingi beberapa orang GRO.semua bangsa ada,tunggu pilih,angkat,masuk bilik,puas dan bayar.indahnya hidup untuk orang seperti Choo.suasana didalam begitu bising,tetapi Joey terasa seperti sesuatu bergetar.

"hello,hah USB.ape hal?kau cakap kuat sikit la,aku tak dengar la.."

"hello...USB..kuat la wei",talian terputus.

"USB pun,dah tau aku datang sini nak jugak call",gumam Joey didalam hati.

tiba-tiba terasa bagaikan ada sotong kurita yang melekat dibelakangnya.terasa setiap bonjolan..Joey meremang lantas dia terus bangun dan menepis.

"kalau ye pun mabuk,jangan la macam ni cik adik oii!hish!!",

"jom..masuk bilik.malam ni diskaun..",ujar gadis yang dalam keadaan mabuk.sayang sekali,wajahnya cantik disalahguna.

"aku tak main la benda dah kena tebuk ni",

"Joey,taknak ke?",tanya Choo

"tak nak",

lalu didepan mata Joey,Choo mengangkat gadis tersebut ke bilik yang tersedia.

"Joey,kau balik sendiri.aku lambat lagi balik",

Joey melihat jam sudah hampir pukul 3 pagi.terlintas wajah ibunya yang sedang menunggu.dia terus berlalu meninggalkan tempat tersebut. ketika ke tempat parking kereta,Joey melihat seorang perempuan bersama seorang bayi yang kira-kira berumur empat bulan lebih.wajah perempuan itu menandakan bahawa dia masih lagi muda mentah.

"dik?kenapa duduk kat sini?"

"cari orang..awak pergi la",

"cari orang?siapa?saya tolong adik ye",

"jangan.saya boleh buat sendiri",lantas mata perempuan tadi segera memandang sesusuk tubuh seorang lelaki yang sedang mabuk bersama seoarang perempuan.

"u..!i tunggu u datang,u janji nak bertanggungjawab.ni anak kita",

"aku tak kenal kau la bodoh..kau buat dengan sape,tiba-tiba jadi anak aku",

"sampai hati u.ni anak u la.ikut i,parents i mesti boleh terima semua ni",

"eh tepi lah,kalau kau taknak budak t,bagi jelah kat sape-sape",badan perempuan itu ditolak,perempuan itu jatuh di atas jalan.

Joey seperti sedang melihat aksi-aksi yang selalu berlaku didalam cerita.betul kata ibu,apa yang didalam cerita tu terhasil kerana itu benda yang betul-betul terjadi.begitu juga novel..

"kalau Aziz M.Osman ada ni,mesti dia ambik mereka ni berlakon",kata hati Joey

Joey segera pergi mendapatkan perempuan itu. dia tidak sanggup melihat drama didepan matanya lagi.dek kerana kerakusan nafsu,anak yang tidak berdosa menjadi mangsa.

"dah la tu dik,meh saya hantar adik balik",lantas Joey menghulurkan tangan untuk memegang bayi tersebut,lalu perempuan itu memberikannya.

"kat mana rumah,saya hantar",

"taman mawar,tapi saya takut nak balik.awak letak la saya kat mana-mana.saya tak sedia lagi nak balik",

kereta Joey dipandu laju,dia buntu untuk mencari tempat.lantas dia terus memecut ke rumahnya.dia tidak pasti ibunya akan faham dengan tindakannya ini.tetapi baginya,itu lebih baik daripada sesuatu yang lebih buruk berlaku.

"masuklah,ni rumah saya",

"tapi..nanti...",

"jangan risau,ibu saya ada",dia pasti ibunya sudah nyenyak tidur.waktu menunjukkan pukul 4 pagi.

sedang Joey membuka pintu,dia melihat ibunya tidur di ruang tamu.tiba-tiba perasaan kasihan kepada ibunya hadir.pasti ibunya menunggunya dari tadi.kasihan ibu...tiba-tiba bayi yang dipegangnya menangis,lantas ibu bangun dan terkejut melihat Joey bersama bayi dan perempuan tersebut.

"sayang ibu..apa ni?",

"ibu,ni kawan Joey.dia takut nak balik rumah sebab...",Joey sedaya upaya ingin menerangkan.pipi Joey diusap ibu.

"ibu faham..",senyuman dihadiahkan.segera ibu mengambil bayi tersebut dari Joey.

"masuk nak,jangan malu-malu...alala sayang menangis ni ye..",ibu kelihatan sungguh tenang.

"dah makan ke ni?ibu belum makan tunggu Joey balik",

"err..belum jugak ibu.takpe,ibu duduk dulu..awak pun duduk dulu,saya panaskan lauk",Joey berlalu ke dapur

"makcik,anak saya lapar kot.saya nak susukan dia dulu ye",lantas Maya memberikan bayi tersebut kepada perempuan tersebut.

"jangan panggil makcik,panggil ibu.tinggal kat mana ni nak?nama ape?",tanya Maya

"taman mawar ibu.nama saya Izzah Hanim,panggil Hanim je",

Maya memandang wajah Hanim,cantik orangnya.tetapi kisah hidupnya Maya dapat menganggap.kedatangan Hanim dialu-alukan di rumah itu.

"ibu,boleh tak Hanim dan anak tinggal kat sini dua tiga hari? Hanim takut nak balik",

"andai kata parents Hanim tak dapat accept,datang duduk dengan ibu ye nak.Hanim kerja ke belajar?"

"Hanim study dan kerja.bila kenal ayah baby ni,Hanim berhenti belajar dan kerja kat hotel.pembantu chef",

"kenapa quit study,sayang je.takpe,nanti ada masa sambung balik.study tu penting.umur berapa ni?"

"19 ibu..",wajahnya ditundukkan.

"la,Joey 20.."

"meh makan-makan,lapar ni.lewat kita makan hari ni",

Hanim meletakkan bayi tersebut diatas sofa empuk dan ke meja makan.mereka menikmati makan awal pagi.terasa janggal bagaikan waktu bersahur tetapi kerana perut lapar,semuanya dibiasakan.selepas makan Joey membawa Hanim ke bilik tamu.

"awak berehatlah,ni bilik awak.awak tak kisahkan saya bagi bilik bawah?sebab dekat dengan dapur,nanti baby nak susu senang",

"tak kisah awak,ni pun dah lebih dari bagus.selamat malam",pintu ditutup


***

Maya kelihatan begitu ceria sekali dengan kehadiran Hanim.sudah dua minggu Hanim disini bersama anaknya.sudah lama Maya inginkan suasana rumah yang sepi itu bertukar riuh.

"Akif sayang,meh kat nenek ni",ibu mengambil bayi yang diberi nama Akif dari Hanim.dikucup berkali-kali wajah si kecil. Akif pula sudah rapat dengan Joey.

sejak kehadiran mereka dirumah,Joey kurang keluar malam mahupun waktu siang.dia lebih suka menghabiskan masa dirumah bersama mereka.

"USB,lama betul kau tak contact aku",detik hati Joey.

kali terakhir USB menelefon Joey adalah ketika Joey berada di dalam kelab malam.selepas talian terputus,USB menghilang begitu sahaja.tiba-tiba hati Joey tidak senang.

"ibu,lepas Asar nanti Joey nak ke rumah USB.lama dah tak jumpa dia.boleh kan?",

"boleh je,bawak la Hanim ni sekali.jalan-jalan",

"eh tak pe la ibu,Hanim lebih suka temankan ibu di rumah.ibu,makan malam nanti nak Hanim masak ape?"

"nasib baik la Hanim ada kan..rajinnya anak ibu nak masak,ikutlah janji sedap",jawab ibu

"ala ibu,dah memang sedap pun.nama pun pembantu tukang masak..mesti la sedap..",usik Joey

selepas Asar,Joey ke rumah USB.apabila sampai di sana Joey berjumpa dengan tukang kebun USB untuk bertanyakan sama ada USB ada mahupun tidak.kedatangannya pada hari itu tidak sia-sia kerana sememangnya USB ada di rumah.

"masuk la Joey.naik kat atas,USB kat atas dalam bilik dia",jemput Puan Aisyah iaitu mama USB

"USB! kenapa ni?!",

Joey terkejut melihat tangan USB berbalut dan ada kesan luka di dahi dan lengan.USB yang baring di katil segera bangun.

"maaf la tak call kau.aku pun tak bagi mama aku beritahu kau. aku baru je semalam keluar hospital,tiga hari lepas baru sedar. aku kena rompak masa kat parking kereta malam kau pergi kelab",

"patut la kau call aku malam tu...aku tak dengar.maaf!",

"takpe,hp aku pun kena rompak jugak",

"dah lah,baring.rehat je.kesian aku tengok..nak study tak lama lagi dah ni,cepat-cepat la sembuh",

"so,ape cite sekarang",tanya USB sambil membetulkan posisi

Joey menceritakan apa yang berlaku kepada USB.setiap perkara tidak lebih dan tidak kurang dia ceritakan.dia mahu USB tahu semuanya.

"wah,ibu dah ada anak baru dan cucu segera la sekarang ni",

"ye,kedatangan mereka macam satu rahmat",senyum Joey terukir

***

"ibu,Hanim nak kerja. Hanim segan la duduk kat sini tanpa bayar.lagipun Hanim nak kerja sebab nanti Hanim nak cuba balik rumah parents",

"ibu tak berkira pun sayang,ibu suka Hanim dan Akif kat sini.lagipun Hanim nak kerja kat mana? apa skill Hanim ada?",

"Hanim akan cuba cari kerja ape pun ibu,asal boleh tanggung Akif. Hanim mahir komputer,Hanim mahir bahasa English,Arab dan Mandarin. dan Hanim boleh memasak",Hanim tersenyum

"pandai menjahit?sulaman?manik?",tanya ibu

"pandai menjahit manik,tapi sulaman tu tak",

"esok ikut ibu,kalau sudi Hanim kerja je kat butik ibu",

"tapi ibu....Hanim...",

"Akif nak duduk dengan babah kan?",sambil mencium wajah si kecil. lalu si kecik merengek

"haa tengok dia kata nak,so Hanim kena kerja dengan ibu",

"sejak bila anak ibu jadi babah pulak ni?",

"sejak tadi ibu",dikerdipkan matanya kepada ibu. Hanim tersenyum lalu mengangguk setuju.

"tapi ada syaratnya ibu",

"apa Hanim?",

"ibu kena layan Hanim macam pekerja yang lain,gaji pun kena sama macam yang lain dan kalau salah ibu kena marah Hanim.haa satu lagi nanti dah stabil,ibu izinkan Hanim menyewa rumah kat luar boleh?please...",

"ok boleh tapi ada syarat jugak",

"ibu pun pakai syarat....",kata Joey

"rumah parents Hanim tak jauh dari sini kan.so kalau nak cari rumah,kena cari yang tengah-tengah supaya senang nak balik rumah parents dan bila pagi nak pergi kerja,hantar Akif kat sini.boleh?"...

Hanim senyap seketika,dipandang wajah ibu dan Joey..

"boleh..",senyuman mereka semua terukir. Joey lega,sekurang-kurangnya ibu ada yang teman jika baba dan dia tiada dirumah nanti.

deringan telefon rumah berbunyi nyaring,lalu dijawab.

"Joey,aku ni.kau ada dapat surat tak? aku dapat tawaran kat University of Michigan di Ann Arbor!!",kedengaran suara USB yang girang gembira.

"nanti aku call kau,aku tak tengok lagi kat luar",ganggang telefon diletak lalu dia berlari keluar ke peti surat.

"ibu!",

"kuatnya suara...terkejut ibu.ada ape sayang?"

"Dublin City University!"sambil melambai-lambaikan surat tawaran.


"Jangan risau Akif,nasibmu terbela",detik hati Joey

2 comments:

Anonymous said...

hidup penulis byk sangkut paut dgn girl yg ade mslh ke?

Sarah Sayuri Hartnett said...

ada smbungan lg ke?
weeeeee

Daisypath Anniversary tickers