“kau ingat waktu kau ajak aku jalan-jalan
dulu?”, tanya Joey kepada USB
ketika dia sedang menjamu mata memandang catalog pakaian.
“zaman bila
ni?”,tanya USB kembali. “ala zaman
kita study dulu tu la.. jalan-jalan tanpa point”,
“owh, backpacking? Woi, ada point ye..ade..kenapa
tiba-tiba teringat? Bukan kau bukan main banyak alasan ke?”, perli USB
“teringat.. baru rasa nikmatnya”, Joey
merenung gambar yang diambil dari album yang berhabuk. Kalau Chad yang merupakan salah satu watak dalam novel
Hlovate :Contengan Jalanan mengajak Fend untuk backpacking ke Australia , USB
pula mengajak Joey backpacking ke China . ”Joey, Alia ada tu. Mau chat
pergi la”, ujar Iera.
Joey sudah mula berfikir
untuk tegur Alia, memang dia sedar tiada siapa yang salah, cuma dia diam kerana
“numb”. “owh nantilah..”,ujar Joey mudah.
“bila korang mau
ada anak ek? Sunyi la rumah ni..”, kata Joey dalam nada serius.
“biarlah Iera
habis degree dulu,aku kesian la tengok perempuan pregnant study ni..”,jelas USB . “eh ok ape,anak sambil
study dengan mak dia. Bijak anak..”,bantah Joey
“cukup je study dengan aku tiap malam..”,
gelak USB sambil mengerdipkan mata
kepada Iera.
Mood Joey sudah kembali normal tetapi masih
lagi dalam proses. “numb” masih bermaharajalela. Dia berfikir sejenak adakah patut
dia melayan Alia ataupun tidak.
Catalog diletakkan di atas meja kopi, matanya
beralih kepada laptop lalu dia bangun dan duduk dihadapan laptop tersebut.
Skype dibuka dan bukan Alia ditegur tetapi adiknya Iman. Seperti biasa jika
chat pun hanya untuk bercerita tentang watak-watak dalam hidupnya.
“nanti add facebook ye,baru buat”, kata
Iman sambil ketawa di video call. Joey buat muka teruja. “bukan kata benda tu
buang masa ke?lama dah buat”,tanya Joey sambil garu kening.
“lama tak lama la
jugak, saje je buat. Nak contact dengan saudara senang,
kan Iman tak
pakai handfone”, Iman tersenyum menampakkan baris giginya yang tersusun.
“ada benda kelakar ke sekarang ni? Awat
buat muka lagu tu?”, muka Iman di skrin laptop menampakkan Iman sedang
berhadapan dengan sesuatu yang melucukan. Joey angkat kening double-jerk.
“tengah chat dengan kawan kat facebook ni. Baru je kenal, nanti add la dia. Lina...”,
“laa girl ke.. tengok lah”,jawab Joey malas
sambil menahan kuap.
“agak-agak kalau dengan lelaki muka akan seceria
ni ke? Kalau ye pun mesti lelaki tu spesis Chaplin”,kata Iman sambil buat muka
tak puas hati dengan keluhan Joey sebentar tadi.
“bila baca balik ayat Iman tadi, abang ni
lelaki jugak tapi bukan sepsis Chaplin. Tapi ada jugak Iman tersengih macam tu.
Ke drama?”,duga Joey. Terlebih emosi pulak kat sini.
“tersengih ikhlas ye.. bila check report
la. Macam mana dengan awek yang hari tu?”,Iman maksudkan Alia. “dah la pasal
dia..dia ok je”,jawab Joey selamba, malas mahu panjangkan topic. “serius? So bagi sini la..”,ujar Iman
dengan muka serius.
“apa ingat bola main tendang? Dah lah,
tata...”,kata Joey sambil menaip “gtg now..” di ruang chat, Iman hanya angguk. Lid
laptop ditutup, Joey menyandarkan badan ke kerusi dan merenung hiasan dinding
dihadapannya.
“Joey..makan?”,tanya USB sambil buat sign makan. Joey geleng, mata
dipejamkan. Mengantuk! Joey terasa lengannya dicuit, lalu matanya dibuka. USB berada di kerusi sebelahnya. “makan sikit pun
jadilah”, nasi disuakan ke mulut Joey menggunakan tangan. USB memang selalu berlagak sebagai abang dan sudah
banyak kali USB menyuapkan Joey
makanan. Geli? Tak pernah.
Joey hanya menurut, suapan demi suapan
mengisi mulut Joey. USB memerhati jika ada tulang kerana lauk ikan. Diasingkan
awal-awal antara isi dan tulang. USB
dan Joey begitu rapat, kata ustaz semasa Joey tingkatan 5 dahulu, ada
kemungkinan jodoh Joey dan USB
panjang dan ikatan bertambah kukuh dengan cara USB
melayannya.
Joey memandang USB yang bangun dari kerusi dan ke sinki, “aku rasa
dalam rumah kita ni dah selayaknya ada budak kecik..sunyi je rasa”, kata Joey
ringkas sambil memerhati keadaan rumah. Besar dan
banyak bilik tapi penghuninya masing-masing sibuk. “maksud kau,aku dan Iera ke?
Lambat lagi la Joey”, jawab USB
sambil mengesat tangan pada tuala kecil.
“anak angkat?”,tanya Joey seiring dengan USB membuat reaksi muka pelik. “why?
Sekurang-kurangnya ibu dah tak bising”,jawab Joey tidak puas hati dengan reaksi
ringkas USB .
“kau nak lari dari bebelan ibu, tu
penyelesaian ke?”, USB tergelak
kecil. Seakan apa yang disampaikan kepada USB
itu sangat lucu. “not funny~”, Joey bangun dari kerusi dan menuju ke meja
telefon.
“Assalamualaikum Aqashah, Joey ni.. tolong
aku boleh?”,
“Wasalam,ape? Aku sibuk ni”, jawab Aqashah
dalam suara termengah-mengah. “carikan aku anak angkat, kalau boleh tau latar
belakang la. Mintak tolong ni”, pinta Joey seakan merayu. “I’ll try lah,tapi
aku tak janji la bhai..ehh aku kena sambung ni,banyak kerja lagi.ok bye”,
talian dimatikan. Joey hanya tersenyum,sekurang-kurangnya Aqashah mahu
menolong.
“baby..come to papa…”, kata Joey
sehinggakan USB berpaling.
“dapat?”,tanya USB ringkas.
“soon”, jawab Joey mudah dan masuk ke bilik.
***
Joey tersedar dari tidur, matanye
terkebil-kebil memandang lampu yang kian menyilau lantas dicapai remote control
dari meja lampu tidur dan ditekan untuk menurunkan kadar cahaya. Dicapai pula
remote control penghawa dingin lalu ditutup penghawa dingin tersebut.
“bangun awal pun bukan kerja..”,lalu
matanya ditutup kembali. Selang beberapa minit dia kembali membuka mata
“subuh..”, lalu bingkas bangun dari pembaringan dank e bilik mandi untuk mandi
dan selesai mandi Joey segera menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim.
Selesai mengaminkan doa untuk kedua ibu bapa dan kepada yang sudah tiada, Joey
bangun lalu sejadah dilipat. “nak buat apa ni..senyap je kat rumah”, detik hati
Joey. Lalu dituju ke katil dan terus baring, matanya layu..
Deringan lagu dari telefon membingitkan
telinga segera tangannya mencapai , “emm…”,matanya masih lagi tidak dibuka.
“ada baby yang tak ada penjaga, aku boleh uruskan prosedur. Amacam?”, suara
Jack yang merupakan kawan kepada Aqashah. Mata lantas dibuka, senyuman terukir
“latar belakang?”, tanya Joey. “hal tu beres.. nanti kita bereskan la ikut
jalan betul. Jangan risau, aku gerak dulu..”, talian diputuskan lalu telefon
diletakkan di tepi. Hati Joey berdegup kencang tiba-tiba.. Kehadiran orang baru
mungkin..
Rasa mengantuk terus hilang ketika mendapat
panggilan dari Jack, lantas Joey bangun dari katil dan keluar dari bilik.
Kelihatan Iera sedang menghidangkan sarapan pagi , “morning sweetie”,tegur Joey
lalu senyuman dihadiahkan. “morning kacak”, balas Iera ringkas.
“assalamualaikum”, kelihatan USB yang baru
keluar dari bilik sambil memegang beberapa buah buku.
“wasalam..”,lantas Joey menjawab salam
diiringi dengan Iera. “ibu dengan baba kemana?”, Tanya Joey. “jogging
bro..”,USB menjawab lantas ditariknya jug jus oren.
Pandangan Joey terarah pada ruang dinding
dimana terletaknya gambar-gambar ketika Joey kecil hingga ke gambar ketika
mendapat result SPM. Ditatap lama gambar seorang bayi sedang meniarap, senyuman
terukir. “susu ke jus?”, soalan Iera mematikan senyuman Joey, “jus” jawab Joey
ringkas. “ape senyum-senyum ni..share la”, kata USB seakan meminta.
“anak kita semua akan sampai, kejap je lagi
rumah ni akan meriah”,Joey senyum bahagia.
“kau ingat anak ni macam parcel yang pos
laju tu ke? Jangan buat benda pelik la Joey”, muka USB rungsing
“chill la, halal way. Anak angkat tak salah
kan? Lagipun mesti ibu suka. Nak tunggu aku kahwin? Entah ada ke takde dah ibu
dan baba masa tu. Apesal tengok aku macam tu? Aku serius ni”,jelas Joey
bersungguh-sungguh.
USB hanya memandang lalu dianggukkan
kepala, Iera hanya menurut. Mungkin mereka tahu apa sahaja cara mereka untuk menghalang
tidak akan berjaya. “Degil batak” mungkin sesuai untuk Joey.
***
“mana? Lambat lagi ke?”, soalan keluar dari
mulut Joey ketika Joey sampai ke pejabat Jack yang merupakan seorang peguam.
Jack hanya tersenyum , “ni dokumen yang kau kena sign, setelah aku tengok
kelayakkan kau , aku sure kau akan dapat”, file coklat muda diberikan kepada
Joey lalu Joey menyemak. Nama penjaga diletakkan atas namanya dan penjamin pula
USB.
“Joey..”, kedengaran suara Jack dari
belakang. Joey berpaling, Jack hanya tersenyum “ni anak kau..”, belum habis
lagi ayat Joey terus bangun dan merapati “twins?”,kaku seketika dengan anugerah
yang berganda. Jari Joey mengusap lembut pipi kedua-dua bayi tersebut, senyuman
terukir lagi tetapi lagi bahagia mungkin.
Beg pakaian dan beberapa peralatan bayi
diletakkan di sofa dalam pejabat Jack. Telefon dicapai, “assalamualaikum
Qashah, kau tak cakap pun twins. Banyak barang kena beli ni, jom la shopping. Ape
pun kau kena dating kat pejabat Jack, macam mana aku nak drive sambil pegang
baby ni”,
“shopping ape lagi, baju ada, katil tu
nantilah. Letak je atas katil king kau tu. Ni ha, hari ni sampai la barang yang
aku tempah kt rumah”, borak Aqashah panjang
“apa pulak kau tempah ni?”,
“kau belum beli lagi tempat duduk diorang
dalam kereta kan? Aku tempah Aprica Euro car seat untuk baby kau”, “thanks lah
eh,tapi cepat la datang. Tak sabar nak bawa balik ni”, talian dimatikan. Mata tertumpu
kepada si kembar yang belum bernama,hanya tahu nama bapanya. Si kembar yang
masih kecil,usianya belum menjangkau sebulan sudah kehilangan ibu dan bapa
dalam kemalangan. Tidak semua bernasib baik..
Berkali-kali si kembar dicium, tidak pula
mereka menangis. “anak baik..”, detik hati Joey. Setelah hampir setengah jam
menunggu akhirnya Aqashah datang, “anak buah uncle..”,kata Aqashah sambil
diangkat bayi lelaki dan dicium “wangi”, tambahnya.
Barang-barang diangkat ke kereta dan
bersedia untuk pulang. Joey memandu kereta dengan muka yang sangat bahagia, “belum
lagi anak kandung ni”, kata Joey perlahan. Tanpa sekatan jalan raya dan tanpa
kesesakan jalan raya Joey sampai ke rumah dalam setengah jam.
“biar aku angkat barang, kau angkat diorang”,
kata Aqashah sambil menghulurkan seorang demi seorang bayi kepada Joey. Joey
memegang dengan berhati-hati. Langkahnya diatur dan menuju ke rumah, pintu
tidak berkunci. Masuk sahaja ke rumah, semua mata memandangnya terutama ibu, “well,
Joey rasa kita ada member baru”, sambil tersenyum. Iera datang dan mengambil
bayi perempuan yang sedang lena tidur dan bayi lelaki diserahkan kepada ibu.
“patut la ada car seat untuk baby sampai
tadi..”, kata USB yang sedang mengusap lembut bayi yang dikendong oleh Iera.
“ibu…ok kan?”,tanya Joey
“ok, cuma menantu tetap menantu”, kata ibu
selamba. Joey kaku kerana dia fikir ibu akan lupakan soal menantu seketika. Matanya
terarah kepada USB,ketawa USB pecah. Joey geleng kepala.
***
Semenjak kehadiran si kembar, Joey banyak
menghabiskan masa dengan melengkapkan barang-barang supaya semuanya senang,
setiap malam monitor suara akan selalu disampingnya. Mendengar sahaja bunyi
rengekkan kecil,terus Joey bangun dan melihat si kembar walaupun itu hanyalah
bunyi mereka menggeliat.
“diorang punya antibody tak kuat la, kan
bagus kalau diorang ni minum susu ibu”, kata USB
“siapa boleh susukan? Aku bayar, carikan
boleh?”,
“siapa….”, mata USB terarah kepada Iera
yang sedang menyalin baju si kembar. Iera mendongakkan kepala “kenapa tengok
macam tu?”, tanya Iera. Joey hanya senyum.
8 comments:
nice blog..:)
thanks Nadya :)
=)
try komen tgk lepas ke tak..
ok?
ok je
lps..
mekasih
tipooo~~~
kata nk delete..
=.="
suke baca sukar memahami :)
jenuh dah refresh...xdek pon ntri bru........................................................................................................................................................................................................................................................!!!!!!!!!!!
Post a Comment